Friday, December 31, 2010

Medai Medai Bangkok. Land of Smile Part 1.


Sawaddi Kap dan Sawaddi Pi Mai untuk semua, syukur kita bertemu lagi di blog saya.Bertemu sekali lagi dan kali ini tempat tujuan saya adalah Bangkok.  Ketika kalian membaca blog ini saya berada di dalam bilik di kawasan Khaosan Road atau kawasan yang berdekatan dengan Sungai Chao Phraya. Baru terfikir untuk menaip sesuatu supaya tidaklah banyak perlu ditaip jika balik nanti dan juga sementara idea masih banyak.










Semalam merupakan kali pertama saya berada di bumi Bangkok  dan negeri kedua Thailand selepas Phuket yang saya lawati tahun lalu bersama isteri dan anak. Suatu ketika dulu dikenali dengan nama Krung Thep atau City Of Angels. Kota baru ini telah dibuka oleh King Rama 1 pada tahun 1782 sebagai ibu negara Siam yang baru. Kini kota metropolitan ini diduduki oleh lebih 6 juta penduduk dan tidak lekang dengan kedatangan pelancong asing dari serata dunia.


Penerbangan menaiki Penerbangan Malaysia MH782 memang cukup mengujakan, saya bangga dengan produk Malaysia. Penerbangan yang hampir penuh dengan campuran pelancong yang banyak dari negara Eropah, mungkin kerana keadaan disana yang sedang mengalami cuaca sejuk melampau membuatkan mereka ke mari mencari nyamannya suasana tropika yang hangat.


Semasa mahu mendarat dan masih di langit Thailand saya agak terkejut dengan binaan seolah-olah penahan ombak yang banyak dibina di pesisir laut. Mungkin juga persediaan menghadapi taufan atau tsunami kerana negara ini terdedah oleh lautan luas yang penuh dengan misteri.Wallahualam. lebig terkejut semasa ingin mendarat saya dapati dari atas seolah-olah Bangkok sedang mengalami banjir dan saya fikir, habislah perjalanan saya kali ini, namun bila mendarat baru saya tahu penduduknya banyak mengusahakan ternakan kolam.


Menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnhabumi saya kagum dengan seni binaannya yang seolah-olah memanggil. Seni reka ala-ala tertutup menggamit pandangan lensa kamera saya. Lapangan ini merupakan antara lapangan tersibuk di Asia selepas Chap Lep Kok, Tokyo, Changi atau Kuala Lumpur. Di dalamnya keadaan agak berbeza seolah-olah kita di penjara  dan agak sibuk dengan sistem imigrasi yang agak kelam kabut.


Lapangan terbang yang terletak 20KM dari pusat bandar ini dapat dihubungi menggunakan keretapi laju dengan harga B$15. Murah bukan jika mahu dibandingkan dengan KLIA Express yang berharga RM35 sehala yang jaraknya mungkin 3.5 kali ganda. Tukaran buat masa semasa adalah RM10=B$94. Mungkin sesuatu dapat dilakukan pihak kerajaan kita untuk mengurangkan harga tambang tersebut.
Laluan saya berhenti di Makassan dan saya teruskan menaiki subway atau keretapi bawah tanah di Petchaburi menuju ke Stesen Salang Daeng. Perjalanan ke Bangkok tanpa membuat persiapan rapi membawa saya ke hotel pertama di malam pertama iaitu Hotel Cardia Residence di Sala Daeng. Hotel ini sepertinya hotel budget yang agak terpencil, namun kemudahannya cukup dengan sambungan internet di bilik. Jadilah untuk saya yang berjalan seorang dengan harga B$1030 semalam. Ia agak berbeza jika saya berjalan bersama anak dan isteri.


Malam pertama saya berjalan-jalan di Silom  dan Pat Pong selepas penerangan ringkas tentang aktiviti sepanjang lawatan saya bersama kawan-kawan perniagaan lain dan juga selepas berkenalan sesama kami . Kawasan ini memang meriah dengan deretan kedai menjual baju, cenderamata dan juga makanan tepi jalan.
Lebih dalam menulusuri jalan-jalan dan lebih peka saya dengan keadaan sekeliling saya agak cultural shock juga. Disini juga aktiviti pelacuran dan gay/lesbian terlalu bebas dan nampak terbuka dengan banyak sungguh pub,disko dan rumah tumpangan yang mengkhususkan untuk golongan ini. Sekali-sekala Nampak pasangan ‘farang’ dan tempatan bermesra-mesra geli di khalayak ramai. ‘Farang’ bermaksud mat salleh dalam bahasa tempatan.


Di Pat Pong saya begitu teruja, terkejut dan takut dengan terbukanya penerimaan masyarakat terhadap aktiviti tidak sihat. Nampaknya sami Buddha pun tidak dapat berbuat apa. Anda juga kadangkala akan mendapat sapaan manja dari mak ayam atau juga lelaki yang menawarkan khidmat urutan badan ke badan. Tiger show juga amat terbuka di kawasan ini dengan macam-macam skil erotic dari penari-penari perempuan dan para-perempuan. Anda saksikan sendiri dan nilai sendiri, saya tidak mahu dikatakan mengajak kepada keburukan.


Di satu sudut saya melihat seorang ibu muda berbangsa Eropah menangis disisi kereta sorong anaknya. Teresak-esak menangis sambil mengelap airmata, mungkin sang suami sedang menuju ke salah satu tempat hiburan disitu dan hilang arah. Bagi saya cukuplah sekadar melihat dan cepat cepat beredar sebelum hanyut lebih jauh dan ingatlah anak isteri di rumah. Sayangku Juliana, abang tak senakal itu. Don’t worry baby.
Disini jugalah saya kehilangan RM600 yang jika ditukar mungkin sehingga B$5800 kepada mungkin salah seorang mak nyah yang yoyo mengendeng tapi membuat kerja kotornya itu. Hai…nasib badan, tiada rezeki. Mungkin juga balasan tuhan kerana berada di kawasan tersebut. Jawapan klise untuk menyedapkan hati sendiri.


Sesungguhnya jika iman tidak kuat memang tempat ini akan mengecewakan si isteri dan kekasih di tempat sendiri. Bayangkanlah jika…perlu ke saya tulis? Tidak mengapa biarkan ia menjadi satu teka teki buat kalian. Tiada apa dibeli disini melainkan sepasang seluar pendek yang berharga B$170 dan juga cukup mengalas perut dengan “ hawker food “ udang goreng dengan sambal enak yang berharga B$40.


Hari kedua selepas berakhir aktiviti pada pagi hari saya menuju ke kawasan Khaosan Road disebabkan saya telah membuat tempahan bilik di sana. Perjalanan menaiki teksi sebanyak B$200 agak membebankan kerana kita boleh ke sana menaiki BTS dari Stesen  Sala Daeng ke Stesen Surasak dengan harga B$40 kemudian menaiki bot di  situ ke Jeti Phra Arthit, jeti yang bernombor 13 menuju ke utara dengan harga B$14.
Sebelum ke sana, saya tertipu lagi dengan orang yang mengatakan saya perlu ke Tourism Authority of Thailand (TAT) untuk mendapatkan maklumat. Bagaikan telah dirancang dengan hanya B$20 saya menaiki tuk-tuk dan rupanya dibawa ke “travel agency” yang menjual pakej dengan harga 3x ganda lebih tinggi dari harga biasa. Kena lagi, nak buat macam mana kan? Namun tidak mengapa, saya akan terangkan serba sedikit tip yang diberikan oleh orang tempatan nanti.


Disini saya menetap di salah satu rangkaian hotel budget terbesar Thailand iaitu Sawadee Hotel yang mempunyai hampir 20 hotel murah di kawasan-kawasan strategi dengan harga serendah B$280 untuk hostel. Petangnya saya menaiki tuk-tuk sekali lagi, dengan harga murah jika saya bersetuju singgah sebentar ke kedai perhiasan ( ada cerita di sebalik ini dan akan saya ceritakan kemudian di dalam tip ).
Saya dibawa ke Wat Intrawihan, patung Budha berdiri 40 kaki dengan kawasan sekitarnya yang agak tenang. Banyak gambar cantik diambil disini.Mujurlah selepas melawat, pemandu tuk tuk membawa saya balik terus dan berkata perjalanan seterusnya bersambung esok hari. Saya memberi duit upah dengan bayaran sebanyak B$20 sejam perjalanan.


Petang itu juga saya berjalan menuju ke Democracy Monumen, di sini susun atur bunganya sangat cantik tanpa perlukan tanaman kekal. Bendera Thailand besar megah berkibar menandakan pemilihan demokrasi, adil dan telus di bawah penguasaan Raja Bhumibol dan kerajaan semasa. Agak mengujakan bila melihat Mc Donald disitu, namun bila melangkah masuk selera terpadam bila melihat Burger Babi tertulis di papan.
Selepas itu saya kembali ke hotel untuk berehat sebentar dan semasa perjalanan balik saya berjalan di kawasan sibuk  Khaosan Road melihat deretan kedai menjual barang cenderahati dan taburan pub dan disko. Sempat juga saya mendapatkan beberapa barangan cenderamata untuk orang tersayang di tanah air. Chewah..poyo jek ayat kan.


Pada malam harinya saya menaiki bot dari Jeti Phra Arthit ke Jeti Tha Chang. Tujuan saya adalah satu iaitu menuju ke Wat Prakaeo atau The Grand Palace dan mengambil gambar istana ini pada waktu malam. Indah dan cukup mengujakan, lihatlah sendiri keindahannya di bawah ini. Maaf juga kerana teknik saya belum cukup mantap. Saya akan melawat tempat ini esok. Saya akan menyambung blog ini di bahagian kedua nanti.

Tuesday, November 23, 2010

Anna Ikan Bakar Kuantan, Pahang.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya dapat lagi kita berjumpa di entri baru pula.
 Kuantan adalah ibu negeri  Pahang Darul Makmur, rasanya ini adalah perjalanan lengkap selepas lebih 10 tahun singgah ke  negeri  ini. Perjalanan ke Kuantan adalah dengan menggunakan bas Plusliner dari Kuala Lumpur. Perjalanan selama 3 ½ jam melepasi Banjaran Titiwangsa memang cukup menarik kerana itu adalah pengalaman pertama saya menggunakan Lebuhraya Pantai Timur.
Setelah lama tidak menaiki bas,perjalanan agak selesa dan murah juga sebenarnya walaupun agak gentar dengan banyak kes-kes kemalangan membabitkan bas. Setelah sampai di Kuantan kami menaiki teksi menuju Hotel Vistana dan disitulah tempat kami bermalam selama 2 malam. Hotel Vistana mempunyai beberapa cawangan di Malaysia.
Di Kuantan tidak banyak aktiviti yang kami lakukan. Seharian masa kami habiskan di Pantai Teluk Cempedak . Bersih sungguh pantai yang turut menempatkan Hotel Hyatt Regency Kuantan ini. Menurut sumber tempatan tanah di kawasan tersebut adalah milik Kebawah Duli Sultan Pahang.Ampun Tuanku. Sepanjang jalan ke sana terdapat juga Istana Kebawah Duli Sultan dan juga rumah Menteri Besar Pahang.
Di Teluk Cempedak anda tidak perlu risau kerana terdapat juga rumah tumpangan dan juga McDonald dan KFC yang beroperasi 24 jam jika tak silap saya. Deretan kedai makan yang menjual makanan terutamanya Nasi Ayam Dara terus menarik perhatian saya untuk singgah. Ayam Dara menurut tuan punya kedai bermaksud ayam muda. Jangan salah anggap pula ya.
Jeti yang membawa kita ke satu bahagian lain iaitu Pantai Hitam menurut penduduk asal juga agak menarik di mana kita perlu melalui kawasan batuan dan juga di lerang bukit. Pada petang hari, saya suka dengan aktiviti memberi makan kepada monyet-monyet yang terdapat disitu. Agak kasar juga monyet-monyet itu lebih-lebih lagi jika kita membawa makanan. Namun aktiviti memberi makan memang berlainan dengan apa yang pernah saya lakukan.
Tatkala memberi makan kepada si kecil, monyet dewasa akan menunjukkan reaksi marak seolah-olah marahkan kita. Ada juga monyet yang mengendong anak kecil di badannya. Ada juga monyet besar yang agak malas dan tunggu diberi makan. Menjelang gelapnya hari, monyet-monyet itu pun kembali ke sarangnya.
Bandar Kuantan itu sendiri agak bosan selain Sungai Kuantan tempat untuk pengunjung bergambar mengabdikan kenangan. Masjid Jamek Kuantan juga mencuri tumpuan dengan senibina menawan. Petangnya sempat juga melepaskan lelah mendapatkan khidmat tukang urut buta. Urut tapak kaki selama ½ jam cukup melegakan.
Malamnya kami berkunjung ke Anna Ikan Bakar Petai. Daripada banyak pilihan kedai makan yang terdapat disitu kedai inilah paling banyak pengunjung dengan 3 cawangan berdekatan. Memang sambal ikan bakar petainya sedap dan menyelerakan. Pilihan ikan segar dan makanan laut lain memang pelbagai dan berpatutan pula harganya. Malam itu menu kami bersama-sama geng lain iaitu:
·         Ikan Bakar Petai.
·         Sotong Goreng Tepung.
·         Tomyam Campur
·         Sayur Kailan Ikan Masin
·         Keropok Lekor
Menu air pula memang macam-macam ada, jika order air suam, gelas bersaiz xxx diberi. Makanannya pula cepat dihidang.Memang berbaloi makan disini kerana harganya tidaklah mencekik darah.
Gambar-gambar ini untuk tatapan bersama.
Insyallah kita akan bertemu lagi dalam entri yang lainnya.

Wednesday, June 30, 2010

Fitness Centre at Orkid Hotel Melaka-where you can get your chicken.




That statement on the first place will surely ignite some of controversy. This nice boutique hotel located in the heart of Malacca. It's nearby Jonker Street where you will be amaze of its Baba Nyonya antique, foods and merchandise.

It is also nicely located on a walking distance to Malacca River Cruise. For me this attraction is very nice with some feeling of  "I'm in Venice" on it.

Well by the way it's not about Malacca that I want to tell you. This is about the hotel.
Feel of being home is the first entourage when I first stepped in. Our arrival feel welcomed with friendly ice breaker from the staff at the counter.
I must say that the food in this hotel is one of the best not in term of quantity, selection or layout of the coffee house. The coffee house is simplest ever with plenty of table that might deter your movement. Foods was also limited to few choices, but I must say that it is very nicely cooked. Cook in Malacca Malay style.

Three days i stayed there, food was always delighting and tasty. I must say kudos to the chef. Where i Can find something like that in Miri? I'm afraid so..

From the window..


On the same floor with coffee house, situated a fitness center. A sauna and perhaps a gym in my mind on first place. When I entered, one uncle and one gangster looks brother welcomed me. The younger one later brought me to one room, and it is all there where all the negotiation too place. I was told about the price, the ladies, the choices and services.

I don't want to create such havoc to tell you did I or didn't I? Hehehe..

Have you ever been encountered to such offer while you are in the hotel? Come let share your experience here.


More info about this hotel, feel free to browse their website at:

http://hotelorkidmelaka.com/wt-home.php

Tuesday, June 22, 2010

Che' Siti Wan Kembang dan kegemilangan Sup Gear Box.

Alhamdulillah, setelah lebih 10 tahun dapat lagi saya menjejakkan kaki ke negeri  Cik Siti Wan Kembang. Perjalanan kali ini merupakan bonus kerana ia bertepatan dengan projek yang saya lakukan di sini. Hotel Sutera Prima Inn adalah tempat penginapan kami sepanjang 4 hari 3 malam saya disini. Hotel ini agak lama namun biliknya cukup luas, makananyang disediakan juga pelbagai.
Pasar Siti Khadijah memang matlamat saya ke Kelantan, pasar ini melambangkan identiti Kelantan itu sendiri. Pasar ini merangkumi beberapa bahagian pasar iaitu pasar sayur, pasar basah,pusat jualan baju, pusat jualan barang dapur, pusat makanan  dan ragam orang Kelantan dapat dipelajari disini. Tidak lengkap kiranya jika ke Kelantan tanpa ke Pasar Siti Khadijah ini. Ia bagaikan muzium bagi saya.
Di tingkat bawah adalah tempat menjual makanan asal Kelantan seperti Tapai Beras ( betul-betul manis sehingga labah-labah hinggap ), Keropok Lekor  yang cukup murah dan rasa asli. Pelbagai kuih asli Kelantan seperti Lompat Tikam dan Nasi Kerabu memang unik.
Di tingkat satu terdapat pusat jualan makanan, ia seakan-akan syurga makanan dengan begitu banyak peniaga menjual pelbagai makanan yang sama.
Saksikanlah serba sedikit  gambar-gambar dibawah ini untuk member gambaran terbaik.

Di sebelah pasar asal terdapat sebuah bangunan yang dihubungkan dengan laluan pejalan kaki untuk kemudahan pelanggan-pelanggan. Ia lebih kepada pasar basah menjual sayur-sayuran,ayam mentah dan daging segar. Satu keunikan yang dapat dilihat adalah banyaknya bahagian-bahagian lembu yang tunggu untuk dimasak menjadi Sup Gear Box.
Perjalanan juga diteruskan ke Pantai Cahaya Bulan, pada mulanya memang hasrat dihati untuk bermandi manda,Namun melihatkan keadaan dan setelah mendengar nasihat orang tempatan hasrat dipendamkan. Akhirnya saya sekadar menjamu makanan laut di pantai tersebut.
Harga makanan di Kota Bharu memang masih murah  dan saya puas makan Sup Gear Box.

Sunday, October 25, 2009

Hong Kong Disneyland- Kota Keriangan Semulajadi.


Apa perasaan anda bila menaiki tren ang seolah-olah menjemput anda yang dah tua bangka kembali ke zaman silam?


Apa perasaan anda jika melangkah masuk ke dunia fantasi ini dengan lambaian mesra Mickey Mouse fan rakan-takan seperti Goofie, Minnie, Donald Duck dan lain-lain sama sepeti asyiknya kita melihat telatah mereka di kaca TV semasa kita kecil dulu.


Apa juga perasaan anda bila sama-sama terpegun menyaksikan konsert jalanan dengan ramai lagi watak Disney seperti The Little Mermaid, Aladdin, Snow White, Beauty & Thr Beast,Toys World dan ramai lagi.



Jika ke sini, anda memerlukan masa seharian suntuk kerana ia tidak akan pernah cukup dengan segala keseronokan dan kepelbagaian mainan dan adventur yang perlu kita kunjungi atau perlu dicuba.




Setiap satunya memberi pengalaman berbeza seperti Tarzan Tree House( cukup besar), Jungle River Safari ,Buzz Lightyear Astro Blasters, Stitch Encounter,Space Mountain, UFO Zone,Disney Castle dll lagi.







Saya rasa perasaan itu adalah keriangan tidak terhingga yang cukup mengasyikkan. 

Dengan bayaran sebanyak RM140 (HKG $ 350) untuk dewasa dan RM 82 (HKG$ 210), saya merasakan bayaran tersebut berbaloi dengan keriangan yang tak mungkin kita dapat lupakan sepanjang hidup.












 Disini tiada salahnya jika abang macho geram nak peluk Mickey Mouse, tak salah juga kakak atau makcik hendak naik Cinderella Corousel. Tak salah juga melihat kekaguman Disney Castle yang cukup menarik. Kadangkala kelibat Si Kerdil The Dwarf cukup memikat.









Gambar paling menarik dengan senyuman keriangan anak.



Anak saya semasa dibawa dulu berumur 2 tahun, dan baru-baru ini berkata pada saya "Yang, jom lah kita pergi Hong Kong bawa adik pula". Tunggulah sayang, insyallah ada rezeki lebih kita jalan lagi.


Look daddy, I can't wait for the 3D show.



Tarzan House. It's nice and different











Disneyland Hong Kong walaupun tidak sebesar Disneyland yang lainnya, namun ia terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Main Street U.S.A., Fantasyland, Adventureland dan Tomorrowland.


Disney Castle.












Snow White cantik betul...






This is real human, muka pun sama mcm dlm cerita. Amazing
























Bagi saya sendiri, melihat pertunjukan bunga api sebagai penutup persembahan yang diadakan setiap malam dengan diiringi muzik dan kisah Disney memang agak touching. Teringat zaman kecil dulu yang tidak dibebani sebarang masalah.




Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...