Thursday, August 13, 2015

Trip to Vientiane, Laos

Simply Beautiful!!

That is the tagline for tourism in Laos. I was quite blur of what to do in Vientiane, Loas at first. The roads look empty, the wire look so serabut and peoples are hard to find.

However after a walk in the evening with my wife the perception turn to excitement. I saw the beauty of Laos and the people. 

An evening with my old friend who live here also help me to learn better about the food, people and the condition about Laos. A visit to local restaurant was also an eye opening of the appetizing food for the people of Laos.

As i still have few days here, i wanted to enjoy Laos at it best and try to explore as much as i can.

I also hope that Asean-China Young Entrepreneur Forum will be a great place and event for me to mix and see the opportunities that might bring me forward.

English saya ni takdelah hebat mana, malu juga kadang nak menulis dalam English. Namun kalau tak praktis dan diperam saja apapun tak jadi. Mahapkan saya cikgu2 bahasa omputih ya.










Laos tidak memiliki laut disekitarnya. Kebanyakkan makanan laut diambil dari Thailand dan diperolehi dari Sungai Mekong.

Kepelbagaian hidupan unik yang terdapat di Mekong River menjadikan Laos bertambah unik. Makanan yang pelbagai dan spesis hidupan air tawar yang tak pernah kita bayangkan ada disini.

Makanannya juga tidaklah murah. Penduduk disini juga mengakui akan kos hidup yang tinggi. Namun sebagai manusia jaya, kita perlu adaptasi kepada ekosistem kehidupan sekeliling.

Masyarakat Laos juga saya lihat sangat happy dengan peluang untuk beriadah bersama keluarga dan berkumpul beramai-ramai.



Ikan ini yang nampak seperti ular. Seram.
Mekong River and Thailand is just across the river.








Sayur-sayuran kampung seperti Kangkong





Street food of Laos. A heaven food for them.
We ate at Nazim Restaurant, they serve halal Indian and also Malaysia food. Halal food is always overprice.
Makcik in pink sell suntong tutok



This is also interesting place I found while we go for sight seeing using a rented bike.

This is a local unique delicacies which i believe many of Laos people eat. Its amazing and great moment.

We should never look down in other people food as that might be their yummiest food. Even if we don't like it, never show and down grade it.

Apapun jika sesuatu makanan itu tidak cocok atau halal bagi kita, bukankah ia juga rezeki yang diberikan Allah kepada mereka.











Nothing beat the original experience of dining with local and having local food. I am so grateful to have local host that i know from my last event in Busan, South Korea, Somchith Sps.

Tq for the lovely dinner at a very nice place. I am so full and so glad to see you again.
This is where they grill the fish and prawn.











Di negara yang 85% beragama Buddha ini , temple dan stupa begini merata-rata di sini sama seperti Thailand dan Myanmar.

Jangan pula kata kita melawat rumah ibadat agama lain boleh tergugat iman kita. Takkanlah serapuh itu.

Memang menarik senibinanya. Memang akal fikiran dan otak pintar dikurniakan Allah melangkaui pemikiran manusia biasa.

Melatalah di bumi ciptaan tuhan dan lihatlah ciptaan tuhanmu agar imanmu bertambah.


Dah..jangan cakap abang #sitipayung tak payung gambar pula.



























Pengangkutan awam memang mahal di Vientiane. Contoh mudah adalah dengan menaiki tuk-tuk jikalau kita dari Pudu Sentral mahu ke Masjid Jamek saja pun dengan mudah kita diketuk minima 30,000 kit untuk 2 orang.

Jika jarak dikira di Miri seperti dari #sitipayung ke Imperial Mall saja pun mereka akan caj kita sebanyak 30,000kit atau RM15.

Jadi cara yang paling mudah kami temui adalah sama ada meminjam basikal yang diberikan secara percuma di hotel-hotel besar atau menyewa motor dengan harga paling murah kita boleh dapat sehingga 70,000 kit untuk tempoh 24 jam.









Lihatlah wajah gembira kami menaiki motor dan merempit di bumi Laos.

Drivingnya adalah sebelah kanan jalan ya bukan seperti di Malaysia














We are too busy seing beautiful silk and merchandise until we forget to take photo.

T shirts are cheap. Silk depend if's handmade or manufacture. It can cost up to 1m kip.




















We bought a pair of gold yellow silk and shirt for me. Very nice for function. I love it.



Landmark yang dinamakan Pattusai ini seperti gerbang dibina lama dah. Bila? Entahlah. Google lah di internet.

Dulu bangunan ini boleh dikira paling tinggi. Diatasnya terdapat tempat berjualan barang cenderahati. Harganya masih mahal disini.

Di sekitar ini ramai jurugambar yang boleh mengambil gambar dengan bayaran sebanyak 20000 kip.

Senibinanya dipengaruhi rekabentuk Perancis. Malahan terdapat banyak bangunan yang masih menggunakan bahasa itu.

















Kami juga sempat melawat salh satu kuil yang paling suci bagi penganut agama Buddha di sini.

Menarik tempatnya. Bersih. Mereka masih kuat berpegang kepada kepercayaan agama. Kuil bersepah-sepah saja disini.

Saya juga sempat mengirim poskad untuk diri saya sendiri. Ini memang tabiat buruk saya apabila.melawat ke mana-mana.

Saya juga taknak melepaskan peluang melepaskan burung sebagai simbolik kebebasan dan kemampuan untuk terbang tinggi.
 





















Malaysia Francaise Summit 2015

It has been a great honor for me to be able to join this Malaysia Francais Summit in Connexion@Nexus KL. 

Hearing and get a knowledge from prominent player in this francaise business really inspire me. Everyone start small but with a system business will do well. I will be doing better in SOP and system, insyallah.

From the talk of Dila Karim, gen y enterpreneur who now own 4 Zawara shop and 12 Zawara shop run by its franchaise with a sales of ONLY RM17M a year. Nothing imposible. For sure she also shared her down time and how she quickly adapt and change.

What else to say, Burger Bakar Abang Burn that sold 4 million patties since his inception in business 4 years ago and have nearly 600k like on his facebook page. Just a rough sales figure 4m X RM7= RM28m. That is huge number. Again he insisted that rule to be rich is "Know Who Indebted Whom" & create sense of reward and sell value. If you can sell value to your staff, your supplier, your customer with a reat system..WOW miracle happen.

Thank you very much for inviting me to be in the same ship with these people my dear brother, sister and officer from UPUB, Jab Ketua Menteri, Sarawak. It's my great honor and pleasure guys. Thank you again.

Nota 2015 #hafidzrohani ke 52

  I would also like to say my highest appreciation to Gabem Sarawak , Awang Putra & YB Datuk Naroden Majais for their determination and hardwork improving and nurturing the spirit of enterpreneurship in Sarawak.

































Sunday, August 9, 2015

10 Tip Penting Yang Wajar Anda Ambil Tahu Jika Mahu ‘Hiking’ Di Norway

Nota Editor: Tip ini telah diberikan oleh Khairul Naim, seorang doktor yang telah 6 tahun aktif mengembara ke serata dunia. Norway merupakan negara ke 49 yang telah beliau jelajahi dan untuk mencari kelainan, doktor muda ini telah travel ke sana secara solo. Namun sewaktu di Oslo beliau telah berkenalan seterusnya ‘hiking’ bersama warga dari Romania dan Jepun.



Pasti ramai yang ingin ke Norway tetapi gusar kerana Norway merupakan
salah satu bandar yang termahal di dunia. Oslo sememangnya popular
dikalangan pelancong , tetapi jika anda seorang yang sukakan aktiviti
hiking atau outdoor boleh lah ke Trolltunga.

It’s 4 oclock in the morning local time and I’m on my way to Trolltungga. I can’t describe it, no words best to describe it. Subhanallah, I should redefining the meaning of SUMMER. Hellllo monday!



Trolltungga merupakan specktular cliff yang terletal di Ooda yang berketinggian 1100 dari aras laut. Hiking ke sini berjarak 22 km dan memerlukan masa sekurang-kurangnya 10-12 jam.


My hiking/camping mates from Romania and Japan. Semua dah ada couplekita je single.


Disini saya sediakan 10 tip dan cara berjimat untuk kesana.
1. Untuk lebih jimat boleh buat tempahan tiket melalui website.

Salah satunya adalah website NOR-WAY bus dan terdapat diskaun untuk pelajar jugak. Tiket dibeli untuk perjalanan dari Oslo Sentrum ke Odda Bus (mengambil masa 7 jam perjalanan).

2. Ambil bas malam untuk jimat kos hotel dan penginapan.
Bas malam adalah pada jam 11 malam dan tiba di Odda Bus station pada jam 5.30 pagi. Untuk ke Trolltungga , dari Odda Bus station hendaklah mengambil minibus ke Skjeggedal (1/2 jam perjalanan). Jadi anda boleh tidur dalam bas disepanjang perjalanan. Dah jimat kos hotel untuk 1 malam.

3. Pastikan anda cukup fit untuk melakukan hiking.
Ini kerana laluannya agak sukar tetapi jangan risau apabila anda berada dipuncak semua keletihan yang anda rasai hilang sama sekali sebaik saja melihat pemandangan indah di sini.

4. Membawa makanan dan minuman yang secukupnya.
Pastikan anda membawa makanan secukupnya. Jika tidak pasti rasa menyesal apabila melihat rakan rakan lain menjamu selera sewaktu berada di atas. Selepas penat mendaki ditambah cuaca yang sejuk pastinya anda mudah rasa lapar.
Air juga amat perlu untuk mengurangkan dehydrasi. Tapi jangan risau anda boleh mengisi kembali botol kosong anda dengan air dari sumber air terjun yang menjadi salji. Semestinya sejuk!

5. Mengambil tahu perkembangan cuaca terbaru disana.
Trek ini hanya dibuka pada pertengahan bulan 7 sampai bulan 10 setiap tahun. Walaupun saya kesana pada bulan 8 (musim panas), salji di atas sana masih lagi tebal. Bermula dari km ke 3 anda akan bermain dengan salji disepanjang pendakian.

Cuaca yang baik sangat penting kerana jika hujan anda terpaksa membatalkan rancangan pendakian kerana trek terlalu bahaya dan licin. Anda hendaklah sentiasa mengikuti laporan cuaca 2-3 hari sebelum hari anda merancang hiking cuaca kerana sentiasa berubah.

6. Pakaian hiking yang sesuai.
Harus diingat cuaca diatas sana adalah sangat sejuk dan bersuhu sekitar 3 ke 4 darjah. Jadi sediakan pakaian yang sangat sesuai untuk cuaca sejuk dan kalis angin.  Kasut juga sangat penting dan perlu sesuai untuk hiking serta kalis air kerana laluan trek berais, sangat licin, dan berisiko tinggi untuk terjatuh.

7. Jangan putus asa, teruslah berlari.
Pada 1 km pertama amat mencabar kerana keadaan yang berbukit tinggi dan cerun yang sangat curam menyebabkan keaadaan semakin mencabar. Pada kilometer ke 2 jalan agak landai tapi pada kilometer ke 3 laluan kembali berbukit dan bermula kilometer ke 4 laluan adalah bersalji hingga anda sampai ke puncak.

Pada satu ketika, jika anda merasa putus asa jangan risau dan teruslah berlari. Ingat kenapa anda bermula jika anda merasa putus asa.
8. Cermin mata hitam dan pelindung matahari
Walaupun cuaca bersalji, matahari mencacak apabila bermula di kilometer ke 5, jika ada tidak mempunyai sunglassess keadaan menjadi sukar kerana anda terpaksa tunduk dan sukar melihat jalan. Sunprotector amat perlu jika tidak mahu kesan terik bahang matahri.

9. Bawalah peralatan khemah sebagai back up.
Jika anda tidak larat untuk kembali ke Oslo pada hari yang sama atau ingin berkhemah di sana maka bolehlah buka dan pasang khemah. Jadi anda sudah dapat jimat kos hotel untuk 1 malam.
Dari sini juga anda boleh teruskan penjelajahan dan melawat Bergen.

10. Jika anda ingin lebih relaks boleh lah ke Preikestolen kerana laluan trek di sana lebih pendek dan tidak mencabar berbanding trek Trolltunga.
kredit To : The Vocket

Friday, August 7, 2015

10 Fakta Menarik Tentang Pulau Reunion, Lokasi MH 370 Ditemui

Pulau Reunion bukanlah lokasi yang begitu dikenali oleh rakyat Malaysia.
Tetapi apabila tercetusnya pengesahan bahawa serpihan pesawat MH370 yang ditemui baru-baru ini  berhampiran dengan pulau ini, kami ingin bawakan 10 fakta menarik tentang Pulau Reunion.

1. Pulau ini pertama kali telah ditemui oleh Portugis pada abad ke 16. Pulau yang pada ketika itu tiada berpenghuni ini dibiarkan begitu saja oleh Portugis kerana mereka meneruskan pelayaran ke Asia Tenggara.
Pada tahun 1643, Peranchis mengambil alih pulau ini dan mengishtiharkannya sebagai pulau jajahan mereka. Wakil Peranchis dan koloni mereka seterusnya mendiami pulau ini selama 20 tahun. Sehingga kini pulau ini masih di bawah jajahan Peranchis.
2. Nama asal bagi Pulau Reunion adalah Bourbon Island. Pulau yang terletak di Lautan Hindi ini kemudiannya ditukar nama kepada Pulau Reunion oleh Peranchis pada tahun 1793.

3. Bahasa asal yang digunakan oleh rakyat yang mendiami pulau ini agak unik kerana ia adalah campuran 3 bahasa – Bahasa Peranchis, Malagasi (bahasa dari Madagaskar) dan Bahasa Gujerat (dari India). Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pedagang dari Madagaskar dan India kerap berkunjung ke sini.
Namun begitu Bahasa Peranchis merupakan bahasa rasmi di pulau ini.
4. Hasil bumi utama yang menjadi bahan eksport dari Pulau Reunion adalah Gula. Hasil bumi lain adalah beras dan tebu.

5. Bagi pekerja pejabat di Pulau Reunion, waktu rehat mereka adalah 2 jam setiap hari bermula dari jam 12 tengahari hingga 2 petang. Wah, ini memang menarik!
6. Lokasi Pulau Reunion berhampiran dengan garisan Khatulistiwa menjadikan iklim di pulau ini tidak banyak berbeza dengan Malaysia. Justeru pulau ini menjadi tumpuan pelancong dari Eropah untuk bercuti sambil berjemur di pantai.
7. Oleh kerana pulau ini masih di bawah pemerintahan Peranchis, matawang rasmi di Pulau Reunion adalah Euro dan menjadi matawang rasmi untuk kegunaan transaksi harian di pulau ini. Meskipun begitu, matawang US Dollar juga diterima di beberapa hotel dan restoran ‘high class‘ di pulau ini.
8. Pulau ini juga memiliki gunung berapi masih aktif yang diberi nama Piton de la Fournaise. Merupakan antara gunung berapi paling aktif di dunia, Piton de la Fournaise direkodkan telah meletus sebanyak 150 kali sejak abad ke 17.

Letusan terkini dari gunung berapi ini adalah pada tahun 2007 dan telah menghasilkan pemandangan menarik dari jauh.


Sewaktu tiba di sini, para pelawat perlu mendaki anak tangga yang membawa mereka jauh ke atas. Disepanjang laluan beberapa kawah (craters) akan ditemui sebelum melalui jalan yang membawa ke bahagian yang lebih tinggi.
9. Salah satu tarikan utama di Pulau Reunion adalah bassin des Aigrettes.
Merupakan kolam air semula jadi dengan air terjun mengalir dari atas terus ke dalam kolam, ia bakal menawarkan pengalaman berbeza untuk mereka yang berkunjung ke sini.
10. Bentuk muka bumi dan alam semula jadi di pulau ini tak kalah dari segi keunikan dan keindahannya.
Jika anda meminati hiking, di sini anda berpeluang untuk menikmati pemandangan indah air terjun yang turun dari celah bukit ke jurang, melihatcanyon yang dalam, gunung berapi aktif serta berjalan di lereng bukit menuju ke lokasi menarik antaranya Le Maido, atau sekadar memandu di jalan raya yang di bina atas air di sekeliling pulau ini.
Jadi kini anda sudah tahu, Pulau Reunion bukanlah sebuah pulau yang sepi tetapi sebaliknya kaya dengan alam semula jadi dan nilai sejarah. Bagi mereka yang sukakan alam semulajadi, Pulau Reunion sewajarnya menjadi satu lagi destinasi dalam ‘bucketlist’ anda.
Kredit to : The Vocket

Monday, August 3, 2015

cara murah untuk tiba ke Eropah

Assalamualaikum. Sejak beberapa tahun ni, banyak
cara murah untuk tiba ke Eropah. Ada yang transit di Vietnam, Indonesia, UAE, Singapore & Thailand. Harga boleh dapat serendah RM1203 ke Amsterdam(Garuda Airlines Midnight Sale)-payah nak dapat). RM 1300(ke Moscow by VA).Namun jika dapat harga sekitar RM1500-RM2000 ke central Europe, dah cukup baik terutamanya Vietnam Airlines yg sentiasa murah. Kadangkala Sale Etihad pun boleh serendah RM1400++ ke Paris/ London. Sebelum ini, saya juga pernah share cara termurah dari KL ke Balkan Country (Bulgaria/ Hungary/Turkey/ Romania) melalui 2-3 penerbangan connecting sendiri dimana kebarangkalian bawah 1K sangat cerah. Saya akan sharekan pengalaman setelah selesai mengembara Balkan menggunakam route ini(sebelum ini just cerita).
Hari ini, Saya ingin kongsikan 2 airlines murah ke Eropah yang berpangkalan di Bangkok. Namun pengangkutan dari KL- Bangkok anda tentukan sendiri. Boleh naik bas/keretapi/ flight. Harga boleh serendah RM200++ return KL- Bangkok. Malah anda dapat jalan2 kat Thailand. Priority yg suka g Bangkok/Phuket gak. Option yg agk menarik sebab tak sampai 2k all in ke Eropah walau terpksa cari flight KL-BKK. Saya masih belum berpeluang menaiki flight ini.InshaAllah akan datang.Airlines tersebut:
1) Euro Wings was the owner of German Wings. Akan memulakan penerbangan melalui Bangkok dan Phuket ke Germany & UK mulai Disember ini. Contohnya Bangkok- Cologne- Bangkok RM1600 all in. Ada gak destinasi London, Manchester & Edinburgh.
2) Norwegian Air. Best Low Cost Airlines kat Eropah. Pintu masuk ke Scandinavia Country. Telah mula bertapak di Bangkok.
Bangkok-Oslo return RM1419.
Bangkok-Stockholm return RM1624.
Bangkok-Conpehagen return RM1626.
Pemburu Aurora sangat digalakkan untuk mencuba route ini. Tips nak murah: cari tiket 2- 3 bulan sbelum tarikh beli. Contohnya sekarang bulan 7. Try tengok bulan 8- 9- 10 blh drop bwh EUR200 one way kbykn tarikh. Kalau korg tengok tiket mmg mahal. Tapi akan turun gak. Kena rajin tengok website.
** Selain daripada AA nak buka route ke London/ Paris, low cost Cebu Pacific yg berpangkalan di Philippines turut cuba untuk merintis jalan ke Eropah. Mereka aim Italy walau sebelum ini permintaan mereka pernah ditolak atas beberapa kriteria gagal dipenuhi. Untuk rekod betapa murahnya Cebu Pacific, mereka pernah menawarkan harga RM103 penerbangan jarak jauh Manila ke Dubai return semasa promo. Malah, saya sempat grab tiket Manila ke destinasi timur tengah pada harga sekitar RM80++ semasa promo peso 1 bulan Januari yg lalu.
Selamat memburu. Sekadar berkongsi ilmu yang telah dikaji. Nasihat saya, rajinlah mengkaji. Biarlah orang kata macam2. Nak travel pun kena kumpul duit macam kumpul maklumat. Banyak ilmu saya pelajari. Satu dunia saya cuba kaji walau tak sampai lagi tempat tersebut.Sehingga saya temui route ciptaan sendiri. hehehehehe.



Credit To FB: 
Zulkarnain Jalal (BBM)

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...