Salah satu kata-kata yang saya pegang iaitu “Beranilah bermimpi dan
gapailah impian tersebut” akhirnya menjadi kenyataan.
Saya sarankan jika kita hendak menggunakan kereta api, gunakanlah
tiket one day pass berharga Pound 9. Anda boleh menggunakan sebanyak mungkin
train mengikut zon-zon tertentu.
Drop on-drop off juga merupakan kaedah yang terbaik untuk melihat
Kota London. Dengan harga sebanyak Pound 35 kita bebas untuk turun naik
dimana-mana tempat menarik dari pagi sehingga jam 6.00 petang termasuk dengan
melewati Sungai Thames menggunakan feri. Pastinya pengalaman berbeza.
Melihat Big Ben, The Parliament House, Eye of London di depan mata
kita sendiri memang mengujakan. Terlalu ramai manusia yang mengagumi kota ini.
Cuma cuaca pada ketika itu yang sedikit mambataskan perjalanan. Terlalu sejuk
dan saya tidak selesa, walaupun sepatutnya pada waktu itu sudah memasuki musim
bunga.
Berada di kota ini dan memakan makanan barat kadangkala membuat kita
rindu untuk mencuba masakan pedas dan makanan Malaysia. Hari itu kami ke
Malaysia Hall, sebuah tempat tumpuan rakyat Malaysia untuk urusan pengajian
tinggi dan berjumpa rakan-rakan dari Malaysia. Meriah dan bangga bile melihat
ramai bijak pandai Malaysia lebih-lebih lagi anak muda yang mendapat tajaan
pelajaran dari JPA, MARA, Petronas dll disini. Semoga kalian semua tamat
belajar dan dapat pulang menyumbang ilmu dan kepakaran di bumi Malaysia.
Di Malaysia Hall, kantin ini dikendalikan oleh Pak Awie yang telah
bertahun-tahun berniaga dan
memperkenalkan makanan Malaysia kepada dunia luar. Disini, tanyakan
makanan bajet iaitu yang tidak mempunyai tanda harga. Dengan harga Pound 3.00
untuk makanan bajet kita saudah boleh menikmati makanan sama ada berlauk ikan
sambal, sayur dan nasi. Saya bersyukur bukan disebabkan harganya, tapi
disebabkan itu adalah makanan MALAYSIA.
Beliau juga mempunyai sebuah restoren yang boleh dikatakan fine
dining dengan nama Pak Awie. Harga disitu agak tinggi dan tidak sepadan dengan
harga tempatan.
Banyak tempat yang saya
lawati dan saya tak pula bercadang untuk bercerita lebih. Diharap semua pembaca
terhibur dan mendapat sesuatu dengan gambar-gamnar yang saya letakkan disini.