Thursday, October 22, 2015

Tips berbackpack di Korea

Tips berbackpack di Korea . This finding is based on my own trip and observation in Seoul from 5-10 Oktober 2015.
1. Tak perlu langgan egg wifi yang kat Airport tu. Line tak bagus dan mahal. Lagipun free wifi banyak di seluruh Seoul. Eg free wifi is IPTIME. Kat guesthouse kami line lagi laju.
2. Dari airport, lebih selesa ambil airport bas ( 10,000 won) sebab tak perlu angkat beg turun naik tangga subway. Banyak subway di sini tak ada lif. Kami pilih naik subway sebab tix murah ( dalam 3950 won dari airport ke Myeongdong Station). Tapi jenuh kami turun naik subway bawak beg. 😥😥😥. Cuma kalau naik bas memang kena punctual sebab bas depa punctual sangat.
3. Bawa la bekal makanan halal / travel cooker sebab memang susah dapat makanan halal except di kawasan Itaewon. Dan tersangatttlahhhh mahal. Sekali makan dalam 10,000 won ( lebih kurang rm38-40 ikut rate tukaran mata wang rm3.85 / 1000 won.) Kalau nak makan street food pun ada yang halal. Dalam 1000- 4000 won.
4. Kalau bekal makanan tak habis, infaq je kat student2 kita kat sana. Tak perlu bawa balik Msia. Diorang pun nak sangat makanan halal Msia sebab sana mahal.
5. Untuk DMZ tour, nak senang pergi dengan tour sebab kalau g sendiri susah nak masuk. Kami dimaklumkan oleh tour guide kami kerajaan Korea ketatkan syarat hanya dengan tour sahaja boleh masuk ke DMZ. Boleh rujuk bro Mazlan Zonan otai Korea kalau nak try pi sendiri.
6. Korea mengamalkan one cabin luggage policy. So beg kabin boleh masuk satu sahaja dgn 1 beg tangan je.
7. Datang airport awal 3 jam sebab imigresen Korea agak strict dan ambil masa lama. Masa kami nak balik, orang sangat ramai di Incheon Airport. Kami naik Air Asia, gate sangat jauh kena naik ERL ke gate. flight balik KUL 9.35 pagi, tapi flight lewat depart sebab ada beberapa org lewat sampai.
8. Memang perlu fit dan pakai kasut yang sangat2 selesa sebab banyak kawasan pelancongan Korea terletak di tempat tinggi dan bertangga. Paling selesa kasut sport.
9. Jangan lupa dapatkan diskaun kupon atau print out dari sini. Memang banyak save nak.masuk tempat2 pelancongan di sini.
10. Passport bawa je ke mana2. Di Pulau Nami, kalau tunjuk passport dapat diskaun 2000 won utk tix masuk.
11. Bawa kompas dan sejadah ke mana2 sahaja. Masa kat Insadong, takut tak sempat solat Asar dan Zohor, kami solat je kat tepi subway. Kompas tu memangggg membantu. Better bukan kompas dalam smartphone sebab kalau line tak ada memang susah. Travel travel juga, namun jangan lupa tunaikan tanggungjawab sebagai hamba.
12. Rajin2 tanya orang keliling kalau tak tahu jalan. Orang tuanya sangat baik dan peramah. Walaupun tak pandai bahasa kita, tapi suka tunjukkan jalan.
13. Bawa map ke mana2 pergi. I install subway map apps Jihachul tu, tapi tak reti guna.😅😅😅😅. End up kami bawa subway map pi mana2. Senang nak tanya jalan kalau sesat. Kami akan tandakan kat map tu.
14. Duduk area Namsan / Myeongdong memang happening. Jalan2 di Myeondong penuh dengan deretan kedai kosmetik dan branded item. Masa kami pergi adalah musim SALE di Seoul. Rabak juga poket. 😅😅😅 Kedai2 ni dibuka sampai malam jam 10-11.
15. Nak lebih mudah, sebelum pergi mana2, tanya pd staff di counter guesthouse. Tanya route/ jalan nak ke tempat yang kita nak pergi. Diorang akan carikan dalam internet dan tunjukkan jalan. Yang bagusnya menginap di Namsan Guesthouse, pukul 7 pagi kaunter dah buka dan staffnya memang very helpful.
16. Memang best jalan2 dan nikmati suasana musim luruh di Korea, kaki memang rabak tapi puas hati. Cuma agak terasa tak best bila nak berbelanja sebab travel sewaktu mata wang ringgit jatuh, terasa miskin sangat kat negara orang. Jap nak nanges. 😢😢😢
18. Kat Incheon Airport, Petite France n Nami Island ada prayer room. Bila sebut prayer room korang jangan la expect macam surau kat Msia. Prayer room ni boleh kongsi dengan agama lain. Muslim prayer room tak ada except di Masjid Itaewon.Yang ada Catholic, Christian n Buddhist. Kami solat di Buddhist prayer room sbb yang lain ada kerusi macam dalam church susah nak solat.
19. Di Myeongdong street, ada bbrp stall food yang letak lambang halal dlm tulisan jawi kat makanan mereka. Tapi kalau korang yakin makanan tu halal, tak rasa was2, walaupun tak ada lambang, boleh je nak makan.
20. Saya suka toilet di Namsan Guesthouse 5 sebab pintunya bukan tampered glass macam kebanyakan guesthouse lain di Seoul. Pastu paip showernya sebelah dgn toilet duduk, so nak beristinjak tu memang selesalah sebab boleh tarik paip shower tu.
21. Pi mana2 kena bawa botol air mineral kosong sebab toilet sini tak ada paip. Tapi bersih giler toiletnya walaupun tak ada paip.
22. Kalau tanya brp belanja utk ke sini, actually depends on brp byk tempat yang kita pergi dan brp kali makan kat luar. Exchange rate pun faktor yang perlu diambil kira. Mostly tempat2 yang kami pergi semua ada entrance fee😥😥😥.
23. Kalau nak beli souvenir mcm fridge magnet dan bookmark, paling murah di Namdaemun. Saya dah compare harga di Dangdaemun, Myeongdong n Namdaemun. Namdaemun paling murah. Pegi je kedai unni tu.
Tips yang lain2 tu mungkin kawan2 BBMers lain boleh tambah.
One thing I love about travelling adalah ujian tahap kebergantungan kita dengan Allah. Dari mula nak ke airport, dlm flight baca doa, sebelum berjalan, jaga solat, sesat jalan, jumpa orang, sampai lah kita pulang. If we remember Him, definitely He will remember us and will look after us. In sha Allah. Selamat mengembara!
Sam zie Gil Insadong.

Harga makanan di restoren MAKAN Itaewon. Makanannye sedap giler. Highly recommended.


Alamat MAKAN Restaurant.

Pas makan sedap, kami solat Maghrib Isyak di masjid Itaewon. Perut dah kenyang, kenalah zahirkan kesyukuran.


Tempat solat wanita. Masa kami datang masjid dah tutup. Ada sorang uncle yang jaga kunci datang buka bilik solat ni.


DMZ tour. Kami ambil yang paling cokia. Best! DMZ stand for De Militirized Zone. Zone bebas perang. Sempadan korea utara dan korea selatan. Yang menarik tour ni, kita akan tahu apa punca separation korea utara dan selatan.  Cubaan korea utara nak invade korea selatan melalui terowong yang digali oleh manusia. Ada 4 tunnel semuanya bratus2 km. Imagine macam mana rakyat korea selatan dikerah utk gali terowong sepanjang tu. Kita juga akan tahu usaha2 utk satukan semula korea utara dan korea selatan melalui tour ini. Kita juga boleh guna binocular utk lihat kehidupan rakyat korea utara.


DMZ. Muka penat giler sebab kena mendaki masa nak naik dari terowong.


Bendera di unification bridge.


Bendera di unification bridge.


Group tour kami.


Sunset di Namsan Tower.


Gembok Cinta or Lock of Love.


Seoul nite panorama. Subhanallah cantik.


Sunset @ Namsan Tower.


Cable car yang terletak cuma 400m dari Guesthouse kami.


Harga kunci di N Tower.


Shopping souvenir paling murah di Namdaemun Market.


Namdaemun.


Kucing di Cat's Cafe.


Kedai cenderamata murah di E Ledgang Building, Namdaemun. Adik Shabila ni belajar di Universiti di sini. Terserempak di Namdaemun masa cari brooch. Dia yang bawa kami ke sini.


Lip lap.


Me and Kim, staff di Guesthouse. Sangat peramah dan rajin kongsi maklumat bila.kita tanya. All staff dekat guesthouse ni baik2 belaka.


Ruang dapur di Namsan 5.


With Mr Park, penjual ginseng di Myeongdong Street. Kalau keluar dari exit 2 atau 3, akan jumpa dengan Seven Eleven. Kedai dia 2 pintu selepas 7e. Kalau nak beli ginseng beli kat dia. Malam dia ada. Siang org lain jaga kedai. Bagi tau saya kawan Hani and show this picture to him. Mana tau kalau boleh dapat kurang. Haha.

Cats di Cats Cafe Myeongdong.


Kedai jual brooch lawa di E Ledgang building si Namdaemun St.

Bus Seoul City Tour.

Ni food kat Restoren MAKAN, Itaewon. i order sotong Bulgogi. Sedap bak ang. Side dish ada 6. Kalau di Restoren Eid, side diah cuma 3 je. Siap tanya nama makanan kat budak Msia ( Shida ) yang kerja part time kat situ. Highly recomended!



PETIKAN DARI BBM GROUP , FB : Nurhani Salwa Binti Jamaluddin


























No comments:

Post a Comment