Tuesday, August 25, 2015

Aktiviti Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak-Dewan Muda


Ini adalah koleksi gambar mengenai aktiviti yang dijalankan oleh Dewan Muda serta DUBS Miri.


Semoga kerja kebajikan dalam memperkasa usahawan Sarawak terutamanya di Miri.



Saya menggalakkan semua usahawan di Miri untuk berdaftar dengan DUBS serta menjadi ahli Dewan Muda.





Lawatan Muhibah ke Pejabat Baitulmal Miri.

Seramai 16 ahli Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak yang diketuai oleh Ketua Dewan Muda, En Mohamamd Hafidz Rohani telah mengadakan lawatan muhibah ke pejabat Baitulmal Miri.

Objektif lawatan adalah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tugas dan peranan Baitulmal terutamanya dalam soal zakat, peluang ruang niaga di bangunan baru Baitulmal dan berbincang mengenai soal zakat perniagaan, sedekah dan wakaf.

Dalam penerangan yang diberikan Pengurus Cawangan Pn Marini Juraibi, beliau menggalakkan ahli untuk membuat potongan zakat dan sedekah kepada pekerja-pekerja dan menekankan soal pentingnya pembayaran zakat perniagaan bagi menyucikan harta dan menambahkan berkat.

Selain itu juga beliau menyeru ahli-ahli untuk menyalurkan maklumat tentang bantuan kepada asnaf-asnaf yang layak serta tidak hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja jika banruan lambat atau ada individu yang tidak dibantu. 

Dewan Muda DUBS mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak Bairulmal menerima kami dan momento kenang-kenangan juga diberikan sebagai tanda penghargaan dari Ketua Dewan Muda DUBS Miri.

Lawatan ini disokong dan dijayakan bersama ahli-ahli Dewanita dan Dubs Cwgn Miri



















Wednesday, August 19, 2015

ITINERARY BOSNIA & HERZEGOVINA


Hari pertama:

Dari airport, terus check in hotel berdekatan old town. Berehat seketika kemudian terus berjalan di Old Town. Melihat percampuran seni bina ketika zaman Uthmaniyyah dan Austrian-Hungary. Singgah di salah satu kedai di Old Town untuk menikmati makanan tradisional Bosnia, Cevapi.

Hari Kedua:

Melawat terowong yang digunakan ketika perang Bosnia berlaku. Sebuah terowong yang mempunyai panjang 800 meter yang dikorek dibawah lapangan terbang. Selepas itu melawat beberapa lagi tapak bersejarah seperti Stadium Olimpik dan tapak sukan olimpik yang lain yang berada diatas gunung. Selepas itu terus ke Old Town untuk melawat Latin Bridge dan melihat tempat dibunuhnya Franz Ferdinand yang menyebabkan berlakunya WW1. Kemudian melawat National Library yang hancur ketika perang tetapi telah dibina semula selepas perang.
Kemudian menikmati angin petang di Bosnia Spring.

Hari Ketiga:

Bergerak ke Jajce. Sebuah perkampungan yang terkenal dengan air terjunnya yang cantik dan menawan. Jajce juga merupakan bandar yang penting ketika sebelum zaman Uthmaniyyah dan kekal penting juga ketika zaman Uthmaniyyah. Ianya adalah gabungan alam semula jadi dan sejarah.
Selepas itu terus bergerak ke Bihac dan bermalam disana.

Hari keempat :

Pergi ke National Park Una. Menghabiskan masa melihat waterfalls dan alam semula jadi, kemudian kembali ke Bihac dan bermalam di Bihac.

Hari Kelima:

Kembali ke Sarajevo. Tetapi sebelum itu singgah di Travnik. Makan di restoran Blue River yang mengalir sungai dibawahnya. Kemudian melihat salah satu sekolah yang dibina di zaman Uthmaniyyah dan masih digunakan. Kemudian terus bergerak pulang ke Sarajevo.

Hari Keenam :

Hari untuk shopping dan explore Sarajevo.

Hari Ketujuh :

Selepas breakfast, bergerak ke Mostar. Check in di hotel berdekatan Old Town dan berehat seketika. Pada petangnya pergi ke Old Town dan melihat jambatan yang pernah runtuh kemudian telah dibina semula. Kemudian bersiar siar sekitar Old Town dan Mostar.

Hari Kelapan :

Selepas makan pagi, terus ke Blagaj. Satu tempat dimana dibina sebuah rumah sufi bersebelah dengan air yang keluar dari gunung. Menikmati pemandangan yang sangat indah sambil berjalan jalan didalam rumah sufi. Kemudian bergerak ke Kravice Falls. Satu kawasan yang mempunyai banyak air terjun dan dibenarkan untuk mandi disana. Makan tengahari dan mandi di Kravice Falls kemudian pulang kembali ke hotel untuk rehat dan tidur.

Hari Kesembilan :

Bergerak ke lapangan terbang dan pulang ke Malaysia.

Disediakan oleh,
Ahmad Mursyid Amilin bin Abdul Halim.

Nota:
Ingin menggembara ke Bosnia bersama kami?
Jangan segan silu untuk email atau PM kami.
Tarikh: September - Disember 2015
9 hari 8 malam.
Bayaran : rm 1000 - 3000 ( ground )

Jangan lupa untuk menghubungi kami jika berminat. Kami akan cuba sedaya upaya memberi yang terbaik seperti yang anda mahukan.

Jumpa anda di Negara Indah, Bosnia! smile emoticon


credit to owner FB page : M&M Backpacking

TIPS BACKPACKING KE SANTORINI


Pengangkutan:

1) gunakan feri murah untuk ke Santorini. Yang termurah adalah Blue Star Ferry. Elakkan naik speed ferry dan flight kerana harganya agak mahal berbanding Blue Star. 

Untuk Blue Star ferry harganya sekitar 37 euro ( lebih mahal kalau summer tak silap ) . Nanti dah masuk kapal kalau rasa nak tempat duduk, boleh upgrade. Cuma 5 euro untuk tempat duduk yang selesa.

2) sewa ATV sepanjang berada di Santorini. Ini adalah satu aktiviti yang sangat menarik untuk dibuat sepanjang berada disana. Pengalaman membawa ATV diatas jalan biasa adalah sesuatu yang sukar untuk kita dapat di Malaysia.

ATV 150 cc adalah sekitar 25 euro satu hari.

Penginapan:

1) elakkan untuk tinggal berdekatan Oia dan Fira. Dua kawasan ini adalah kawasan tumpuan, jadi harganya pun harga untuk pelancong. Cuba tinggal di kawasan yang lebih jauh dari dua tempat tersebut. Saya cadangkan tinggal di Perissa ( satu jam dari Oia )

Perissa walaupun agak jauh sikit, tapi puas hati juga kalau duduk dekat dengan pantai. Setiap hari boleh mandi-mandi di pantai kemudian baru jalan jalan di Oia atau Fira

2) penginapan ni gamble jugak sebenarnya. Kena selalu update dan tengok kalau ada promo baru boleh dapatkan yang murah.

Makanan:

1) kalau anda jenis memang kena makan nasi setiap hari, disarankan untuk bawa periuk nasi. Makanan di Santorini agak mahal juga sebenarnya. Jika jumpa yang murah pun, tidak semurah masak nasi sendiri.

2) jika anda mengambil keputusan untuk memasak sepanjang di Santorini, sila beli barang keperluan asas untuk memasak sebelum anda sampai di Santorini.

3) makanan halal susah nak cari ( melainkan seafood ) .

Harap dapat membantu kawan kawan yang berminat nak ke Santorini.

Kalau ada yang pernah pergi, boleh tambah info.

Selamat menggembara smile emoticon

Kalau ada sebarang persoalan anda boleh terus PM kam


credit to Owner FB page : M&M Backpacking

Sunday, August 16, 2015

Trans siberian train (moscow-ulan baator-beijing)

Sebab ramai pm saya tny pasal tips and advice. So better saya share kat sini terus.
1. Pembelian tiket - ikutkan beli kat moscow station lagi murah tapi leceh and risky utk tak dpt tiket. Kalau ada kwn local friend yg blh guide maybe ok. Risky sbb dari apa yg saya baca kat seat61, tiket byk local agency da beli secara pukal. So ada possibility tak dpt tiket sbb kaunter tak nak jual or open limited je utk public. Sbb sy bukan hardcore traveller, so beli dari agen RealRussia je. Visa pun buat kat sini. Blh gugel pasal agen ni.
2. Trans siberian tiket takde yg hop on hop off. Kalau korang nak make few stops kena beli tiket separate. So cth saya stop kat ub, so saya ada 2 tiket separate. Famous stops selain UB, Irkustk, Yekaterinburg, Ulan Ude. Lake Baikal kat Irkustk sgt cantik time winter. Rasa menyesal tak pegi.
3. Moscow to beijing hanya ada 1st class n 2nd class (kupe). 3rd class atau open bunk hanya ada kat route moscow to vladiostok. Kupe ni ada 4-berth sleeper. Saya gi time winter tak penuh pun train. So biasanye dlm cabin ada 2 org je.
4. Plug ada dlm train tpi kat aisle bukan dlm cabin. Masa saya naik train, wagon officer ada bwk extension. So kalau nak charge hp, bagi kat dia and dia letak dlm cabin dia berkunci. Wifi mmg takde. Saya beli simcard russia. Murah je tpi tak ingat berapa. Hanya boleh pakai masa train kat russia je lah.
5. Dlm setiap wagon ada mesin air panas free flow. So bwk la mkanan yg yg boleh masak guna air panas mcm sup, megi, 3in1 drink. Dlm seat61, dia kata ada babushka jual hot food kat stop station. Tapi time saya pegi, takde pun kecuali kiosk or kedai runcit. Restaurant mmg ada dlm train tapi mahal la sikit.
6. Train if still dlm russia, dia akan guna waktu moscow walaupun local time 3hrs ahead. Even waktu kat train station yg dia stop bukan local time, tapi moscow time. Nanti dlm wagon, akan ada schedule for each stop. So blh tgok train berenti lama sikit kat which station and blh get ready siap2 utk turun. Time saya pegi winter. So get ready ngn jacket and everything. Biasa train berenti dlm 20 minit. So sempat la gi jln2 regangkan otot. And dekat border usually ambik masa 2 hrs tapi tak blh keluar time ni. Antara border mongolia n china, blh tgok macam mana dorang tukar tayar kereta api tanpa penumpang keluar dari train. Sgt menarik.
7. About safety, for female traveller, saya gi sorang je ok je.Biasa dorang akan put dlm cabin yg ada female jugak. And cabin u usually yg plg dekat dgn cabin wagon officer.
8. Tandas agak kotor from day to day sebab staff tak akan cuci. So bwk byk tisu and wipes. Dlm train mmg takde shower. Tpi masa my time, wagon officer tu invent DIY shower kat toilet. But still tak selesa pun nak mandi. Winter takde efek pun kalau lama tak mandi. Tapi kalau summer tak tau lah macam mana. Semua busuk kot haha
9. Ow bajet..tiket dlm £388. Kalau u buat byk stops akan naik sikit. Visa russia n china dlm £150.Semua urusan saya buat kat UK so that's why pound.
9. Buat apa je dlm train? U boleh buat kawan dgn traveller from all over the world, byk masa utk berangan, jalan dari wagon train hujung ke hujung, layan scenery and so on.
10. Sila buat homework tentang cryrilic alphabet. Kat moscow sampai la mongolia semua pakai alphabet ni. Nanti u senang baca train departure masa kat moscow station and nama train station yg dia stop.
Biasa org kata (even local russian) yg it is kerja gila duduk dlm train for straight 5 days (vladiostok lagi lah..sampai 7 hari) for me it was truly worth it. Totally bukan luxurious journey tapi pengalaman tu yg mahal.
So if ada anything nak tanya blh tanya kat bwh. Insya Allah sy jwb kalau tahu. If ada otai2 nak betulkan mana2 fakta silakan. Saya pun newbie je 

credit from fb : 
Qadira de La Kruella

Friday, August 14, 2015

Siti Payung Go Global


Membawa jenama Siti Payung ke persada dunia merupakan impian kami semua di Iana Group terutamanya saya sendiri.


Sebagai seorang pengembara tegar, saya sering membawa tag nama#sitipayung dan akan bergambar dengan ikon tempat atau negara tersebut.



Memanglah agak mustahil untuk memasuki semua tempat terbabit namun brand presence tersebut saya kira sangat penting.



Jika kalian ingin menyumbangka benda yang sama saya sangat-sangat mengalukan.


This is not sebarang sungai but this is Mekong River. I took this photo in Vientiane, Laos but across the river is Chiang Mai, Thailand.


Beautiful branding on the wonderful wood art in Jakarta.
Do you see me or the brand?
This photo is taken with my mum in Bandung, Indonesia.
My partner in Laos Temple
Siti Payung in Hollywood. This is cool right?
Siti Payung Loves You.


Golden Bridge in San Francisco
Musee De Lovre Paris
Siti Payung also found in Busan, Korea.
Article written by dear friend Afiq Mastor

Thursday, August 13, 2015

Trip to Vientiane, Laos

Simply Beautiful!!

That is the tagline for tourism in Laos. I was quite blur of what to do in Vientiane, Loas at first. The roads look empty, the wire look so serabut and peoples are hard to find.

However after a walk in the evening with my wife the perception turn to excitement. I saw the beauty of Laos and the people. 

An evening with my old friend who live here also help me to learn better about the food, people and the condition about Laos. A visit to local restaurant was also an eye opening of the appetizing food for the people of Laos.

As i still have few days here, i wanted to enjoy Laos at it best and try to explore as much as i can.

I also hope that Asean-China Young Entrepreneur Forum will be a great place and event for me to mix and see the opportunities that might bring me forward.

English saya ni takdelah hebat mana, malu juga kadang nak menulis dalam English. Namun kalau tak praktis dan diperam saja apapun tak jadi. Mahapkan saya cikgu2 bahasa omputih ya.










Laos tidak memiliki laut disekitarnya. Kebanyakkan makanan laut diambil dari Thailand dan diperolehi dari Sungai Mekong.

Kepelbagaian hidupan unik yang terdapat di Mekong River menjadikan Laos bertambah unik. Makanan yang pelbagai dan spesis hidupan air tawar yang tak pernah kita bayangkan ada disini.

Makanannya juga tidaklah murah. Penduduk disini juga mengakui akan kos hidup yang tinggi. Namun sebagai manusia jaya, kita perlu adaptasi kepada ekosistem kehidupan sekeliling.

Masyarakat Laos juga saya lihat sangat happy dengan peluang untuk beriadah bersama keluarga dan berkumpul beramai-ramai.



Ikan ini yang nampak seperti ular. Seram.
Mekong River and Thailand is just across the river.








Sayur-sayuran kampung seperti Kangkong





Street food of Laos. A heaven food for them.
We ate at Nazim Restaurant, they serve halal Indian and also Malaysia food. Halal food is always overprice.
Makcik in pink sell suntong tutok



This is also interesting place I found while we go for sight seeing using a rented bike.

This is a local unique delicacies which i believe many of Laos people eat. Its amazing and great moment.

We should never look down in other people food as that might be their yummiest food. Even if we don't like it, never show and down grade it.

Apapun jika sesuatu makanan itu tidak cocok atau halal bagi kita, bukankah ia juga rezeki yang diberikan Allah kepada mereka.











Nothing beat the original experience of dining with local and having local food. I am so grateful to have local host that i know from my last event in Busan, South Korea, Somchith Sps.

Tq for the lovely dinner at a very nice place. I am so full and so glad to see you again.
This is where they grill the fish and prawn.











Di negara yang 85% beragama Buddha ini , temple dan stupa begini merata-rata di sini sama seperti Thailand dan Myanmar.

Jangan pula kata kita melawat rumah ibadat agama lain boleh tergugat iman kita. Takkanlah serapuh itu.

Memang menarik senibinanya. Memang akal fikiran dan otak pintar dikurniakan Allah melangkaui pemikiran manusia biasa.

Melatalah di bumi ciptaan tuhan dan lihatlah ciptaan tuhanmu agar imanmu bertambah.


Dah..jangan cakap abang #sitipayung tak payung gambar pula.



























Pengangkutan awam memang mahal di Vientiane. Contoh mudah adalah dengan menaiki tuk-tuk jikalau kita dari Pudu Sentral mahu ke Masjid Jamek saja pun dengan mudah kita diketuk minima 30,000 kit untuk 2 orang.

Jika jarak dikira di Miri seperti dari #sitipayung ke Imperial Mall saja pun mereka akan caj kita sebanyak 30,000kit atau RM15.

Jadi cara yang paling mudah kami temui adalah sama ada meminjam basikal yang diberikan secara percuma di hotel-hotel besar atau menyewa motor dengan harga paling murah kita boleh dapat sehingga 70,000 kit untuk tempoh 24 jam.









Lihatlah wajah gembira kami menaiki motor dan merempit di bumi Laos.

Drivingnya adalah sebelah kanan jalan ya bukan seperti di Malaysia














We are too busy seing beautiful silk and merchandise until we forget to take photo.

T shirts are cheap. Silk depend if's handmade or manufacture. It can cost up to 1m kip.




















We bought a pair of gold yellow silk and shirt for me. Very nice for function. I love it.



Landmark yang dinamakan Pattusai ini seperti gerbang dibina lama dah. Bila? Entahlah. Google lah di internet.

Dulu bangunan ini boleh dikira paling tinggi. Diatasnya terdapat tempat berjualan barang cenderahati. Harganya masih mahal disini.

Di sekitar ini ramai jurugambar yang boleh mengambil gambar dengan bayaran sebanyak 20000 kip.

Senibinanya dipengaruhi rekabentuk Perancis. Malahan terdapat banyak bangunan yang masih menggunakan bahasa itu.

















Kami juga sempat melawat salh satu kuil yang paling suci bagi penganut agama Buddha di sini.

Menarik tempatnya. Bersih. Mereka masih kuat berpegang kepada kepercayaan agama. Kuil bersepah-sepah saja disini.

Saya juga sempat mengirim poskad untuk diri saya sendiri. Ini memang tabiat buruk saya apabila.melawat ke mana-mana.

Saya juga taknak melepaskan peluang melepaskan burung sebagai simbolik kebebasan dan kemampuan untuk terbang tinggi.
 





















Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...