Monday, April 13, 2020

Coffee Lover?

In Indonesia, speciality coffee is good business. Apart from the famed kopi luwak, Indonesia is blessed with unique and tasty coffees from different regions. 

Generally, Indonesia’s specialty coffee has a full body and relatively low acidity.

In Sumatra, there are Mandheling, Gayo and Lintong coffees with their intense flavor, having a tinge of cocoa, earth and tobacco notes. 

If you are in Aceh do bring home their local coffees which are quite cheap. 

Starbuck and Coffee Bean uses mostly sumatran coffee beans and blending it with other beans form different parts of the world, and called it their Home Blend. 

Toraja coffee from Sulawesi has good sweetness and body, with warm spices notes while Papua coffee having heavy body, chocolate, earth and spicy finish. 

Flores coffee has heavy body, sweetness, chocolate and tobacco notes while Balinese coffee having sweater than other Indonesian coffees, with nut and citrus notes. 

Indonesian arabica coffee plants are grown in the cool highlands while our Malaysian robusta coffee plants (Hang Tuah, 434, Aik Cheong) are mainly grown in the lowlands except for the Tenom coffee plants in Sabah. 

I love my coffee black, full body medium roast with low acidity and very sweet with stevia, prepared with my Gaggia Classic espresso machine. When i am lazy, preparing coffee with the aeropress would suffice.

Nowadays i drink my morning coffee with MCT oil and butter i.e bulletproof coffee for tons of energy the whole day. Wooohaaa!!

Europe Backpacking.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Saya nak share simple itinerary sepanjang Travel di Eropah baru-baru ini. Saya detailkan sedikit ttg kos penginapan, kos pengangkutan dan pelbagai tips untuk kebaikan kita bersama. Moga bermanfaat.

Tarikh: 29 Nov - 24 Dis 2016 (pergi berdua)
Jumlah hari: 26 hari
Kos keseluruhan: RM6127.10

Negara: United Kingdom, Spain, Belgium, Hungary, Austria, Switzerland, Germany, Denmark, Netherlands, France, Italy + Vatican City.

Bandar: London, Liverpool, Barcelona, Namur, Brussels, Budapest, Vienna, Innsbruck, Zermatt, Berlin, Copenhagen, Amsterdam, Paris, Venice, Rome(termasuk Vatican City), Florence, Pisa dan Milan.
Butiran pecahan kos: 
1. Tiket flight Oman air KL-London ; Milan-KL RM1605.90
2. Pengangkutan antara bandar (flight domestik, bas & train: RM1789.30
3. Penginapan: RM1434.21
4. Duit poket (makan, subway/metro/tram dalam bandar, souvenir, pengangkutan dari/ke airport dan lain-lain): RM1192.69
5. Insuran Travel AXA: RM105

** Vatican City tu bergelar sebuah negara yang sah dan memegang title negara terkecil di dunia.hanya sebuah tempat yg sangat kecil. Keluasan 0.44 km sq je. Xsampai pun 1 km sq. Rakyatnya tak sampai 500 orang. Senang nak pergi. Ibarat attraction dalam Rome. Silap hari bulan,orang tak perasan ni negara walau dh jejak. Thats why saya guna simbol +. Kira bonus sesiapa yg pergi Rome. Bertambah bilangan negara kan☺
 
Penginapan, kos seorang, skor(per10) & review peribadi (RM1434.21)
**semua penginapan ada wifi

1. Barkston Room Earl's London 8 bed room hostel (bilik air luar). 7-8 min walk dari Earl Court Station: RM52.42/1 malam
7/10- agak selesa tapi tak berapa luas.tandas tak banyak. dekat dengan stesen. Book pada 1/11/2016

2. St Christopher Barcelona 12 bed room hostel (bilik air luar). 2-3 min walk dari Catalunya station: RM42.73/1 malam
9/10-selesa. Tiap katil ada tirai agar orang tak nampak kita. Dekat kawasan happening. Senang cari makan halal. Book pada 1/11/2016

3. Escale Hostel Brussels 8 bed room hostel (bilik air dalam bilik) 7-8 min walk dari Midi Station: RM94.50/1 malam
9/10-selesa dan luas. Agak mahal (namun hostel kt Brussels mmg rata-rata mahal-citytax sangat mahal). Dekat dgn tempat tunggu bas pergi Brussel Charleroi Airport. Dekat dgn Midi Station, stesen kereta api terbesar di Brussels. Book pada 6/10/2016

4. A&O Vienna HBF 6 bed room hostel (bilik air dalam bilik) 6-7 min walk dari Vienna HBF station: RM47.25/1 malam
10/10. Luas, bersih, murah tapi bukan betul2 kat City centre. Btw, sgt dekat dgn Vienna HBF Station iaitu stesen kereta api utama di Vienna.senang nak gerak untuk explore Vienna. Byk international Train dari sini. 
Highly Recommend. Book pada 26/7/2016

5. Nepomuk's B&B Innsbruck double room (bilik air luar)include breakfast. Betul2 tengah Bandar Innsbruck old town part: RM118.13/1 malam
10/10. Innsbruck boleh dikategorikan tempat yg mahal. Sini tak banyak Hostel. Hostel yg popular Youth Hostel tapi jauh dari bandar. Akhirnya jumpa yg kat tengah bandar- walk in. Sangat suprise. Harga kategori ok sbb betul-betul tengah old town. Merupakan rumah yang cantik, bersih. Ada simple breakfast. Highly Recommend. Walk in
6. Youth Hostel Zermatt 8 bed hostel include breakfast. 15-18 min walk dari Zermatt Station : RM396.90/ 2 Malam.
10/10 mengucap panjang kan tengok harganya? Haha. Switzerland mmg mahal. Kat sini lagi mahal. Tapi apa salahnya merasai pengalaman kan? Tingkap lobi, kitchen betul-betul menghadap gunung Matterhorn (gunung kat Coklat Toblerone). Bangun pagi breakfast tengok view super indah. Bilik pun selesa cuma tak luas sangat mcm A&O but for me everything perfect. kena naik tangga sikit utk ke Hostel ini. Kedudukannya membuatkan kita boleh melihat Matterhorn dgn jelas. Highly Recommend. Book  pada 22/3/2016

7.Ottaviani Hostel Florence 4 bed hostel. 5-7 min walk dari Firenze SMN station RM68.51/1 malam
6.5/10 agak sempit tapi tilam selesa. Jarak dgn tilam sebelah agak dekat. Book pada 11/11/2016

8. Prime B&B Pisa double room (bilik air luar) 8-10 min walk dari Pisa Airport, 12 -15 min walk dari Pisa Centrale station: RM66.15/1 malam
8/10. Dekat dgn Airport. Bilik besar dan selesa. Area Pisa Centrale station ada 2 kedai makan halal. Book pada 4/11/2016

9. Sunflower Hostel Berlin double room (bilik air luar) RM45.56/1 malam
9/10. Hostel yg bersih, cantik, murah dan selesa. Kawasan hostel agak sunyi esp malam tapi kalau jalan dlm 3-5 min dh jumpa supermarket, kedai-kedai dsb. Walk dlm 15 min ke Berlin wall. Highly recommend. Book pada 9/8/2016
10. Generator Hostel Copenhagen 8 bed room hostel: RM92.74/1 malam
9/10 bersih, selesa, ada 2 bilik mandi + 1 tandas dalam bilik yg berkongsi 8 orang. Dekat dgn attraction Copenhagen. Harga agak mahal tp berpatutan sbb Denmark pun negara yg agak mahal. Book pada 2/11/2016

11. Princess Hostel Amsterdam 12 bed room hostel (bilik air luar).betul2 depan tram stop (Overtoom): RM24.95/1 malam
6/10. sesuai utk tido je. Sgt sempit tapi tilam selesa. Bilik air tak banyak. Receptionist sgt friendly. Hostel ni saya dpt  5.28 Euro je.murah gila. Book malam sebelum pergi Amsterdam. Tengok rata-rata Hostel kt Amsterdam harga 10-15 Euro kategori murah termasuk Hostel ni. Kalau hostel ni tak drop ke 5 Euro, lebih baik cari lain. Rezeki sbb mmg time ni nk jimat. Highly recommend utk sesiapa yg nk jimat if dpt 5 Euro lah. Sapa nk bg tempat bermalam hanya 5 Euro? Siap ada wi-fi.siap bagi letak beg lepas check out. Dekat gan attraction pula tu. Book sehari sebelum check in

12. Beautiful City Hostel Paris: 6 bed room hostel (bilik air dalam bilik) include breakfast 8-10 min walk dari Belleville Metro Station: RM141.91/ 2 malam
9/10: Jauh dari centre Paris tapi accessible dgn Metro. Selesa, bersih, luas cuma bila dh nk sampai tu dlm 100m agak sunyi waktu malam tapi inshaAllah safe. Dekat dgn kedai nasi briyani halal 5 Euro. Banyak pula tu. Apapun korang kena tahu Paris byk scammer. Some station rasa tak secure. Pegawai stesen kt sana siap pesan hati-hati kat sini esp bila bawa beg sandang. **Btw kat mana-mana pun kena hati. Book pada 2/11/2016

13. Piave Hotel Venice (standard hotel with 2 breakfast): 7-8 min walk dari Venezia Mestre Train Station.RM82.91/1 malam
9/10 selesa, byk choice time breakfast, cantik. Harga pun not bad. Dekat dgn pasaraya harga murah.Tapi lokasi bukan kt kwsan utama Venice. Lokasi sebelum jambatan menghubungkan kota utama. Cuma 1.25 Euro je dari sini (Venezia Mestre Station) ke Venezia st Lucia station. Kebetulan train saya ke Rome dari Mestre. Highly recommend. Book pada 3/11/2016

14. Allesandro Downtown Hostel Rome 8 bed room hostel (bilik air luar):6-8 min dari Rome Termini Station. RM94.50/2 Malam.
7/10. murah, xperlu bayar citytax, bersih, dalam
15 min Walk ke Coloseum. cuma dpn Hostel sunyi sikit. Jalan dlm 100m terus tiba kwsn happening. Wi-fi pun kurang stabil tp bila dpt sangat laju.asyik hilang-hilang n xdpt connect langsung tp xtaulah time dtg mmg wi-fi ada prob. Boleh jadi hari lain ok agaknya. Book 2 hari sebelum stay.

15. New Generation Hostel Urban Citta Saudi Milan 8 bed room hostel:8-10 min walk dari Piola Metro station RM65.05/1 malam.
6.8/10. Selesa, agak luas, bersih. Sunyi dan agak gelap dari Station nk ke hostel esp waktu malam. Sometimes rasa xsafe tp so far ok. Ada satu kedai halal betul2 sebelah Station. Wifi buat hal. Langsung tak boleh connect dari awal pagi hingga waktu check out. Malam sebelum tu laju. Book pada 23/3/2016

Harga-harga transportation antara bandar/negara &  tiket flight: RM3395.20

1. Nightbus Megabus London-Liverpool RM12 book pada 28/8/2016
2. Flight Ryan air Liverpool-Barcelona RM10.53 book pada  26/10/2016
3. Flight Ryan air Barcelona-Birmingham RM63.71 book pada 31/10/2016
4. Flight Ryan Air London-Luxembourg RM38.57 book pada 28/9/2016
5. Train Namur-Brussels RM42.53 walk-in
6. Flight Ryan Air Brussels-Budapest RM100.37 book pada 25/7/2016
7. Train Budapest-Vienna RM61 book pada 27/10/2016
8. Train Vienna-Innsbruck RM109.84 book pada 27/10/2016
9. Train Innsbruck-Zermatt RM153.88 book pada 25/7/2016
10.Train Zermatt to Visp RM165.38 walk in
11. Train Visp-Milan RM87.5 book pada 12/8/2016
12. Train Milan-Florence RM118.74 book pada 1/11/2016
13. Train Florence-Pisa RM41.586 walk in
14. Flight Ryan air Pisa-Berlin RM68.63 book pada 27/10/2016
15. Nightbus Flixbus Berlin-Copenhagen RM91.05 book pada 27/10/2016
16. Flight Norwegian air Copen.-Ams. RM135.01 book pada 27/10/2016
17. Nightbus Flixbus Amsterdam-Paris RM115.75 book pada1/11/2016
18. Train Thellotrain Paris-Venice RM160.18 book pada 27/10/2016
19. Train Trenitalia Venice-Rome RM76.20 book pada 21/10/2016
20. Train Trenitalia Rome-Milan RM136.84 book pada 27/10/2016
21. Tiket Flight Oman Air RM1605.90 book pada 7/3/2016

Simple itinerary

28/11:Naik Oman Air ke London transit Muscat

29/11:Tiba Heathrow Airport dalam pukul 6.00 pagi. Pergi central London guna tube (zone 1-6 price). Pergi jalan-jalan antaranya Big Ben, Buckingham Palace, Masjid London. Malam Naik bas pergi Liverpool.
Makan- subway tuna

30/11:Tiba pagi di Liverpool. Lepak Liverpool city sampai tengahari. Selepas itu, naik bas pergi Liverpool airport. Pukul 3.30ptg naik Ryan Air pergi Barcelona.
Tiba Barcelona pukul 6.50 ptg. Guna T10 metro tiket pergi hostel St Christopher kat La Rambla (Catalunya station).Kawasan La Rambla merupakan street yg popular dgn kedai makan, souvenir dan ramai orang lepak.
Makan- subway veggie/tuna

1/12: Berjalan seharian di Barcelona. Antaranya La Sagrada Familia, Park Guell dan lepak kat La Rambla.
Malam tidur dan lepak di Airport Barcelona Terminal 1.
Makan- kebab

2/12: Naik Ryan Air pergi ke London semula tapi turun kat Birmingham sebab tiket flight murah. Dari Birmingham Airport terus naik train (2 jam) ke London.
Check in hostel kt area Earl Court. Lepas itu lepak kat Tower Bridge.
Makan- Maggi goreng

3/12: Lepak kat London. Petang naik bas pergi London Standsted Airport. Naik Ryan Air pergi Luxembourg Airport pukul 6.50 ptg. Tiba 9.15 mlm. Lepak Luxembourg Airport sebelum naik bas pergi Namur, Belgium.
**Luxembourg airport bukan 24 jam. Tepat 12.00 malam kena halau keluar. Haha. Nasib baik ada parking kereta lepak sampai 3 pagi
Makan- roti, kerepek

4/12: Jalan-jalan Namur City. Cantik & Menarik. Kurang popular dan namanya jarang didengar tapi worth visit.Tengahari pula naik train 1 jam pergi Brussels. Check in hostel kt Brussels dan jalan-jalan tengah Bandar. 
Makan- burger.

5/12: Naik Ryan Air pergi Budapest. Jalan-jalan kat Budapest. Malam tidur Stesen Budapest Keleti. (Sepatutnya tidur hostel tapi ketuk pintu tak buka). Hostel lain lak suruh call lak. Hotel walk in mahal. Last-last simpan beg kt locker (24 jam) dan buat keputusan tidur stesen lagipun kesokkan harinya naik train pergi Vienna.
Makan- kebab. 

6/12: Naik train pergi Vienna. Lepak dan jalan-jalan kt tengah Bandar Vienna. Check in kt hostel A&O.
Makan- Mcd breakfast (roti&egg without cheese) dan kebab+bawah ada nasi.

7/12: Naik train pergi Innsbruck. Jalan-jalan di Bandar Innsbruck. Sangat indah! Nikmati sungai dan gunung ganang indah sekelilingnya. Check in kat Nepomuk's B&B.
Makan- kebab dan kerepek.

8/12: Naik train dari Innsbruck ke Zermatt. Melalui Arlberg Pass (Kawasan Alps). Merupakan salah satu laluan kereta api tercantik! Memang indah. Ada transit jap kat Zurich. Sempat keluar stesen tengok city. Bersih dan indah. Selain itu, train view dari Visp ke Zermatt juga menakjubkan. Tiba Zermatt, check in kat Youth Hostel selama 2 malam.
Makan- Roti

9/12: Merehatkan minda dan jalan santai sekitar Zermatt. Memang hebat, tenang dan mendamaikan. Tapi sini terlampau mahal. Zermatt lebih mahal dari bandar Switzerland yg lain. Zermatt antara bandar termahal di dunia. Hotel standard room yg biasa blh jejak RM1000. Hostel pula dekat2 RM200 per bed/semalam. Airbnb pula payah cari. Btw pengalaman sgt berharga.
Makan- ada breakfast makan puas2 & makan Maggi.

10/12: tengahari naik train pergi Florence via Milan. Tiba Florence 7.25 malam. Check in kat Ottaviani hotel.
Makan- pagi tu dah makan breakfast puas2.

11/12: jalan-jalan sekitar old town part Florence sebelum naik train sejam pergi Pisa. Tujuan utama pergi Menara Condong Pisa. Best! Check in kat Prime b&b.
Makan- makan nasi lauk ayam ala dalca.

12/12: naik Ryan air pergi Berlin. Check in kat Sunflower Hostel. Jalan sekitar Hostel.
Makan- kebab

13/12: jalan sekitar Berlin dari pagi hingga malam. Antaranya Brandenburg Gate, Berliner Dom, Charlie Checkpoint, Berlin Wall.
11.45 malam naik night bus pergi Copenhagen.
Makan- kebab

14/12: Tiba pagi di Copenhagen. Check in di Generator Hostel. Mereka benarkan check in seawal pukul 10 pagi. Jalan-jalan sekitar bandar Copenhagen.
Makan- kerepek, roti

15/12: Pergi Little Mermaid antara landmark penting Denmark.
Pukul 3.00 petang naik Norwegian Air pergi Amsterdam. Check in kat Princess Hostel. Jalan-jalan sambil cari makan.
Makan- burger.

16/12: Seharian jalan-jalan di Amsterdam. Sangat cantik kota ini. Lebih best kalau jalan kaki je sebab banyak canal indah. Masjidnya pun cantik.
11.15 malam naik night bus pergi Paris.
Makan- Soto Jawa.

17/12: Tiba Paris pukul 5.30 pagi. Tunggu Metro beroperasi pukul 6.00 pagi & terus pergi Beautiful City Hostel. Hostel benarkan check in awal sbb dia risau tambahan hari masih gelap.Kebetulan ada available bed. Syukur Alhamdulillah. 
Lagi satu, hari ini transport free sebab Paris nak kurangkan pollution. Rezeki yg tak disangka. Tempat-tempat menarik seperti eiffel tower, notre dame, arc de triomphe, the louvre dikunjungi. Eiffel tower dikunjungi siang dan malam dek kerana free transportation๐Ÿ˜.
Makan-roti dan maggi.

18/12:berjalan-jalan sekitar hostel, Belleville area. Macam China town sbb banyak kedai Cina dan orang Cina. Ada kedai halal murah area sini.
Makan- makan puas2 breakfast yg disediakan. Petang makan nasi briyani ayam.

19/12: Pergi masjid utama Paris. Jumpa orang Malaysia dan berborak. Lepak masjid & area berdekatan.
Naik Thello night train pergi Venice.14 jam!!tapi tak sedar sbb sleeper train boleh tidur nyenyak.
Makan- breakfast makan puas2. Petang makan hamburger.

20/12: Tiba Venice. Venice mmg best. Bangunan mcm Maze runner film, boleh sesat. Venice ni tak besar mana. walk kalau larat. Tambahan pula terlampau byk canal. Sesuai sgt bergambar. boleh elakkan naik boat/feri. Sesiapa yg nak naik Gondola, kena pandai2 sbb ada yg tak jujur. Check in kat Piave Hotel area Venezia Mestre Train Station.
Makan- Roti, pizza.

21/12: Naik train pergi Rome. Check in kat Allesandro Downtown hostel.
Makan- time breakfast hotel makan puas2. Malam makan nasi briyani.

22/12: Seharian jalan di Rome termasuk negara terkecil di dunia, Vatican City.Jalan kaki je. Attraction dekat2.
Makan- nasi briyani.

23/12: Tengok2 souvenir sebelum naik train pergi Milan waktu tengahari. Tiba Milan, Check in kat New Generation hostel.
Makan- kebab & kentang goreng.

24/12: Pergi Duomo & kawasan berdekatan. Landmark utama Milan.
Naik bas pergi Milan Malpensa Airport. Balik Malaysia guna Oman air & transit di Muscat.
Makan-nasi briyani

25/12: Tiba Malaysia.

Tips-tips tambahan

1. Rajin tengok website fly4free selalu update flight/bas/train promotion. Qatar Airways, Oman air, Garuda Airlines penah promo serendah RM1200++ return ke central europe. Turkey & Romania pernah serendah RM900++ return by Qatar Airways. Bergantung pada rezeki masing-masing.

2.book hostel via booking/agoda. Banyak yg pay kt hostel/hotel.kekadang tengok-tengok gak website hotel/hostel sebab kekadang ada promo spt winter sale.

3. Banyak bas spt flixbus, megabus, ouibus & train mcm trenitalia, OBB Austria sangat murah kalau book awal. SBB Switzerland pun ada supersaver tiket. Kalau lewat mmg naik. Kalau walk in, sila standby duit yg byk. Yang ni, ada gk sy book lambat sbb ada beberapa pertukaran itinerary tp still reasonable price.
**cari-cari gak tiket 1/2 pound atau euro megabus merentas eropah sbb sebelum ni mmg wujud. Mmg ada tapi dlm UK je. Mulai bln 8, megabus yg beroperasi diluar UK diambil alih oleh Flixbus. Dah riki Flixbus berbulan-bulan, mereka tak gila mcm megabus. Contoh paling murah dari Amsterdam ke Paris 19 euro. Lagipun bas mereka mmg selesa.

4. Dekat Eropah banyak attraction free. Tgk changing guard kat Buckingham palace, ambil gambar kat i Amsterdam sign, Brandenburg gate, buat observation atas mural Berlin wall,  Berdiri bawah Eiffel tower, keliling Tower bridge, keliling colloseum, pergi Little mermaid, pergi Pisa Tower (kalau masuk betul-betul dlm bangunan barulah bayar kan) dan banyak lagi. Banyak benda boleh buat tanpa bayaran. Malah ada muzium yg boleh masuk free sepanjang masa atau hari Ahad pertama tiap bulan.Kalau mmg dah minat dan aim spt nk naik Eiffel tower, nak masuk muzium van Gogh, nak  tengok Monalisa, nak masuk coloseum ke standby duit. Ada yg blh book awal dan dpt murah utk elakkan queue panjang spt coloseum.
So korang jgn risau. Terlalu byk perkara boleh buat tanpa masuk muzium itu ini. Sama je dgn kbykn traveler lain. Nikmati sepuasnya contoh berkelah dpn eiffel tower sambil tengok bangunan dan selfielah pelbagai cara. Ala mcm kita gak amik gambar depan KLCC tapi berapa kerat je yg dh naik sampai bridge atas tu? Hehe. Apapun pilihan di tangan anda. Macam saya, saya utamakan tempat yg saya suka & masuk. Melihat pelbagai culture & nature sering jadi keutamaan saya.

5. Europe mmg banyak scammer esp France dan Italy. Kalau Spain terkenal dgn pickpocket. Sentiasa jaga barang berharga. Sentiasa berani dan tegas.contoh kat Paris, geng2 negro tarik tangan kita dan nak ikatkan tali gelang apantah. Tlg tolak dgn tegas. Kat Milan pula seboleh2nya paksa kita amik makanan burung. Sentiasa genggam tangan agar mrk xde tabur terus. Kat Rome, ada kebarangkalian dihalang semasa jalan dan tnya2 mcm2. Siap kejar lagi. Elakkan lalu kwsn gelap esp sorang2.

6. Apapun jangan takut. Ini sekadar peringatan.kat mana2 pun kena hati2. Saya pun takut2 esp Spain sbb byk cerita buruk. Tapi Alhamdulillah tiada perkara buruk berlaku sepanjang 26 hari.syukur.
Saya doakan kaki Travel yg lain juga sentiasa selamat.InshaAllah.

7. Bangunan kat Eropah mmg indah-indah. Nature pun indah esp Alps area. Jadi, explorelah dan selamat datang ke Eropah. Saya doakan sesiapa yg belum sampai sini, akan sampai akhirnya.

**Kos blh murah kalau korang keluarkan tempat mahal spt Switzerland. Tengok iti saya, 28% duit penginapan adalah di Switzerland sedangkan hanya 3 hari 2 malam. Tiket train pun mahal. Namun, saya berjaya elak drpd guna swiss pass yg hampir RM1000 utk 3 hari. Iti saya tak sesuai guna  swiss pass sebab hanya pergi satu tempat sahaja. Kalau pergi beberapa tempat baru berbaloi. Lagipun saya berjaya guna cara lebih murah masuk Switzerland (direct ke tempat yg dituju melibatkan beberapa transfer) : book via OBB Austria website. Kalau dari Italy, boleh guna saver tiket kat SBB CH (Switzerland) website.
Innsbruck, Copenhagen dan Brussels pun sama dimana penginapan agak mahal. Tapi kesemua tempat ini mmg best. Iti saya tak sempurna mana tp inshaAllah boleh membantu korang. Walau banyak city saya singgah, saya xde rasa rushing sbb dh plan nak pergi mana sebelum tu. Malah adakalanya saya santai2 ๐Ÿ˜ƒ.
Selamat membaca.

Monday, April 6, 2020

Beautiful of Semporna, Sabah.


NUSAKUYA RESORT SEMPORNA 

Pengalaman stay di NUSAKUYA RESORT SEMPORNA

๐Ÿ‘‰๐Ÿป View yang super cantik dan awesome. Tenang je dekat sini. Time saya pergi tak ramai orang. So tak busy sangat dengan guest2 lain. 

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Masuk je bilik, wahhh cantik gila. Bilik dilengkapi dengan katil dan tilam yang lembut macam hotel 5 bintang. Dalam bilik ada TV, mineral water, tuala, toiletries macam berus gigi, sabun. Ubat gigi ada tapi kena bawak extra juga sebab kecil je ubat giginya. Sesiapa yang nak guna iron dan hair dryer boleh minta dekat staff. Nanti diaorang hantar dekat bilik. Bathroom siap  ada water heater juga tau. Sejuk2 mandi laut, boleh mandi water heater pula. Bilik disini ada aircond tau. Tapi aircond start pukul 6petang-6pagi saje

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Dari bilik boleh nampak sea view and paling special ada tangga direct to water. Bangun je pagi terus terjun laut. Exercise pagi.Waktu sesuai mandi time pagi and petang. Kalau tengah hari air dah mula surut. Best kalau pergi dengan family. Boleh mandi2 dengan family depan bilik. Paling best bangun pagi selak langsir boleh tengok view laut pagi2. Serious tenang giler. Dekat balcony ada daybed, petang2 boleh baring2 sambil tengok laut.

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Part makan pula. Breakfast buffet. Kalau lunch and dinner ramai guest. Resort akan sediakan makanan secara buffet. Macam time saya tak ramai guest, so staff kitchen serve dekat meja makan. Untuk dinner boleh la rasa macam seafood macam ketam, sotong, ikan. Sesiapa yang nak makan lobster, boleh order tapi kena bayar extra. For me, makanan sedap2 dekat sini. Ada air sejuk dan buah untuk setiap meal. 

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Malam2 kalau bosan dekat bilik boleh main snooker. Kalau speaker okay, nak karaoke pun boleh. Nak lepak dekat bawah cafรฉ pun boleh. Duduk baring dekat kerusi sambil tengok bintang bulan. Hahaha. Ada rezeki boleh tengok penyu malam2 dekat resort. Penyu datang singgah say hi.  Petang2 pukul 6 dah kena keluar bilik nak tengok sunset.

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Kalau nak mandi laut, life jacket, snorkeling equipment and fin boleh minta dekat staff. Nanti staff akan bagi. Kalau nak pergi island hopping boleh juga ambil package dengan resort. Nanti resort akan arrange kan. Kena bayar extra charge kalau nak pergi island hopping. Sebab harga tidak termasuk pakej island hopping. 

Sangat berpuas hati stay di Nusakuya Resort. Service yang tiptop, staff friendly, makanan sedap, bilik and view cantik. Walaupun price agak mahal berbanding resort lain, tapi service berbaloi dengan harga.
Nie date trip before PKP. Seminggu sebelum PKP. Sempat la juga pergi travel sebelum kena kurung dalam rumah ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ 

Sesiapa yang nak pergi Semporna lepas covid ni, boleh la stay di resort ni. Really recommended. 

Nak tahu price/package boleh direct dengan resort Nusakuya Resort

Thursday, April 2, 2020

Pengembaraan Bahtera Nabi Noh

Trip ibrah sandaran dari Al quran dan riwayat - bahagian 6. 

Awas catitan panjang. 

BANJIR BESAR DAN BAHTERA NABI NOH AS. 

Apabila berada di Mardin South-Eastern Turkey saya boleh saksikan tanah disekeliling mendatar sejauh mata memandang. 

Ianya dikelilingi gunung ganang yang melingkar kawasan yang dulunya dinamakan sebagai Mesopotamia dengan Sungai Tigris dimana lahirnya Assyrian empire. Saya boleh imagin kawasan ini seperti sebuah kuali besar. 

Trip begini memang saya sangat meminati di South-Eastern Turkey kerana banyak sejarah boleh diselongkar terutamanya seperti yang diterang dalam Al Quran. 

Hanya kita perlu membuat sedikit research dan pembacaan disamping meneliti alam sekeliling untuk menghayati cerita Al Quran berkenaan banjir besar dan Nabi Noh AS. 

Al quran surah Hud ayat 11:42 menerangkan banjir besar dizaman Nabi Noh:

''So the Ark floated with them on the waves (towering) like mountains, and Noah called out to his son, who had separated himself (from the rest): "O my son! embark with us, and be not with the unbelievers!"
              - Al quran 11:42

Adakah banjir besar pernah berlaku pada zaman Nabi Noh a.s. pada satu masa dahulu? 

Jawapan tentunya YA, kerana kita beriman dengan Al quran. 

Apa buktinya?

Ok mari kita baca pendapat ahli ahli saintis yang bukan Islam berkenaan banjir besar ini. 

Walter Pitman dan William Ryan adalah dua orang geologist dari Columbia University New York dan mereka telah membuat hipotesis bahawa satu banjir besar telah berlaku pada sekitar 8,400 tahun dahulu pada akhir zaman Ice Age. 

Dari kajian mereka:

1. Semasa Ice Age, Black Sea adalah tasik air tawar yang dikelilingi oleh farmlands penuh dengan aktiviti pertanian. 

2. Semasa akhir zaman Ice Age, cuaca dunia menjadi lebih panas dan glacier yang banyak di Hemisfera Utara mulai cair dan menyebabkan kenaikkan paras air laut. 

3. Topologi laut yang unik menyebabkan lautan Mediterranean dan Aegean melimpah dan arus laju menolak dengan kuat melalui Bhosporus Straits yang sempit ke Black Sea. 

Kekuatan air yang meluncur (funnel effect) melalui Bhosporus straits yang narrow diibaratkan saperti kekuatan 200 kali ganda tsunami yang menghentam Aceh pada tahun 2004 (cuba bayangkan bagaimana dahsyatnya kekuatan 200 kali ganda tsunami saperti apa yang berlaku di Aceh. 

Tsunami Aceh itu pun sudah menyebabkan kematian ratusan ribu manusia dan kerosakan melata, apatah kekuatan 200 kali ganda!)

4. Ini menyebabkan banjir besar dikawasan Black Sea dan menenggelamkan 150,000 sq km kawasan berdekatan. (saiz itu adalah lebih besar dari Peninsular Malaysia yang bersaiz 130,000 sq km). 

Pada tahun 1999, explorer maritim Bob Ballard membuat expedisi menggunakan submarine robotik ke dasar Black sea. 

Ballard menjumpai species freshwater dan saltwater mollusk shells (sejenis siput). Radiocarbon dating mendapati shells tersebut berusia 7000 tahun. 

Ini menguatkan teori geologist Ryan dan Pitman bahawa berlaku banjir besar sekitar 5000 BCE. (Black sea sekarang adalah saltwater dan ianya freshwater lake 7000 tahun dahulu akibat banjir besar ini). 

Pada tahun 1928 dan 1929 penggalian arkaeologist di Ur dan Kish Iraq mendapati 10 kaki lapisan tanah liat (mud) diatas tempat tempat tinggal tamadun mesopotamia. 

Ini menggukuhkan lagi teori bahawa banjir besar telah berlaku dan menenggelamkan semua dwelling tamadun mesopotamia dan meninggalkan kesan tanah liat diatasnya. 

Cuba imagin jika hujan lebat tanpa henti berbulan bulan pada masa yang sama dan menyebabkan sungai Euprates/Tigris, dan tasik Van overflow dikawasan itu. 

Jika semua fenomena ini berlaku serentak pada sekitar 5,000 BCE, maka berlakulah banjir besar saperti apa yang dinyatakan didalam Al quran. 

Soalan seterusnya:

1. Adakah banjir besar berlaku keseluruh dunia saperti cerita biblical/israelite atau disatu kawasan sahaja?

2. Siapa kah kaum Nabi Noh dan dari tamadun mana yang menerima bala Allah banjir besar itu?

3. Dimanakan terdampar nya bahtera nabi Noh as? Adakah ianya di satu puncak gunung Ararat yang tinggi 5000 meter (16,800 kaki)?

4. Masih kah ada kesan bahtera nabi Noh saperti yang diwar-warkan oleh beberapa explorer barat dan gambar satelit sebelum ini?

Tamadun diantara Sungai Euphrates dan Tigris adalah Sumerian, Akkadian, Babylon, Assyrian dan juga beberapa empayar kecil. 

Mari kita lihat timeline tamadun tersebut:

1. 5000-3500 BCE: Empayar Sumerian. 

2. 3500: Penulisan (writing) dicipta

3. 2300: King Sargon Akkadian mulai berkuasa

4. 2100: Kemerosotan empayar Sumerian

5. 1792-49: Empayar King Hammurabi Babylon bermula
 
6. 1530: Kekalahan Babylonia kepada empayar Kassites dan mulanya empayar Assyrian

Kajian dari beberapa saintis mendapati satu banjir besar telah berlaku pada sekitar 5000 BCE dikawasan antara Black Sea hingga ke banjaran Ararat, menenggelamkan 150,000 meter persegi kawasan. 

Banjir besar berlaku dikawasan ini sahaja (localised) dan kajian saintis menyangkal ianya berlaku diseluruh dunia pada pengakhir Ice Age. 

Kawasan ini yang dinamakan Mesopotamia dimana manusia mendiami kawasan fertile antara sungai Euphrates dan Tigris mulai 8000 tahun dahulu. 

Kebanyakan tamadun dunia berkisar dikawasan sungai yang fertile saperti tamadun Indus di Sungai Indus India dan tamadun mesir di sungai Nile. 

Apa yang dapat kita rumuskan setakat ini:

1. Banjir besar berlaku sekitar 5000 BCE

2. Dari Al Quran, Nabi Noh a.s adalah nabi yang diutus Allah untuk memberi dakwah kepada kaumnya yang engkar dan tidak kepada seluruh dunia. Allah akan memberi bala kepada kaum yang engkar sahaja sebagai pengajaran kepada kita semua kemudian hari. 

3. Dari Al Quran, Nabi Noh a.s telah berdakwah selama 950 tahun kepada kaumnya (fuuuh!!). 

4. Pada timeline, 5000 BCE adalah empayar kaum Sumerian dan ini bermakna kaum Nabi Noh a.s adalah orang sumer

5. Dalam Al Quran Bahtera Noh a.s terdampar di Gunung Judi. Hanya cerita biblical mengatakan ianya di puncak Gunung Ararat

6. Sepasang binatang seluruh dunia mustahil dapat dimasukkan kedalam sebuah bahtera (cerita biblical dan Israelite) tetapi boleh diterima akal jika setiap sepasang binatang dapat dikumpulkan dari satu kawasan saperti Mesopotamia sahaja

7. Al Quran tidak menceritakan bahawa banjir besar berlaku diseluruh dunia dan hanya terdapat didalam bible dan kisah Israelite. 

Dari salasilah 25 Rasul, Nabi Noh a.s adalah rasul yang ketiga diutus Allah, selepas Nabi Adam a.s dan Nabi Idris a.s. Ini bermakna jarak Nabi Adam a.s dan Nabi Noh a.s tentunya tidak jauh, antara ribuan tahun sahaja. 

Ada penafsir dan ahli sejarah Islam menyebut era Nabi Adam a.s pada sekitar 10,000 BCE (walhal Nabi Noh a.s  pada 5000 BCE dan Nabi Muhammad s.a.w pada 571 CE). 

Era Nabi Adam a.s jika diterima pada tahun 10,000 BCE, ianya adalah terlalu muda berbanding usia bumi yang berusia 4.54 billion. 

Ramai berpendapat (dan saya bersetuju) bahawa Nabi Adam a.s adalah bukan manusia yg pertama yang dicipta Allah didunia ini. 

Era dinosaur pula berakhir 65 juta tahun dahulu.

Siapakan Java man (fosil berusia 1 juta tahun), Peking Man (fosil 500 juta tahun) dan Lucy (fosil 3.2 juta tahun) yang disebut sebagai Homo Erectus yang dijumpai oleh arkaelogis di Pulau Jawa, Ethiopia dan China itu?

Saya ingin memetik idea saifulislam: 

Allah SWT turut menjelaskan di dalam al-Quran bahawa seluruh manusia adalah dari keturunan Adam. 

Firman-Nya:

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. (Al-Nisaa’ 4: 1)

Dan manusia itu diciptakan Allah dengan maksud menjadikan mereka Khalifah di muka bumi:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah 2: 30). 

Bagaimana malaikat boleh tahu bahawa terdapat golongan yang membuat kerosakan dan membunuh sebelum Allah mencipta Adam?

Al-Maqdisi menjelaskan bahawa terdapat 3 Umat yang utama di dunia sebelum Adam iaitu dua daripadanya terdiri daripada kaum Jin. 

Manakala kaum yang ketiga adalah golongan yang berbeza dari Jin kerana mereka ini berdaging dan berdarah. 
Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai ‘man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa’: golongan yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah” seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30. 

Adakah ianya manusia berbangsa Homo erectus atau Neanderthals sebelum modern man (homo sapien Bani Adam)?

Berkenaan dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. 

Mereka kemudiannya dihantar ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.

Terdapat juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. 

Mereka berpandangan bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. 

Adam bapa kita, dianggap sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi dan dicipta paling lengkap oleh Allah SWT seperti ayat berikut: 

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” (Al-Tin 95: 4)

Mungkin isu-isu di atas dipandang remeh oleh sesetengah kita. Ia mungkin dengan mudah dilabel sebagai khurafat, mangsa Israiliyyat, dongengan dan sebagainya. 

Namun, perlu diingatkan bahawa bukanlah kesahihan fakta itu yang menjadi keutamaan. 

Saya tegaskan begini kerana sama ada ia dilihat dari tafsiran kepada teks agama, atau pun kepada pencapaian sains itu sendiri, persoalan-persoalan ini masih dibanjiri oleh hipotesis. 

Malah jangan lupa kepada ingatan Allah bahawa “AKU MENGETAHUI APA YANG TIDAK KAMU KETAHUI”.

Pengetahuan kita ada batas-batasnya.

Namun apa yang menjadi keutamaan kita ialah, persoalan idea berkaitan dengan evolusi biologi, dan adanya idea tentang berkemungkinan wujudnya kehidupan dan ‘adam’ lain sebelum penciptaan Adam, mempunyai ruang untuk ia dikaji oleh Muslim. 

Ini akan menghindarkan pelajar Sains daripada dibelenggu rasa bersalah yang tidak perlu. Semata-mata kerana menyangkakan bahawa evolusi menyalahi Islam.

Catatan ini adalah pandangan peribadi dari research dan kembaraan saya. 

Saya terbuka kepada semua pendapat baru yang bersandarkan bukti atau hipotesis yang teguh. Tulisan in tidak melibatkan iqtiqad kita pada Allah. 

Agree to disagree. Kalau disagree beritahu sebab apa dan sebutkan buktinya. Jangan melalut tanpa apa-apa bahan bukti. 

Wallahuallam 

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
Kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

Saturday, February 8, 2020

Masjid Jama di India ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณ

Di New Delhi, kami singgah solat di masjid Jama yang berusia hampir 500 tahun. Sungguh tenang berada di sini, apabila kita rukuk dan sujud dalam keseragaman dan kesederhanaan yang paling hakiki, terpekur di hadapan kebesaran Allah SWT.

“Accha. Accha. Muslim brother. Welcome to New Delhi,” seorang jemaah mengucapkan kepada saya sebaik memberitahu datang dari mana. Saudara seagama adalah kunci walau kemana kita bermusafir.

Kami berbual seketika.  Dia masih menyempatkan diri mendengar kisah kedatangan saya ke India. Saya seperti juru dongeng, bercerita tentang pengalaman di kota-kota India - Agra, Jaipur, Jaisalmer, Jodhpur, Pushkar, Ajmer, Mathura-Vrindhavan, New Delhi. 

Dia beritahu dia terinspirasi, juga ingin bermusafir mengelilingi tanah airnya sendiri, tapi jalan hidupnya sebagai peniaga jalanan tidak memungkinkan dia mempunyai wang yang cukup.

Perjalanan di India adalah umpama menjalani satu pakej lengkap yang bercampur aduk. Orang kata tak ada satupun buku yang sanggup menulis tentang India, atau yang mencakupi semua tentang India.

Mengalami India adalah seperti menemukan harta karun kitab kuno dalam longgokan barang usang dalam gudang. Kitab itu membuat semua pembaca melihat nostalgia masa lalu, memandang realiti masa kini, sekaligus menantikan misteri masa depan. 

Sebuah negara yang penuh dengan paradoks dan kontradik. Paradoks yang terjelma dalam fantasi ala Bollywood bahawa hidup akan berjalan sesuai dengan alur fiksi imaginasi. 

Bollywood yang berjaya memberikan pengharapan bahawa happy ending tetap akan datang walaupun suasana sekeliling bertabrakan. 

Paradoks India ialah ketika kaki saya dipeluk oleh anak yang mengemis jalanan merintih meminta wang. Saya cuma memendam rasa kesal dalam hati dan berkata, “Maaf dik, aku tak mampu mengubah nasib hidupmu.”

Paradoks India ialah apabila setengah billion penduduk tidak memiliki tandas sendiri, menyebabkan mereka "melabur" secara terbuka dan menjadikan India sebagai mega toilet dengan aroma yang menyengit hidung. 

Ah, andaikan kita semujur Rancho (Aamir Khan) yang mendapatkan kembali Pia (Kareena Kapoor) dalam filem 3 Idiots.

Pia sudah kenakan pakaian berkilau merah berhiasan untaian manik dari kepala sampai hujung kaki. Pernikahan tinggal beberapa minit pada detik yang menjanjikan keberuntungan.

Semua menunggu pengantin lelaki bersiap sehinggalah Pia mengubah fikiran lalu lari bersama Farhan.

Pia tahu ini adalah pilihan berat yang harus dijalani, pengorbanan yang harus dilakukan, demi bersama Rancho yang sekian lama dia memendam asmara.

Di langit biru yang cerah, di pulau buatan di tengah tasik, Rancho bagaikan bermimpi melihat sang gadis yang dicintai datang menaiki vespa kuning bertopi keledar merah. 

Mata si gadis berkaca-kaca. Dari jauh jadi semakin dekat. Bermimpikah aku, tanya Rancho. Oh, apa yang harus dilakukan?

Tiba-tiba sebiji penampar hinggap di pipi Rancho, adegan menjadi anti-klimaks, seketika itu juga cerita berbalik arah, ajaib yang tidak diduga.
Rancho yang sebelum ini undur diri dari permainan sandiwara cinta tiga segi kini bertukar-tukar madah cinta dengan Pia. 
Rancho baru sedar Pia ditakdirkan bersama dengannya.

Sekarang Pia dan Rancho boleh ketawa riang, merekalah pasangan paling bahagia.

Memang seperti itulah seharusnya akhir cerita. Fantasi cinta yang berakhir dengan memiliki kekasih dan semua masalah selesai.

Demikianlah model tourism India, sebuah fantasi sempurna ala Bollywood. Namun, seperti pengemis yang terpaksa bangun dari mimpi menjadi millionair gara-gara perut berkeroncong. 
Fantasi ini tenggelam dalam kebisingan dan hiruk pikuk kota-kota India. Inilah senario ala India yang boleh bersambung-sambung hingga seribu episod.

Ah, sudahlah, India begitu meletihkan!

Yamin Ismail
Letih tapi tak serik

Kota Jaipur India Menawan.

Jaipur - kota merah jambu Rajasthan, adalah salah satu magnet pelancongan India. Kota ini dibanjiri pelancong dari berbagai kelas, mulai dari penghuni hotel lima bintang sampai backpackers penghuni rumah tumpangan murah.

Jaipur disebut kota merah jambu kerana di balik benteng kota kuno, banyak bangunan berwarna merah jambu. 

Pada tahun 1876, ketika King Edward VII berkunjung, kota ini bersolek habis-habisan, menjadi kota cantik berwarna romantis – merah jambu.

Bangunan yang menjadi landmark adalah Hawa Mahal, istana tinggi dan megah, dilengkapi 953 lubang jendela. 

Hawa ertinya angin. Dari lubang jendela ini, angin berhembus, memberi kesejukan bagi yang berada di balik bangunan ini.

Saya berjalan-jalan di kota kuno ini, mengagumi jalannya yang lurus, berpetak-petak.

Di satu blok, semua kedai menjual makanan, blok lain khusus perhiasan, sampai kawasan khusus pertukangan besi, permaidani dan motorsikal.

Lalu lintas sangat padat, hon kenderaan sambung-menyambung. Penduduk hilir mudik ke pasar dan kuil. Kelihatan kaum wanita di sini berbaju warna-warni, pakaian orang gurun yang bercorak luar biasa.
Ada yang gincunya ungu gelap, membuat wajah gelapnya bertambah seram, ada pula yang bedaknya terlalu tebal sampai seperti orang sakit kulit.

Walaupun demikian, siapa yang tidak terkasima melihat gelora kaum wanita Rajasthan ini yang begitu dahsyat. Tudung tembus pandang menutup wajah mereka sepenuhnya, melindungi sang pemakai dari terik mentari.

Semua warna ada, mulai dari yang lazim seperti merah menyala dan kuning, sampai warna berani seperti ungu, biru dan hijau tua. Rioting colors, satu deskripsi warna-warni yang memberontak terhadap kegersangan gurun Thar.

Bagaikan pelangi di siang yang terik, kaum wanita gurun ini menghablurkan kesejukan.
Pelancong dan backpackers yang membanjiri kota kuno ini banyak mengubah wajah Jaipur dan keseharian Rajasthan. Ada simbiosis mutualisme di sini. 

Mereka datang ke tempat yang eksotis ini mencari ‘pencerahan’ dan misteri dunia yang tersembunyi di negeri kuno.

Jangan terkejut kalau di kota merah jambu ada pula barisan kedai burger, kios Internet, restoran spageti Itali, humus India, roti Jerman, sampai kedai menawarkan koleksi buku terpakai.

Jaipur memang meriah, penuh warna dan memukau mata demi untuk menyenangkan hati para pelancong asing yang mencari misteri India. 

Tradisi kuno yang melewati ratusan tahun di balik gerbang dan benteng kunonya. Turisme, dengan segala plus minusnya, membuatnya terus bertahan dalam zamannya.
Yamin Ismail 

Ingin melabuhkan tirai tentang India

India yang Mempersona.

India begitu sesak. Satu billion penduduk bukan angka main-main. Berada di sini menjadikan jiwa resah, ekspektasi hilang begitu saja di tengah kerumunan sesak manusia India.

Begitu banyak formula yang dikatakan orang tentang perjalanan di India. Ada yang kata India itu singkatan kepada I never do it again – sekali sahaja cukuplah - taubat. 

Kata gemulah chef Anthony Bourdain, India itu memberi dua opsyen – benci total atau cinta total, tak ada yang tengah-tengah.

Ada pula yang kata, setelah perjalanan di India kita jadi jenis manusia dengan dua kemungkinan: sentimental berhati lemah yang trauma akibat disogok oleh kemelaratan bertubi-tubi, atau sebaliknya, jadi orang yang kebal rasa, ketika pengemis dan anak jalanan jadi makhluk yang tidak dihiraukan.

Ketika saya melakukan acara berjalan kaki, saya disapa oleh peniaga jalanan. “Hello sir, you Japanese? Korean? Chinese? Please come to my shop. No buy no problem.”

Saya mendengar pertanyaaan itu dengan mata terkebil-kebil, merapatkan kaki, melipat lengan, menarik nafas dalam-dalam.

Dia menggoyangkan kepala stail India. Sayapun ikut menggoyang kepala kiri-kanan. Kebiasaan ini menjadi tabiat setelah tiga hari berada di India.

Setiap turis dipandang seperti dompet berjalan yang selalu menjadi target teriakan kasar, “Halo! Halo Japani!”

Saya melalui kawasan tong sampah di mana seorang budak jalanan mengorek-ngorek, mencari yang remeh-remeh dalam pembungkus burger yang dibuang turis. Serpihan roti, potongan buah limau yang masih utuh dan sisa air minuman dalam botol plastik.

Saya dapat lihat betapa bersinarnya mata itu kerana menemukan sampah! Dengan wajah yang jauh lebih dewasa daripada umur sebenarnya, rambut yang kusut masai, lahap sekali memakan apa yang ditemui.

Saya berikan kepadanya sebotol air mineral. Dia mengucap terima kasih, berpaling dan berlalu pergi.

Dalam hidup, memang ada orang yang ditakdirkan untuk datang sekejap, mengajarkan kita sesuatu, lalu pergi. Budak pengemis ini salah satunya. Dia tidak berkata apa-apa. Dia juga tidak berpendidikan. 

Tetapi beberapa minit pelajaran yang diajarkannya pada saya memberikan keinsafan.
Impresi saya tentang India seketika berubah. Jangan anggap kesan pertama India sebagai realiti. Ini bukannya waktunya untuk angkat kaki meninggalkan India, kerana negeri ini ternyata masih punya banyak cerita.

Teknik tipu-tipu, karenah para peniaga yang menjengkelkan, atau para pengemis yang agresif, semuanya menjadi termaafkan.

Inilah hal luar biasa tentang India. Sekali lagi tentang paradoks. Kemiskinan memang begitu akut, persaingan di tengah jutaan jiwa begitu ganas, tekanan sosial dan kasta seringkali berlaku di luar batas kemanusiaan. Dan saya mula belajar untuk melihat India dengan segala realitinya.
Saya meneruskan langkah.

Yamin Ismail

Masih menghimpun sisa-sisa tenaga untuk bercerita tentang India

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...