Monday, April 1, 2013

Saspen di Charles De Gaulle.


3 Mac 2013, mungkin tarikh yang tidak boleh saya lupakan. Hari itu saya cukup bersemangat untuk pulang ke Malaysia setelah hampir 2 minggu di Eropah. Semangat saya untuk pulang ditambah dengan kerinduan terhadap isteri dan anak-anak.

Penerbangan MH021 pada jam 1200 bagi saya memenag sesuai dengan waktunya. Seawal jam 7.30 saya bersiap, mengemas semua barang untuk dibawa balik dan pada jam 8.30pagi saya telah bergerak ke lapangan terbang. Jam 10.00 pagi saya telah sampai di CDG untuk check in dan beratur bersama penumpang lain.

Sewaktu hampir di kaunter, barulah saya teringat dengan passport, gabra saya mencari passport dan apabila teringat balik baru saya sedar rupanya passport saya tertinggal di dalam kot yang digantung di almari.

Serta merta saya menelefon sahabat saya untuk meminta bantuan bagi menghantar passport tersebut dan nasib baik mereka dapat membantu menghantar ke lapangan terbang. Malangnya apabila sampai, kaunter daftar masuk telah ditutup. Terima kasih juga buat sahabat saya Zharif dan Shahidi, kesungguhan kalian tetap saya kagumi. Terima kasih juga sebab sudi mendengar dengkuran saya sekali lagi malam itu.

Untuk kecuaian saya itu, saya hanya perlu menambah Euro 35 untuk penalti tukar tarikh bagi  penerbangan CDG-KUL dan seterusnya Euro 23bagi penerbangan KUL-MYY. Saya juga perlu membayar Euro 50 bagi teksi yang dinaiki oleh kawan saya kerana menghantar passport.

Staf di kaunter juga baik melayani saya walaupun muka serius dengan bahasa yang susah untuk saya dan mereka fahami.

Nasib saya agak baik kerana terbang dengan penerbangan konvensional seperti Malaysia Airlines kerana tidak dapat saya bayangkan jika saya terbang bersama penerbangan murah, mahunya murah saya beli tiket baru.

Paris sepertinya menghalang saya untuk pulang dan satu hari itu saya sekali lagi berjalan-jalan di Kota Paris dan melawati beberapa lagi tempat menarik disana. Malam itu perjalanan saya dengan sahabat bujang saya ke jalan sekitar Palinni memberi pengalaman baru buat kami.


Esoknya saya terbang balik dengan perasaan gembira dan azab semula 11 jam di dalam mesin A380.



Cabin food was delicious.

Our award winning crew.

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...