Tuesday, September 29, 2015

SEWA KERETA DI EUROPE

Pengalaman memandu di Eropah sejauh hampir 3200km. Selalunya ramai yg ke eropah menggunakan public transport. Sesiapa yg nk try drive di sini mmg highly recommended esp jika travel lebih drpd 4 org. Ianya lebih menjimatkan drpd guna public transport. Kami sewa kereta dgn Avis Company secara on9 & ambil kereta di Frankfurt Airport terminal 2 gate D. Antara document yg diperlukan oleh Avis Company:
1. Permit memandu antarabangsa - apply di JPJ. RM150 dan renew yearly.
2. Lesen memandu Malaysia & credit card (cash tidak diterima).
3. Passport. insurans boleh dibeli sndiri.
Lain2 yg perlu diambilkira ialah kebanyakan negara di eropah left hand drive. Minyak disana agak mahal terutama di Germany €1.49/liter. Harga minyak berbeza mengikut stesen. Jadi, carilah yg paling murah. Tidak ada tol di germany, tapi di Austria & Italy ada tol yg agak mahal tapi minyaknya murah sikit. Perlu diingatkan ada negara2 di sana yg memerlukan sticker(mcm roadtax) utk masuk (di Italy dorg panggil vignette). Contohnya Austria. Sticker tu boleh dibeli di Stesen minyak berhampiran sempadan negara tu. Kos sewa kereta (Opel Astra Turbo 1.4 5seater) ialah €274 utk seminggu dgn basic insurans. Jalan raya di sana sgt2 baik & selamat. Di germany, ada kebanyakan jalan yg tidak ada speed limit. Anda boleh memandu selaju mana yg mampu(tapi sy drive 150km/h saja dan ada nenek german siap hon sbb sy bwk slow. =p.
Akhir sekali, bila masuk ke bandar2 di eropah, selalunya xda tpt khas utk parking. Jadi kena tau kt mana nk parking & parking tu agak mahal. Contohnya utk ke Venice, kami parking di Tronchetto station(€21 utk 4jam) & di Verona, italy kami parking berhampiran colloseum dgn harga €3 utk 3jam). (IG Taqiuddin_azizan)
Opel Astra Turbo. 5seater dgn ruang letak brg yg luas. Sesuai la utk sewa 4 5 org.
Semuanya automatik dlm kereta dia. Daripada lampu, aircond, heater & wiper

Car rental contract dgn Avis.
View laluan menuruni Passo Pordoi, Italy
Harga minyak di Germany. Agak mahal berbanding di Austria & Italy. 
€1.47 per litre
Top of Passo Pordoi, Italy 2239m. 3jam drive daripada Rasun De Soto & 1jam drpd Cortina de Ampezzo.



Credit to fb Taqiuddin Azizan





Monday, September 28, 2015

[Tips untuk book train di India]

Salam semua, lanjutan dari cerita kena tipu di Taj mahal tadi, ade yang request macam mana nak book train dan keadaan train kat India ni. Sini aku nak share cara nak book train kat India. Actually memang complicated giler nak book train kat India nie.
(DISCLAIMER : Aku memang jenis suke taip panjang-panjang sebab selalu taip kat blog. Hehe….)
Paling mudah korang boleh book mengunakan website nie http://www.cleartrip.com/ bukan setakat train, semua jenis pengangkutan korang boleh book.
Atau pon guna je official website train dorang yang ni http://www.indianrail.gov.in/ . Tapi website nie tak berape nak mesra pelancong. Kalau nak cek jadual train, korang kena tahu station codes, class codes semua tu tapi boleh je cek kat website tu kat bahagian ‘View Codes’.
Ataupun guna website nie http://www.makemytrip.com/railways/ untuk sekadar nak tahu info pasal train (Time, Train No, Clasess provided etc).
Hari tu aku guna http://www.cleartrip.com/ sebab lebih mesra pengguna. Tapi yang jadi MASALAH ialah sebelum beli tiket korang kena register dulu dengan Indian Railway Catering and Tourism Corperated Limited kat sini https://www.irctc.co.in/eticketing/loginHome.jsf . Masalahnya , masa nak register tu korang kena masukan local phone no sebab masa nak log in die mintak code no yang dihantar kat phone no korang masukan tadi.. Tips aku nak gtaw… Masukan je no phone Malaysia atau tipu-tipu. Lepas tu ko email kat IRCTC tu cakap ko xde local phone no dan suruh die send kat email ko je. Yang jadi masalah lagi ialah dia amik masa beberapa hari. (boleh refer sini http://www.travelindiasmart.com/train_tickets.php)
Disebabkan aku dah dekat sangat nak pergi, last-last aku mintak kawan kat India belikan. Walhal aku dah email IRCTC tu untuk request send verification code tu kat email, tapi lambat sangat nak tunggu dorang reply. So make sure korang book awal atau pon nanti direct je ke kaunter untuk beli tiket (Tu pon kalau ade seat yg available).
Kalau nak tahu lagi banyak info boleh baca sini http://www.seat61.com/India.htm#.VgkvtH2KKSo . Sangat-sangat membantu.
Camne keadaan dalam train plak?
Aku pernah naik 3 classes iaitu 1st Class AC, 2nd Class AC with bed and sleeper class. Dari segi luaran train dorang ni nampak sama je. KTM lagi lawa kot. Hehe….
Dulu aku pernah pergi Taj Mahal menaiki ‘Sleeper Class’… First impression, not that bad sebab ade katil boleh tidur. Ade ruang tu ade 3 tingkat katil kiri kanan. TAPI tak berape nak selamat sebab open for public. Masa pergi okay lagi sebab bertolak awal pagi, tapi masa nak balik tu penuh dengan peminta sedekah dan pemeras ugut. Lelaki yang pakai baju perempuan lepas tu paksa-paksa mintak duit. Siap tampar-tampar lagi kalau tak bagi. (True Story sbb kawan aku yang kena).
Dari Delhi ke Mumbai aku naik 2nd Class AC with Bed. Yang nie kira okay la. Selesa dan lebih selamat. Dorang ade provide makanan. Bnyak plak tu. Tak brenti-brenti dorang hantar makanan. Tapi sayangan aku puasa time tu. Indian cakap klu nak naik train paling selesa dan laju ialah Train Mumbai Radjani. Bagi aku okay dan selesa sangat.
Semalam punya trip aku amik 1st Class AC tu pon sebab kawan aku yang book. Aku tak mintak pon 1st nak naik 1st class tu. Harga dalam Rs1010 dr Delhi ke Agra Cantt. Seat duduk mcm KTM. Selesa jugak dan paling best ialah makanan disediakan. Ko tak sempat nak lelap sebab setiap masa ade je makanan yang sampai. Selamat pon selamat.
1-Sekuntum bunga ros
2-Air Mineral 1.5 litre
3-Lemon/Pineapple juice
4-Tea/coffee
5-Brown bread and jam
6-Milk and cereal (corn flakes)
7-Pisang
8-Main dish (veg atau non-veg)
9-Tray for tipping 😅
(Ak noob skit tak tahu cmne nak letak caption kat gambar. 1st pic tu sleeper class, 2nd pic ialah 2nd class AC with Bed, last skali 1st class AC)
Nak tips dan itinreray ke India boleh ke blog aku http://azwansalleh.blogspot.my/. Ade jugak perkongsian itinerary di New Delhi, Mumbai dan Agra.


petikan FB - Mohd Azwan Salleh





TELITI SEBELUM MEMBELI

TELITI SEBELUM MEMBELI
Miris ketika melihat saudara muslimah kita ikut makan SIOMAY CU-NYUK yg ada di Mangga Dua.
Herannya kenapa penjual tidak memberikan peringatan apapun kepada pembeli? Padahal mereka tahu bahwa pembeli tersebut mengenakan jilbab dan seorang muslim.
Sayapun yakin tak semua orang Indonesia mengenal istilah BABI dalam bahasa China atau yg lain. Cunyuk sendiri artinya Cu=babi Nyuk=daging, ini dari bahasa Cina Kanton.
Berikut ini info dari halal corner tentang beberapa istilah lain yang merujuk pada Babi :
1. Charsiu
2. Cu Nyuk
3. Mu
4. Chasu/Yakibuta/Nibuta
5. B2
6. Khinzir
Berikut arti kata yang terkait dengan Babi :
Cu=versi bahasa Cantonese (bahasa nasional Hongkong) artiny hewan Babi.
Nyuk/Yuk = Daging . Cu yuk / cu Nyuk = Daging babi.
Cu = Versi mandarin ( artiny ) Babi
Rou = daging .
Curou= Daging babi.
Chasiu = Daging babi panggang (Versi bahasa Cantonese )
Cha= Daging babi bagian dada, Siu = panggang/bakar.
Baikwat= iga babi / porkribs.
Nah kalau menemukan restoran yang menuliskan istilah tersebut di atas, jangan ragu untuk meninggalkannya ya.
Semoga bermanfaat, Please share ya supaya ga ada lagi yg jadi korban.

Petikan dari fb saudara Bekti Hermawan

Friday, September 25, 2015

ETNIK SA’BAN, SARAWAK, BORNEO



Nak datang Sarawak Boleh hubungi kami ya..
Miracle Miri Travel & Tours
085665385/0168792385

Nak cerita sikit tentang Etnik di Sarawak ni..

Sa’ban, Saban atau Merau, itulah nama-nama yang merujuk kepada satu lagi etnik minoriti yang ada di Sarawak Bumi Kenyalang. Sudah tentu amat jarang-jarang rakyat Malaysia mahupun bangsa Sarawak sendiri yang pernah mendengar mengenai mereka kerana amat kurang pendedahan serta tidak banyak informasi yang merujuk kepada etnik ini. Etnik Sa’ban merupakan salah satu sub-etnik Kelabit yang juga merupakan antara etnik pembentuk Kaum Orang Ulu, Sarawak.
Mengikut laporan populasi 2000, hanya sekitar 1,000 orang etnik Sa’ban yang masih tinggal di Sarawak dengan pusat populasi mereka ramai tertumpu di satu daerah di Tanah Tinggi Kelabit yang bernama Punang Kelapang. Untuk lebih mengkhusus adalah daerah pedalaman seperti Long Banga, Long Puak (Long Ballong) dan Long Peluan.
Oleh kerana mereka merupakan etnik yang mempunyai hubungan yang dekat dengan etnik Kelabit malah adalah tidak menghairankan sekiranya etnik Sa’ban juga mempunyai banyak persamaan baik dari segi adat, tradisi dan budaya dengan etnik Kelabit itu sendiri.
Malah kesamaan ini juga meliputi bahasa yang mana dikatakan bahawa rata-rata etnik Saban boleh berbahasa Kelabit walaupun mereka mempunyai bahasa sendiri yang dikenali sebagai Bahasa Merau. Secara amnya Bahasa Merau dikategorikan sebagai rumpun bahasa Austronesian, Malayo-Polynesian, North Borneo, North Sarawakan, Dayic, Kelabitic.
Mengikut sejarah keturunan etnik Sa’ban ini sebenarnya berasal dari kawasan Sungai Bahau, Kalimantan Timur. Dan penghijrahan mereka ke wilayah Sarawak bermula sejak di tahun 1900an lagi dan penghijrahan secara berperingkat-peringkat ini berakhir sekitar tahun 1960an.
Jika etnik-etnik lain di Sarawak rata-ratanya mengamalkan perkahwinan campur namun ini tidak berlaku kepada etnik Sa’ban. Dikatakan sehingga ke hari ini, etnik Sa’ban amat kurang mengamalkan perkahwinan campur biarpun sudah hidup di arus kemodenan. Nilai-nilai murni sebagai asli Sa’ban itu sentiasa mereka jaga sehingga menjadikan etnik minoriti ini masih lagi bertahan walaupun pada jumlah yang sedikit.
Suatu masa dahulu, etnik Sa’ban juga merupakan antara pahlawan-pahlawan yang mengamalkan tradisi Kayau di dalam penghidupan mereka. Oleh kerana itulah sehingga ke hari ini, tengkorak-tengkorak musuh yang pernah dipenggal oleh moyang mereka masih lagi penjadi penghias di rumah-rumah panjang mereka.
Dahulu etnik Sa’ban juga mengamalkan agama animisme seperti juga etnik-etnik yang lain di Sarawak namun setelah kedatangan agama akhirnya mereka memilih agama kristian sebagai pegangan hidup mereka. Namun begitu tradisi dan budaya yang tidak bertentangan dengan kristianiti mereka tetap dipertahankan sehingga ke hari ini.
Tidak Kenal Maka Tidak Cinta.
‪#‎KamekSayangSarawakBah‬!



Tuesday, September 22, 2015

CARA BERJIMAT KE HONGKONG

KL-HK flight return:RM126
Hotel single 2 malam: RM194
Makan/pengangkutan: RM77
All in Hong Kong RM397
Salam.Saya tahu ramai yg dah pergi Hong Kong n dah share itinerary. Saya just nak share perkara yang boleh membantu rakan2 untuk berjimat ke The Peak, cara berjimat dari Airport dan jimat semasa disana:
1)Lazimnya ramai yg akan stay area Kowloon (saya andaikan dari MTR Tsim Tsa Tsui). Then mesti nak pergi Victoria Peak. Standard org akan guna gabungan MTR + Tram. Harga sekitar HKD58.80 return. Kaedah paling murah HKD24.60. Jimat HKD34.80/RM17. Caranya: pergi ke Star Ferry Pier, xjauh dari Clock Tower. Then pergi Central Pier (HKD2.50 one way). Bila tiba, keluar terminal. Cari bas nombor 15 direct ke The Peak. (Jgn naik bas 15B/15C sbb tu hanya tiba stesen peak tram bahagian bawah). Harga HKD9.80 one way. Bas akan berhenti-henti turunkan orang sehingga ke The Peak (terminal bas hanya beberapa ratus meter dgn pemandangan skylines Hk) Pulangpun cara yg sama. Perjalanan bas sgt indah dgn kehijauan pokok, penampakan pulau dan bangunan2. Bas 2 tingkat. Naik bukit.agak seriau sbb jalan ngam2 je. Saya xtau view klu naik tram. mungkin ada yg nk komen.
**[ini sy buat pagi tadi]kalau korg berhajat nak pergi pagi (6.15-10.00pagi), lepas turun ferry kt central pier kena g exchange square untuk catch bus no.15. Lebih kurang 700 meter je jalan kaki. Tapi kalau lepas pukul 10.00 pagi, bas no.15 tunggu kat luar terminal ferry je spt yg sy cerita di atas.
2)Tiket bas dari Airport ke Tsim Tsa Tsui/ Jordan/ Chungking Mansion (famous place) HKD33 one way. kalau return HKD66. Cara nak murah:pergi kat kaunter tiket bas cityflyer kt ground floor airport . Cakap nak beli "Cityflyer prepaid return ticket". (Available utk bas A21/A22). harga HKD55. Jimat HKD11/RM6. Sah tiga bulan.
** kat kaunter mmg xde tulis.
** klu return hkia-kowloon/hk island tarikh yg sama blh diskaun 50%.
Datanglah Hong Kong. Skylines city yg indah. Ditambah dgn pemandangan laut n gunung-ganang yg indah. Totally all in 397 termasuk flight n hotel (Saya tak masuk Disneyland n Ocean Park sbb xminat justeru dpt berjimat)
Esok tengahari balik ke KL, tket bus ke airport dah ada.
Tips2 lain:
1) stay kt area Chungking Mansion. Banyak hotel murah. Hanya beberapa ratus meter ke Avenue of Stars/ Clock Tower/ terminal ferry/ tempat nak ambil gmbar skylines HK. Memang byk orang asing esp india/pakistan kt ground floor. Mereka akan tawar mcm2. Tapi buat tak tahu. Mereka tak kacau org. kalau dh naik floor hotel, security tip top. Pintu utama masuk hotel pun berkunci.
2) Saya cadangkan pergi HK bulan 12- 2. Musim sejuk tapi sejuk Autumn (igt nk g lagi kalau murah sbb terlelap time nak g symphony light. huhu). September panas mcm Malaysia. Oktober suhu dh mula turun.
3) Makanan/minuman mahal. Macam Jepun. So kena prepare. Blh cari dlm Chunking Mansion. bnyak kedai halal. Standard nasi briyani HKD40-HKD60 / RM20++ hgga RM30++. Sy jumpe HKD30 td tapi rare. Ada gak makan subway tengahari tadi tapi amik yg vege/telur je (saya yakin - yg ragu2 xsuggest.
** kalau xjelas blh pm saya esp part utama yg saya share iaitu ke the peak/ airport.

Cityflyer prepaid ticket.


HK skylines awal pagi from Avenue of stars


The Peak

Laluan bas no. 15 ke The Peak.

View bas no. 15


CREDIT TO FB : Zul Messi (BBM GROUP FB)




Monday, September 21, 2015

Russia Budget trip (Moscow & St Petersburg)

Assalamualaikum/Salam sejahtera nak share skit info sape nak ke Russia Budget trip (Moscow & St Petersburg) sementara airline promotion ke Russia tgh banyak ngan dgn duit dorang tgh rendah ni.

1. Visa Application(buat sendiri)
I. Invitation letter/ Tourist Visa Support (single entry) = RM 74/per pax
*** even kalo pg by group pon beli invitation asing2, sebab Russian embassy tak accept group invitation letter
beli online kat RealRussia.com
https://visas.realrussia.co.uk/Apply/Support_apply2.asp…
ii Visa Fee( Buat sendiri kat Russian embassy Jalan Ampang) =
RM 188/per pax
Document kene ada masa buat visa= Flight ticket,invitation letter, hostel booking, travel insurance dgn visa form
Visa form isi online kat sini pastu print dan tepek gambar passport.Isik2 elok,slah skit, dorang bleh reject
https://visa.kdmid.ru/PetitionChoice.aspx…
iii.pegi embassy Russia jalan ampang kalo nak buat sendiri, untuk visa application hanya Isnin, rabu,Jumaat (900 to 1300) & 5 hari siap. Pegi awal org ramai sangat. Make sure buat sebulan sebelum flight date, walaupon dalam website ckp bleh 3 bulan sbelom, datang awal2 more than month dorang suruh balik datang laen kali.
iv.Kalo nak pakai agent ni yg paling murah rasanya, bayar kos agent je, invitation letter beli lain
https://www.russianvisa.my/visa-fees.html

2. Accommodation
Hostel kat moscow= Average RM40/Per day X 4 Days
(amik dekat2 dgn Red Square & Moscow underground station , bleh try comrade hostel.moscow)
Hostel kat St petersburg= Average RM40/Per day X 4 Days
(amik dekat2 dgn Palace Square & Saint Petersburg underground station , bleh try Central hostel,Saint Peterburg)

3. Transportation
i.Train Ticket Moscow to Saint Petersburg(one way)
Sapsan High Speed train(4 hours 30 minute) – RM 90 /pax ~1300 Rubbles – harga promotion beli awal
Ticket beli online kat sini - - - -> http://www.russianrail.com/
***Soviet overnight train pon banyak bleh try dlm 9 jam sampai
ii. airline ticket Saint Petersburg to Moscow(one way)
Tranaero airline( LED – VKO) = RM 180 survey kat sky scanner
*** banyak budget airline kat sana bleh surver(moscow ade 3 airport)
iii. Moscow Underground train for 11 trips/ 60 rublles per ride = RM 30
http://engl.mosmetro.ru/pages/page_0.php?id_page=8
***Download la apps ape2 sbab all signboard kat sana in russian kat metro tu. Pening bak hang
iv St Peterburg Underground train for 10trips/ 31 rublles per ride RM 20
http://www.st-petersburg-essentialguide.com/saint-petersbur…
St petersbug metro english freindly.

4 Attraction
i.Moscow Museum average price 300 rubles skali masuk= Rm20
Or amik museum pass kat tgk kat sini
https://moscowpass.com/#Main
ii.St Petersburg Museum average price 300 rubles skali masuk= Rm20
Or amik museum pass kat tgk kat sini tapi hermitage museum(600Rubbles) tak cover - http://www.petersburgcard.com/en/
*** kalo ade isic card ke student card ke ade diskaun nak masuk tempat2 attraction. Bleh la try tapi tak confirm la. Belaja la skit history2 pasal rusia sbab banyak museum takde English description, semua Russian.takut blur
iii try River/canal cruise kat both city, paling murah 500rubles = Rm35 ( amik yg Russian language punya murah skit)
iv.Nak shoping2 beli Souvenir bli ke ape ke
-Moscow kat VERNISAZh V IZMAYLOVO nearby Partizanskaya Metro Station macam pasar karat/uptown & Arbat Street cam taksim road kat istanbul utk barang2 branded(HRC kat sini)
- St Petersburg area peterhoff & barang2 branded kat galeria shopping complex
V. Shopping2 suvinior bechmark price cam friedge magnet bleh dlm 50 rubbles & tshirt dlm 300 rublles paling murah,standard blei banyak dapat murah

5.Lain2 info korang bleh refer sini
i. http://wikitravel.org/en/Moscow
ii. http://wikitravel.org/en/Saint_Peterburg
kalo malas nak baca bleh tgk video ni kat youtube, lepas tgk video ni mesti membuak2 prasaan nak sampai sana
iii. Moscow --- https://www.youtube.com/watch?v=pnN2BNrSrXY
iv. St. Peterbug -- - https://www.youtube.com/watch?v=N3ISUUO0CSo
v. Waktu terbaik nak melawat both city dari end of May and beginning of August. Kire macam cameron highland la suhu dia. Siang pon panjang bleh jalan2 lama skit
vi.Duit better withdraw ATM kat sana sebab Malaysia takde tukar Russian Rubles, kalo nak bawak Euro/usd
Vii. Simcard amik Beeline 300 rubles per month siap internet. Taknak amik pon tak pe wifi free melambak
viii. Better email embassy to inform nak mai,
x.Kalo stay kat satu2 bandar more than 7 business days ko kene register, hostel/hotel slalu bleh setelkan.Bayo je la
Sekian, sorry carca merba, iternary aku upload lain sbab tak follow sangat, ape yg tak cukup bleh bagitau, aku update mane yg tau,papahal bleh roger......
so far Russia memang best bak hang.


Credit Info by:
Malaysian student kat Russia, geng2 bbm, google & local Russian

Sunday, September 20, 2015

Jom Jaga Kebersihan Pantai Kita

Nak Malaysia ada pantai yang cantik?
Nak Malaysia ada tasik yang biru?
BOLEH! Semua itu memang boleh dicapai.

Dengan syarat,

KITA REFLECT DIRI KITA.


Maksud?
Jangan buang sampah merata2. Please lah. Dah besar, dah travel sana sini, dah berpelajaran tinggi, tapi makan ice cream buang wrapping dia ke lantai. What the? Ini kejadian masa kat Tadom Hill Resort haritu. Memang aku perli depan2 org tu, tak tahu lah dia sedar ke tak kesalahan dia tu. No wonder owner Tadom Hill Resort dah tak bagi day trip. Because of some ignorant, stupid people yang tak reti jaga kebersihan. Susah sangat ke nak buang sampah dalam tong sampah? Ni habiss segala tempat pelancongan kat Malaysia semua dicemari oleh manusia2 tak bertanggungjawab.
Nak tahu tak? Selama aku travel ke European countries, even Korea or Jepun sendiri, lepas makan, dorang lap, amik tray dan kemas. Kita? Kita harapkan cleaner. Apa ingat besar sangat pangkat kita nak harapkan cleaner buat semuanya?? Salah ke nak tolong? At least tlg lap kan meja korang dh duduk guna tissue2 terpakai. Salah??
Aku menyampah betul la orang yang acah acah travel sana sini tapi tak amik langsung moral values dari travelling. Apa guna kau travel kalau tak memerhati dan mengambil nilai2 murni sesebuah negara?
Sekian, orang yg dah lama observe perangai *SESETENGAH* rakyat Malaysia yang tak reti jaga kebersihan. Yang tak buat tu, jangan terasa. Ini peringatan bersama. OK??
*oh ye yg buang ice cream wrap tu, bukan budak ye, mak budak yg buang. So embarassing....

credit FB

Abam ke Kuwait dengan Slumbernya

Perjalanan abam ke Kuwait kali ini antara yang paling gamble. Abam tak prepare apa2 langsung. Selesai pengembaraan ke Korea, petang tu juga terus gerak ke Kuwait.
Sampai di airport Kuwait, abam cuba merelexkan diri menunggu subuh. Mula2 nak withdraw duit pun rasa seram dah. Bila pegang wang kertas kuwait dinar lagi seram. 1 KD= RM 14. Tengok harga makanan dan barang lg mengerikan. Usai subuh abam cuba check balik kot2 ada hostel atau hotel murah kat sini. Memang non hado. Paling murah pun RM300 satu malam! Abam mematikan hasrat.
Lantas abam try mesej FB TYT Duta Malaysia ke Kuwait, Tuan Rozian Ghani. Abam cakap dalam hati, at least try. Tak sampai 30 saat, TYT Duta reply dan suruh stay di residence embassy. Alhamdulillah.
Abam terus survey transportation ke sana. Dalam peta ado metro. Bila abam tanya, non hado! Survey harga teksi kat internet pula, average RM260 untuk perjalanan lebih kurang 15km. Demam terus abam. Abam ingat nak jalan kaki je sebab 15km tu masih boleh diusahakan dengan jalan kaki. Abam pernah jalan kaki dari airport Milano Malpensa ke Pekan Gallarate melalui highway menggalas backpack hampir 20kg dengan jarak yang hampir sama (maybe lebih jauh lagi). Tapi bila survey tambang bas yang sekadar 250 fills/journey (RM 3.50), abam decide naik bas. Sekali lagi dalam keadaan gamble. Selepas tanya2 orang, bertukar bas 2 kali, jalan kaki dan tumpang kereta Pak Cik dari Yaman, akhirnya abam sampai di Embassy.
Sampai di pondok pengawal, abam cakap, "i'm the guest of ambassador". Bila sampai residence, jumpa TYT Duta, memang sempoi dan bersahaja. Baik orangnya. Petang tu beliau belanja makan di restoren tradisional Kuwait.
Rezeki dari Allah. Daripada asalnya abam mahu menanyakan penginapan murah di sini kepada TYT Duta, beliau membantu abam untuk stay di sini. Rancangnya nak relax mencuri idea menyiapkan travelog yang terbengkalai lama.
Semuanya seolah2 satu celebration memandangkan Kuwait ini negara ke 40 yang abam jejaki. Alhamdulillah i reach that figure while i'm still 22. Still a long journey to go.



Thursday, September 10, 2015

Nota Editor: Gadis yang memanggil dirinya dengan gelaran Cik Jirafah ini kelihatan riang sewaktu beliau bergambar dengan pakaian maskot zirafah sewaktu travel dengan keretapi dari Malaysia ke Chiang Mai.

Begitulah aksi Cik Nadia Rahmat yang telah menggegar netizen dengan perkongsian beliau yang menyeronokkan sewaktu travel bersama 2 lagi rakannya sewaktu menaiki keretapi daripada Malaysia ke ChiangMai, Thailand.
Kami bawakan keseluruhan 3 perkongsian beliau untuk rujukan buat anda yang turut ingin rasai pengalaman mengembara dengan cara yang sama. Buat Cik Nadia, terima kasih atas izin untuk Vocket siarkan perkongsian ini.

Perkongsian 1

Perkongsian 1 – Keretapi KTMB dan Keretapi Thailand
Suka saya kongsikan disini, idea perjalanan saya ini sebenarnya tercetus selepas membaca perkongsian Saya Reez pada tahun lepas. Dengan segala informasi yang bermanfaat, saya tekad cari tarikh yang menarik untuk mencuba dan meneruskan idea ini.
Selain bertanya sendiri dengan beliau. Thanks bro! (Beliau kini di China secara solo setelah berminggu-minggu, mungkin masuk bulan, melalui jalan darat –inspired gila!)
Kemudian di pertengahan tahun, perkongsian sebuah keluarga, bersama anak-anak yang kecil (lingkungan umur 7-12 tahun) secara backpacking menaiki keretapi dari KL ke Chiang Rai, menambahkan lagi semangat untuk bergerak ke utara!
Sebenarnya, info jalan darat, keretapi khususnya, segala maklumat yang terperinci dan sentiasa di update boleh di dapati di www.seat61.com. Ianya merupakan web info keretapi di seluruh dunia!
Bahkan untuk ke London dari sini juga ada melalui Tran-Siberian yang memakan masa 2 minggu!
Cuma tu lah, “Malaysian don’t read” hehe! Saya juga tergolong dalam golongan itu bila malas.
Tapi sebabkan perasaan berkobar untuk perjalanan ni, saya baca ulang-ulang dari atas sampai bawah, setiap perkataan yang ditulis di dalam web tersebut.
Cuma jika ada yang tak faham dan kemusykilan, saya akan bertanya pada Bro Reez.
Sebenarnya perjalanan menaiki keretapi adalah sedikit mahal berbanding kapal terbang. Tetapi, apalah lebihan sedikit nak dibandingkan dengan pengalaman?
thailand-1
1. Ini keretapi 20 (Senandung Langkawi) perjalanan Kuala Lumpur – Butterworth.
Mula saya buat survey berdasarkan info dari seat61.com harga tiket untuk perjalanan sehala (sleeper lower berth) adalah RM46.
Memandangkan saya beli, melalui online, bayaran termasuk caj tambahan adalah RM49.
Pembelian tiket hanyalah dibuka 30 hari sebelum, tarikh perjalanan kita. Untuk katil upper berth, harga adalah lebih murah.
thailand-2
2. Selain dari perjalanan malam, terdapat 2 lagi pilihan perjalanan siang. Antaranya keretapi ETS Padang Besar.
thailand-3
3. Perjalanan bermula jam 9.30 malam dan tiba di Butterworth jam 5.30 pagi. Perjalanan saya, agak punctual.
thailand-4
4. Tiket perjalanan keretapi 36 Thailand (Butterworth – Bangkok), saya beli terus dari kaunter, juga 30 hari sebelum tarikh perjalanan.
Harga untuk upper berth lebih murah berbanding lower berth.
thailand-5
5. Keretapi dari Butterworth hanya mempunyai 2 koc. Koc-koc lain ditambah ketika berada di Hatyai.
thailand-6
6. Lower berth dan Upper berth duduk menghadap antara satu sama lain sebelum kerusi ditukar menjadi katil. Ditengah-tengah ini ada meja yang akan diletakkan (jika perlu).
thailand-7
7. Perjalanan terhenti selama 2 jam di Padang Besar dan menu akan diberikan (jika perlu).
Dimaklumkan bahawa makanan luar adalah dibenarkan. Maka silalah stok jajandan cikedis bebanyak.
Ketika berhenti di Hatyai, ada para penjual Muslim menjual pulut ayam, naik ke keretapi.
thailand-8
8. Pemandangan Kedah/Perlis.
thailand-9
9. Soket disediakan pada bahagian-bahagian tertentu. Kebetulan, rezeki dapatseat memang dekat dengan soket.
thailand-10
10. So, ni lah jadinya. LOLs!
thailand-11
11. Malam, kerusi akan diubah menjadi katil. Suka dimaklumkan bahawa, aircond dalam keretapi ni tersangatlah sejuk! Hinggakan Mat Salleh gi blakng amek blanket sendiri. So bayangkan la bertapa sejuk (itu waktu siang).
thailand-12
12. Pemandangan pagi dari cafe. Tidak pasti itu sungai atau laut.
thailand-13
13. Jika ingin duduk di cafe, kena order sarapan, atau dihalau. Saya hanya sekadar order coffee (THB30). Sebab menu di dalam train Thailand ini tidak halal. Air panas kosong THB30 (untuk bancuh milo/nescafe/maggi).

thailand-14
14. Maaf. Tapi inilah pemandangan dari tandas! Sebab tu berjeriji.
thailand-15
15. Siang, katil tidak diubah, hanya jika ada yang mengubah sendiri menjadi kerusi.
thailand-16
16. Maka, golek-golek selagi boleh.
Perjalanan Butterworth bermula jam 2 ptg (Malaysia), dan dijangka tiba 10.30 pagi (Thailand).
Tapi katil akan dikemas bila dah nak dekat sampai Bangkok.
thailand-17
17. Hua Lamphong Train Station, Bangkok. Tiba 2 jam lewat (expected dari yang berpengalaman).
thailand-18
18. Deposit bag THB70 (backpack seperti saya) dan THB40 untuk beg plastik besar Mydin yang penuh makanan haha!
thailand-19
19. Shower room dan tandas di sini sangat bersih! Untuk shower room, THB10 sahaja!
thailand-20
20. Bilik solat disediakan, juga makanan halal di area food court. Tapi saya was-was, jadi saya keluar dari station untuk cari kedai makan.
Kedai coffee paling popular di situ. Killing time for next departure.
thailand-21
21. Tiket Bangkok – Chiang Mai RM128.05 (Train 13) saya beli secara online diwww.thailandtrainticket.com
Terdapat tiga cara untuk mendapatkan tiket tersebut;
1. Ke pejabat mereka (10-15min dari station) hanya hari bekerja – percuma
2. Penghantaran ke Hotel (jika menginap di Bangkok) – ada pembayaran
3. Penghantaran ke station (agent Travex menunggu) – THB300
Saya tiada pilihan memandangkan tiba pada hari Ahad, cuti. Terpaksa mengambil pilihan 3. Agent akan menunggu pada jam 6.30 ptg, 1 jam sebelum bertolak.
Pembelian hanya dibuka 2 bulan sebelum tarikh perjalanan.
thailand-22
thailand-23
thailand-24
22. Saya sangat suka train ni! Luas dan kemas! Saya berkongsi cabin dengan rakan dari Spain (upper berth)
thailand-25
23. Ruang menyimpan beg terletak di upper berth.
thailand-26
24. Soket dibahagian lower berth.
thailand-27
25. Tandas dan sinki yang luas dan bersih.
thailand-28
thailand-29
thailand-30
thailand-31
thailand-32
26. Pemandangan sepanjang perjalanan? SubhanaAllah!

Perkongsian 2

Perkongsian 2 – tambahan mengenai keretapi dan lain-lain.
So, sebab dah janji untuk terus sambung share info, so here you go.
Actually ni tambahan sebab ade tertinggal semalam, plus menjawab beberapa soalan berulang-ulang yang tak dapat jari ini rakus untuk menjawabnya…
Tapi sebelum tu, TOLONG LA BACA SAMPAI HABIS. Kadang, korang main tanya je, padahal info bulat-bulat saya dah spoonfeed hahaha.
1. Trip saya adalah dari Kuala Lumpur (KUL) ke Butterworth (PEN) ke Bangkok (BKK) dan berakhir di Chiang Mai (CNX). Saya balik ke KUL naik flight hahaha!
Perjalan menggunakan train, mengambil masa 3 hari.
Saya menghabeskan masa di Chiang Mai selama 6 hari.
2. Keretapi KUL – PEN, PEN – BKK dan BKK – CNX, bukan hanya ada satu sahaja. Ada banyak pilihan. Tetapi semuanya bergantung pada plan dan susunan travel kalian.
Kalau baca dari www.seat61.com (kalau rajin bacalah :P) every info trek, dia terangkan dengan sangat detail. Train 13 (BKK – CNX) adalah train yang menggunakan trek paling jauh, tapi melalui banyak scenery yang lawa. Selain dapat tengok sunrise.
3. (Rujuk gambar 1) Train 13, selain view yang wow serta selesa dan luas, cafe train tidak mempunyai aircond. Mereka mengamalkan concept open window.So, adalah WAJIB untuk shot gambar train curve gitteww.
Diorang tak kesah nak selfie ke bergambar bagai, atas risiko memasing.
Bila lagi nak buat woi! Bullet train tingkap semua tutup! HAHAHA!
4. (Rujuk gambar 2) Saya tidak roaming data. Ketika berhenti di Padang Besar, crew keretapi ada jual simcard Thai dengan harga THB200, data adalah unlimited untuk seminggu!
5. (Rujuk gambar 3) Ramai yang bertanya siapa yang mengambil gambar, dan kamera apa yang saya gunakan.
Saya seorang yang gemar mengambil gambar dan merekod video.
Saya menggunakan Nikon D60 (sejak 2009) dan GoPro Hero3+ BE (sejak 2013).
Gambar-gambar yang dikongsikan di sini kebanyakkanya dari Gopro dan i6. Gambar dari Nikon sdg berada di London, bagi kawan pakai utk convo.
Kebanyakkan gambar Gopro saya pakai mode time-lapse (2secs) atau video+photo (720-60fps; 5secs), dibantu oleh accessories2 ini. (Saya camera freak kalau nak gi holiday)
Lain-lain, adalah candid dari kamera kawan saya.
6. Travel solo?
Tak. Asalnya nak travel solo, selepas warm up solo ke KK. Kemudian kawan interested nak ikot. So, apedehal? Tapi meet up kat CNX sebab dia fly dari KUL.
Dalam train ada lagi kawan. Dia nak join, then bawak another friend. So kira berempatlah semua. Cuma 3 orang naik train. Tapi last minit, kawan yang diajak tu injured kaki. So berdua sahaja.
Kenapa takde gambar dengan kawan dalam train? Tak perlulah. Gambar sorang pon orang teka solo. Inikan pulak gambar berdua, mengundang fitnah.
7. Dalam train, pergi cafe/toilet tak takut barang hilang?
Saya percaya apabila bermusafir, kita sentiasa dibawah lindungan Allah SWT. Sebab itu digalakkan solat sunat musafir sebelum keluar rumah. Dan digalakkan berdoa sepanjang bermusafir kerana itu antara doa mustajab.
Logiknya, keperluan bernilai sepertt duit dan telefon akan kita bawa bersama kemana shj. So yg ada dlm beg hanya baju-baju. Nak curi baju? Boleh beli.
Fyi, sepanjang saya dalam train, saya tak fikir langsung pasal barang-barang saya. Walhal dalam beg saya penuh dengan gadget (DSLR, gopro accesories etc).
Saya percaya, lagi kita risau, lagi mudah barang hilang sebab kita tak percaya pada qada’ & qadar. Wallahualam.
thailand-33
Train 13, selain view yang wow serta selesa dan luas, cafe train tidak mempunyai aircond. Mereka mengamalkan concept open window. So, adalah WAJIB untukshot gambar train curve gitteww.
Diorang tak kesah nak selfie ke bergambar bagai, atas risiko memasing.
Bila lagi nak buat woi! Bullet train tingkap semua tutup! HAHAHA!
thailand-34
Saya tidak roaming data. Ketika berhenti di Padang Besar, crew keretapi ada jual simcard Thai dengan harga THB200, data adalah unlimited untuk seminggu!
thailand-35
Ramai yang bertanya siapa yang mengambil gambar, dan kamera apa yang saya gunakan.
Saya seorang yang gemar mengambil gambar dan merekod video.
Saya menggunakan Nikon D60 (sejak 2009) dan GoPro Hero3+ BE (sejak 2013).
Gambar-gambar yang dikongsikan di sini kebanyakkanya dari Gopro dan i6. Gambar dari Nikon sedang berada di London, bagi kawan pakai untuk convo.
Kebanyakkan gambar Gopro saya pakai mode time-lapse (2secs) atau video+photo (720-60fps; 5secs), dibantu oleh accessories ini. (Saya camera freakkalau nak gi holiday)
Lain-lain, adalah candid dari kamera kawan saya.

Perkongsian 3

Aktiviti Transit (Butterworth dan Bangkok), Travel Insurance, Itinerary, cost & aktiviti di Chiang Mai
Untuk perkongsian kali ini, adalah mengenai aktiviti transit, travel insurance, itinerary, cost & aktiviti di Chiang Mai.
chiang-mai-1
1. Aktiviti ketika transit di Penang. Adik saya bekerja di sana. Jadi saya cuma janji dengan dia untuk breakfast (kalau dia free), malam bertolak ke Butterworth. Dari Butterworth station ke terminal ferry, disediakan free shuttle setiap 15 minit.
Saya ada lah 2-3 kali datang Penang sejak dia belajar sana, tapi masih tak habisexplore. Jadi, transit ni antara peluanglah kunun. Kami sewa basikal di sana dan tumpang menumpang beg di kedai sewa tersebut (dimaklumkan bahawa tiadalocker disediakan di stesen Butterworth).
Lepas tu dia bawak pergi makan roti canai ayam goyang + roti bakar telur goyang dekat Transfer Rd. Then pergi jalan pusing tepi pantai jap, then gi Mydin tapau bekalan dalam ketapi pastu return basikal and balik ke ferry.
chiang-mai-2
2. Di Bangkok, saya tidak ke mana sangat. Hanya keluar berhampiran untuk cari restoran Muslim yang terdapat diseberang Hua Lamphong Station, lorong kecil berhampiran MRT Bangkok.
Untuk pengetahuan, saya berada di Bangkok 3 hari selepas kejadian letupan di sana. Jadi, Bangkok agak sunyi dengan kawalan polis yang ketat dsb. Selebihnya saya hanya duduk menunggu di dalam station.
chiang-mai-3
3. Tiba di Chiang Mai. Dari station keretapi Chiang Mai ke hostel, saya menaiki red taxi. Di luar station, red taxi dan tuk tuk sedia menunggu. Harga yang dikenakan antara THB30-THB50. Tapi dari pengalaman selama 6 hari disana, menaiki red taxi lebih murah berbandi tuk tuk.
chiang-mai-4
4. Sepanjang hidup saya berjalan, saya tidak pernah ambil travel insurance. Sehinggalah ade satu posting mengenai ini, yang menyedarkan bahawa pentingnya travel insurance ini. Ditambah pula, perjalanan sendiri ke Chiang Mai adalah melebihi seminggu (9 hari).
Saya memilih AXA sebab dalam banyak-banyak yang saya survey, ini yang paling baik (bagi saya). Saya mengambil package VIP dengan jumlah insurans sebanyak RM300K. Untuk tempoh 9 hari perjalanan saya, saya hanya perlu membayar RM39.00 (melalui online sahaja).
chiang-mai-5
Ada banyak lagi pilihan insurans serendah RM9.00, boleh buat survey di Expedia dalam column insurans.
chiang-mai-6
5. Details train info, flight dan hostel check in.
chiang-mai-7
6. Rough itinerary dan index. Yang di dalam merah itu, hanya disusun dan ditentukan ketika di Chiang Mai.
chiang-mai-8
7. Misc info.
chiang-mai-9
8. Budget 9 hari, 8 malam. Pen hitam adalah roughly budget. Pen merahpayment confirmation dengan round figure.
Tiket penerbangan balik, saya beli pada bulan 3, sama dengan full payment hostel (Air Asia Go).
Kalau booking hostel menggunakan hostelworld.com, hanya 15% deposit dikenakan dan selebihnya dibayar ketika check-in. Atau boleh juga check diHotelsCombined.com.
Harga untuk aktiviti adalah lebih murah berbanding harga budget. Namun atas sebab currency kita yang lemah, kepedihan itu turut terasa (sobs)
chiang-mai-10
9. Aktiviti hari ke-2 di Chiang Mai.
Meliputi Butterfly & orchid farm + Long Neck Tribe Village + Elephant Ride + White Water Rafting + Bamboo Rafting + Waterfall Hiking + Lunch + Mineral Water + Hostel Pickup & return = THB1300
Tetapi kami mendapat diskaun sebanyak THB130 kerana booking melalui hostel.
chiang-mai-11
Long Neck Tribe Village
chiang-mai-12
Elephant Ride.
chiang-mai-13
Waterfall Hiking.
chiang-mai-14
10. Aktiviti hari ke-3 di Chiang Mai.
3 hours off-road ATV ride + Lunch + Mineral Water + Hostel Pickup & return . Boleh rujuk thepeakadventure.com = THB2400. Diskaun sebanyak THB240 kerana booking melalui hostel.
chiang-mai-15
11. Aktiviti hari ke-4 di Chiang Mai.
4 hours river kayakking + Lunch + Mineral Water + Hostel Pickup & return = THB1950, dengan diskaun THB250 booking melalui hostel.
chiang-mai-16
Cik Jirapah ready for Kayakking!
chiang-mai-17
12. Aktiviti hari ke-5 di Chiang Mai.
Off-road downhill mountain biking + Lunch + Mineral Water + Hostel Pickup & return = THB1550, dengan diskaun THB155 booking melalui hostel.
chiang-mai-18
Basikal kedua, selepas 2 kali tergolek dog, terlentang sampai both brek patah!
KAHKAHKAH! But I survived from 1550m above sea level!
credit to : http://thevocket.com/itinerari-travel-dengan-keretapi-dari-malaysia-ke-chiang/

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...