Thursday, October 13, 2011

Penerbangan Royal Jordanian- Bak Layanan Diraja.



Penerbangan EJ atau Royal Jordanian dari Bangkok ke Kuala Lumpur memang mengujakan. Harga tiket yang bagi saya amat murah dalam kelas penerbangan penuh pada harga RM390 seorang membuatkan saya ingin mencuba penerbangan dari syarikat timur tengah ini.

Penerbangan yang transit di Bangkok dari Jordan ke Kuala Lumpur hari itu penuh dengan penumpang. Kami ditempatkan di barisan hadapan kerana membawa bayi bersama supaya senang ditempatkan dalam ‘baby coat’ kabin.

Pada perhatian saya, krew kabin berbangsa Thai juga disediakan untuk sector BKK-KUL-BKK supaya komunikasi mudah antara penumpang dan anak kapal. Penerbangan menggunakan pesawat Airbus 320 dengan konfigurasi tempat duduk 2-4-2 di kelas ekonomi agak sempit namun masih agak selesa.



Cabin a bit small for me,



Makanan yang masih dihidang menggunakan utensil besi dan pinggan clay mengingatkan memori lama saya dengan syarikat penerbangan negara kita. Royal Jordanian merupakan salah satu syarikat penerbangan yang bergabung dalam pakatan One World. Makanan yang dihidangkan turut sesuai dengan tekak saya.




Great uniform.-Fancy

Business Cabin

This is our nice trip together.
Untuk mendapatkan tiket dengan harga tawaran terbaik bolehlah lawati www.royaljordanian.com





Cabin food is delicious
Saksikan serba sedikit gambar yang sempat dirakam untuk tatapan bersama. Saya turut sempat merakam kabin kelas bisnes. Belum mampu den.

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...