3 Mac 2013, mungkin tarikh yang tidak boleh saya lupakan. Hari itu
saya cukup bersemangat untuk pulang ke Malaysia setelah hampir 2 minggu di
Eropah. Semangat saya untuk pulang ditambah dengan kerinduan terhadap isteri dan
anak-anak.
Penerbangan MH021 pada jam 1200 bagi saya memenag sesuai dengan
waktunya. Seawal jam 7.30 saya bersiap, mengemas semua barang untuk dibawa
balik dan pada jam 8.30pagi saya telah bergerak ke lapangan terbang. Jam 10.00
pagi saya telah sampai di CDG untuk check in dan beratur bersama penumpang
lain.
Sewaktu hampir di kaunter, barulah saya teringat dengan passport,
gabra saya mencari passport dan apabila teringat balik baru saya sedar rupanya
passport saya tertinggal di dalam kot yang digantung di almari.
Serta merta saya menelefon sahabat saya untuk meminta bantuan bagi
menghantar passport tersebut dan nasib baik mereka dapat membantu menghantar ke
lapangan terbang. Malangnya apabila sampai, kaunter daftar masuk telah ditutup.
Terima kasih juga buat sahabat saya Zharif dan Shahidi, kesungguhan kalian
tetap saya kagumi. Terima kasih juga sebab sudi mendengar dengkuran saya sekali
lagi malam itu.
Untuk kecuaian saya itu, saya hanya perlu menambah Euro 35 untuk
penalti tukar tarikh bagi penerbangan
CDG-KUL dan seterusnya Euro 23bagi penerbangan KUL-MYY. Saya juga perlu
membayar Euro 50 bagi teksi yang dinaiki oleh kawan saya kerana menghantar
passport.
Staf di kaunter juga baik melayani saya walaupun muka serius dengan
bahasa yang susah untuk saya dan mereka fahami.
Nasib saya agak baik kerana terbang dengan penerbangan konvensional
seperti Malaysia Airlines kerana tidak dapat saya bayangkan jika saya terbang
bersama penerbangan murah, mahunya murah saya beli tiket baru.
Paris sepertinya menghalang saya untuk pulang dan satu hari itu saya
sekali lagi berjalan-jalan di Kota Paris dan melawati beberapa lagi tempat
menarik disana. Malam itu perjalanan saya dengan sahabat bujang saya ke jalan
sekitar Palinni memberi pengalaman baru buat kami.
Esoknya saya terbang balik dengan perasaan gembira dan azab semula 11 jam di dalam mesin A380.
Cabin food was delicious.
Our award winning crew.
No comments:
Post a Comment