Hotel Hyatt merupakan salah satu hotel 5 bintang yang terdapat di Kota Kinabalu. Kedudukannya yang terletak di hadapan laut memang mengasyikkan dan begitu mempersonakan lebih-lebih lagi pada waktu matahari terbenam.
Hotel ini merupakan salah satu hotel pilihan jika saya berkunjung ke Kota Kinabalu bukan sahaja kerana kedudukan strategiknya namun juga kerana layanan terbaik yang saya terima di sana.Hotel ini mempunyai 288 bilik termasuk suite dan saya boleh katakan telah lebih 5 kali menetap di hotel semenjak 2 atau 3 tahun lalu. Bilik yang dulunya mempunyai balkoni di luar kini telah ditutup sejak kerja-kerja ubahsuai dijalankan.
Saksikan beberapa koleksi gambar yang saya pernah diami sebelum dan selepas kerja ubahsuai dijalankan.
Bilik setelah kerja ubahsuai. Bathroom sungguh cantik. |
Bilik dengan ubahsuai tema Jepun. Agak mahal sedikit. |
Pagi kalian di KK akan lebih indah |
Banyak cafe dan restoren terdapat disini dengan pelbagai hidangan makanan disediakan. Pernah pada satu ketika saya pergi untuk menikmati jamuan berbuka puasa dan saya begitu berpuas hati dengan pilihan makanan yang banyak, pelbagai dan meyelerakan. Atrium Lounge adalah restoren utama yang terdapat di kawasan lobi, disini memang terdapat ramai individu kenamaan yang berjumpa dan membuat networking meeting disini.
Kira-kira 2 tahun lalu. |
Pilihan makanan Jepun juga ada disini dengan harga yang tidak begitu mahal. Nagisa Japanese Restaurant adalah nama restoren itu. Pilihan makanan Cina terdapat di The Chinese Restaurant. Jika bertandang ke sini jangan lupa untuk mencuba makanan yang dihidang disini.
Jangan risau jika budget ciput, kedai makan seperti Burger King, KFC dan deretan kedai makan banyak terdapat di luar kawasan hotel. Hotel ini juga bersebelahan dengan komplek membeli belah yang menjual pelbagai barangan dengan harga murah. Jika kalian pengumpul barang antik, sila ke tingkat 4 di aras medan selera, disana terdapat sebuah kedai menjual barangan sepertinya.
The Fitness Centre & Spa yang terdapat disini juga cukup lengkap dengan pilihan pelbagai alat senam dan kemudahan lain seperti jacuzi, steam bath dan juga sauna. Untuk menjadi ahli kelab juga disediakan disini dengan harga yang agak tinggi.
Untuk pengetahuan kalian, hotel ini merupakan hotel rasmi bagi krew-krew penerbangan Malaysia. Jika anda bekerja dengan MAS, MASWing jangan lupa gunakan kelebihan kalian sebagai staff.
Untuk mendapat diskaun bagi setiap kunjungan jadilah ahli Hyatt tanpa sebarang bayaran dengan mendaftar hyatt.com.
Untuk maklumat lanjut terdapat info di bawah untuk dihubungi.
Kunci Bilik akan dibawa balik sebagai koleksi. Maaf pihak hotel. |
No comments:
Post a Comment