Sunday, June 21, 2015

Cara ke bandar Istanbul dari Ataturk Airport

Dapat Idea ni #CopyPaste dari Backpackers Buddies Malaysia


Ada beberapa pembaca saya bertanyakan cara ke bandar Istanbul, Taksim dan Sultan Ahmet dari Lapangan Terbang Ataturk (IST). Saya sendiri baru beberapa kali je pengalaman guna pengangkutan awam untuk ke airport tersebut. Selebihnya kawan yang hantarkan. Oklah, saya kongsi sikit apa yang saya tahu di bawah. Mungkin berguna bagi anda yang akan melancong sendiri-sendiri ke Turki nanti.

Teksi

Ada teksi airport. Sebelum guna teksi airport nih, sebolehnya anda ada duit Turkish Lira dahulu. Sebab, bimbang tertipu dengan macam-macam perangai pemandu teksi. Bukan apa, ada beza antara TL30 dan EUR30. Anda boleh withdraw duit di mesin ATM di lapangan terbang atau tukar di kaunter tukaran wang di arrival. Biasanya kos ke Sultan Ahmet atau Taksim dari airport ialah lebih kurang TL50.
Dulu-dulu..ada beza harga day time dan night time. Tapi sekarang dah tak ada sistem harga malam dan siang tu sebab dah dimansuhkan. Kalau ada driver teksi cakap harga malam, cari teksi lain saja.

Havatas

Jika anda nak ke kawasan sekitar Taksim, boleh guna Havatas. Bus ni tak pergi ke Sultanahmet pun, dia pergi ke Taksim je. Kos pula cuma TL11 sahaja, maklumat lanjut boleh tengok di laman web mereka di sini. Servis Havatas ni boleh juga didapati di Lapangan Terbang Sabiha Gockhen (SAW).

Metro

Bila anda sampai di airport Ataturk, kat tingkat bawah tu ada stesen Metro. Airport dalam Bahasa Turki dipanggil havalimanı. Boleh ambil tram/Metro dari situ kemudian boleh turun di Esenler jika nak naik bas ke negeri/county lain. Atau jika nak ke Sultanahmet, tukar tram di Aksaray. Detail pasal tram Metro ni boleh anda dapat di sini (klik dan save untuk rujukan trip anda). Kos naik Metro ni ialah TL4 sehala. Kalau ada IstanbulKart, jimat sikit.
eskisehir trip 9
Saya guna Metro/tram ni jika saya datang dari Sakarya, sebab bas dari Sakarya akan berhenti di Bayrampasa (stesen bas utama di Istanbul) manakala stesen tram pula (Esenler) letaknya dalam kawasan stesen bas Bayrampasa tu. Bayrampasa dan Esenler tu lebih kurang tempat sama je la.

credit FB Siti Asmaa

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...