Thursday, February 28, 2013

Cameron Highland-Indahnya bumi Malaysia.


Pada penghujung Februari lalu saya berkesempatan untuk bercuti ke Cameron Highland. Percutian yang dirancang di saat akhir setelah menghadiri Persidangan Usahawan Bumiputera ternyata berbaloi. Perjalanan hampir 3 jam dari KL mengikuti jalan ke sana di susur keluar Lebuhraya Utara Selatan Tapah dengan jalan berliku, gelap dan sempit betul-betul membuat saya hampir putus asa dan menyesal ke sana pada waktu malam.

Sungguh, saya tidak menggalakkan kalian untuk kesana pada waktu malam. Berbahaya dan perlukan semangat tinggi. Sepanjang perjalanan di Tapah yang tiada siaran radio memerlukan seorang teman baik disebelah untuk diajak berbual.

Kami sampai hampir jam 10 malam, apabila menghadiri pecan yang terdapat di sana, saya puas. Kami berhenti makan dan selepas itu check in di Hotel Kavi yang terletak di. Hotel ini bagi saya amat selesa dengan harga yang berpatutan. Di banjaran ini, amat mudah bagi kita untuk mencari hotel dengan harganya yang berpatutan.

Lega badan apabila dapat baring di atas katil, tapi satu lagi penyeksaan apabila kita hendak mandi kerana dengan kedinginan malam ditambah air yang sepertnya keluar dari peti ais. Malam itu tidur kami nyenyak dan puas.

Pagi itu kami berjalan kaki sahaja ke Big Red Strawberry Farm kepunyaan pedagang India yang membeli tanah dan beranak pinak disana. Wah..melihat segarnya daun salad, strawberry dan banyak lagi sayur yang tumbuh dengan mudah, cantik betul pemandangannya.

Namun, apabila melihat keletah anak kecil memetik strawberry terdetik terkilan kerana tidak membawa mereka ke mari. “Takpe, sayang anak-anak daddy, lain kali pasti kita datang lagi ke sini”, itu janji aku. Di sini, kami puas bergambar dan membeli sedikit ole-ole untuk dibawa pulang.

Selepas itu kami ke Cameron Lavendar, dari jauh warna purple lavender seolah-olah melambai kami untuk kesana. Bayaran masuk sebanyak RM10 dikenakan dan gambarlah sepuas hati serta disini juga kita boleh memetik strawberry dengan bayaran sebanyak RM25/kg.

Kami juga sempat ke Ladang The Cameron Valley juga milik pedagang India. Saya meminati teh dan disini saya dapat menghargai the dan melihat cara proses teh tersebut.

Kebanyakkan pekerja disini juga berasal dari Bangladesh dan Nepal, semasa saya berhenti solat Jumaat di salah sebuah surau, saya senyum sendiri kerana seperti berada di Bangladesh apabila khutbah jumaat dan jemaahnya semua dari negara tersebut.

Lewat petang sebelum bertoalk ke KL saya membawa isteri melihat Kebun Orkid serta membeli banyak bunga untuk dibawa pulang. Harga disini memang lebih murah serta berbaloi.

Saya mencadangkan Cameron Highland untuk dilawati kerana disamping tempat menarik tersebut yang kami lawati, banyak lagi tempat yang kami tidak sempat pergi. Cameron Highland juga sesuai untuk seisi keluarga.
 

















 

 

Tuesday, February 5, 2013

Lufthansa Airline ke Bangkok


Penerbangan Boeing 747-400 pertamaku-Lufthansa

Alhamdulillah, kami cukup bertuah dapat terbang bersama penerbangan Lufthansa ke Bangkok dari Kuala Lumpur. Banyak dah penerbangan yang saya naiki, antaranya Royal Jordanian, Tiger Airways, Malaysia Airlines, Vietnam Airlines dan semestinya Airasia.

Penerbangan hari itu cukup mengujakan bila dapat naik kapal terbang yang saya idamkan nak naik sejak kecil. Besar, mak dan isteri saya juga teruja untuk menaiki penerbangan itu.

Pramugari   bertugas cukup mesra dengan anak-anak kami, siap bagi toys lagi. Namun disebalik kemesraan itu, saya lihat mereka cukup tegas dalam aspek keselamatan.

Makanan yang dihidangkan juga tidak mendukacitakan. Tapifaham-fahamlah tekak orang Melayu bila makan makanan berasaskan roti. Tak konyang den.

Saksikan serba sedikit gambar untuk tatapan bersama.

Rajin-rajinlah melayari laman web mereka untuk mendapatkan harga murah. Saya bertuah dapat harga murah. Lebih murah dari Airasia. Betul

www.lufthansa.com



Mcm Malaysia Airlines


Mak-mak saya

She loves to travel just as I am.

Selera? Tak menepati selera tekak

Anak-anak saya gembira

Business Class Seat

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...