Monday, February 23, 2015

Bolivia, Amerika Selatan...

Padang pasir di Bolivia, Amerika Selatan ini berbeza dengan padang pasir di tempat lain. Padang pasir ini digelar “syurga di bumi”. Ia adalah Salar de Uyuni terletak di barat daya Bolivia di bandar Potosi. Salar de Uyuni meliputi keluasan 6, 805 kilometer dan ketinggian lebih daripada 3, 048 meter di atas aras laut.
Salar Uyuni Mapa
Awan gebu, berpusar di langit seolah-olah kita boleh menyentuhnya. Warna langit biru yang berbeza pula menarik perhatian kita. Lebih istimewa apabila membuatkan penglihatan kita begitu ajaib apabila garam lembap dengan permukaan rata telah menjadi seolah-olah seperti sebuah cermin yang besar. Ia mewujudkan ilusi seperti bumi dan langit bersambung dan tiada sempadan.
Kesan imej itu dihasilkan oleh kristal yang berkilauan di atas garam yang rata seperti di atas permukaan cermin. Ini kerana Salar de Uyuni mempunyai kepekatan garam terbesar berbanding di tempat lain. Salar de Uyuni ini terbentuk dari perubahan danau sejak zaman prasejarah lagi. Kini, danau ditutupi kerak garam.
Jika anda merancang melawat Salar de Uyuni, dicadangkan ke sana pada bulan Mei dan November kerana ia cuaca panas di mana sesuai untuk dilawati berbanding musim hujan yang akan menghadkan pilihan pengangkutan yang sedia ada.
Suasana di Salar de Uyuni:


Sunday, February 8, 2015

Krabi Most Wonderful

PENGALAMAN INDAH YANG TIDAK BOLEH DILUPAKAN (tajuk karangan sekolah rendah dulu).
Assalamualaikum semua. Haha malu rasanya nk post ni. Sbb Krabi je. Org lain backpacking sampai tgk aurora borealis lagi. 
Alhamdulillah and yeay! Baru balik daripada solo backpacking trip ke Krabi! Jadilah kan. Mengisi waktu lapang sementara tunggu result SPM kluar 3 Mac ni. Hehe doakan tau!
Just nak bg info, untuk sesiapa yg minat fotografi, Nopparatara Beach (betul ke eja) ni salah satu spot yg best untuk shoot. Sebab lengang je takde org. Dan...cantik lagi mendamaikan.
Lagi satu, untuk travellers yg kaki pancing, it is worth for you to join one of the fishing trips! Maybe tak ramai orang Malaysia pernah cuba pancing ikan kat Krabi ni. Haritu pun banyak tour agencies yg taknak amik saya sebab saya sorang. Hahaha. Tp last2 saya join group Mat Salleh ni punya longtail trip. Ramai je perempuan join haritu. So untuk yang nak rasa sendiri pengalaman pancing ikan2 laut, it is highly recommended to join this trip. Lagi2 yang perempuan. Boleh pancing sendiri ikan merah ke, kerapu ke yang korang selalu beli kat Mydin tu! Hehe. Jgn risau, semua equipments diorg sediakan. Korang cuma bawak sunblock, hmmm lepastu..haa tu jelah!!
Ikan2 yg korang pancing boleh bawak balik tp saya kasi je kat tekong boat pastu menyesal sebab baru terfikir boleh panggang je ikan tu kat night market kat tepi jalan tu.
Trip naik longtail boat paling murah masa tu 1700baht (satu hari including snorkeling). Kalau tak sanggup naik longtail boat, boleh naik speedboat. Tapi mahal sikit. 3000baht camtu. Okay tu je perkongsian. Jangan bash sbb post Krabi sbb saya baru belajar backpacking! Hehehehehe
Doakan result SPM saya (iklan). Result okay, kerja okay, boleh bawak mak abah pulak jalan2! Hehe.

Coretan FB Azzim Zahid

Friday, February 6, 2015

KEMBARA JEPUN 5H4M

Alhamdulillah. Trip ke Jepun selama 5 hari 4 malam berjaya dilunaskan. Saya menggunakan Takayama-Hokuriku Area Tourist Pass. Disini, saya ingin berkongsi tip berkaitan penggunaan Takayama-Hokuriku Area Tourist Pass:
1) Pass ini berharga 10500 Yen / MYR326. Tempoh sah 5 hari.
2) Pass ini perlu dibeli sebelum tiba ke Jepun. Beli melalui JTB Malaysia (Outlet paling mudah di Suria KLCC). Bila tiba di Jepun, ia perlu ditukarkan kepada pass sebenar di JR ticket office.
3) Pass ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin melawat di kawasan central Japan. (Melalui pintu masuk Osaka Airport atau Nagoya Airport)
4) Pass ini membenarkan kita menggunakan perkhidmatan JR train diantara Osaka-Kyoto-Kanazawa & Takayama-Nagoya secara unlimited selama 5 hari.Namun harus dingatkan, pass ini tidak cover bagi local train dalam Osaka, Kyoto, mahupun Nagoya city. Anda kena guna route yang sama untuk patah balik. (namun pemandangan dari dalam kereta api sangat indah terutamanya dari Nagoya ke Takayama). Sangat sesuai untuk mereka yang tak rushing dan ingin menikmati keindahan alam.
5) Pass ini juga membenarkan kita menggunakan Nohi bus diantara Kanazawa-Shirakawago-Takayama (laluan ini tiada akses keretapi) secara unlimited selama 5 hari.
6) Pass ini membenarkan kita menggunakan perkhidmatan "booking ticket" sebanyak 4 kali. Nasihat saya, bila tiba Jepun (selepas mendapat pass sebenar) terus buat booking ticket sebab sah2 anda dah ada tempat duduk. Namun, kita masih boleh menaiki JR Train tanpa buat reservation cuma potensi tiket akan habis. Apapun, rancang itinerary anda.
7) Ini merupakan salah satu alternatif daripada menggunakan JR Pass@7 hari yang berharga sekitar 29000 Yen / MYR1000. Anda akan membazir menggunakan JR Pass jika tidak menggunakan JR Pass secara maksimum di semua tempat di Jepun. Kalau nak cover tempat utama di Jepun, JR Pass lagi elok. Tetapi untuk central Japan, pass ini amat berbaloi.
8) Pass ini juga memberi peluang kepada mereka yang hanya merancang untuk bercuti di Osaka (Osaka merupakan tempat popular dalam kalangan pelancong Malaysia). Jadi anda mungkin boleh menggunakan kombinasi Takayama-Hokuriku Tourist Pass + Kansai Pass (untuk Nara-Kobe yg turut menjadi destinasi popular.
9) Jadi selain berpeluang melawat Osaka, anda berpeluang melawat Shirakawago (Top 10 Kampung tercantik dunia), Kanazawa (Kenrokuen Garden merupakan Top 3 taman tasik tercantik di Jepun), Takayama (Pekan yang menenangkan jiwa serta mempunyai Hida Folk Village-bas free melawat sekitar bandar jika menggunakan pass ini) disamping Kyoto yang sudah sedia popular dan Nagoya City.
10) Jadi, amat berbaloi menggunakan pass ini. Sesiapa yg ada soalan, boleh pm saya. Saya akan cuba jawab kerana berpengalaman menggunakan pass ini.
Terima Kasih membaca. Sekadar informasi untuk rakan-rakan

coretan FB Putera Dilema 

Thursday, February 5, 2015

Cerita Bajet di Hong Kong.

Salam & hello rakan-rakan yang bertaik lalat dikaki! (Kaki jalan heee!)
Sila sediakan air milo & sebuah tin biskot lemak siap2 untuk dicicah disebelah takut lapo dipertengahan pembacaan status saya yang sangat hazaaabb & panjang berjela2 ini. Silalah bertabah.
Saya baru je pulang dari Hong Kong (5D 4N) it was an awesome trip for both of us! Disini saya kongsikan itinerary & budget kami sepanjang 5 hari di HK.
Day 1.
1) Arrived di HK Airport dan terus membeli Octopus card di airport (boleh tanya di kaunter info)
Harga = HKD150 (Note : HKD50 deposit)
2) Menaiki bas A21 di terminal bas luar airport. Bas ini direct ke hostel kami di Chungking Mansion, Tsim Sha Tsui (TST) iaitu stesen ke 14.
Harga = HKD33
3) Check in di Chungking Mansion (CM). This hostel is very highly recommended bagi mereka yang tak fefeeling diva & sempoi baq kat hang. Kat ground floor CM ni byk asians/awang itam, tapi jangan riso dorang tak kacau pun. Wat lek wat pis je. Makanan Malaysia, Pakistan, India, Arab, Chinese halal food belambak kat CM ni.
4) Petang ke Ladies Market, Mongkok. Peniaga kat sini ramai pangai samseng/pailang/kasar. Penah kena maki & duit dilempar balik sebab tak jadi beli beg (setelah beberapa saat baru sedar bukan beg yg diingini). Awal2 dah study culture dorang & berbekalkan prangai Roy.. Roy.. hati kau memang keras so.. gua lek lek je. Jangan lawan balik nanti kena tetak pulak hahaha! Dorang saje takutkan kita supaya beli barang dorang. Learn their culture & be cool about it wink emoticon
5) Pukul 8 malam dah siap siap bersidai di Avenue of Stars (5minit jalan kaki dari CM) tengok Symphony of Lights. Cantik gila bila bangunan2 di HK ade main laser laser & lampu lip lap lip lap. Jakun aqhakk uollss. Show dia adela dalam 20min. Takde bayaran Free je.
Day 2.
1) Naik MTR ke Tung Chung Station untuk ke City Gate Outlet & naik Crystal Cable Car (Ngong Ping 360). City Gate Outlet ni macam JPO & Bicester Village tempat shopping branded stuff. Crystal Cable Car pulak adalah Cable Car macam kaca yang boleh see through kat bawah letak kaki. Merentasi laut uollsss. Debar aqhakk tau. Saya ni penggayat orangnye lantas awal2 dah chop pi window shopping kat City Gate Outlet. Kawan pulak sejenis tabah & gagah perkasa dia nak naik Cable Car. Penghujung stesen Cable Car tu ada sebuah patung Buddha besar & pelbagai tempat menarik untuk para pelancong amik gambo. Kitorang reunion balik 3 jam lepas tu kat stesen Tung Chung & on the way balik TST kitorang singgah stesen Disneyland. Amik pic kat entrance je. Malas nak masuk sebab saya dah penah pi 5 taun lepas.
Harga Ngong Ping 360 = HKD180+
2) Pi stesen Kowloon singgah Masjid Ammar. Nak rasa Dim Sum halal boleh la makan kat sini.
Day 3.
1) Bertolak seawal 8 pagi dari stesen TST ke stesen Luo Hu untuk masuk ke Shenzhen, China. (Jangan lupa buat visa siap2 dari Malaysia. Visa China RM85) Windows of the World, Shenzhen adalah sebuah taman tema yang memperlihatkan bangunan2 terkemuka di seluruh dunia (amboi ayat kau) yang bilamana nak tawaf taman tema ni nauzubillah besar yakmaattt sampai diri ini serta kawan dilanda parkinson dibuatnya (gigil lutut bila balik bilik hostel). Bertolak balik dari Shenzhen pukul 5ptg & Sampai HK pukul 8mlm. Balik hari.
Harga Windows of The World = CNY180.
Day 4.
1) Pergi ke Shek O' beach dari stesen Wan Chai. Turun ke terminal bas & ambil bas no.9. Memang asyukkk layan laut time sejok sejok. Takdela feeling2 kulit tanned bak beach boy bawah matahari terik. Aqhaak puteri lilin gittchewws. Weather 15-17deg kot. Mabelosss uollsss.
2) Kami berpecah di stesen Central sebab kawan saya nak naik the Peak. Bleh tengok pemandangan HK dari puncak. Kat the Peak tu ade jugak kedai Hard Rock Cafe, Hong Kong. Saya tak pi sebab dah penah naik dulu. Lupe lak nak tanya kat kawan brape hengget skang naik trem pi The Peak tu. Saya lak balik CM sebab nak beratur beli biskot Jenny Bakery (kedai bersebelahan stesen TST) yang ohmaigod gila fofular seantero HK gittchewws. Beratur panjang bagai nak rakkk uollss agak dalam 1 jam lebey habaq kat hang. Yang glamornya adalah biskot butter cookies dia yang fresh made & hoiii sodap hingga menjilat gigi! Dah baca ingredients dia semuanya ok sebab macam buat butter cookies lah. Insya Allah selamat dimakan. Saya tak was2 smile emoticon
Harga setin Butter Cookies Jenny Bakery = HKD130
3) Malam beli souvenir di sekitar CM. Lebih dekat & murah.
Day 5.
1) Naik bas A21 (depan stesen TST) untuk ke Airport HK.
Harga = HKD33
2) Memulangkan Octopus Card untuk dapatkan deposit HKD50.
3) Depart dari Hong Kong & pulang ke Malaysia smile emoticon
Budget (per person) :
1) Flight Airasia (Return) = RM370.
2) Hostel di Chungking Mansion 5D 4N (twin bed) = RM280
3) Octopus Card = RM100
4) Tiket Windows of The World = RM90
5) Souvenir = RM50
6) Misc (makan + shopping) = RM110
Total damages = RM1000.
(Actually expenses kurang daripada RM1k tu. Hehee)
Sekian perkongsian dari saya. Semoga bermanfaat 
grin emoticon
Ok milo da sejuk & biskot lemak tu dah kembang dalam mug tu. Boleh makan sekarang. Kihkihkih..

Catatan Kembara ditulis dengan kebenaran dari penulis:
FB : Nurul Yunn

Saturday, August 30, 2014

Tip Dari Backpacker Kental

Tips Backpacker.

1. Bawa PhotoSign bagi yang tak tahu bahasa English atau ke destinasi bahasa asing.
2. Bawa XS Drive utk upload gambar tanpa wifi.
3. Sediakan Emergency card jika bersendirian atau ke lokasi yang jarang dikunjungi.
4. Buat hidden@secret pocket di seluar atau baju untuk simpan duit.
5. Download offline maps dll.
6. Buat satu nota emosi khas dan simpan dalam bag tujuan jika bag tercicir atau hilang.
7. Elakkan minum air berkarbonat dan masam atau jeruk ketika berjln.
8. Bykkn bersabar dan berdoa dlm situasi yg tidak gembira.
9. Elakkan pakai baju yg menunjukkan word tak senonoh dan berbaur racist, flag batch in crisis zone.
10. Pakai sepeda terbalik untuk ikhtiar dari ilmu hitam atau pukau.
11. Simpan barang elektronik dalam beg waterproof.
12. Jgn lupa sewing kit or first aid kit juga.
13. Dah teruk sangat angkat bendera putih saja.
Saja suka suki nak tulis, chill ya.

Catatan ini ditulis semula dengan kebenaran daripada nukilan:

Syam Ezekiel - Facebook.

Wednesday, December 11, 2013

Conrad Maldives- A Dream To Be Fulfilled.


Hati meronta-ronta mahu ke negara indah ini yang bakal hilang di peta dunia. 


Saya merancang pada tahun 2016. Semoga tercapai hajat ini.

Conrad Maldives


Monday, April 1, 2013

Saspen di Charles De Gaulle.


3 Mac 2013, mungkin tarikh yang tidak boleh saya lupakan. Hari itu saya cukup bersemangat untuk pulang ke Malaysia setelah hampir 2 minggu di Eropah. Semangat saya untuk pulang ditambah dengan kerinduan terhadap isteri dan anak-anak.

Penerbangan MH021 pada jam 1200 bagi saya memenag sesuai dengan waktunya. Seawal jam 7.30 saya bersiap, mengemas semua barang untuk dibawa balik dan pada jam 8.30pagi saya telah bergerak ke lapangan terbang. Jam 10.00 pagi saya telah sampai di CDG untuk check in dan beratur bersama penumpang lain.

Sewaktu hampir di kaunter, barulah saya teringat dengan passport, gabra saya mencari passport dan apabila teringat balik baru saya sedar rupanya passport saya tertinggal di dalam kot yang digantung di almari.

Serta merta saya menelefon sahabat saya untuk meminta bantuan bagi menghantar passport tersebut dan nasib baik mereka dapat membantu menghantar ke lapangan terbang. Malangnya apabila sampai, kaunter daftar masuk telah ditutup. Terima kasih juga buat sahabat saya Zharif dan Shahidi, kesungguhan kalian tetap saya kagumi. Terima kasih juga sebab sudi mendengar dengkuran saya sekali lagi malam itu.

Untuk kecuaian saya itu, saya hanya perlu menambah Euro 35 untuk penalti tukar tarikh bagi  penerbangan CDG-KUL dan seterusnya Euro 23bagi penerbangan KUL-MYY. Saya juga perlu membayar Euro 50 bagi teksi yang dinaiki oleh kawan saya kerana menghantar passport.

Staf di kaunter juga baik melayani saya walaupun muka serius dengan bahasa yang susah untuk saya dan mereka fahami.

Nasib saya agak baik kerana terbang dengan penerbangan konvensional seperti Malaysia Airlines kerana tidak dapat saya bayangkan jika saya terbang bersama penerbangan murah, mahunya murah saya beli tiket baru.

Paris sepertinya menghalang saya untuk pulang dan satu hari itu saya sekali lagi berjalan-jalan di Kota Paris dan melawati beberapa lagi tempat menarik disana. Malam itu perjalanan saya dengan sahabat bujang saya ke jalan sekitar Palinni memberi pengalaman baru buat kami.


Esoknya saya terbang balik dengan perasaan gembira dan azab semula 11 jam di dalam mesin A380.



Cabin food was delicious.

Our award winning crew.

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...