Pada penghujung Februari lalu saya berkesempatan untuk bercuti ke
Cameron Highland. Percutian yang dirancang di saat akhir setelah menghadiri
Persidangan Usahawan Bumiputera ternyata berbaloi. Perjalanan hampir 3 jam dari
KL mengikuti jalan ke sana di susur keluar Lebuhraya Utara Selatan Tapah dengan
jalan berliku, gelap dan sempit betul-betul membuat saya hampir putus asa dan
menyesal ke sana pada waktu malam.
Sungguh, saya tidak menggalakkan kalian untuk kesana pada waktu
malam. Berbahaya dan perlukan semangat tinggi. Sepanjang perjalanan di Tapah
yang tiada siaran radio memerlukan seorang teman baik disebelah untuk diajak
berbual.
Kami sampai hampir jam 10 malam, apabila menghadiri pecan yang
terdapat di sana, saya puas. Kami berhenti makan dan selepas itu check in di
Hotel Kavi yang terletak di. Hotel ini bagi saya amat selesa dengan harga yang
berpatutan. Di banjaran ini, amat mudah bagi kita untuk mencari hotel dengan
harganya yang berpatutan.
Lega badan apabila dapat baring di atas katil, tapi satu lagi
penyeksaan apabila kita hendak mandi kerana dengan kedinginan malam ditambah
air yang sepertnya keluar dari peti ais. Malam itu tidur kami nyenyak dan puas.
Pagi itu kami berjalan kaki sahaja ke Big Red Strawberry Farm
kepunyaan pedagang India yang membeli tanah dan beranak pinak disana.
Wah..melihat segarnya daun salad, strawberry dan banyak lagi sayur yang tumbuh
dengan mudah, cantik betul pemandangannya.
Namun, apabila melihat keletah anak kecil memetik strawberry
terdetik terkilan kerana tidak membawa mereka ke mari. “Takpe, sayang anak-anak
daddy, lain kali pasti kita datang lagi ke sini”, itu janji aku. Di sini, kami
puas bergambar dan membeli sedikit ole-ole untuk dibawa pulang.
Selepas itu kami ke Cameron Lavendar, dari jauh warna purple
lavender seolah-olah melambai kami untuk kesana. Bayaran masuk sebanyak RM10
dikenakan dan gambarlah sepuas hati serta disini juga kita boleh memetik
strawberry dengan bayaran sebanyak RM25/kg.
Kami juga sempat ke Ladang The Cameron Valley juga milik pedagang
India. Saya meminati teh dan disini saya dapat menghargai the dan melihat cara
proses teh tersebut.
Kebanyakkan pekerja disini juga berasal dari Bangladesh dan Nepal,
semasa saya berhenti solat Jumaat di salah sebuah surau, saya senyum sendiri
kerana seperti berada di Bangladesh apabila khutbah jumaat dan jemaahnya semua
dari negara tersebut.
Lewat petang sebelum bertoalk ke KL saya membawa isteri melihat
Kebun Orkid serta membeli banyak bunga untuk dibawa pulang. Harga disini memang
lebih murah serta berbaloi.
Saya mencadangkan Cameron Highland untuk dilawati kerana disamping
tempat menarik tersebut yang kami lawati, banyak lagi tempat yang kami tidak
sempat pergi. Cameron Highland juga sesuai untuk seisi keluarga.