Friday, March 29, 2013

Kota London-Akhirnya aku disini.

London, Paris, New York merupakan antara kota-kota besar yang ingin saya lawati semasa kecil dulu. Big Ben, Double Decker Bus dan Guard Rambut tinggi sering menjadi motivasi saya untuk ke Kota London. Akhirnya impian menjadi kenyataan juga apabila saya ditawarkan untuk belajar di The Said Business School, Oxford University.

Salah satu kata-kata yang saya pegang iaitu “Beranilah bermimpi dan gapailah impian tersebut” akhirnya menjadi kenyataan.

Saya sarankan jika kita hendak menggunakan kereta api, gunakanlah tiket one day pass berharga Pound 9. Anda boleh menggunakan sebanyak mungkin train mengikut zon-zon tertentu.

Drop on-drop off juga merupakan kaedah yang terbaik untuk melihat Kota London. Dengan harga sebanyak Pound 35 kita bebas untuk turun naik dimana-mana tempat menarik dari pagi sehingga jam 6.00 petang termasuk dengan melewati Sungai Thames menggunakan feri. Pastinya pengalaman berbeza.

Melihat Big Ben, The Parliament House, Eye of London di depan mata kita sendiri memang mengujakan. Terlalu ramai manusia yang mengagumi kota ini. Cuma cuaca pada ketika itu yang sedikit mambataskan perjalanan. Terlalu sejuk dan saya tidak selesa, walaupun sepatutnya pada waktu itu sudah memasuki musim bunga.

Berada di kota ini dan memakan makanan barat kadangkala membuat kita rindu untuk mencuba masakan pedas dan makanan Malaysia. Hari itu kami ke Malaysia Hall, sebuah tempat tumpuan rakyat Malaysia untuk urusan pengajian tinggi dan berjumpa rakan-rakan dari Malaysia. Meriah dan bangga bile melihat ramai bijak pandai Malaysia lebih-lebih lagi anak muda yang mendapat tajaan pelajaran dari JPA, MARA, Petronas dll disini. Semoga kalian semua tamat belajar dan dapat pulang menyumbang ilmu dan kepakaran di bumi Malaysia.

Di Malaysia Hall, kantin ini dikendalikan oleh Pak Awie yang telah bertahun-tahun berniaga dan  memperkenalkan makanan Malaysia kepada dunia luar. Disini, tanyakan makanan bajet iaitu yang tidak mempunyai tanda harga. Dengan harga Pound 3.00 untuk makanan bajet kita saudah boleh menikmati makanan sama ada berlauk ikan sambal, sayur dan nasi. Saya bersyukur bukan disebabkan harganya, tapi disebabkan itu adalah makanan MALAYSIA.

Beliau juga mempunyai sebuah restoren yang boleh dikatakan fine dining dengan nama Pak Awie. Harga disitu agak tinggi dan tidak sepadan dengan harga tempatan.

 Banyak tempat yang saya lawati dan saya tak pula bercadang untuk bercerita lebih. Diharap semua pembaca terhibur dan mendapat sesuatu dengan gambar-gamnar yang saya letakkan disini.

 

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...