Tuesday, December 31, 2019

Percutian ke Da Lat & Ho Chi Minh


Sy nak share pengalaman sy dan husband di Da Lat dan Ho Chi Minh, Vietnam selama 4 hari 3 malam. Alhamdulillah semua berjalan lancar & semua tempat yang kami nak pergi mmg tercapai.

TRIP TO Da Lat Dan Ho Chi Minh 10 – 13 JANUARI 2019
Flight : Kuala Lumpur – Ho Chi Minh (RM351- return)

Tukar duit di Spectrum Forex Sdn Bhd (di NU Sentral): RM181=1 juta dong

Day 1
- Tiba di HCM pukul 2.30pm (waktu Vietnam)
- Beli simkad di airport. 150ribu dong (RM27.15), unlimited, 50min call: beli belah luar airport. 
- Ambil taxi ke Futa Bus Station (alamat: Phuong trang bus station, 272 de than street, district 1) berdekatan ben thanh market.. sebab kami nak ambil sleeping bus ke Da Lat.. kebetulan terserempak dengan pelancong malaysia nak ke station bus juga, kami share 6 orang naik taxi.. plan asal nak naik grab car je.. grab car sana mudah dapat dan in shaa Allah boleh dipercayai sebab dah ada rate terus. So taxi 220ribu dong (RM39.80 bahagi 6, seorang RM6.63)
- Tiket futa bus Ho Chi Minh ke Da Lat, 220ribu dong (RM39.80/seorang)..Sampai Da Lat malam sebab banyak stop2 ambil penumpang, total 7 jam
- Taxi ke hotel 70ribu dong (RM12.70)
- Check in Pinus Hotel (RM61/per night), hotel ni dekat dgn night market Da Lat dan bandar. 

Day 2
- Pongour Waterfall 20ribu dong (RM3.63/per person). 
Kami memang pilih waterfall ini sebab unik & cantik. Kebanyakkan agent suggest elephant waterfall sebab dekat dengan bandar tp lebih kurg mcm elephant waterfall di Malaysia pun ada.. hehehe.. nak ke pongour hampir 40 min – sejam ikut keadaan cuaca & jalan. 
- Datanla Waterfall 150ribu dong (RM27.15/per person). 
Nak ke waterfall kena guna roller coaster. Brake dan nk gerakkan ia kena kawal sendiri.. memang best !!!
- Crazy House 50ribu dong (RM9/per person). 
Laluan kecil sampai ke bumbung ikut lereng2 luar rumah tu memang mendebarkan.. sebab saya jenis gayat.. huhuuh.. 
• Semua tempat atas tu kami cover sehingga jam 12 tghari
- Balik hotel check out 
- Lunch di Restoran Fatimah
- Da Lat Railway Station 5ribu dong (90sen/per person)
- Valley of Love 100ribu dong (RM18.10/per person) 
*taman ini sungguh besar dan cantik.. rugi sangat jika x pegi..
- Da Lat City
- Da Lat night market
- Bertolak ke HCM by sleeping bus, Futa Bus 220ribu dong (RM39.80/seorang).
*di Da Lat, nak g tempat ni senang guna Grab Car sebab semua dekat2 je.. Cuma Pongour Waterfall agak jauh jadi better guna tourist guide. Kami deal dengan Mrs. Khanh +84905958514.. tapi  Driver yang assist kami Mr.Vinh +84973535653.. kami ambil private car so berdua agak mahal.. jika ramai2 boleh share lagi murah.. memandangkan dah ambil mr.vinh ke pongour, kami guna servisnya utk ke semua tempat di Da Lat.. he very nice person.. total 1.7juta dong (RM307.70).. tempat2 yang nak pergi tu kami list sendiri.. just minta dia bawa.. Mr. Vinh can speak English.. 

Dengar2 now dah da flight ke Da Lat mgkin lebih mudah.. kata driver 30 min shja airport dan Da Lat City.. tp kami pilih bus sebab nak merasa naik sleeping bus Vietnam.. ehhehe

Day 3
- Dari bus station ke hotel ambil Grab Car 25ribu dong (RM4.50)
- Check in Hotel Thanh Long Tan Hotel (RM100/per night including breakfast)
*dekat ben thanh market
- Shopping
- Night Market
Day 4
- Pulang ke Malaysia

*untuk di HCM memang target shopping je sebab dah pernah tour HCM sblum ni.. HCM makan senang.. di ben thanh street ada banyak kedai halal. Total seorang lebih kurang RM600+- termasuk hotel, flight dan entrance fee tp tidak campur tour guide di Da Lat sbb dia bergantung pada tempat dan berapa ramai join..

Masjid Sultan Singapore

Masjid Sultan, Singapore πŸ‡ΈπŸ‡¬.

This is my most favourite mosque every time I came here.

Masjid Sultan is one of biggest mosque πŸ•Œ with special care given by the goverment. This is the only mosque that allow sound of adzan (prayer calling) to be use openly on loud speaker while others mosque or musolla is only permitted inside the building.

A mosque that can fit up to 5000 people at one time was built in 1824 for Sultan Hussein Shah, the first sultan of Singapore. Sir Stamford Raffles, the founder of Singapore, gave S$3,000 to the construction of a single-storey building with a double-tiered roof.

This well organised mosque received certification of MS ISO and well maintained by the committee. It is located at Kampung Glam and famous Restoren Zam Zam just located across the road. 

Semoga tahun depan dapat pula bersolat di Mekah dan Madinah.

Masjid Sultan Omar Ali Seifuddin

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei πŸ‡§πŸ‡³.

This is a must visit mosque πŸ•Œ in Brunei. The magnificent real gold at the main dome was valued at $B2m when it was built in 1958 by Sultan Omar Ali Saifuddin 111, the 28th Sultan of Brunei.

The interior of the mosque is for prayer only, with features such as stained glass windows, arches, semi-domes and marble columns. Nearly all the material used for the building were imported from abroad: the marble from Italy, the granite from Shanghai, the grand crystal chandeliers from England, and the carpets from Saudi Arabia.

Cara Dapatkan Visa ke Australia.

Senang je sebenarnya nak masuk ke Australia untuk bercuti. Sila baca panduan ini untuk memudahkan korang lepas dengan mudah. Tips ini pun boleh di pakai ke semua destinasi. Bukan Australia je tau. London, Paris, Russia, China, Thailand dan Indonesia pun tak terkecuali. 
.
.
1. Pertama sekali lepas korang dah rancang nak ke Australia, korang kena buat visa ETA dulu. Nak buat visa ETA ni senang je. Murah dan ringkas. Kalau buat dengan Muslimtravelbug Sdn. Bhd. hanya RM20 seorang. Lulus dalam masa 1-48 jam. Boleh hubungi mereka di sini: https://hi.jomwasap.my/visaetaapply

2. Kalau visa tak lepas, korang akan dapat email dengan status 'Unclassified'. Lepas tu kena mohon visa Subclass 600 dan nanti min akan ceritakan tentang visa Subclass 600 di post yang lain. 

3. Jadi visa dah lepas, baru boleh beli tiket flight ke Australia! Pastikan beli tiket flight pergi dan balik. Tiada tiket balik, airlines ada hak untuk tidak membenarkan anda masuk ke dalam pesawat. 

4. Selesai beli tiket flight, mulakan rancang aktiviti dan itineri di Australia. Buat dalam Word ataupun Excel. Tempah hotel siap-siap. Study tempat-tempat yang ingin dikunjungi. Kalau pergi dalam kumpulan, pastikan setiap seorang daripada anda tahu hala tuju trip di Australia. 

5. Sebelum berangkat ke Airport, pastikan segala tempahan tiket penerbangan, hotel, homestay, insurans, itineri, bank statement (optional) telah siap dicetak dan dimasukkan dalam satu fail. Macam nak pergi temu duga kerja.

Pastikan dalam telefon bimbit bersih dari sebarang gambar-gambar pornografi dewasa mahupun kanak-kanak. Bila sampai di airport Australia nanti, kalau kurang bernasib baik, mereka akan pilih korang dan boleh geledah telefon bimbit untuk tujuan pemeriksaan. Biasalah dalam group whatsapp akan ada geng-geng nakal yang hantar gambar pelik-pelik. Kita nampak sebagai gurauan, tapi pihak di sana boleh mengambil tindakan ke atas anda. 

6. Segala makanan dan ubat-ubatan yang dibawa masuk ke Australia perlu disenaraikan. Makanan yang dimasak dari rumah tidak dibenarkan masuk ke Australia ya. Hanya makanan komersial yang telah dipaket dan belum dibuka sahaja. Senaraikan dalam Word kemudian cetak dan masuk dalam fail. 

7. Duit - Ye zaman sekarang semua pakai kad. Tapi cash is king. Disarankan bawa wang tunai yang cukup untuk ke Australia. Pegawai imigresen tak boleh tengok duit dalam kad, jadi AUD$100/hari adalah memadai dan jangan lupa bawa kad kredit dan lain-lain sebagai back up. 

8. Pakaian - Dari segi pemakaian, pakailah pakaian jenis smart casual. Jangan pakai selipar, comot dan nampak mencurigakan. πŸ˜‚

9. Bila tiba di boarding gate di airport Malaysia, akan ada seorang profilers yang bertugas untuk imigresen Australia yang akan memerhatikan gerak geri bakal penumpang ke Australia. Jadi korang kena tenang. 

Boleh siap-siap keluarkan fail yang mengandungi semua maklumat trip sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya perlu. 

10. Profilers akan berpakaian seperti orang biasa, tiada baju uniform dan tiada tag nama. Mereka boleh nampak seperti salah seorang penumpang juga. Kalau ada yang mencurigakan, mereka akan mulakan sesi temu duga. Sila berkelakuan normal sepanjang masa. 

11. Kalau kurang bernasib baik, anda akan dibawa ketepi untuk sesi soal siasat. Pada bahagian ini, kena tenang menjawab segala soalan yang ditanya. Soalan lazim yang ditanya, berapa lama bercuti, itinerary, tempat tinggal dan lain-lain. Sebab tu kena letak dalam satu fail. Dan pastikan jawab dengan yakin. Jangan CEMAS, gagap dan sentiasa senyum. Biasanya kalau jawab dengan yakin, senang nak lepas. Jangan jawab seperti orang terpinga-pinga tak tahu apa, memang kena denied boarding macam ni. 

12. Dah lepas profilers, mereka akan benarkan korang masuk ke dalam flight dan terbang ke Australia. 

13. Dah sampai di Australia, keluar je dari badan pesawat, pergi tandas dulu. Betulkan rambut, solek cantik-cantik dan helok. Akan ada dua lagi peringkat nak kena lepas. Pemeriksaan imigresen dan Pemeriksaan kastam. 

15. Bila sampai di Pemeriksaan Imigresen, soalan sama juga yang akan ditanya seperti soalan profilers. Sila jawab dengan tenang dan yakin. Kalau mereka minta dokumen-dokumen dan telefon untuk diperiksa, sila beri kerjasama. 

16. Kemudian Pemeriksaan Kastam. Di sini, mereka akan periksa bagasi korang. Keluarkan senarai makanan yang dah disenaraikan kelmarin. Biasanya kalau ada senarai makanan, memudahkan lagi urusan pemeriksaan dan tak perlu keluarkan semua barang dalam bagasi.

Lepas je semua lapisan pemeriksaan ini, korang dah boleh mulakan bercuti di Australia dengan tenang! 

Senang nak lepas kalau ikut prosedur. Di Australia sekarang ni, kalau buat trip redah dan gaya backpackers tak digalakkan. Sekurang-kurangnya ada itinery yang menyakinkan pegawai imigresen pun sudah memadai. 

Semoga tips ini sedikit sebanyak memudahkan anda untuk ke Australia. 
Tips ini dibawakan khas oleh Muslimtravelbug Sdn. Bhd. Menyediakan perkhidmatan membuat ETA Visa Australia hanya RM20 seorang. 
.
Maklumat lanjut berkenaan Visa ETA, sila hubungi nombor di bawah:

Whatsapp:
https://hi.jomwasap.my/visaetaapply
0143278227
TEL Office: 0395441442
.
Follow FB page : https://www.facebook.com/Muslimtravelbug/

Website: https://muslimtravelbug.com/ 

Instagram : https://instagram.com/muslimtravelbug?igshid=1g8a9smkt12wy

Insurance Pay & Claim.

SEOUL MISSION! 

PERCUTIAN TRADEGI

INSURANCE PAY & CLAIM!! (SAKIT DAHULU BARU BANTU)

A very Good Lesson!

Alhamdulillah. Saya kongsi kan pengalaman ini untuk rujukan dan pengetahuan kawan kawan di media sosial ini. Cerita ini sangat panjang. Perlu sedikit masa untuk anda habiskan. 

14/8/2019
- Keluarga saya (abah, mak, adik dan husband) empat beranak telah ke Seoul Korea untuk tujuan bercuti. Tiba di seoul pada petang hari tersebut. Terus check in dan berehat.

15/8/2019
- Mereka bergerak ke Nami Island untuk mulakan percutian mereka. semua nya nampak indah dan sangat enjoyed dengan keindahan negara Korea.

- Pada sebelah petang selesai pulang dari Nami Island mereka pulang ke guest house di Itaewon untuk makan dan berehat seketika.

- Abah mengadu tekak nya kurang selesa. Sehingga nak telan air pun susah. Suhu badan abah tiba tiba naik mendadak. Kondisi mula nampak lemah. Kata nya tekak sudah rasa kurang selesa sejak tiba di korea semalam. Tapi sekarang lebih memburuk. 

- Family members lain cadang membawa abah ke klinik berhampiran. Mereka berjalan kaki mencari klinik terdekat. Rupanya klinik terdekat dengan lokasi mereka hampir 1km. Setiba nya di klinik, klinik tersebut pula tutup. 

- Abah dah sangat mengah dan bernafas dengan sangat laju. Lalu meminta adik untuk call ambulan dan bawa ke Hospital berhampiran. 

- Hospital terdekat ialah Soon Chun Hyang University Hospital. Abah di bawa ke sana untuk mendapatkan rawatan dan bantuan oxygen. Adik ipar telah pergi untuk mendaftar abah di kaunter pendaftaran sementara adik stay dengan abah. 

- Selepas beberapa minit, abah suffocating. Macam tak dapat nak bernafas. adik bagi tahu pada staff di emergency department mereka. Mereka langsung bawa abah untuk buat emergency treatment. Semua sudah mula panik.

- Selepas beberapa ketika. Doktor memberitahu adik yang tekak abah membengkak dengan sangat teruk sehingga menyebabkan throat dia compressed dan sebabkan obstruction dan susah untuk bernafas. Kata nya perlu untuk buat procedure intubate (masukkan tube dari mulut) untuk bantu abah bernafas. Abah perlu di bawa ke ICU untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tapi perlu lah membuat pembayaran awal terlebih dahulu baru akan ditolak masuk ke ICU.

- Waktu ini berlaku kejutan pertama. Bila mereka memberitahu yang kos untuk registration dan emergency respond adalah sebanyak 3 juta lebih won atau bersamaan lebih RM10k. Perlu di selesaikan segera untuk memboleh kan abah di bawa ke ICU. 

- Ok di situ lah bermula penglibatan saya dalam cerita ini. Adik call dan beritahu perlu membuat bayaran segera. Saya yang tengah makan hampir tersembur makanan sebab terkejut dengan kos yang perlu dibayar segera. Selepas itu saya terus memasukkan duit untuk tujuan itu. 

- Adik bagi tahu yang abah ada ambil 'TRAVEL INSURANCE' daripada AXA insurance. Saya rasa agak lega untuk seketika. Malam itu berlansung dengan keadaan abah di wad ICU.

16/8/2019
- Awal awal pagi adik telah update yang abah masih belum sedar. Bill hospital pula naik kepada belasan ribu ringgit. 

- Saya terus hubungi AXA insurance untuk bertanya tentang policy insurance yang abah ambil dan detail detail yang lain. 

- Pihak insurance confirmkan yang abah memang ada ambil travel insurance dengan mereka dengan coverage sebanyak 300k RM. Saya lega dan bertanyakan procedure untuk pihak insurance cover atau direct deal dengan pihak hospital.

- MALANGNYA. Policy insurance yang abah ambil merupakan 'PAY & CLAIM' policy untuk sebarang kes disebabkan Illness. Mereka kata hanya direct cover jika disebabkan sebarang Accident. Jika melibatkan Illness perlu PAY dulu, bila Full medical report dah keluar baru CLAIM. 

- Hati yang tadi nya lega bertukar gundah gulana. Bill sekian meningkat setiap jam. Kondisi abah masih belum sedar. Tidak banyak yang mampu di buat waktu itu. 

- Ada family members yang memberitahu pihak kedutaan di Seoul tentang kondisi abah. Pihak kedutaan menghantar wakil untuk tengok. Malangnya waktu dia datang tak dibenarkan masuk sebab tiada family members waktu itu di hospital sebab mereka balik ke guest house untuk mandi dan makan. 

17/8/2019
- Kondisi abah masih sama. Tapi dah mula sedar sekejap sekejap. boleh dengar dan respond dengan angguk jika di tanya. mulut penuh dengan tube. 

- Bill hospital meningkat RM 20k ++ . Adik beritahu yang bill semalaman di ICU dalam 400k Won bersamaan dengan 1k lebih RM. Charge untuk nurse yang menjaga juga sama. belum termasuk charge doktor doktor dan pakar pakar yang terlibat. dan mesin serta rawatan lain. Secara ringkas nya bill bergerak dengan sangat laju dan tinggi.

- Doktor cadang untuk buat CT Scan dan bakal menelan belanja Sebanyak 600k WON bersamaan RM 2k ++. Jika tidak dibuat tidak tahu keadaan tekak abah. Kami terpaksa setuju dan mereka membuat procedure tersebut. 

- Adik call dan beritahu bill perlu di bayar segera. untuk teruskan dengan rawatan. Kami yang ada di Malaysia bertungkus lumus mencari wang segera. Mujur ada kawan kawan dan keluarga terdekat yang banyak membantu. Kami berjaya mendapat duit segera itu dan membuat bayaran.

18/8/2019
- Kondisi abah awal pagi ini agak baik. boleh respond. Boleh menulis. tapi masih sangat lemah.

- Bill terus meningkat. Abah tulis bertanya tentang insurance dan sebagainya. Kami terpaksa cakap semua sudah diuruskan. Tak nak dia risau. Sedangkan kami di sini yang kerisauan tengok bill macam air yang mengalir deras.

- Sebelah petang. Abah tiba tiba demam. Kondisi yang tadi nya nampak semakin membaik bertukar memburuk. Adik call dan bagitahu keadaan abah. 
Mak yang mula risau call dalam keadaan menangis risau dengan keadaan abah dan kos belanja yang terlalu tinggi. Mana nak cari duit. Terpaksa guna ilmu penenang waktu ini untuk kelihatan cool bagi mengawal keadaan. 

- Sudah 4 hari 3 malam di ICU. Kos sudah mencecah RM40 k. Satu pertumbuhan angka yang sangat drastik laju nya. 

- Aset mudah cair seperti Emas dan sebagai nya terpaksa dicairkan untuk mengimbangi kos yang terpaksa ditanggung. Begitu juga terpaksa meminjam daripada kawan kawan sebab cash flow sangat laju dan kami perlukan fast cash. 

- Sebelah malam, saya hubungi kawan kawan yang juga medical doctor untuk bertanya pendapat dan saranan mereka. Alhamdulillah kawan kawan semua nya superb dan banyak membantu. 

- Salah satu yang di telefon merupakan Dr Riduan, Owner untuk Brand Klinik Anda. Bertanya pendapat dan idea beliau. Akhir sekali terlintas idea untuk membawa dia ke sana untuk melihat dan membantu apa yang patut untuk membawa abah balik ke Malaysia dapat rawatan di sini pula. Mungkin dengan condition yang sedikit stabil dan assist daripada medical doctor mereka boleh pertimbang untuk benar kan kami bawa baik abah ke Malaysia. 

- Dr Riduan meminta tempoh sehingga besok tengah hari untuk memberi jawapan. perlu reschedule jadual nya terlebih dahulu. 

19/8/2019
- Awal awal pagi dah mula resah. Call agent insurance untuk minta bantuan mungkin boleh diberi satu guarantee letter kepada pihak hospital. Sebab kos upfront sudah sangat tinggi. Wakil staf nya sangat membantu. Cuba untuk mendapatkan persetujuan daripada bos nya.

- Mereka hubungi semula dan meminta maaf sebab bos mereka kata tak ada apa yang boleh di bantu sebab memang dalam policy insurance state 'PAY&CLAIM'

- Saya dah tak dapat tunggu lebih lama. Adik dan mak di korea call mengharap saya dapat ke sana untuk bantuk urusan di sana. Mereka dah tak boleh nak handle dan tahan dengan pressure di sana. 

- Saya terus hubungi Dr Riduan untuk jawapan daripada beliau. Alhamdulillah saya terima jawapan yang positive daripada beliau. Setuju untuk fly ke Korea awal pagi besok. Jam 1 pagi. 

- Flight ticket di beli. Detail persiapan di urus. Sampai sahaja waktu nak check in ticket online. Baru perasan passport saya dah expired. 

- Terus bergegas ke UTC sentul untuk renew passport. Alhamdulillah proses lancar.

20/8/2019
- Awal pagi jam 0.55 kami berangkat terbang ke Seoul Korea. 

- Untuk pertama kali nya saya menjejak kaki ke bumi Korea. Tidak bagi Dr Riduan yang sudah kerap ke sana. 

- Tiba sahaja kami terus berangkat ke Hospital naik kenderaan yang telah di atur oleh adik ipar Dr Riduan yang memang membuat travel agency di sana dan juga tokey kepada Restaurant Halal Malaysia di Myeong Dong 'Kampungku' di sana. 

- Kami tiba di Hospital jam 11 pagi. dan terus berjumpa dengan doktor in charge. Bertanya tentang kondisi abah dan sebagai nya. 

- Medical Conversation antara Dr di sana dan Dr Riduan berlangsung. Kami melahirkan hasrat untuk membawa abah pulang ke tanah air untuk mendapat rawatan susulan di Malaysia pula. 

- Mereka kata abah tidak fit untuk fly. Sebab masih  intube dan guna oxygen support. Kata nya pd peringkat awal lung abah yang juga infected sudah dalam keadaan tidak merisaukan. Cuma perlu tunggu doktor daripada ENT untuk mengesahkan beberapa perkara. Kami minta untuk berjumpa dengan ENT surgeon tersebut segera.

- Tak lama kemudian kami dipanggil oleh ENT surgeon tersebut. Lalu dia menunjukkan video ct scan keadaan tekak abah. Memang jelas nampak sangat bengkak. Jika keluar kan tube tu maka saluran pernafasan abah akan kembali tertutup dan boleh mengancam nyawa. 

- Kami tetap dengan pendirian nak bawa balik abah. Kemudian Dr ENT tersebut beri cadangan untuk buat procedure tracheostomy (tebuk bahagian tekak dan masukkan tube untuk bypass penafasan) baru boleh dipertimbangkan untuk balik.

- Kami bersetuju. Cuma Dr tersebut beri tempoh masa 7 hari selepas minor surgery tersebut untuk boleh discharge, kami bantah dan tetap nak bawa balik sesegera mungkin. 

- Procedure selamat dilakukan. Abah bernafas melalui tube di tekak. Nampak lebih selesa. 

- Kami hubungi pihak airlines untuk lihat siapa yang boleh consider untuk terima pesakit dengan condition begini. Malang nya semua tak terima KECUALI MALAYSIA AIRLINES.

- Tapi MAS beri syarat perlu isi medical form terlebih dahulu dan submit. Mereka akan periksa dan respond dalam 3 hari. Itu terlalu lambat buat kami waktu tu. Tapi kami tetap lengkap kan borang dan minta doktor di hospital untuk isi detail borang tersebut.

- Dalam masa yang sama. Oleh sebab ada saranan dari beberapa orang untuk deal dengan flight ambulance. Maka kami cuba dapatkan quotation nya. Kos nya sebanyak 75k. Ya 75k bukan RM tapi USD. bersamaan 300k RM. huhu. Memang tak dapat nak guna. Walaupun dalam insurance ada tetapkan limit unlimited untuk bawa pulang ke malaysia. Masalah nya adalah kami kena dahulukan. 

- Minta pula quotation daripada Company Medivac lain kos jika guna airlines commercial dan dengan assistant mereka. Kos nya hampir 40k RM. 

- Dua dua idea tersebut gagal dan kami hanya tingal MAS sebagai harapan. Air Asia strictly no to health problem passenger. 

- Sebelah petang pula. tiba tiba Dr Riduan telah terima berita daripada Malaysia bahawa nenek beliau telah berada di Zon Merah di Hospital Terengganu. Dia terpaksa pulang.

- Terus booked tiket dan pulang ke Malaysia pada sebelah malam. 

21/8/2019
- Tiba di hospital. Langkah langkah untuk discharge mula di lakukan. Pihak Hospital minta pakaian dan lain2. 

- Kami terpaksa beritahu yang airlines belum terima dengan condition abah sekarang dan kami sedang buat pernohonan. 

- Kami minta abah ditukar ke wad biasa untuk jimat kos. Rupanya kos untuk wad biasa pun dalam 7k lbih juga sehari. 

- Mereka uruskan proses untuk pindah dari ICU ke Wad biasa. Tapi perlu tunggu kekosongan katil. 

22/8/2019
- Pihak Hospital Call dan beritahu abah sudah sedia untuk dipindah ke wad biasa. 

- Kami terus ke hospital untuk urus apa yang patut. 

- Borang medical form MAS sudah lengkap di isi oleh doktor hospital. Kami scan dan hantar kepada pakcik di Malaysia. 

- Beliau bergegas ke office MAS untuk hantar borang pada kaunter khidmat medical team mereka. Mereka kata akan usahakan secepat yang boleh. Tapi paling cepat pun mungkin keesokan hari.

23/8/2019
- Dalam masa tengah hari sebelum solat jumaat, pacik yang menguruskan urusan borang dengan pihak medivac MAS telah beritahu yang mereka dah approved untuk abah terbang pulang. Dengan syarat 
---> Perlu provide oxygen support (guna battery)
---> Perlu ada suction machine
---> Dengan medical assistant 

- Alhamdulillah lega. Pacik beritahu dia akan ambil flight keesokkan hari. Untuk beri sedikit masa buat persediaan. 

- Tiket flight sudah di booked. Flight confirm keesokan hari pada jam 11. Harga tiket untuk saya dan abah hampir RM5000

- Saya dan adik terus ke pharmacy dan kedai alatan perubatan di sekitar hospital. Untuk mencari suction machine. Kebanyakan yang ada menggunakan electrical supply. Tapi akhirnya kami jumpa juga dengan yang menggunakan battery tapi perlu di order. Boleh dapat hanya pada sebelah petang. Harga dalam RM3000

- Oxygen machine pula. puas kami round. memang tak jumpa. Akhirnya ada juga yang boleh dapatkan. Tapi harga nya RM10,000. memang luar kemampuan waktu itu.

- Beritahu pada pakcik. kami dah mula risau sebab oxygen machine belum ada. Flight sudah di booked. Beliau terus beritahu yang pihak MAS ada beri contact vendor yang boleh sewakan machine tersebut. Baru lah lega. Sewaan hanya RM1600

- Tapi untuk dibawa ke Seoul. Jika guna pos akan ambil masa 10 hari. Kami sudah tiada masa. Kami lihat flight MAS ke Seoul untuk tumpang hantar machine tersebut disebabkan machine tersebut adalah vendor kepada MAS. Malangnya flight paling cepat ke sana hanya keesokan hari. Yang mana tak akan sempat sampai sebelum flight kami yang sudah di beli. 

- Akhirnya pihak vendor mencadangkan salah seorang daripada ahli keluarga untuk hantar sendiri machine ke seoul naik flight lain. Kami terus check flight AA ke seoul. Ada flight paling awal jam 1 pagi. Dan akan tiba di seoul pada jam 8.35. Tempoh masa yang kami dijangka ada di airport. Terus beli tiket untuk adik perempuan sorang lagi datang untuk hantar machine itu. 

- Pesediaan rapi dibuat. Ahli keluarga lain pergi urus dan hantar adik ke airport beramai ramai untuk misi ini. Kerisauan kami sebab jika diikutkan airasia tak benarkan membawa device oxygen ini dalam flight mereka. Tapi kami buat rayuan pada ground staff mereka sebab kami tak guna. Hanya bawa dan akan asingkan battery nya dahulu. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Adik dibenarkan masuk. 

- Di hospital. Kami di panggil semula untuk confirmation discharge besok seperti dirancang. Mereka bertanya kan detail dan persediaan kami. Adakah mengikut syarat syarat yang dah ditetapkan. Saya beritahu satu persatu persediaan kami. Mereka agak lega dan impress dengan persediaan yang telah di buat. Dan benarkan untuk discharge pada jam 9 pagi.

- Saya membantah sebab beritahu mereka yang flight sudah di booking pada jam 11 pgi. Kami tak akan sempat ke airport jika dilepaskan jam 9. alasan mereka kaunter pembayaran dan urusan hanya dibuka jam 8.30 pagi. Kami bantah dan cadang untuk saya dan abah dibiarkan discharge dahulu. Dan segala urusan hospital akan diurus oleh adik dan mak dan masih tinggal. Sebab flight mereka jam 4 petang. Mereka setuju

25/8/2019
- Awal pagi jam 7 kami ke hospital dan buat persediaan ke airport. Abah dengan bantuan wheelchair dan portable oxygen. Kami bergerak dengan kenderaan yang sekali lagi dibantu oleh adik Dr Riduan. 

- Tiba di Airport. Terus ke kaunter MAS. beri mereka salinan mediform dan terus beritahu bantuan yang diperlukan. Waktu ini saya ditemani pihak kedutaan Malaysia untuk bantuk urusan urusan di airport.

- Adik yang membawa oxygen machine tiba ke bumi Seoul. kami berjumpa di airport. Proses pasing over dilakukan. 

- Dengan bantuan pihak airport, kedutaan, dan staf MAS. Kami di bawa masuk ke dalam dengan menggukan fast lane. Semua urusan alhamdulillah lancar. Kami sampi di pintu pesawat betul betul jam 10.20 pagi. Ngam waktu boarding. Kami diiring masuk terlebih dahulu. Pihak cabin crew MAS yang sudah bersedia terus membantu segala proses.

- Pujian patut diberi kan kepada semua cabin Crew MAS. Mereka sangat banyak membantu dan sangat cekap mengurus kes kes seperti ini. You all had my hat off. Superb services. 

- Alhamdulillah kelegaan yang amat sangat bila sudah berada dalam pesawat. Passenger lain pun mula masuk selepas kami selesai urusan dan penerangan dari cabin crew. Cabin crew mengosongkan 2 barisan tempat duduk untuk persediaan jika berlaku kecemasan kesihatan abah.

- Cabaran terus menerpa. Battery Oxygen machine yang sepatutnya tahan 8 jam setiap satu. Kami sediakan 3. Malangnya baru terbang 2 jam. kami dah guna battery yang ke 2. Setelah 4 jam lebih perjalanan tinggal battery yang terakhir dengan lifetime kurang separuh (kurang 1 jam mampu bertahan)

- Pergi ke cabin crew untuk bertanya jika boleh guna power supply. Beritahu mereka kami kehabisan battery. Dengan tenang mereka beri tahu yang tiada power supply dapat tampung voltage machine tersebut untuk charge. Tapu mereka beri option untuk guna emergency oxygen tank mereka. Perlu kebenaran ketua mereka. 

- Crew datang semula dan beritahu ketua mereka benarkan dan terus pasangkan oxygen support mereka pada abah. fuh lega. satu tank tahan dalam 30 mini -45 minit. 2 tong habis digunakan. Sebelum sambung guna oxygen machine kami sewaktu nak mendarat. Battery nya ngam ngam tinggal sedikit waktu sampai.

- Alhamdulillah. Touch down ke KLIA. Waktu pramugari beritahu 'We arrived at KLIA, to all malaysian welcome back' rasa nak menitis air mata. haha.

- Passenger lain dibenarkan keluar dulu. Ramai yang sambil jalan keluar beri kata kata semangat kepada kami. terahu seketika. 

- Kami di uruskan urusan untuk keluar. Ambulan dan lift telah bersedia di pintu kecemasan sebelah kanan.Seorang Doktor dan MA telah bersedia. Pegawai imegresen datang ke dalam kapal untuk cop passport. Selesai itu kami dibawa turun dan naik ambulan untuk dibawa ke hospital.

Selesai cerita ini dengan total kerugian di anggar sekitar RM 120,000. 

Alhamdulillah berkat doa dan bantuan semua pihak.  Kami selamat tiba di hospital. 

Abah telah dapat rawatan di hospital Selayang selama beberapa hari dan kini telah selamat keluar dan pulang ke rumah. Condition makin membaik dari hari ke hari. 

Minta doakan kesembuhan sepenuhnya.

SETINGGI TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT TERUTAMA KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA DAN KAWAN KAWAN YANG MEMBANTU DARI SEGI URUSAN DAN WANG RINGGIT. 

special credit to Md Hanafiah Nordin , Hawari Din, Muhammad Riduan Wd, Mohd Imran Yusoff, Farah Sofia Rahim, Mohd Rustam, Mujadeed Azizan, Persatuan kebajikan UTEM dan semua orang yang terlibat. Pihak Hospital Selayang terumata Dr Azman. Tak termampu untuk senarai semua. Terlalu ramai yang membantu. Setinggi tinggi penghargaan kepada anda semua.Hanya Allah swt sahaja mampu membalas semua kebaikan anda. 

TERIMA KASIH

Papua- Indonesia Last Frontier

PAPUA- Indonesia's Last Frontier

I spent over 3 weeks travelling solo in Papua recently, just before the riot for independence occurred, trekking through Baliem Valley and ended my travel in Raja Ampat. It took over 24 hours to get Papua. Long journey to get to this part of Indonesia but it's totally worthwhile. 

Papua is rugged, wild and untouched. It was only found by an American zoologist in 1938. Prior to the discovery, the tribes of Baliem Valley lived in stone age era and practiced cannibalism. It wasn't easy planning a solo trip to Papua as information available online is fairly limited. After months of researching, I made my way there, travelling only with my 26 litre rucksack that weighs just 6.5kg 😊

I trekked through in the mountains of Baliem Valley,  staying with local villagers in their homes. Trekking through the valleys can be challenging at times,  with long steep climbs, river crossing, ankle-deep mud and walking across precarious bridges. The view however, is totally mind-blowing! 

I've survived the entire time living without running water, electricity nor phone coverage and eating sweet potatoes 3 times a day! It was peaceful, being totally disconnected from the rest of the world. That wasn't a hardship for me, but a pure bliss instead. Adventures like this reminded me of gratitude, to be thankful of the life I have. Sweet potatoes, sago and sweet potato leaves is the regular diet of the tribes in Baliem Valley. Rice, if they could afford it. No meat nor fish. Pork is celebratory treat, for Christmas and special celebrations. 

Baliem Valley is magnificent. Its untouched beauty leaves me in awe. It is filled with wonderful people who barely have anything but a heart of gold. Memories with them are carved in a very special place in my heart. 

I spent my days with the villagers in the mountains helping them with their daily chores, washing-up in the river. I taught the local kids English & they taught me singing in Papuan! We sometimes watched photos and videos of my travels on my phone and I told them my travel tales and life back home. It regularly made me smile seeing the sparkle in their eyes, imagining the world outside their villages. I brought a few frisbees and left them as gifts. The kids in the villages usually have 1 football shared between the entire village. Most don't go to school; either because schooling is unaffordable or they live deep the valleys that'll require hours to trek to the nearest village with a school. The littlies took me trekking through the mountains every afternoon. We trekked to the river/ waterfall every morning when the sun is out for a "Mandi".  It was indeed amazing to see children between 6-12 years old, running around barefoot crossing small path with 200m drop into a torrential river! There's a total freedom and no fear in their daily lives. What do kids in a civilised city do these days?! 

I ended my trip in Raja Ampat. I was there in March, fell in love with the beauty of the island and decided to go back. I spent an entire week there relaxing, before headed back to civilisation. 

I've had an absolutely amazing time in Papua despite some mishaps along the way. Not just I'm blown away by the beauty of it all, the Papuans are amazing souls and they've really touched my heart. 

Here are a few tips of an adventure in Papua. 

- Time required. Papua is still under developed. You'll need to time to fly or trek to most places
- Travelling through Papua isn't cheap for sure, possibly the most expensive part of Indonesia. An example, I paid IDR400, 000/ night (approximately RM180)for  accommodation in a homestay in Wamena. A guide to trek costs between IDR700,000- over IDR1mil a day. This sometimes doesn't include food/ stay in the mountains. 
- 3 flights to get to Baliem Valley. KL-MAKASSAR- JAYAPURA- WAMENA.  Wamena is the group zero for treks to Baliem Valley.
- Internet connection is very poor in Wamena, even it being a town! It took me 3 days trying to book a flight due to the slow internet connection. Cash (lots of them!) is required. Credit cards is no use because of the poor internet connection. No phone connections at all in the mountains. It was fantastic. I really enjoyed my days of being totally disconnected from the rest of the world!
- Bring your own medical supplies! I had awful bed bugs (and chuff knows what other bugs!) I brought some steroid medicines & antihistamines but they didn't help. I had to fly to Jayapura for a medical treatment. The 1 way flight to Jayapura costs me RM400 but the injection was only RM40! That didn't help either!
-I brought water purifying tablets but didn't use any. I even drank boiled water that the locals used. 
-I brought a few packets of sweeties and gave them to the local kids. They love sweeties and selfies!

If you love adventure and travelling through remote places where its beauty is untouched, then Papua is for you! I've had the best time of my life! I would return to Papua in a heartbeat!

You're more than welcome to follow my Papua & other travel adventure on my Instagram- Shannim Pym  @epicadventuress  or Facebook page. I've also written an article about Papua in Escape magazine, recent issue.

Suhana Dah Sampai Jerman.

Suhana dah sampai Jerman !

Itu ungkapan yang sering cikgu aku laungkan setiap kali aku berangan di dalam kelas. Hehe. Terima kasih cikgu. Saya sudah pun menjejakkan kaki ke sana, berkat doa cikgu. Makbul.

Ada apa dengan Jerman? Jom aku kongsikan fakta menarik negara ini:

1. Bahasa Jerman diguna sebagai Bahasa rasmi di Switzerland, Austria, Luxembourg, Liechtenstein dan Jerman sendiri. Patutlah bila aku pergi Austria ada orang berbahasa Jerman.
 
2. Ia berkongsi sempadan dengan 9 negara, Belgium, Luxembourg, Belanda, Denmark, Poland, Republic Czech, Austria, Switzerland dan Perancis. Anda sudah boleh membayangkan itinerary anda jika memulakan road trip dari Jerman  bukan?
 
3. Pengeluar kereta terbesar di dunia. VW Golf adalah kereta jualan terbaik sepanjang masa. Patutlah banyak Mercedes jadi teksi di sana.
 
4. 65% lebuhraya tiada had laju. Aku akan memandu di Jerman nanti, wish me luck. Jadi Lewis Hamilton aku nanti. Hehe.
 
5. Merokok di tempat awam diharamkan.
 
6. Berlin 9 kali ganda lebih besar dari Paris.
 
7. Berlin mempunyai stesen keretapi terbesar di Eropah. Aku berjalan di dalam stesen keretapi utama di Stuttgart pun dah rasa azab.
 
8. Kata lengkap pertama berwarna coklat dihasilkan oleh warga Jerman.
 
9. Jeans Levi Strauss diperkenalkan oleh ahli perniagaan Jerman-Amerika.
 
10. Jenama Adidas dan Puma juga berasal dari sana.
 
11. Pasukan bola pertama menggunakan but bola yang boleh bertukar studs. Piala Dunia 1954, Jerman Barat berjaya menewaskan Hungary 8-3. Hungary adalah pasukan pilihan yang tidak pernah kalah dalam 32 perlawanan berturut-turut. Adolf Dassler, pengasas Adidas telah membekalkan pemain-pemain dengan but yang boleh bertukar studs pada perlawanan akhir dimana hujan turun dengan sangat lebat pada perlawanan itu.
 
12. Yuran pendidikan adalah percuma sehingga peringkat Phd untuk rakyat Jerman dan juga warga asing.
 
13. Ada lebih 2100 istana di Jerman.

Puas hati dengan fakta-fakta di atas? Nah, saya kongsikan gambar-gambar kenangan saya di sekitar Heidelberg pada tahun 2015 yang turut menempatkan Heidelberg University , Heidelberg Castle dan Philosopher's walk.

I lost my heart in Heidelberg. 

Suhana Isahak
Budakhitam ke Eropah
#projektourleader
#TL202
#westerneurope
#heidelberg

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...