Penerbangan EJ atau Royal
Jordanian dari Bangkok ke Kuala Lumpur memang mengujakan. Harga tiket yang bagi
saya amat murah dalam kelas penerbangan penuh pada harga RM390 seorang
membuatkan saya ingin mencuba penerbangan dari syarikat timur tengah ini.
Penerbangan yang transit di
Bangkok dari Jordan ke Kuala Lumpur hari itu penuh dengan penumpang. Kami
ditempatkan di barisan hadapan kerana membawa bayi bersama supaya senang
ditempatkan dalam ‘baby coat’ kabin.
Pada perhatian saya, krew kabin
berbangsa Thai juga disediakan untuk sector BKK-KUL-BKK supaya komunikasi mudah
antara penumpang dan anak kapal. Penerbangan menggunakan pesawat Airbus 320
dengan konfigurasi tempat duduk 2-4-2 di kelas ekonomi agak sempit namun masih
agak selesa.
Cabin a bit small for me,
Makanan yang masih dihidang menggunakan utensil besi dan pinggan clay mengingatkan memori lama saya dengan syarikat penerbangan negara kita. Royal Jordanian merupakan salah satu syarikat penerbangan yang bergabung dalam pakatan One World. Makanan yang dihidangkan turut sesuai dengan tekak saya.
Great uniform.-Fancy |
Business Cabin |
This is our nice trip together. |
Untuk mendapatkan tiket dengan harga tawaran terbaik bolehlah lawati www.royaljordanian.com
Cabin food is delicious |
Saksikan serba sedikit gambar yang sempat dirakam untuk tatapan bersama. Saya turut sempat merakam kabin kelas bisnes. Belum mampu den.