Monday, June 15, 2020

Bangsa Masai di Africa.

KISAH BENAR: PART 73. 

Pengalaman melihat kaum masai. 

Masai Barefoot Technology. 

Dulu apabila membaca mengenai masai tribe dan melihat gambar mereka, selalu saya imagin mereka bangsa yang tinggi gelonjang. 

Adakala rasa gerun apabila membaca kisah askar british memerangi kaum masai yang hanya bersenjatakan tombak. 

Apabila dapat melawat perkampongan masai di Maasai Mara Kenya, semua yang saya imagin tidak benar. 

Orang masai berketinggian seperti bani melayu sahaja. Mereka nampak tinggi kerana kurus dan mempunyai posture badan yang lurus. 

Apabila berjalan badan mereka tegak tidak bongkok dan mempunyai ‘gait’ yang baik. 

Penyelidik mendapati orang masai tidak mempunyai penyakit sakit pinggang kerana mereka berjalan dengan gaya yang betul ia itu tumit menjejak kaki dahulu sebelum ibu jari kaki. (cuba berjalan laju dengan buku diatas kepala). 

Cara orang masai berjalan sangat energy saving kerana dari kecil mereka diajar berjalan sehingga 50 km setiap hari terutama ketika menjaga lembu untuk grazing. 

Orang masai banyak berjalan yang menyebabkan badan mereka menjadi kurus tanpa perlu dieting. 

Apabila berada di Maasai Mara memang kelihatan dimana mana orang masai berjalan kaki tanpa berbasikal atau bermotorsikal. 

Cara dan gait orang masai berjalan akhirnya menghasilkan satu kasut dipanggil MBT (Masai Barefoot Technology) yang direka oleh seorang penyelidik dari Switzerland. 

Kasut MBT sangat mahal kerana tapak yang menyondong dengan cushioning yang direka khas dengan teknologi terkini.

Sunday, June 14, 2020

Mayat Ditinggal di Tepi Pokok Tanpa Ada Bau.

KISAH BENAR: PART 71

Pengalaman melihat mayat tidak ditanam tanpa berbau di Bali. 

Coretan ini saya pernah pos pada tahun 2016 kerana trip yang epik, untuk bacaan rakan-rakan baru. 

****************

Sebelum trip solo ini saya telah dua kali ke Pulau Bali dan seperti pelawat lain, hanya berjalan disekitar Ubud, Kintamani, Kuta, Denpasar, Uluwatu, Nusa Dua, Tanah Lot dan kawasan sekitar. 

Lama saya menyimpan hajat menjelajah ke seluruh pulau Bali dari Nusa Dua ke Melaya, Gilimanuk dan Pemuteran, Singaraja, Tulamben, Amed, Karangasem dan kawasan Bali Tengah di Bedugul dan Jatiluwih. 

Pada 4 Disember 2016 selama seminggu saya berpeluang secara solo menjelajah ke seluruh pelusuk pulau Bali. 

Di Kintamani saya mencuba white water rafting di sungai yang digred 4 dan bermalam di Tasik Batur. 

Tempahan telah dibuat dengan Agoda disebuah hotel di Kintamani. 

Apabila di cari dengan google map saya telah sampai ke jalan mati di satu bendang, dan bila ditelefon, talian nya sudah ditamatkan. 

Saya bertanya kepada orang kampong, mereka tidak tahu menahu tentang hotel ini. 

Telah berpuloh kali saya menggunakan Agoda, dan inilah pertama kali hotel tidak dapat dijumpai. (Nasib baik pembayaran walk-in bukan caj online dengan kad kredit). 

Oleh kerana waktu sudah sore, terpaksa lah saya menyusur kampong untuk mencari homestay dan mendapat sebuah villa berhadapan Danau Batur dengan harga 200k Rp (Rm65) selepas menawar harga dari 400k Rp. 

Keesokannya saya bercadang ke kampong Trunyan dimana masyarakat nya masih mengamalkan adat dan tradisi anisme.

Untuk pergi ke kampong Trunyan, perlu menaiki bot selama 30 minit tetapi harganya agak mahal saperti dipaparkan ditepian tasik bersebelahan jeti.

Kampong Terunyan terletak di pesisiran Danau Batur di Kintamani dan terkenal dengan satu adat yang pelik dan sangat unik. 

Orang kampung terunyan mengamalkan adat hindu yang dinama kan sebagai hindu a'ge atau hindu asal. 

Upacara mereka dicampur aduk dengan upacara anisme. 

Mereka tidak mengkebumikan mayat tetapi meletak nya di bawah pokok Taru Menyan (species Banyan tree atau Ficus Benjamina).

Untuk ke kampong terunyan, pelawat boleh menaiki bot selama 15 minit dari jeti kedisan dengan harga 600k Rupiah saorang (Rm 180). Pada saya harga nya terlalu mahal dan mengesyaki ada elemen scam. 

Pada waktu pagi selepas sarapan saya pergi sekali lagi ke jeti untuk bertanya orang tempatan berkenaan kampong trunyan. 

Saorang makcik yang baik hati telah membuka rahsia bahawa ada satu jalan dimana kereta boleh sampai ke kampong terunyan sejauh 3 km melalui pesisiran danau batur. 

Dari kampong terunyan saya boleh menyewa bot ke perkuburan dengan harga lebih murah. 

Fakta ini tidak diberitahu oleh orang kampong yang saya temui kerana mereka mahukan pelawat menaiki sampan dari jeti dengan kos yang terlalu tinggi. 

Supir saya yang biasa dikawasan Kintamani pun sendiri tidak tahu berkenaan jalan sulit itu. 

Kami pun menyusuri jalan tersebut dengan kereta Avanza ke kampung tradisi Trunyan melalui jalan yang sempit tetapi dalam keadaan baik. 

Apabila sampai dikampong Trunyan, saya terpaksa nego lagi dengan orang kampong yang akan membawa sampan ke tempat perkuburan itu. 

Pada awalnya mereka meletak harga 500k Rp tetapi menurunkan harga kepada 250k Rp selepas tawar menawar. 

Beberapa kali saya mengajak supir berbangsa jawa ikut serta bersama saya ke tanah perkuburan trunyan tetapi beliau enggan kerana ketakutan. 

Saya katakan kepada beliau bahawa orang hidup lebih bahaya dari orang mati kerana yang mati sudah terputus hubungan dengan dunia. 

Manusia hidup di Kampong trunyan yang banyak menyulitkan kerana mengambil kesempatan dari pelawat dan lebih merbahaya dari mayat yang sudah terbujur kaku.

Apabila sampai di tanah perkuburan, saorang guide membawa saya ke tempat dimana mayat diletak di bawah pokok taru menyan. 

Saya berasa sangat pelik kerana tiada langsung bau mayat mereput (decomposing corpses) walhal ada yang berusia 2 minggu dan ada yang masih 5 hari. 

Mayat diletak di dalam sangkar buloh tetapi dibungkus dengan kain untuk mengelak dari dimakan binatang buas. 

Walaupun begitu masih ternampak bahagian mayat yang terbujur keluar dari bungkusan. 

Hanya 11 mayat dibenarkan diletak disitu dan mayat yang telah menjadi tulang akan di pindahkan ketempat sebelah untuk memuatkan mayat baru. 

Ada satu mayat yang saya lihat mempunyai kuku yang agak panjang. Saya cuba mencari ulat ulat bersebelahan mayat tetapi tidak menjumpai seekor pun. 

Selama satu jam, saya berada disebelahan mayat mayat tersebut sejauh 1 meter dan cuba menghidu dipersekitarannya tetapi tidak dapat mengesan apa apa bau busuk. 

Ianya seperti tidak logik dan akal saya tidak dapat menerima apa yang saya alami. 

Sebagai seorang jurutera, selama lebih 30 tahun saya dilatih untuk berfikir secara logik dan analitikal. 

(Nak tahu apa terjadi kepada mayat setelah mati:

https://www.facebook.com/madpfiona/posts/1380398591993927)

Seperti biasa otak saya cuba memproses apa yang saya lihat dan cuba mencari jawapan. 

Persoalan dibenak saya ialah kenapa mayat di bawah pokok taru menyan tidak berbau busuk? 

Baik. 

Mayat yang mereput akan mengeluarkan volatile gas dan kimia dari aktiviti micro-organism dan bacteria didalam mayat. 

Dari pembacaan saya, terdapat 30 jenis kimia yang dikeluarkan oleh mayat yang menyebabkan bau busuk termasuk methane, hydrogen sulphide, benzene, xylene, toulene, ammonia, trichloroethylene dll. 

Setelah membuat pembacaan dan pertanyaan dengan rakan seorang Professor dalam bidang Bio chemistry disebuah universiti tempatan, akhirnya saya mendapat jawapan yang tidak pernah diberitahu apabila saya google fenomena mayat yang tidak berbau di perkuburan Trunyan ini. 

Inilah jawapan nya:

Para saintis NASA mendapati bahawa beberapa jenis pokok boleh menyerap bau busuk gas kimia volatile dari udara dan pokok taru menyan (species Beringin/Banyan tree atau Ficus Benjamina) adalah satu daripada nya. 

Klik link ini:
(https://en.m.wikipedia.org/wiki/NASA_Clean_Air_Study). 

Ya, pokok Beringin yang rendang sebesar dua pemelok berusia lebih 1000 tahun itu berupaya menyedut bau busok mayat yang diletak dibawah rimbunannya. 

Ianya bukan sebab magik atau kerja dewa dewi yang menyebabkan mayat tidak berbau. Allah menjadikan pokok pokok dengan bermacam macam kegunaan nya tetapi manusia menjadi terlalu tamak dengan menebang pokok dihutan dengan penuh rakus. 

Orang kuno bangsa terunyan, 1000 tahun dahulu di kampong ini telah mendahului kajian saintifik untuk membersihkan bau mayat.

Orang melayu kita pula tidak menanam pokok beringin kerana mereka masih mempercayai ianya adalah tempat pontianak menginap dan berteduh walhal pokok beringin mempunyai keupayaan menyedut semua bau bau busuk persekitaran dalam radius 50 meter. 

Saya pernah diajar untuk membaling batu atau kasut kearah benda pelik yang muncul dihadapan atau pontianak yang sedang mengilai diatas pokok. Ini mengambil iktibar kisah nabi ibrahim as yang membaling syaitan dengan batu ketika peristiwa korban. 

Cara ini adalah lebih baik dari tip yang saya terima dari sesaorang yang mengesyorkan berbogel bila berhadapan dengan keadaan yang sama. Ianya mungkin tidak efektif kerana dikhuatiri ada hantu yang berjenis gay. 

Allahuallam. 

'Aways seek answers of your inquisitive mind'. 

Catatan oleh:
Ir. Haji Zainuddin Bin Haji Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

Friday, June 5, 2020

Scammer in Istanbul

KISAH BENAR - SCAMMER JUAL KARPET DI ISTANBUL
.
Kisah benar ini aku cuma ceritakan pada kawan-kawan terdekat saja sebelum ini.
3 tahun yang lepas, pada bulan Mei 2017, aku telah ditugaskan untuk ke sebuah kilang di Nurnberg, Jerman selama 2 minggu untuk menjadi wakil syarikat dalam sesi pengujian peralatan elektrikal disana. 
.
Dari lapangan terbang Incheon, Seoul aku transit di Istanbul selama 18 jam. Walaupun boleh mengambil flight direct ke Munchen atau Frankfurt, aku sengaja mengambil flight yang transit di Istanbul. Dapatlah meregang-regangkan otot kaki dan keluar sekejap bersiar-siar di kota Istanbul. Yelah, rindu dah lama tak singgah di sana lah kononnya. 😁
.
.
Aku memilih untuk hanya ke Masjid Sultan Ahmet atau masyhur dengan nama Blue Mosque dan merancang untuk bersarapan disekitar masjid tersebut, bersiar-siar mengambil angin dan berjalan kaki di persekitaran muzium Hagia Sophia dan membeli sedikit cenderamata untuk dibawa balik.
.
.
Kisahnya bermula begini. Aku sampai di Masjid Sultan Ahmet tepat pada waktu Subuh pagi tersebut. Sampai-sampai saja terus dengar azan Subuh berkumandang. Selesai solat Subuh yang diimamkan seorang warga Indonesia yang seolah kebetulan sampai di waktu yang sama, aku berehat-rehat dan mengambil kesempatan untuk tunggu di dalam masjid sehingga selesai waktu Dhuha.
.
.
Selepas habis meninjau kawasan dalam masjid, aku mengambil gambar di sekitar taman berhampiran Blue Mosque tersebut. Aku dihampiri seorang pemuda warga Turki (lihat Gambar 1) yang menawarkan diri untuk menolong aku mengambil gambar. Mungkin sebab kesian melihat aku berulang alik ke tripod, set timer dan mencuba beberapa kali untuk mendapatkan angle yang cantik.
.
.
Dengan sifat husnuzzon yang diajar sejak dari kecil, aku pun menerima saja tawaran pemuda tersebut tanpa berfikir panjang. Walhal, sebelum trip ini, aku sudah diingatkan banyak kali oleh kawan-kawan yang biasa ke Istanbul supaya berhati-hati dengan orang disini yang selalu memerangkap mangsa untuk diperas ugut atau di"pow" dengan bermacam-macam cara.
.
.
Dipendekkan cerita, pemuda ini memperkenalkan diri dengan nama Ali dan mendakwa beliau adalah tokey kedai karpet. Beliau memberitahu baru sahaja selesai solat Dhuha di masjid Sultan Ahmet dan sedang berjalan-jalan mengambil angin. Bijak betul beliau menunggang agama dan mengeluarkan dalil sekali lalu persis "Ustaz" Syed Hamadi dalam drama Nur dan Nur 2 di TV3 😆
.
.
Akhirnya dia mengajak aku berjalan-jalan sekitar kawasan Masjid Sultan Ahmet, Hagia Sophia dan beberapa tempat lain yang berdekatan. Seronok juga mendengar lebongan dan cerita sejarah tentang Turki dan Istanbul dari beliau. Ada lah yang betul, tapi ada juga yang hanyalah sekadar sembang babi terbang 😆
.
.
Dan perangkap beliau akhirnya tiba jua. Aku dibawa ke "kedai karpet milik beliau". Dibawa masuk ke kedai yang ala-ala shoplot di Malaysia saiznya. Deretan kedai beliau pun kebanyakannya menjual karpet. Aku di jemput masuk, dan dihidangkan pulak dengan "Moroccon Tea" yang sedap dan berangin. Tak pasti jika teh itu siap dimandrem tapi aku percaya tiada yang berkuasa melainkan Allah Subhanahu wa Taala.
.
.
Selesai minum, keluarlah lagi 4 orang warga Turki yang berbadan agak besar. Kononnya mula-mula mereka tolong keluarkan pelbagai contoh karpet untuk di promosi supaya aku membeli salah satunya. Memang lawa-lawa karpet Turki, tapi harga setiap satu antara RM15 ribu ke RM20 ribu. Celaka betul dia ingat aku ni Pengerusi GLC atau Penasihat 1MDB ke nak beli karpet mahal macam tu 😆
.
.
Bila dah banyak karpet yang ditunjukkan gagal membuatkan aku membuat keputusan untuk beli, akhirnya bermula lah sesi peras ugut secara halus. Pemuda Si Ali tadi mula menutup pintu masuk utama ke kedai dan meminta (memaksa sebenarnya) aku untuk membeli mana-mana karpet. Bila aku beritahu yang aku tak ada duit, dia minta aku tunjukkan kad kredit dalam wallet. Mujur aku memang sudah tidak lagi menggunakan sebarang kad kredit sejak tahun 2015.
.
Tetapi dia paksa juga aku keluarkan wallet. Bila nampak ada beberapa kad ATM, dia paksa pula buka online banking. Aku dihampiri keempat-empat orang pemuda yang lain. Aku buka lah salah satu bank yang ada baki kira-kira RM3k. Bila saja dia nampak, dia terus keluarkan satu karpet lusuh yang level-level buat alas kaki kat dapur dan paksa aku "beli" dengan harga RM3k. Aku cakap aku tak boleh sebab nak gunakan duit tu di Jerman. Mujur dia tak terfikir suruh buka online banking yang lain-lain pulak. 
.
.
Akhirnya aku terpaksa lah beli "karpet bodoh" tersebut dengan harga RM2500 setelah aku buat sikit muka kesian. Aku cuma fikir nak keluar dari kedai tersebut dan pergi secepat mungkin. Akhirnya dia setuju dan aku "dilepaskan" Ya Allah, syukur yakmat aku tak di apa-apakan, tidak dicederakan jauh sekali di perkosa 😆😆
..
.
Buat sahabat-sahabat yang merantau ke luar negara secara solo, berhati-hati dengan manusia seperti ini. Jangan ingat orang yang menunggang agama hanya ada di Malaysia, ia ada dimana-mana didunia. Mendengar kata-kata dan cerita si Ali sewaktu bersiar-siar di sekitar masjid, memang kita ingat dia adalah lebai yang alim malah mungkin beliau Imam 2 Masjid Sultan Ahmet merangkap pegawai ataupun penasihat agama di Jabatan Agama Islam Istanbul 😆 Tak lekang mulutnya menyebut MasyaAllah, Alhamdulillah dan bercerita tentang sejarah para Nabi dan para sahabat. Huh! 
.
.
"Trust No One" - ini wajib menjadi pegangan apabila travel seorang diri. Tolak secara baik "pertolongan" yang masih boleh ditolak.
.
Alhamdulillah perjalanan aku seterusnya di Nurnberg, Munich dan Frankfurt di Jerman tidak diuji dengan sebarang penipuan scammers walaupun Jerman bukanlah sebuah negara Islam dan majoriti rakyatnya beragama Kristian. Malah ada banyak kali juga hadir pertolongan-pertolongan yang tidak diminta daripada Mat dan Minah Saleh Jerman, tapi aku dah jadi sangat berhati-hati pada waktu itu.Namun memang sebenarnya mereka ikhlas membantu tanpa mengharapkan balasan atau niat menipu pun. 
.
.
Sesungguhnya contoh akhlak yang baik dan terpuji ini boleh hadir daripada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama ataupun warna kulit. Terpulanglah kepada diri kita untuk menilainya dengan fikiran dan akal yang waras serta pertimbangan yang adil dan rasional 😊
.
.
Walaupun dengan apa yang berlaku, aku tetap tak serik untuk ke Istanbul atau Turki lagi apabila wabak COVID19 ini tamat nanti. Turki dan Istanbul memang negara yang cantik dan indah pemandangannya serta sarat dengan sejarah. 
.
Salam hormat,
Anti Scammers
Anti-Penunggang Agama 
😁

Friday, May 29, 2020

Baju Laut Sabah.


Kehidupan Bajau Laut (Siri 2)

Bajau Laut hidup di sekitar pantai timur Sabah bersempadankan Filipina dan Indonesia. Mereka menghuni kawasan pulau dan tepi pantai sekitar Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Dikatakan asal usul mereka adalah dari Filipina dan telah menetap di pantai Sabah sejak ratusan tahun. Anak-anak mereka lahir dan membesar di sini.

Bajau Laut di Semporna lebih bernasib baik kerana boleh menghuni banyak pulau seperti Mabul, Omadal, Bodgaya, Maiga, Kalapakan dan lain-lain.

Penempatan mereka yang unik menyebabkan mereka sering menjadi tarikan pelancong dan jurugambar dari seluruh dunia.

Mereka bekerja sebagai penangkap ikan dan menjual hasil tangkapan di pekan Semporna atau Lahad Datu. Mereka tidak mengusahakan tanaman atau memelihara haiwan ternak.

Namun kehidupan mereka yang sering berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat menyebabkan mereka tidak mempunyai surat beranak dan kad pengenalan diri. 
Justeru ketiadaan identiti menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan kerana dianggap bukan warganegara.

Untuk mendaftar kelahiran, pengesahan dari hospital mesti diperolehi, atau sekurang-kurangnya dari bidan atau doktor. 

Selain dari kos perjalanan, suku Bajau Laut tidak bersedia mengambil risiko perjalanan untuk ke satu-satu hospital.

Disebabkan itu, ramai Bajau Laut terperangkap dalam kitaran tanpa kewarganegaraan dari generasi ke generasi.

Di pulau Maiga ini, saya dapat melihat aktiviti kehidupan mereka. Apabila tidak turun ke laut, mereka membina perahu dan mengusahakan rumpai laut. 

Purata mereka menghabiskan masa empat hingga lima jam sehari menangkap ikan.

Laut adalah medan kehidupan mereka. Laut juga tempat mereka mencari rezeki.

Saya dibagitau, apabila bayi Bajau Laut dilahirkan, mereka akan mencampakkan bayi berkenaan ke dalam laut dan si bapa akan terjun mengambilnya kembali.
Laut sebati dengan hidup mereka. Anak-anak Bajau laut “pandai” berenang sebelum pandai berjalan.

Sebab itu apabila dewasa mereka menjadi perenang dan pendayung sampan yang cekap. 

Untuk meneruskan kehidupan, perahu dan tombak sangat penting sebagai alat menangkap ikan.

Mereka juga menggunakan kail dan jala tapi jarang. Hasil tangkapan dibawa balik ke rumah dan dimasak untuk makanan anak beranak.

Jaga Barang Semasa Melancong.


Keselamatan barangan semasa travel. 

Saya tak jemu jemu mengingatkan rakan-rakan yang berpergian agar selalu menjaga harta benda terutama paspot dan wang ringgit semasa diluar negara. 

Tetapi ramai ‘take for granted’ tak ambil pot kerana menganggap bad luck dan bencana akan menimpa orang lain dan bukan diri sendiri. 

Selain dari nyawa diri, nyawa kedua apabila berkembara ialah paspot. Jika paspot hilang, maka berakhirlah kembaraan anda. 

Pada masa itu mulalah anda sebuk membuat lapuran polis, dan mencari embassy Malaysia untuk melapurkan kehilangan nyawa kedua. 

Anda akan diberi paspot baru untuk perjalanan one way balik ke Malaysia. Maka berakhirlah percutian epik anda dengan sekelip mata. 

Ramai rakan saya yang kehilangan paspot kerana cuai walau berkali kali saya ingatkan tentang sekuriti paspot.  

Rakan saya seorang season traveller dicilok paspot semasa di Barcelona. Polis menasihatkan beliau mencari dalam tong sampah berdekatan dan memang terjumpa paspot disitu. Pencilok hanya inginkan wang sahaja. 

Di Istanbul bapa kepada rakan saya kena cilok Rm3000 tanpa disedari. Pickpocket disana sangat pro. 

Seorang rakan kehilangan paspot di Addis Ababa Ethiopia kerana dicilok dalam bas. 

Dimerata tempat dalam dunia ini terutama pusat pelancungan mesti ada professional thieves yang akan cuba mencuri barangan pelancung. 

Pencuri ini adalah pro dan mereka tahu dimana kelemahan turist ketika berkelana. 

Anda sebagai seorang traveller mesti up your game by one notch above them. 

Anda mestilah berhati hati kerana professional thieves ini adalah expert dalam pekerjaan mereka. 

Mereka hanya menunggu anda lalai sesaat sahaja untuk mencilok barangan anda. 

Kepada BBNU dan casual travellers, belajar dahulu menjaga keselamatan paspot dan wang anda ketika travelling sebelum merantau lebih jauh. 

Peringatan paling penting ialah paspot, sedikit wang US dan sekeping credit card mestilah sentiasa berada dibadan anda. Jangan letak ianya berasingan dibag lain. 

Beli body pouch atau t-shirt Haji yang mempunyai poket kangaroo didada dan simpan paspot disitu (masukkan dalam plastik untuk hindar dari basah peluh). 

Saya dan ahli keluarga menggunakan barangan Pacsafe untuk keselamatan terutama body pouch, daypack dan hip pouch. 

Ianya mempunyai banyak ciri ciri keselamatan yang tiada dipunyai oleh jenama lain. 

Saya telah menggunakan produk jenama pacsafe semenjak 10 tahun yang lalu. 

Pacsafe yang saya guna adalah pouch hip pack dan sentiasa dipinggang apabila berkembara. 

Kalau lihat gambar saya semasa berkembara, tentu perasan pouch pacsafe ini sentiasa dipinggang saya. 

Sebelum ini saya menggunakan berbagai jenama pouch tetapi bertukar kepada pacsafe kerana mempunyai ciri keselamatan yang canggih:

• tali strap disaluti dua wire yang tidak boleh digunting. 

• material pouch disaluti exomesh aluminium (seperti chicken mesh) anti slash. Ini bermakna tidak boleh slash dengan pisau. 

• RFID safe yang tidak boleh scan kad kredit. 

• zip yang boleh di kunci. 

• heavy duty zip anti cungkil 

Saya pelik ramai penggembara yang hilang duit dan paspot kerana cuai meletak barang penting merata dan tidak dibadan. Kalau nak lama berkembara, belajar macamana ‘to secure your important stuffs’. 

Nothing worst apabila kembaraan anda disingkatkan oleh kerana kehilangan duit dan paspot. Penggunaan pacsafe boleh menghindar dari pickpocket ini.  

Dulu saya membeli pacsafe di Australia tetapi sekarang boleh didapati di Malaysia, di Lazada, oribags atau shopee. Ada pacsafe untuk kegunaan wanita, sling bag dan backpack. 

Di Bangkok saya pernah membelikan pacsafe untuk wife dengan 70% diskaun kerana ada sale. 

Harganya mahal tetapi berbaloi dan tahan lasak serta water resistant.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

* di Ollantaytambo, Sacred Valley Peru.

Elakkan Ditipu Teksi di Negara Asing.


KISAH BENAR: PART 56. 

Terkena taxi scam diluar negara. 

Saya banyak menggunakan perkhidmatan taxi semasa di luar negara, terutamanya dari airport ke hotel. 

Paling banyak scam adalah penggunaan taxi dari airport kerana pemandu taxi mengambil kesempatan keatas pelawat yang masih teragak agak dengan sistem pengangkutan dinegara yang baru dijejaki. 

Di domestik airport Buenos Aires tiada taxi coupon, dan semua passenger terpaksa beratur untuk ambil taxi luar. 

Saya tunjukkan alamat hotel dan nampak taxi dreber menekan meter taxi. 

Kerusi passenger depan dia baringkan jadi saya tak nampak meter berjalan. 

Sampai hotel taxi dreber kata 800 pesos (RM240) walhal hanya 7 km dan trip 15 minit sahaja. 

Saya dah agak yang dia nak scam saya. Saya suruh dia angkat backpack saya ke lobi hotel dan saya tanya receptionist berapa kos biasa tambang airport ke hotel. 

Sementara itu dreber taxi menjerit jerit 'Pay Pay Pay' tetapi saya buat tak dengar. 

Orang orang hotel pun nampak macam tak mau commit untuk memberitahu berapa rate yang biasa (maklumlah bangsa mereka juga). 

Akhir sekali saya jerit kat dia yang saya akan ambil gambar dia dan repot kepada polis. 

Saya bayar dia 300 pesos (Rm90), iaitu tambang taxi yang saya bayar di Puerto Iguazu ke Airport sahaja. 

Dia ambil duit itu dan menjerit jerit dalam bahasa yang saya tak faham (mencarut lerteww😃). 

Berhati hatilah, kerana dimana mana airport pun jikalau tiada taxi coupon, kes scam macam ini memang menjadi satu perkara kebiasaan.

Di Stockholm saya pernah menahan taxi untuk perjalanan sejauh 5 km. 

Alhamdulillah pemandu seorang muslim dari Somalia memberi saya amaran bahawa tambang taxi dengan meter dianggarkan Rm500. Nasib baik dia saorang pemandu yang jujur. 

Di Barcelona saya pernah di scam dengan kos Rm400 dari hotel ke airport domestik. Silap saya tidak bertanya kos tambang terlebih dahulu. 

Di Cairo Mesir saya dah nego dengan taxi dreber kos £100 (Rm20) untuk ke satu tempat. 

Dreber siap bersumpah Wallahi Wabillahi tidak akan caj lebih. Sampai ke destinasi dia caj saya £400 kerana alasan melalui jalan pintas. 

Saya hanya membayar £100 dan terus beredar dengan dreber memaki hamun. 

Di Narvik Norway saya dicaj Rm200 untuk trip taxi selama 5 minit tetapi ianya mengikut meter dan pada lewat malam. 

Di Teheran walaupun dah nego harga taxi dari airport ke destinasi, pemandu taxi cuba turunkan kami ditempat lain kerana jauh katanya. Tapi kami tak berganjak dan suruh dia cari hostel sehingga jumpa. 

Di Istanbul ramai rakan terkena scam duit 5 lira dan 50 lira semasa menaiki taxi dibandaraya tersebut. 

Di Mekah kami kena sembelih Rm400 menaiki taxi ke Tanaim walhal perjanjian awal hanya Rm200 kerana alasan bulan ramadan dan jalan jam (zahmah).  

Seboleh-bolehnya, saya cuba menggunakan Uber di negara asing tetapi ianya memerlukan talian wifi. Satu lagi masalah dengan Uber adalah menentukan tempat meeting point. 

Setelah banyak kali kena scam, ada beberapa panduan yang saya amalkan sekarang,

1. Jika menggunakan perkhidmatan taxi di negara asing, pastikan ada meter dan jika tiada, nego harga dahulu sebelum naik. Apabila nego tambang pastikan harga samada 'per person' atau 'per taxi'. 

2. Buat homework terlebih dahulu untuk mengetahui anggaran kos perjalanan dengan google atau bertanya kepada orang tempatan. 

3. Pastikan bag penting bersama anda dan hanya bag berat dimasukkan kedalam boot taxi. Banyak kes dimana taxi melarikan bag yang disimpan didalam boot bila pelanggan baru keluar dari taxi.

4. Ambil gambar permit semasa didalam taxi dan buatlah aksi berwelfie dengan pemandu taxi untuk merekod wajah beliau. Dengan cara ini pemandu taxi akan berhati hati untuk menipu. 

5. Guna maps.me untuk panduan semasa menaiki taxi agar pemandu tahu yang anda menggunakan GPS. Kebiasaan pemandu tidak akan menipu dengan melalui jalan jauh untuk menaikkan kos perjalanan jika dia mengetahui anda menggunakan GPS. 

6. Gunakan koupon taxi di airport jika ada. Walaupun harganya mahal sedikit tetapi tiada penipuan akan berlaku. 

7. Trick biasa pemandu taxi adalah tiada duit kecil (loose change) agar anda memberi duit baki sebagai tip. Bawalah duit kecilan walaupun agak susah terutama nya apabila baru sampai ke negara baru. Bawa banyak usd1 sebagai duit picisan. 

8. Gunakan perkhidmatan taxi yang ternama saperti Bluebird di Indonesia atau Vinasun Taxi di Ho Chi Minh city.

9. Ada pemandu taxi yang tidak tahu tempat ke destinasi selepas anda menaikinya. Pastikan anda gunakan waze, google maps atau maps.me untuk mendapat panduan dan 'mengajar' pemandu tersebut. 

10. Pastikan meter taxi dikosongkan sebelum memulakan perjalanan. Tegur pemandu jika dia terlupa atau disengajakan. 

11. Bayar tambang taxi setelah semua bag dikeluarkan dari boot kereta sahaja. Jika ada masalah, ambil gambar dia dan nombor pendaftaran taxi dengan phone dan jerit 'Polis'.

12. Tunjuk dan sebut denominasi duit note kepada pemandu sebelum membayar agar tidak tertipu dengan scam silap mata pertukaran duit.

Catitan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

*gambar taxi dimana pemandunya cuba scam saya di Buenos Aires. Lihat seat depan yang di baringkan untuk melindungi meter yang rosak.

Sunday, May 24, 2020

Trans Java Trip - Amazing 16 Day Trip

KISAH BENAR: PART 53

Rengkasan trip overland trans-java.

(Awas catatan panjang, siapa pemalas membaca sila tengok gambar sahaja tapi rugilah tidak dapat ilmu free). 

Trip overland trans-java island saya lakukan bersama isteri pada pengakhir tahun 2019. 

Tiada disangka ianya trip terakhir sebelum serangan covid-19 dan arahan PKP pada awal tahun 2020. 

Kembara Northern Pakistan dan cruise round the world 3 bulan terpaksa dibatalkan. 

Ramai perlekeh jika rakan ingin berkembara ditanah jawa dan kesana hanya kepada mereka yang suka bershopping dan trip kulinari sahaja. 

Destinasi ke Bali menjadi tumpuan kerana ingin merasai budaya orang hindu yang unik. 

Sebelum trip saya tidak terlepas dari pemikiran stereotype seperti kebanyakan orang lain terhadap pulau jawa dan orang jawa. 

Walaupun kerap berpergian ke Jakarta dan Bandung, saya tidak merasakan pulau jawa dan penduduknya ‘special’ kecuali selepas trip trans-java ini. 

Ramai berkembara tanpa membuka mata dan hati, kerana tidak merasai degupan jantung dan budaya hidup orang tempatan.

Apatah lagi jika berholiday berombongan mengikut agensi pelancungan, tentunya diheret oleh tour guide untuk ‘disembelih’ bila bershopping dan melawat tempat tempat tourist trap sahaja. 

Selama 16 hari saya berkelana di tanah jawa, banyak perkara baru saya belajar yang tidak disangkakan. 

Selama ini saya merasakan sudah faham adat dan cara hidup orang jawa yang ramai bermastautin ratusan tahun di Malaysia. 

Trip ini telah membuka mata dan minda saya bagaimana hebatnya orang jawa menunjang tradisi budaya dan ketinggian sopan santun mereka. 

Indonesia memiliki lebih dari 1300 suku yang tersebar dari Sabang hingga Merauke dan 300 kelompok etnik. 

Dari ribuan suku tersebut, Suku Jawa menjadi kelompok suku terbesar di Indonesia dengan jumlah mencapai 41% dari populasi. 

Tentunya orang luar yang bermastautin untuk bekerja atau belajar ditanah jawa sudah tidak asing lagi dengan perbezaan adat resam dan cara hidup orang jawa. 

Walaupun perjalanan selama dua minggu banyak perkara penting yang saya belajar dari trip ini. 

Catatan ini adalah rengkasan dari beberapa posting yang pernah saya lekarkan sebelum ini. 

1. Falsafah hidup orang jawa. 

Selama dua minggu trip overland pulau Jawa, saya notis wong jowo ini rajin bekerja dan mempunyai budi bahasa yang tinggi kerana mereka mengamalkan tradisi turun temurun beribu tahun dari zaman agama buddha, hindu dan Islam. 

Di Sunda bahasa percakapan mereka lembut dan beralun seperti bahasa orang Northern Thailand. 

Kalau dikaji tamadun besar dunia seperti Mayan dan Roman, masing-masing mempunyai kalendar sendiri. Orang Jawa mempunyai kalendar mereka yang berusia 2000 tahun. Bezanya, kaum Mayan dan Roman sudah irrelevant tetapi bangsa jawa masih thriving. 

Mesti tak semua, namun orang Jawa sudah diajarkan menjaga etika dan sopan santun sedari kecil terutamanya falsafah hidup orang jawa. 

Tahu kah anda apa falsafah yang dipegang oleh orang Jawa?

1. Wong nrimo uripe dowo 
(orang yang bersyukur hidupnya lama).

2. Wong sabar, rejekine jembar 
(orang sabar rezekinya luas).

3. Wong ngalah uripe barokah 
(orang yang merendah diri hidupnya berkat).

4. Wong jujur uripe makmur 
(orang jujur hidupnya makmur).

5. Wong suloyo uripe soro 
(orang malas hidupnya sengsara).

6. Wong sombong amale kobong 
(orang sombong amalannya hangus).

7. Wong ngersulo gelis tuwo 
(orang yang suka berkeluhkesah cepat tua).

8. Wong tlaten bakal panen 
(orang yang rajin akan berhasil dan berjaya).

9. Sing wis lungo lalekno 
(yang sudah pergi lupakan).

10. Sing durung teko enteno 
(yang belum datang tunggulah).

11. Sing wis ono syukurono 
(yang sudah ada syukurilah).

12. Pitutur jowo iku ajaran agomo (Falsafah Jawa itu ajaran agama).

Banyak tradisi yang yang masih lestari dan dilakukan sampai sekarang berdasarkan falsafah-falsafah tersebut. 

2. Islam Kejawen. 

Satu perkara yang saya baru belajar dalam trip trans-java ini ialah mengenai Islam Kejawen. 

Saya saksikan banyak ritual pelik yang masih diamalkan oleh orang jawa dan tertanya kenapa mereka masih melakukan seperti apa yang diamalkan oleh datuk moyang mereka dahulu.

Semasa khutbah jumaat di Masjid Agong Solo, Khatib telah menasihati jemaah berkenaan aqidah, ikhlas, hidayah dan cara menjadi orang baik. 

Tidak satu kali pun Khatib berkeras dalam khutbah menyebut pasal neraka, murtad atau kafir. 

Inilah cara walisongo mengajak orang jawa untuk memeluk Islam, bukan dengan cara ugutan dan kekerasan. 

Selama ratusan tahun, amalan Hindu dan adat tradisi ‘assimilate’ dengan ajaran Islam yang dinamakan Islam Kejawen. 

Di Malaysia tradisi jawa seperti kuda kepang, gemelan, barongan dll masih dipergayakan yang dibawa oleh datuk moyang dari tanah jawa. 

Puas saya bertanya orang disini dan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Islam Kejawen dan mendapati ianya adalah assimilasi adat dan ritual budaya jawa dari zaman hindu dengan Islam. 

Pada mereka, sembahyang hanya pada Allah jua tetapi dengan cara yang berbeza. Biar mati anak jangan mati adat adalah pepatah melayu dibawa dari Jawa yang mengutamakan adat dan tradisi dari segalanya. 

Selain dari solat 5 kali sehari, penganut Islam Kejawen sembahyang tambahan dengan cara ritual 5 kali setahun menggunakan colok, api dan membaca mantera persis agama hindu. Ianya masih diamalkan sehingga sekarang. 

Saya difahamkan bahawa ramai pengikut NU adalah pengamal Islam Kejawen tetapi tidak dari Muhammadiyah Indonesia yang purist. 

Selain itu Kalender jawa yang berusia 2000 tahun masih menjadi pegangan ramai pengikut Islam Kejawen untuk menentukan kehidupan mereka. 

3. Orang jawa sangat menghormati walisongo. 

Jika anda berada di Jogja mesti perasan candi candi besar berjumlah 28 kesemuanya yang dibina pada kurun ke 8 hingga 9 AD.  

Candi seperti Borobodur (760-830 AD), Candi Prambanan (850 AD), Candi Plaosan (825-850 AD) dan Candi Sewu (780 AD) merupakan Candi Hindu dan Buddha yang menjadi agama orang jawa pada zaman tersebut. 

Saya mula terfikir apabila melihat candi candi gah tersebut tentunya orang jawa beragama hindu dan buddha mempunyai zaman kegemilangan beratus tahun tetapi kenapa mereka beragama Islam sekarang?  

Saya selidik serta membuat pembacaan dimana terdapat catatan Dinasti Tang China, pada waktu itu (kurun ke-7 AD), jumlah orang Islam di tanah jawi hanya ratusan orang sahaja dan mereka hanya pedagang dari kawasan arabia dan persia.

Catatan Dinasti Tang mengatakan bahawa para penduduk pribumi tanah jawi tidak ada yang mahu memeluk agama Islam kerana setia dengan agama hindu dan buddha. 

Bukti sejarah kedua, catatan Marco Polo singgah ke tanah jawi pada tahun 1200-an AD. Dalam catatannya, yang beragama Islam di nusantara masih sama jumlah dengan catatan Dinasti Tang; penduduk lokal nusantara tetap tidak ada yang memeluk agama Islam.

Bukti sejarah ketiga, dalam catatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1433, tetap tercatat hanya orang asing yang memeluk agama Islam dan tidak pribumi. 

Jadi, kalau kita halusi ketiga catatan tersebut, sudah lebih dari 800 tahun agama Islam tidak diterima penduduk pribumi. Agama Islam hanya dipeluk oleh orang asing pedagang arab dan persia. 

Peliknya, pada dua catatan para pengembara eropah yang ditulis pada tahun 1515 dan 1522, disebutkan bahawa bangsa nusantara adalah sebuah bangsa yang majoritinya memeluk agama Islam.

Bagaimana dari tahun 1433 hingga 1515 iaitu 82 tahun sahaja, bangsa jawa boleh berubah memeluk Islam dari agama hindu dan buddha walhal selama 800 tahun sebelum 1433 tanah jawa masih majoriti beragama hindu dan buddha?

Ramai sejarahwan mengatakan bahawa orang jawa memeluk Islam ‘en masse’ dari usaha dakwah walisongo yang bermula dari Sunan Gresik atau Maulana Malik Ibrahim (wafat 1419), 
Sunan Ampel atau Raden Rahmat, Sunan Bonang atau Raden Makhdum Ibrahim, 
Sunan Drajat atau Raden Qasim,
Sunan Kudus atau Ja'far Shadiq,
Sunan Giri atau Raden Paku atau Ainul Yaqin,
Sunan Kalijaga atau Raden Sahid,
Sunan Muria atau Raden Umar Said,
Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah (1479-1568) 

Dari cara dakwah walisongo yang unik tanpa paksaan atau peperangan, keseluruhan orang pribumi pulau jawa (kecuali Bali) memeluk Islam dalam masa 82 tahun sahaja sehingga sekarang, walaupun mereka telah setia dengan agama datuk moyang mereka selama lebih 800 tahun. 

Kita lihat pula sejarah Islamic Spain. 

Pada 2 Januari 1492 setelah kalah didalam peperangan, Sultan Granada Muhammad XII (Raja Boabdil) menyerah Emirate of Granada, kota Granada, dan istana Alhambra kepada Queen Isabella dan tentera Kristian, dan berakhirnya 800 tahun pemerintahan Islam di Spain yang bermula pada 711.

Queen Isabela dan King Ferdinand telah menjalankan ‘Spanish Inquisition’ untuk memaksa penduduk bukan kristian memeluk agama kristian dengan cara paksaan, buang negara dan pembunuhan beramai-ramai. 

Pada tahun 1502 iaitu setelah 10 tahun Raja kristian  memerintah, kesemua penduduk Islamic Spain yang mempunyai 800 tahun sejarah telah bertukar 100 peratus kepada agama kristian. 

Nampak tak bagaimana berbezanya cara Wali Songo dan Queen Isabela?

Now you know, kenapa orang jawa sangat menghormati dan menghargai jasa Wali Songo. Subhanallah. 

Ramai kita rakyat Malaysia berbangsa melayu yang berketurunan jawa/minang/banjar/rawa dll juga wajib bersyukur kerana dengan usaha walisongo, kita berada dalam agama fitrah. Alhamdulillah. 

4. Transmigrasi orang jawa hingga ke Suriname. 

Tahukah anda bahawa terdapat lebih 74,000 orang jawa di Suriname. 

Suriname adalah sebuah negara bekas jajahan belanda yang terletak di South America, bersebelahan Guyana dan Brazil serta lautan Atlantik. 

Saya pernah berjumpa dengan ramai orang Suriname semasa kembaraan dan ramai dari mereka sekarang datang ke pulau jawa untuk mencari roots mereka (supir saya sekarang pernah membawa orang jawa suriname melancung disekitar pulau jawa). 

Rakan saya yang membuat perniagaan di Suriname tiada masalah semasa berada di Paramaribo (ibu negara Suriname) kerana terdapat masjid dan masyarakat jawa islam disana. 

Bagaimana orang jawa sebegitu ramai boleh berhijrah ke Suriname sejauh 18,000 km jauhnya dari pulau jawa?  

Semasa menjelajah dipulau jawa sekarang memang saya notis bahawa pulau ini padat dengan manusia. Jalanrayanya sempit dan pinggir jalan penuh dengan rumah tanpa sidetable. Setiap tanah diusahakan tanpa terbiar dan jarang saya berjumpa ruang kosong tanpa tanaman. Semua bukit yang tidak digazet sebagai National Park dibuat terracing untuk tanaman crops. 

Ketika Suharto menjadi Presiden Indonesia selama 32 tahun, program transmigrasi digiatkan dimana penduduk pulau jawa dipindahkan ke pulau pulau berdekatan dengan pemberian tanah percuma untuk mengurangkan kepadatan pulau jawa ini.

Sebenarnya program trasmigrasi telah dimulakan oleh pemerintah belanda pada kurun ke 19 kerana pada zaman itu pulau jawa sudah pun padat. 

Pemerintah belanda khuatir jika kepadatan pulau jawa tidak dikurangkan sudah tentu akan menyebabkan kemelaratan rakyat dan mereka akan memberontak,  selain dari bencana dari letusan gunung berapi yang kerap berlaku. 

Program transmigrasi pertama dimulakan pada tahun 1890 apabila kapal pertama membawa 94 orang ke Suriname untuk bekerja diladang tebu dengan kontrak selama 5 tahun.

Sehingga tahun 1939, 33,000 rakyat jawa sudah berhijrah ke Suriname dimana cuaca nya panas, serupa dengan negara tropik yang lain. 

Walaupun begitu, ada orang jawa yang pulang semula ketempat asal mereka setelah kontrak tamat tetapi majoriti membuat keputusan untuk menetap disana sehingga sekarang dan menjadi rakyat Suriname. 

Orang jawa yang menjadi rakyat Suriname masih boleh berbahasa jawa tetapi mereka sudah tidak boleh berbahasa Indonesia. Kebanyakan mereka berasal dari Jawa Tengah, ada juga dari Jawa Timur dan yang paling sedikit dari Jawa Barat.

Ada siapa ingin kembara ke Suriname? 

Dari rakan rakan yang pernah kesana, nothing much to see there, so it will be last in my bucket list.

5. Kebanyakan aktiviti pertanian masih mengamalkan cara primitif. 

Semasa di Pulau Jawa selama 2 minggu cuaca adalah kemarau dan diberitahu sudah 5 bulan tidak hujan. Perkara sama saya diberitahu semasa di Jawa Timur, Jawa Tengah dan Jawa Barat.

Dalam perjalanan dari satu kabupaten kepada kabupaten berdekatan memang saya notis pembakaran open burning jerami padi berleluasa tetapi kerana fasa tanaman padi berlainan ianya tidak menjejaskan sangat persekitaran setakat kawasan setempat sahaja.  

Setiap musim kemarau mereka mengambil peluang membersih kawasan untuk memulakan fasa baru menamam padi sebelum musim hujan. 

Praktis ini diamalkan semenjak ribuan tahun dan tiada satu pemerintah Indonesia yang berani menegur amalan ini. 

Apa yang menjadi masalah peneroka hutan pun melaksanakan cara yang sama apabila membuka kebun baru dengan cara ‘slash and burn’ di Riau, Sumatera dan Kalimantan. 

Kenapa haze atau jerebu muncul kebelakangan ini dan tidak 20 tahun dahulu?

Ini adalah kerana perubahan cuaca (climate change) yang sangat ketara semenjak 10 tahun kebelakangan dengan kemarau yang panjang dan musim hujan yang tidak menentu. Dulu, kemarau hanya sebulan dua dengan intermittent rain tetapi sekarang kemarau tanpa hujan melarat sehingga tiga hingga lima bulan. 

Sorry to burst your bubble, tetapi pada pandangan saya masalah ini tidak ada penyelesaian selagi setiap ketua kampong, ketua desa, ketua kabupaten, Gabenor dll disetiap provinsi di Indonesia komited untuk membasmikan cara penerokaan ‘slash and burn’ (i don’t foresee it coming). 

Come September and October, get ready with your mask or better still, go holiday. 😀

Amma ba’du....

Itinerari perjalanan adalah seperti berikut (tidak termasuk Jakarta, Banten, Bogor dan Bandung kerana saya pernah kesana sebelum ini),

Day 1 - Surabaya, Madura, Surabaya 
Day 2 - Malang, Tumpak Sewu, Batu. 
Day 3 - Wonosobo, Dieng. 
Day 4 - Kediri, Ponorogo, Pacitan. 
Day 5 - Klayar, Timang, Jogja
Day 6 - Jogja
Day 7 - Jogja 
Day 8 - Cilacap
Day 9 - Tasekmalaya. 
Day 10 - Cirebon, Semarang, Demak, Surakarta. 
Day 11 - Surakarta
Day 12 - Probolinggo, Bromo
Day 13 - Banyuwangi, Ijen
Day 14 - Surabaya
Day 15 - Surabaya
Day 16 - Surabaya 

Beberapa pertukaran rancangan dibuat semasa perjalanan kerana trip ini adalah free and easy. 

Setiap perjalanan harian jalanraya antara bandar ke bandar adalah antara 4 hingga 5 jam sahaja agar tidak keletihan. 

Saya akan membuat booking hotel sehari sebelum destinasi keesokannya menggunakan bookingdotcom, Agoda dan Traveloka. 

Kebiasaan taraf hotel adalah tiga atau empat star kerana harga yang sangat berpatutan berbanding negara lain. 

Dalam trip ini banyak yang saya pelajari berkenaan adat resam orang jawa dan telah dapat merubah persepsi negatif terhadap mereka.

Keturunan sebelah bapa saya berasal dari tanah jawa dan berasa sayu dapat menghayati bagaimana gigihnya orang jawa nenek moyang saya bekerja untuk menyara hidup keluarga disamping menyanjung tinggi tradisi mereka yang berusia ribuan tahun. 

Terlalu banyak tempat wisata di jawa ini dan saya terpaksa prioritise mengunjungi wisata yang mempunyai pemandangan alam semula jadi yang epik sahaja kerana kekangan masa. 

Wallahua’lam. 

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
Kutuberahak.com
FB: zainuddin omar

* pic dari google.

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...