Wednesday, February 29, 2012

Rasuah Paling Nyata di Surabaya

Ketibaan di Juanda international Airport begitu mengujakan. Ini adalah disebabkan bandara atau lapangan terbang tersebut baru dinaiktaraf. Bandara kedua tersibuk di Indonesia ini menerima banyak penerbangan internasional dan juga dari lebih 20 destinasi domestik.

 Walaubagaimanapun, kekaguman saya tidak lama apabila sampai di kaunter imigresen.Disana saya disambut dengan pengalaman diminta rasuah atau korupsi paling nyata. Kejadian berlaku bila pegawai imigresen bertanyakan tiket keluar dari Indonesia, kalau jawapan Kita belum, pegawai perkhidmatan pelanggan yg mesra akan meminta sogokan. Mereka akan dibantu oleh beberapa pegawai lain yang akan menguruskan hal ini.







Alasan tiket belum diambil adlaah kerana kami bercadang mahu ke Semarang dahulu dan jadual penerbangan balik belum menentu. Jumlah sogokan yg diminta dalam lingkungan 100,000-200,000 Rupiah, dengan alasan wang tak cukup saya terpaksa rela bagi 100,000 Rupiah.

 Apa nak buat, kalian bagilah anak-anak makan duit rasuah.Jadi darah daging untuk bahan bakar di api neraka nanti. Harap muka sahaja handsome, baik dan sopan, tapi sama saja makan rasuah.

Perkara ini bukan sahaja berlaku pada pelancong, orang tempatan pun tidak terkecuali jika mereka nampak boleh dimakan. Semasa menceritakan pengalaman diminta rasuah kepada beberapa pemandu teksi mereka mengaku malu dengan tindakan pegawai kerajaan tersebut.

Saya agak tertarik dengan satu kenyataan salah seorang dati mereka, " Indonesia ini sebetulnya kaya raya dengan pelbagai hasil bumi, kalau dulu orang Malaysia ke Indonesia mahu belajarmenjadi doktor, orang Taiwan dan Thailand ke Indonesia belajar tentang ilmu pertanian. Tetapi lihat kini, malahan mereka lebih maju dari Indonesia sendiri. Ini semuanya adalah berpunca dari barah rasuah berleluasa". Saya fikir mungkin perlu juga difikir dan direnung sedalam-dalamnya oleh peminpin Indonesia. Bangsa Indonesia bagi saya adalah bangsa yang kuat dan kaya.

 Namun dari segi matematika bisnes, mereka banyak betul buat duit tu.Semasa kedatangan kami, ramai juga yang menjadi mangsa. Stay tune membaca blog saya dan saya akan update artikel berkaitan trip terbaru saya.

Pusat Grosir atau Pusat Borong.-Surabaya


Kotaraya kedua terbesar Indonesia ini selepas Jakarta tidaklah segah Bandung, Bali atau Medan. Namun disini kehadiran pelbagai pusat grosir membawa limpahan rezeki kepada penduduk tempatan dan juga penjual dari Malaysia yang menjalankan perniagaan secara borong.

Berikut merupakan pusat grosir pilihan saya. Panduan ini bukanlah lengkap tapi masih boleh membantu kalian membuat perbandingan. Dasarnya membeli belah di kawasan-kawasan ini lebih enak dengan penjualnya yang ramah, sopan dan juga lebih jujur berbanding di beberapa tempat yang pwrnah saya kunjungi.

 1. Pasar Turi- Pasar asalnya berada di deretan jalanan dan telah terbakar beberapa tahun dulu. Ada cerita mengatakan ianya dibakar kerana kemegahannya berbanding pasar sekitarnya.Pasar ini lebih banyak pilihan namun keadaan kedai yang tidak teratur agak menyulitkan.Barang seperti telekung, perhiasan perkahwinan dan pakaian masih murah. Ketiadaan penghawa dingin mungkin membuat kita kurang selesa disini.

Pelbagai pilihan  tudung terdapat disini.

Kad perkahwinan yang lebih advance.
2. ITC Mall- Mempunyai 5 tingkat dengan kemudahan terkini dan lebih selesa membuatkan ianya menjadi pilihan. Pusat batik menjual batik dengan harga yang murah dan terdapat juga pasar Madinah kerana menjual segala kelengkapan menunaikan haji atau umrah. Namun keadaan food court yang menyajikan hidangan babi bersebelahan dengan makanan Halal agak mengecewakan.

Perhatikan menu sebelum makan. 

3. Jambatan Merah- Asal nama jambatan merah kerana kawasan ini pernah dilumuri dengan darah semasa peperangan dengan pihak Belanda dulu. Pusat beli belah ini pada saya agak biasa, masih boleh tawar menawar dengan pelbagai pilihan tudung yang menarik. Barangan di tingkat atas lebih murah walaupun tidak senuabya dibuka.Food court yang menyajikan makanan halal ada disini.

 4.Masjid Ampel- Jika kita khusus mencari busana Muslim atau kelengkapan haji disini tempatnya. Dengan keadaan persis seperti di Madinah dengan banyaknya penjualan kurma, air zam-zam, peralatan haji, telekung dll ditambah dengan penawaran yang cukup banyak memang antara pasar yang menarik. Pasar ini berdekatan dengan Makan Sunan Ampel.

Membeli belah kurma dan pelbagai makanan seperti di Tanah Suci.

5. Pasar Atom- Pasar yang besar dengan sambungan pelbagai pasar kecil, lama dan moden menjadi satu. Pencarian makanan halal mungkin satu kepayahan disini walaupun terdapat orang tempatan bertudung Muslim di kawasan food court. Ini kerana saya menemui ramai yang makan disini walaupun bercampur dengan makanan yang tidak halal. Terdapat juga pekerja Indonesia yang bekerja menguruskan makanan ini. Jadi kalau mencari makanan, harus keluar dari bangunan dan makan di deretan kedai makan ditepi jalan.

Bergaya sekejap. Agak murah tapi tiada keperluan untuk saya membelinya.


Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...