Tuesday, January 7, 2020

Trip Guide to Bhutan.


Explore the Land of Thunder Dragons, its stunning beauty, the ancient temples, the mouth-watering food, and the city that is full of color and authenticity. Contact 9899594311 9899594377
Visit Bhutan and enjoy a 05N/06D getaway to this  #Bhutan #LandOfThunderDragons #StunningBeauty #AncientTemples #MouthWateringFood #Color #Authenticity

Cuba, Car & Cigar

Trip of a lifetime: Cuba 

Pulau Cuba ditawan oleh Columbus untuk Spain pada tahun 1492. Ketika itu Columbus menganggap Cuba adalah sebahagian dari Asia ketika beliau ingin mencari jalan laut ke India. 

Spain dan Portugal berebut mencari jalan laut ke India setelah khilafiyah Uthmaniah menutup jalan darat (old silk road) ke India dan China pada tahun 1453 selepas penaklukan Constantinople. 

Orang Spain yang tinggal di Cuba berkahwin dengan indigenous Indians dan bangsa kacukan yang berkulit cerah ini menetap sehingga sekarang. Famili Castro adalah sebahagian dari mereka ini. 

Pada kurun ke 17 dan 18 Spain membawa hamba abdi dari Afrika untuk bekerja diladang tebu dan tobacco. Orang Cuba yang berkulit hitam berasal dari hamba abdi Afrika ini. 

Perkataan tobacco, hurricane dan canoe berasal dari bangsa indian asal yang tinggal semenjak 2000 tahun dahulu di Cuba. 

Cuba kemudian bertukar tangan kepada Britain, American dan akhirnya mencapai kemerdekaan pada tahun 1902. 

Selepas mencapai kemerdekaan, Cuba dikuasai oleh golongan diktator sehinggalah Fidel Castro mengambil alih pemerintahan dan menjadikan Cuba sebagai negara sosialis pada tahun 1953. 

Apabila tertubuh negara sosialis Cuba yang berfahaman komunisma, ianya menakutkan Kerajaan America kerana ketegangan cold war antara US dan USSR pada era itu. 

Teori domino komunis dan negara sosialis yang hanya di ‘back door’ America menyebabkan Presiden Kennedy cuba menjatuhkan Fidel Castro dengan krisis ‘Bay of Pigs’ dan ‘Cuban Missile Crisis’ (sila google). 

Bermulakan American sanctions dan economic embargo dari tahun 50’an sehingga sekarang (lebih 60 tahun). Ini menyebabkan Cuba ‘freeze in time’ dan ketinggalan jauh dari segi ekonomi berbanding negara Caribbean yang lain. 

Presiden Obama telah membuka semula embassy US pada tahun 2015 dengan tujuan membuka embargo tetapi Trump telah menutupnya semula. 

Apabila saya sampai di Airport Havana, kelihatan ramai turist yang datang melancung ke Cuba. Ini polisi baru Kerajaan sosialis Cuba untuk mendapat foreign exchange dan sekarang merupakan industri utama selain dari expot tobacco dan gula. 

Turist dijamin keselamatan mereka oleh Polis Cuba dan hukuman berat dikenakan kepada mana mana rakyat Cuba yang cuba mencuri atau menipu pelawat luar untuk menjaga industri pelancungan yang sangat penting ini. 

Jika anda dikacau oleh rakyat tempatan, hanya perlu menjerit ‘Polis !!!’ dan mereka akan bertempiaran lari. Begitu lah takutnya mereka kepada polis di Cuba. 

Saya tiada mendapat apa apa masalah untuk melepasi Imigresen dan Kastam di Airport Havana. Jangan lupa isi borang isytihar Kastam yang diserahkan kepada pegawai kastam sebelum pintu keluar. Wang USD 5000 (atau equivalent matawang lain perlu diisytiharkan).

Duit Cuba (CUC untuk turist dan CUP untuk rakyat Cuba) boleh ditukar menggunakan mesin ATM dengan menyucuk debit/credit card. Saya menggunakan BigPay debit card (lebih selamat) dan mengeluarkan 200 CUC (USD200). 

(Link BigPay: http://bigpay.link/referrals

My referral code:
4TT80EDDMJ)

Diluar airport banyak teksi menunggu dan bayaran 25 CUC (Rm100) adalah standard untuk perjalanan 20 km ke Old Havana. 

Apa yang saya notis tiada advertisement di jalan raya kecuali banyak gambar besar Fidel Castro dan Che Guevara untuk menyemarakkan perjuangan sosialis mereka. 

Apabila memasuki Old Havana terasa seperti melalui ’time machine’, transported ke era 50’an dan 60’an. 

Saya masih mengingati era 60’an zaman remaja dan keadaan Old Havana memang mirip dengan era tersebut terutama bangunan lama yang warna warni, facade bagunan kolonial dan melambaknya kereta vintage Dodge, Chevrolet, Buick, Cadillac, Chrysler dll. 

Di Malaysia pada zaman 60’an dan 70’an memang terdapat kereta Cadillac dan Chrysler. 

Apatmen Air BnB kami terletak tidak jauh dari Obispo Street, the centre of Old Havana. Jika anda ingin merasai zaman 60’an, duduklah dikawasan Old Havana, berdekatan Obispo Street di casa (homestay) Air BnB. 

Pada saya Old Havana ini seperti kawasan slum, dan sesiapa yang pernah melalui kawasan slum di Naples, ianya adalah mirip. 

Jalan raya kecil tidak di maintain, penuh dengan potholes, banyak najis anjing melata dan sampah sarap bertaburan. Bangunan pula nampak ‘delapidated’ dan kurang diselenggara tetapi dicat dengan warna warni. 

Jika anda ingin merasai era retro dan menikmati keseronokkan Republic of Cuba, ‘lower your expectation’ dan jangan bandingkan dengan negara barat yang anda pernah lawati. 


Saya yang pernah merasai era 60’an, rasa seperti dibawa balik pada zaman remaja dan tidak merasai apa apa kesusahan walaupun tiada amenities moden yang saya telah terbiasa. 

Jika anda ingin melawat Cuba, baca dulu tip dari pengalaman saya selama berada disana. 

1. Masa terbaik untuk melawat Cuba. 

Cuaca lebih sejuk antara akhir bulan November hingga March (~20’C) manakala musim hujan adalah Mei - June. Ribut taufan (hurricane) kebiasaan pada bulan Julai sampai awal November. 

2. Penerbangan murah ke Cuba. 

Tiket murah kebanyakkan dari Cancun Mexico dan Miami USA.

3. Visa tidak perlu untuk pelawat dari Malaysia. 

Malaysia mempunyai embassy di Havana yang terletak bersebelahan Russian embassy beralamat 6612, Avenida 5ta, La Habana, 11300 Cuba. 

Email butiran anda kepada embassy Malaysia agar mereka tahu anda berada di Cuba. 

4. Aktiviti di airport. 

a. Isi borang isytihar barangan yang dibawa. Isytihar wang jika melebihi USD 5000. 
b. Tukar wang di mesin ATM selepas keluar dari pintu exit setelah ambil baggage. Saya anggarkan kegunaan Rm 200 sehari di Cuba. Anda boleh tukar wang di Havana tetapi terpaksa queue antara 30-60 minit. 
c. Ambil teksi diluar airport ke Havana berharga 25 CUC (Rm100). 

5. Matawang Cuba. 

Pelancung hanya dibenarkan mengguna CUC (Cuban Convertible Peso). Rakyat Cuba menggunakan CUP (Cuban Peso). 
Rates ada 1 CUC ~ 1 USD dan 1 CUC ~ 24 CUP. 

Credit/debit card tidak laku di Cuba dan semua transaksi menggunakan wang tunai. Saya ada ternampak poster di airport menggalakan pelawat menggunakan card Unionpay (dari China) tetapi mungkin untuk hotel besar sahaja. Rata rata peniaga lain menggunakan cash. 

Canadian dollars dan Euro lebih diterima dengan kadar yang baik dari USD. 

6. Makanan halal. 

Ada sebuah restoren Bedouin (milik orang Syria) berdekatan Hotel Cohiba menjual makanan halal tetapi ianya terletak 5 km dari Old Havana. Supermarket di Cuba tidak seperti di negara lain, kerana susah mendapat barangan fresh. Saya tidak jumpa kedai yang menjual sayuran kecuali pisang, bawang, jambu batu dan mango. 

Banyak info saya perolehi dari beberapa jemaah masjid berkenaan makanan halal dan seorang brother membawa kami ke restoren seafood di Old Havana yang tiada menu masakan daging porcine. Expect to pay antara Rm80-Rm100 untuk satu meal seafood (termasuk tip). 

Di Cancun Mexico kami stock roti, beras dan ikan tuna tin untuk dibawa ke Cuba dan masak sendiri di apatmen Air BnB. Jika anda tinggal di hotel mungkin bermasalah untuk mencari makanan halal di situ. 

Untuk non muslims tiada masalah mencari makanan kerana takeaway pizza banyak dijual dengan harga 1 CUC. Banyak restoren yang cater untuk ’high end tourist’ di Old Havana. 

Adalah susah mendapat ikan di Havana kerana Kerajaan Cuba tidak menggalak tangkapan ikan secara besar besaran. Walaupun ianya dikelilingi laut, ikan kecil hanya diperolehi dari pemancing pantai atau diimpot dari luar.

Kenapa?

Ramai rakyat Cuba menunggu peluang untuk cabut lari dari negara mereka kerana kesukaran hidup. Jika bot nelayan besar dibenarkan tentunya ia akan digunakan untuk melarikan diri ke pulau pulau Caribbean berdekatan atau ke Miami USA. 

7. Air minuman di Cuba. 

Walaupun dikatakan air paip di Cuba selamat untuk diminum, banyak nasihat di Trip Advisor mengesyor minum dari air botol. Ini adalah kerana sistem paip dan tangki tidak diselenggara dengan baik dan berkemungkinan bakteria e-colli membiak dalam air paip dan boleh menyebabkan anda sakit perut. Ada nasihat agar air kumuran apabila menggosok gigi menggunakan air botol juga. 

Air mineral dalam botol sangat mahal di Havana dan sebotol 1.5 liter berharga 2 CUC (Rm 😎. Saya beli borong pack 6 botol air 1.5 liter mineral dibelakang block Info Centre bersebelahan Obispo Street dengan harga 9 CUC (Rm6 sebotol). 

8. Connectivity. 

Access internet dikawal oleh Kerajaan sosialis Cuba agar rakyat tidak terdedah dengan dunia luar. Semasa saya di Turkemenistan, Kerajaan sana pun melakukan perkara sama walhal ianya negara yang kaya dengan minyak dan gas. 

Wifi hanya boleh diperolehi dibeberapa hotspot yang tertulis ‘WIFI Zone’ dan anda perlu berkongsi dengan beratus orang lain. 

Anda perlu queue untuk membeli kad wifi, dengan kos 5 CUC untuk 3 Kad selama 1 jam setiap satu atau 5 CUC untuk 1 kad selama 5 jam. Ambil coin dan scratch dibelakang kad untuk nombor username dan password. Apabila sudah pakai, log off di page, kalau tidak anda akan kerugian baki masa. 

Kami tinggal di apatmen Air BnB yang mempunyai wifi router dan membeli kad internet dari host. Walaupun harganya mahal sedikit, tetapi lebih comfi berinternet dirumah. 

Yes you guess it right, the internet speed is not that great. 

9. Map untuk Old Havana. 

Sebelum berpergian, elok download map offline Havana dari MAPS.ME atau Google Maps. Anda tidak perlu internet dengan menggunakan off line maps. 

10. Vintage Cars. 

Cuba penuh dengan vintage cars bukan kerana untuk menarik perhatian pelancung tetapi ianya adalah satu keperluan. 

Semenjak zaman sanction dan trade embargo oleh US dan sekutunya mulai tahun 50’an, tidak banyak barangan moden yang boleh diimpot dan semuanya berharga mahal. 

Semua kereta yang diimpot adalah second hand dari Panama, Mexico dll berharga lebih 50,000 CUC (Rm200,000). Saya diberitahu harga kereta buruk Daewoo berharga 50k CUC. Dengan kereta berharga mahal, ‘it make sense’ untuk maintain kereta lama zaman era 50’an dan 60’an sebelum revolution. Body kereta dijaga rapi tetapi engin kereta telah ditukar kepada engin baru hyundai, nissan atau kenderaan rusia. 

Tourist yang datang ke Cuba sangat tertarik dengan vintage cars seperti Chevy, Buick, Cadillac dan Dodge. Dengan bayaran 30 CUC, pelancung boleh menyewa selama satu jam untuk bergaya dan menaiki ‘flying coffin’ ini. 

Kebanyakkan taxi vintage cars boleh disewa di Parque Central berdekatan bangunan Capitolia dengan harga 30 CUC selama satu jam. 

Walaubagaimana pun anda boleh dapat sewaan murah 5 minit perjalanan dari Parque Central hala ke Malecon atau Museum de Revolucion iaitu 20 CUC untuk sejam. 

11. Cuban cigars. 

Cuba terkenal dengan cigars kerana ianya telah ditanam semenjak 300 tahun dahulu dan mereka mempunyai pengalaman turun temurun menanam tembakau yang terbaik. 

Petani di Cuba terpaksa memberi 90% dari produk tembakau mereka kepada Kerajaan secara percuma dan dibenarkan menjual 10% baki sahaja kepada turist. Kerajaan Cuba membuat semula packaging dan expot cigar tersebut keluar negara. 

Di Havana banyak dijual cigars kepada turist dengan fancy packaging tetapi ianya adalah ‘fake’ dengan tembakau murah dan laced with ammonia untuk ketahanan. Di Havana kami ditawarkan 20 batang cigar dengan harga 70 CUC. 

Rakan saya membeli 20 cigars jenama Montecristo dengan harga 50 CUC selepas menawar, iaitu Rm12 sebatang di tobacco farm di Vinales 200 km dari Havana. 

12. Pimping. 

Pimp: Ola, you from Mexico
Me: No, from Malaysia. 
Pimp: You want cigar, mister. 
Saya: No, i don’t smoke. 
Pimp: You want senorita, mister. Senorita bonita. Have picture. You wanna see. Cheap Cheap. 
Saya: &£?!€!€¥!!!!!

Ya, walaupun negara sosialis, masih ramai pimp berkeliaran di jalanraya memperaga produk ‘the oldest profession in the world’. Ingat, kepada mereka yang nakal kerana ianya mungkin satu scam dan anda akan keluar dari Cuba, poorer. 

Di merata Old Havana memang ramai scammers yang cuba menjual bermacam produk dan servis kepada turist. Be street smart and you will be safe. 

13. Tempat ikonik untuk bergambar di Old Havana. 

a. Capitolia
b. Rumah hadapan Capitolia
c. Kereta vintage di Parque Central 
d. Malecon bersama pemancing. 
e. Old street Havana 
f. Plaza de la Revolucion - grafik Che Guevara
g. bangunan lama berwarna warni. 
h. Obispo street dan rakyat Cuba.
j. El Paseo, artis street dari Parque Central ke Malecon. 

14. Kediaman di Havana. 

Kediaman boleh di cari dalam Booking dot Com dan Air BnB dalam kategori hotel, Hostal (hostel) atau Casa (homestay). 

Hotel di Havana berharga mahal dan yang terbaik adalah bersebelahan Capitolio dan Parque Central. 

Saya menyewa casa (homestay) dari Air BnB dengan harga Rm200 semalam yang lengkap dengan kitchenette, bilik berhawa dingin dan private toilet.

Semua perhubungan dengan host Air BnB perlu dibuat sebelum sampai ke Havana mengguna whatsapp. Ini adalah kerana anda tidak boleh menghubungi beliau apabila sudah berada di Cuba kerana tiada talian telefon atau internet. Kami bernasib baik kerana terserempak dengan host dihadapan rumah walaupun kami tiba 3 jam lebih awal. 

Ada banyak rumah Air BnB didalam Old Havana dan paling elok pilihlah berdekatan masjid Abdullah (Casa de Arabe) atau di Obispo street. 

Ambil kesempatan untuk berjumpa dan beramah mesra dengan jemaah Islam di masjid Abdullah. Walaupun Cuban converts ini daif, mereka sangat mesra dengan pelawat Islam. Bersangka baik dan bersedekah kepada mereka jika ada kemampuan. 

Bilal masjid bernama Abdul Rahman seorang Cuban convert yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Beliau boleh menunjukkan restoren seafood halal masakan Cuban dan kami order 30 biji telur melalui beliau dengan harga 6 CUC (Rm24). 

Basic pay pekerja Cuban antara 20-60 CUC (Rm80 hingga Rm240) sebulan. Mereka mendapat makanan asas seperti beras dll dan rumah percuma dari Kerajaan. Ianya cukup untuk sustain living tapi tidak boleh bermewah. Jika anda mempunyai lebihan wang sangat elok bersedekah kepada Cuban converts ini. 

15. Adakah selamat berada di Cuba?

Tiada satu saat pun saya berasa tidak selamat atau terancam walaupun berjalan pada waktu malam hari di Havana. Cuba adalah selamat untuk pelancung kerana polis sentiasa berkeliaran dan orang tempatan tidak berani mengusik turist. Anda hanya perlu menjauhi dari pemabuk yang banyak berkeliaran diwaktu malam. 

Saya lebih seriau berada di Los Angeles, Rome atau Cape Town diwaktu malam dari Havana. 

16. Lawatan ke bandar berdekatan. 

Anda boleh tinggal 2 hari dibandar kolonial Trinidad, 1 hari di Vinales (tobacco farms, caves, countryside), 3 hari di Havana, dan 1 hari di Varadero (beaches).

Untuk trip ke Vinales melawat tobacco farm, kami menyewa vintage Cadillac dengan harga 120 CUC (Rm500) sehari. 

17. Cuba tidak sesuai untuk pelawat begini. 

a. Mereka yang tidak boleh hidup tanpa internet. 
b. Mereka yang suka melawat negara sejuk dan tidak tahan cuaca panas dengan humiditi tinggi. 
c. Mereka yang hidup dengan makanan sedap sahaja. 

18. Imigresen Cuba tidak faham berkenaan nama muslim (BIN) dipaspot Malaysia. 

Ini menyebabkan kami tersangkut lama dikaunter imigresen. 

Misalan, jika ditanya oleh pegawai imigresen, nyatakan
Surname: BIN OMAR
First Name: ZAINUDDIN

19. Awas, kebanyakan travel insurance tidak membuat coverage di Cuba. 

American sanctions dan economic embargo menyebabkan tiada insurance company membuat coverage di Cuba. 

20. Bawa semua barang keperluan dari Malaysia. 

Barang keperluan seperti sabun, ubat gigi, shampoo dll semuanya diimpot dari luar dan berharga tinggi di Cuba. 

Kesimpulan trip. 

Setelah memerhatikan kehidupan rakyat Cuba, bersembang dengan mereka, merasai suasana bandar dan countryside serta melihat sendiri kawasan rumah Presiden Cuba dengan keluasan perimeter 3 km, saya berpendapat sistem socialism adalah baik untuk gulungan atasan parti komunis sahaja. 

Walaupun tiada yang mati kelaparan, rakyat biasa Cuba hidup dalam sengsara. Socialism dengan sistem subsidi dari Kerajaan dan tanpa penglibatan pihak swasta,  menyebabkan rakyat menjadi malas serta tidak kompetitif. 

Semua ini mengakibatkan negara Cuba tidak maju dan ketinggalan zaman. 

Dari perbualan dengan beberapa rakyat Cuba, semua mengatakan ‘change is inevitable’ dan mereka hanya menunggu masa apabila Kerajaan Cuba membuka negara mereka kepada pelaburan luar dan menamatkan sistem socialism. 

The ugly truth, Cuba is beautiful in pictures but a shamble in reality. 

Will i go to Cuba again?  
Once is enough. 

Catatan oleh:
Ir Haji Zainuddin Bin Haji Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

DISCLAIMER
The views and thoughts expressed in this writing are solely my personal opinion.

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this page are to be used in other third-party websites without a written consent from the owner.

Monday, January 6, 2020

Mayat Tidak Berbau di Bawah Pokok Beringin.

Trip lawatan ke kuburun kaum Trunyan yang tidak menanam mayat mereka di Bali. 

Repost untuk bacaan rakan baru. 

Sebelum trip solo ini saya telah dua kali ke Pulau Bali dan saperti pelawat lain, hanya berjalan disekitar Ubud, Kintamani, Kuta, Denpasar, Uluwatu, Nusa Dua, Tanah Lot dan kawasan sekitar. 

Lama saya menyimpan hajat menjelajah ke seluruh pulau Bali dari Nusa Dua ke Melaya, Gilimanuk dan Pemuteran, Singaraja, Tulamben, Amed, Karangasem dan kawasan Bali Tengah di Bedugul dan Jatiluwih. 

Pada 4 Disember 2016 selama seminggu saya berpeluang secara solo menjelajah ke seluruh pelusuk pulau Bali. 

Di Kintamani saya mencuba white water rafting di sungai yang digred 4 dan bermalam di Tasik Batur. 

Tempahan telah dibuat dengan Agoda disebuah hotel di Kintamani. Apabila di cari dengan google map saya telah sampai ke jalan mati di satu bendang, dan bila ditelefon, talian nya sudah ditamatkan. Saya bertanya kepada orang kampong, mereka tidak tahu menahu tentang hotel ini. 

Telah berpuloh kali saya menggunakan Agoda, dan inilah pertama kali hotel tidak dapat dijumpai. (Nasib baik pembayaran walk-in bukan caj online dengan kad kredit). 

Oleh kerana waktu sudah sore, terpaksa lah saya menyusur kampong untuk mencari homestay dan mendapat sebuah villa berhadapan Danau Batur dengan harga 200k Rp (Rm65) selepas menawar harga dari 400k Rp. 


Keesokannya saya bercadang ke kampong Trunyan dimana masyarakat nya masih mengamalkan adat dan tradisi anisme.

Untuk pergi ke kampong Trunyan, perlu menaiki bot selama 30 minit tetapi harganya agak mahal saperti dipaparkan ditepian tasik bersebelahan jeti.

Kampong Terunyan terletak di pesisiran Danau Batur di Kintamani dan terkenal dengan satu adat yang pelik dan sangat unik. Orang kampung terunyan mengamalkan adat hindu yang dinama kan sebagai hindu a'ge atau hindu asal. Upacara mereka dicampur aduk dengan upacara anisme. 

Mereka tidak mengkebumikan mayat tetapi meletak nya di bawah pokok Taru Menyan (species Banyan tree atau Ficus Benjamina).

Untuk ke kampong terunyan, pelawat boleh menaiki bot selama 15 minit dari jeti kedisan dengan harga 600k Rupiah saorang (Rm 180). Pada saya harga nya terlalu mahal dan mengsyaki ada elemen scam. 

Pada waktu pagi selepas sarapan saya pergi sekali lagi ke jeti untuk bertanya orang tempatan berkenaan kampong trunyan. 

Saorang makcik yang baik hati telah membuka rahsia bahawa ada satu jalan dimana kereta boleh sampai ke kampong terunyan sejauh 3 km melalui pesisiran danau batur. Dari kampong terunyan saya boleh menyewa bot ke perkuburan dengan harga lebih murah. 


Fakta ini tidak diberitahu oleh orang kampong yang saya temui kerana mereka mahukan pelawat menaiki sampan dari jeti dengan kos yang terlalu tinggi. Supir saya yang biasa dikawasan Kintamani pun sendiri tidak tahu berkenaan jalan sulit itu. 

Kami pun menyusuri jalan tersebut dengan kereta Avanza ke kampung tradisi Trunyan melalui jalan yang sempit tetapi dalam keadaan baik. 

Apabila sampai dikampong Trunyan, saya terpaksa nego lagi dengan orang kampong yang akan membawa sampan ke tempat perkuburan itu. Pada awalnya mereka meletak harga 500k Rp tetapi menurunkan harga kepada 250k Rp selepas tawar menawar. 
Beberapa kali saya mengajak supir berbangsa jawa ikut serta bersama saya ke tanah perkuburan trunyan tetapi beliau enggan kerana ketakutan. 

Saya katakan kepada beliau bahawa orang hidup lebih bahaya dari orang mati kerana yang mati sudah terputus hubungan dengan dunia. Manusia hidup di Kampong trunyan yang banyak menyulitkan kerana mengambil kesempatan dari pelawat dan lebih merbahaya dari mayat yang sudah terbujur kaku.

Apabila sampai di tanah perkuburan, saorang guide membawa saya ke tempat dimana mayat diletak di bawah pokok taru menyan. Saya berasa sangat pelik kerana tiada langsung bau mayat mereput (decomposing corpses) walhal ada yang berusia 2 minggu dan ada yang masih 5 hari. 

Mayat diletak di dalam sangkar buloh tetapi dibungkus dengan kain untuk mengelak dari dimakan binatang buas. Walaupun begitu masih ternampak bahagian mayat yang terbujur keluar dari bungkusan. 

Hanya 11 mayat dibenarkan diletak disitu dan mayat yang telah menjadi tulang akan di pindahkan ketempat sebelah untuk memuatkan mayat baru. Ada satu mayat yang saya lihat mempunyai kuku yang agak panjang. Saya terfikir samada kuku masih boleh tumbuh selepas saorang itu mati kerana tiada cell yang masih hidup. Saya cuba mencari ulat ulat bersebelahan mayat tetapi tidak menjumpai seekor pun. 

Selama satu jam, saya berada disebelahan mayat mayat tersebut sejauh 1 meter dan cuba menghidu dipersekitarannya tetapi tidak dapat mengesan apa apa bau busuk. Ianya saperti tidak logik dan akal saya tidak dapat menerima apa yang saya alami. Sebagai saorang jurutera, selama lebih 30 tahun saya dilatih untuk berfikir secara logik dan analytical.

(Nak tahu apa terjadi kepada mayat setelah mati:

https://www.facebook.com/madpfiona/posts/1380398591993927)

Saperti biasa otak saya cuba memproses apa yang saya lihat dan cuba mencari jawapan. 

Persoalan dibenak saya ialah kenapa mayat di bawah pokok taru menyan tidak berbau busuk? 

Baik. 

Mayat yang mereput akan mengeluarkan volatile gas dan kimia dari aktiviti micro-organism dan bacteria didalam mayat. Dari pembacaan saya, terdapat 30 jenis kimia yang dikeluarkan oleh mayat yang menyebabkan bau busuk termasuk methane, hydrogen sulphide, benzene, xylene, toulene, ammonia, trichloroethylene dll. 

Setelah membuat pembacaan dan pertanyaan dengan rakan seorang Professor dalam bidang Bio chemistry disebuah universiti tempatan, akhirnya saya mendapat jawapan yang tidak pernah diberitahu apabila saya google fenomena mayat yang tidak berbau di perkuburan Trunyan ini. 

Inilah jawapan nya:

Para saintis NASA mendapati bahawa beberapa jenis pokok boleh menyerap bau busuk gas kimia volatile dari udara dan pokok taru menyan (species Beringin/Banyan tree atau Ficus Benjamina) adalah satu daripada nya. 

Klik link ini:
(https://en.m.wikipedia.org/wiki/NASA_Clean_Air_Study). 

Ya, pokok Beringin yang rendang sebesar dua pemelok berusia lebih 1000 tahun itu berupaya menyedut bau busok mayat yang diletak dibawah rimbunannya. 

Ianya bukan sebab magik atau kerja dewa dewi yang menyebabkan mayat tidak berbau. Allah menjadikan pokok pokok dengan bermacam macam kegunaan nya tetapi manusia menjadi terlalu tamak dengan menebang pokok dihutan dengan penuh rakus. 

Orang kuno bangsa terunyan, 1000 tahun dahulu di kampong ini telah mendahului kajian saintifik untuk membersihkan bau mayat.

Orang melayu kita pula tidak menanam pokok beringin kerana mereka masih mempercayai ianya adalah tempat pontianak menginap dan berteduh walhal pokok beringin mempunyai keupayaan menyedut semua bau bau busuk persekitaran dalam radius 50 meter. 

Saya pernah diajar untuk membaling batu atau kasut kearah benda pelik yang muncul dihadapan atau pontianak yang sedang mengilai diatas pokok. Ini mengambil iktibar kisah nabi ibrahim AS yang membaling syaitan dengan batu ketika peristiwa korban. 

Cara ini adalah lebih baik dari tip yang saya terima dari sesaorang yang mengesyorkan berbogel bila berhadapan dengan keadaan yang sama. Ianya mungkin tidak efektif kerana dikhuatiri ada hantu yang berjenis gay. 

Zaman sekarang macam macam perkara pelik boleh berlaku saperti hal pak arab kedekut dengan rela hati menderma berbillion ringgit walhal pembinaan dimasjidil haram dihentikan kerana kekurangan bajet. 

Allahuallam. 

'Aways seek answers of your inquisitive mind'. 

Catatan oleh:
Ir. Haji Zainuddin Bin Haji Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

Road trip di Eastern Europe.

ITINERARI RINGKAS  10 HARI ROADTRIP KE AREA KAMPUNG CANTIK EASTERN EUROPE - ( edisi Spring 2019)

Day 1️⃣:
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna. Bergantung pada waktu ketibaan. Sebaiknya cari flight yang tiba awal pagi, boleh terus ambik kereta sewa di level -1.

Dari lapangan terbang, perjalanan ke Salzburg akan melalui sebahagian jalan kampung yang dipanggil The Romantic Road.

( tips : sewaktu nak collect kereta sewa, nyatakan sekali negara yang ingin dilawati supaya mereka akan siapkan permit. Ini untuk elakkan masalah sewaktu melintas sempadan).

Dari Vienna, ambik lebuhraya A1 sebelum exit ke jalan kampung 42, sebelum ke pekan Styers di laluan 122.


View kiri dan kanan memang cantik jika cuaca baik. Teruskan perjalanan sehingga ke Hallstat.

Di Hallstat, anda boleh naik ke Top of Hallstat dan terus ke The Salt Mine dengan bayaran 34 euro termasuk cable car. 
( kalau rasa mahal, just ambil angin kat area bawah pun dah ok).

Kalau ada banyak masa, boleh juga hiking. Ada trail. Then, dah puas ambik gambar kat atas, boleh pulak sambung bergambar di area rumah2 tepi tasik tu. View memang cantik.

Solat jamak zuhur dan asar kat area parking tu. Takde masjid dan surau kat sini. Jangan buang masa mencari dan cari alasan tak solat pulak.
Islam tu mudah.


Kedai makan pun takde yang ada tanda halal kat sini. So, on the way ke sini, kalau jumpa pasar mini Billa atau seangkatan dengannya, beli la apa2 yang patut.

Dah selesai semua urusan , drive semula ke Salzburg dan bermalam di sana

Malam 1️⃣: Salzburg.

Day 2️⃣: Awal pagi, bergerak ke St Wolfgang Lake. Di sini ada panorama train, tapi  jadual cuma sehari sekali je. Start pukul 1150 pagi dan turun 1245 tengah hari.

Harga boleh cek di laman web, tak sempat nak snap gambar masa di kaunter tiket sebab tak naik.

Sambil2 tu boleh jalan2 sekitar tasik di St Wolfgang ni.


Dalam pukul 2 petang, boleh  patah balik ke Salzburg.  Sebelum menjelang malam, boleh ronda2 kat oldtown Salzburg. Di sini yang paling famous ialah Mozart's House.

Then, ada few attraction macam Salzurg Castle dan lain2.

Selesai hari kedua, teruskan pemanduan balik semula ke hostel.

Malam 2️⃣ : Salzburg.

Day 3️⃣
Check out awal pagi. Destinasi utama hari ini ialah ke Kitzsteinhorn yang terletak di Kaprun.

Ia adalah pusat sukan ski yang famous dan merupakan puncak tertinggi di Salzburg.

Untuk sampai ke atas, anda kena ambik cable car dengan membuat pertukaran koc sebanyak 3 kali. Tiket naik dan turun berharga 44 euro.
( serius, jika dibandingkan dengan Jungfrau di Swiss, di sini jauh lebih murah dengan pemandangan lebih kurang sama)

Boleh luangkan separuh hari di sini.

Jika berkesempatan, boleh cuba laluan scenic road Austria yang dikenali sebagai Grossglockner High Alpine Road yang menghubungkan Bruck di bahagian utara hingga Heiligenblut sejauh 130 km

( laluan ini cuma dibuka pada musim panas je bermula 1 may. Sila semak laman web untuk info lanjut dan berapa bayaran tol untuk lalu jalan ini.

Dengan kunjungan ke 2 lokasi ini lengkap sudah aktiviti pada hari ketiga. Teruskan pemanduan ke tempat penginapan  di pekan Kaprun.

Malam 3️⃣: Kaprun

Day 4️⃣:
Selepas sarapan, akan bergerak menuju ke negara baru hari ini iaitu Slovenia.
Untuk hari ini, ada 2 destinasi wajib yang akan dikunjungi iaitu Vintgar Gorge yang menjadi sebahagian dari Triglav National Park.

Bayaran masuk adalah 9 euro.

Kurang 15 minit pemanduan, anda boleh ke Lake Bled iaitu satu lagi Unesco Site di Slovenia

Untuk memandu di Slovenia, anda dikehendaki membeli sticker. Harga bergantung kepada berapa hari anda berada di negara tersebut. 
Jika didapati anda memandu di Slovenia tanpa sticker atau sticker tamat tempoh, bersedia untuk membayar denda yang tinggi.

(Konsep bayaran tol di sini macam bayar roadtax di negara kita.)

Untuk hari ini, anda boleh menempah tempat penginapan di pekan Bled sahaja.

Malam 4️⃣ : Bled

Day 5️⃣ : Hari kelima biasanya saya akan jadikan sebagai buffer day. Maksudnya, aktiviti santai dan tidak terlalu padat.
Pada hari ini, kita boleh basuh baju atau lakukan aktiviti kegemaran masing2.
Dalam travel, kita tak perlu terlalu taksub nak cover sebanyak mungkin lokasi.
Just chill dan santai2 je.

Dan, disebabkan itu saya memilih untuk ke negara Itali ( xde dalam plan asal).
Di Itali, saya akan singgah di pekan bernama Trieste. Tapi sebelum tu saya akan singgah ke satu bandar cantik yang menghadap lautan Adriatik bernama Piran.
( dari segik rekabentuk bangunan, ia lebih kurang sama seperti kota Dubrovnik di Croatia)

Uniknya pekan ini, kereta tidak dibenarkan di bawa masuk.

Setiap pengunjung perlu tinggalkan kereta di kawasan letak kereta yang disediakan sebelum menaiki shuttle bas percuma ke pusat bandar.

Selepas relaks bersantai di kota ini, pemanduan diteruskan melintas ke negara Itali untuk ke bandar Trieste.

Tiada yang menarik di bandar ini, cuma ia menjadi port untuk kapal cruise setinggi 10 tingkat berlabuh sebelum penumpang dibawa menaiki bas ke destinasi2 menarik seterusnya. 
Selesai bersantai di 2 kota ini, anda boleh menyambung semula pemanduan ke kota Ljubjana.

Jika tiba awal, boleh luangkan masa bersiar2 dengan berjalan kaki di oldtown Ljubljana sambil menyaksikan penghibur jalanan dengan pelbagai gelagat mereka.

Malam 5️⃣ : Ljubjana

Day 6️⃣ :
Hari ini pemanduan agak jauh iaitu dari Ljubjana ke Plitvice National Park di negara Croatia. Perjalanan sejauh 200 km mengambil masa levih kurang 4 jam selepas beberapa stop breakfast dan toilet

Jika bertolak jam 5 pagi, dijangka tiba jam 9 pagi. Tiket berharga 100 kuna. Sebaiknya, habiskan lebih kurang 4 atau 5 jam di dalam National Park ini.

Setelah puas bergambar dengan puluhan air terjun cantik di sini, perjalanan diteruskan lagi ke ibu kota Croatia iaitu  Zagreb. Perjalanan sejauh 130 km dan mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Dalam perjalanan ke Zagreb, boleh singgah bergambar di kampung cantik bernama Rastoke.

Malam 6️⃣: Zagreb

Day 7️⃣:
Setengah hari di sini bersiar-siar di sekitar ibukota Zagreb. Ada banyak restoran halal di sini. Jangan lupa ke Upper Town untuk saksikan panorama bandar  Zagreb

Jam 2 petang selepas solat Zuhur menyambung perjalanan ke kota Budapest di negara Hungary.

Perjalanan sejauh 345 km dan mengambil masa lebih kurang 5 jam kerana kesesakan di pintu sempadan.

Sebaik tiba, check in dan terus rehat

Malam 7️⃣: Budapest

Day 8️⃣ : Hari ini seharian explore bandar Budapest. Kereta cuma park di hotel dan bergerak menaiki pengangkutan awam seperti Tram, bas dan metro. Day Pass berharga 4.5 euro dan sah selama 24 jam.

Jika ada bajet lebih, boleh naik cruise melihat suasana matahari terbenam di Dunabe River dengan kos 20 euro.

Malam 8️⃣ : Budapest

Day 9️⃣: Trip sudah hampir ke garisan penamat. Hari ini anda boleh memandu semula ke Vienna. Tapi dalam perjalanan boleh singgah di kota Bratislava yang terletak di dalam negara Slovakia.

Berhenti rehat sambil melawat oldtown dan Bratilava Castle sambil makan tengah hari di sini.

Perjalanan bersambung ke kota Vienna. Selesai menghantar kereta di airport, masing2 bergerak ke ibu kota Vienna. Dari airport ke Vienna, ada 2 pilihan iaitu fast train dan slow train. Fast train dikenali sebagai CAT dengan tiket one way berharga 12 euro.

Pilihan kedua lebih jimat iaitu 24 hours tiket dari airport ke airport berharga cuma 11.60 euro. Pastikan anda naik train S7 atau mana2 Regional train yang berhenti di Wien Mitte.

Dari Wien Mitte, anda boleh ke Central Station menaiki metro.

Malam 9️⃣: Vienna

Day 🔟 : Hari terakhir trip. Bersiar- siar di kota Vienna. Tak payah risau sesat sebab ada day pass. Kalau malas nak jalan kaki, duduk je dalam tram dan saksikan keindahan kota Vienna dari atas tram.

Jam 5 petang bertolak ke airport untuk flight lewat malam ke Kuala Lumpur.

Semoga membantu.

Guide in Tanzania 🇹🇿


If anyone travelling in Tanzania and looking for safari to Mikumi national park, Ruaha National Park and Selous Game Seserve, hiking, trekking and camping to Uluguru and Udzungwa Mountains, then contact us on, 
WhatsApp/ call +255716647910.
Email, info@kurumbizitours.co.tz
Visit our website www.kurumbizitours.co.tz for more information.

Sunday, January 5, 2020

Guide in Tanzania 🇹🇿


If anyone travelling in Tanzania and looking for safari to Mikumi national park, Ruaha National Park and Selous Game Seserve, hiking, trekking and camping to Uluguru and Udzungwa Mountains, then contact us on, 
WhatsApp/ call +255716647910.
Email, info@kurumbizitours.co.tz
Visit our website www.kurumbizitours.co.tz for more information.

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...