Airlines Selection


Penerbangan Boeing 747-400 pertamaku-Lufthansa

Alhamdulillah, kami cukup bertuah dapat terbang bersama penerbangan Lufthansa ke Bangkok dari Kuala Lumpur. Banyak dah penerbangan yang saya naiki, antaranya Royal Jordanian, Tiger Airways, Malaysia Airlines, Vietnam Airlines dan semestinya Airasia.

Penerbangan hari itu cukup mengujakan bila dapat naik kapal terbang yang saya idamkan nak naik sejak kecil. Besar, mak dan isteri saya juga teruja untuk menaiki penerbangan itu.

Pramugari   bertugas cukup mesra dengan anak-anak kami, siap bagi toys lagi. Namun disebalik kemesraan itu, saya lihat mereka cukup tegas dalam aspek keselamatan.

Makanan yang dihidangkan juga tidak mendukacitakan. Tapifaham-fahamlah tekak orang Melayu bila makan makanan berasaskan roti. Tak konyang den.

Saksikan serba sedikit gambar untuk tatapan bersama.

Rajin-rajinlah melayari laman web mereka untuk mendapatkan harga murah. Saya bertuah dapat harga murah. Lebih murah dari Airasia. Betul

www.lufthansa.com









Bertuahnya jika kita setia- Terbang bergaya dengan Enrich Point

Itulah yang ingin saya sampaikan. Bahagia jika kesetiaan kita mengumpul sedikit demi sedikit mata Enrich berbaloi.  Pada bulan Julai tahun lalu, saya sangat desperate disebabkan perlu balik dan cuma tinggal penerbangan kelas perniagaan. Dengan harga ribu-riban mana den mampu.

Bila tengok balik Enrich point yang memang dah cukup tinggi terus membuatkan saya redeem sahaja tiket penerbangan saya dari KUL-MYY. Dengan berbekalkan 19500 point dapatlah saya terbang bergaya pada hari itu.





Syukur alhamdulillah.


Singapore International Airport & Segala Macam Kemudahannya...


            Changi Airport merupakan lapangan terbang tersibuk di Asia Tenggara. Tahun 2010 sahaja lapangan terbang ini mengendalikan hampir 40 juta penumpang, jumlah yang 2 kali ganda lebih besar daripada lapangan terbang Kuala Lumpur. Lapangan terbang ini terbahagi kepada 3 terminal utama dan satu terminal tambang murah.

               Jika anda penumpang yang menaiki Airasia anda akan mendarat dan terbang melalui terminal 1. Bagi Penerbangan Malaysia keberangkatan adalah melalui terminal 2 dan pintu daftar di pintu 6. Terminal tambang murah adalah untuk penerbangan seperti Firefly dan juga Tiger Airways. Namun anda tidak perlu risau jika mahu ke mana-mana terminal ini kerana perkhidmatan tren percuma dan shuttle bus disediakan.

                Salah satu kedai menarik yang sering saya kunjungi jika ke Lapangan Terbang ini ialah Bengawan Solo Cake House yang terletak di terminal 1. Kedai ini cukup unik kerana mereka menghidangkan kuih-kuih tradisional yang cukup sedap. Di sini juga mereka menjual kek lapis legit dan juga biskut-biskut dalam bungkusan yang menarik. Harganya juga turut berpatutan.

              Disini tiada salahnya jika seseorang mendaftar sehari lebih awal kerana ia digalakkan dan dengan Pas Pelepasan yang diberikan banyak kemudahan dapat digunakan seperti City Centre Hop On, kemudahan hotel transit, kolam renang, internet percuma dan yang paling penting hidangan mata dengan ratusan kedai-kedai menjual pelbagai barang. Anda tidak perlu risau berbelanja kerana anda boleh mendapatkan semula duit cukai perbelanjaan dengan VAT.

             Jangan lupa juga untuk mendapatkan sesuatu disini. Saya semestinya tidak melepaskan peluang untuk mengepos poskad seperti mana biasa.

              Pada penerbangan saya ke Miri menaiki Penerbangan Malaysia MH 642 ke Miri saya mempunyai banyak masa terluang iaitu lebih 5 jam. Selepas urusan daftar masuk dan membeli apa yang patut saya mengambil keputusan untuk merehatkan badan dengan tidur sebentar di hotel transit. Pada kadar bayaran S$41.20 dengan bilik budget tanpa bilik mandi dapatlah saya tidur nyenyak. Tidur malam saya sebelumnya tidak menentu dan saya perlukannya.

      Saya meminta untuk digerakkan pada pukul 12.00PM dan selepas bangun saya ke kolam renang sebentar dan terus mandi untuk penerbangan saya seterusnya. Segar dan hilang terus bau-bauan yang tidak menyenangkan. Perkhidmatan kolam renang dan mandi adalah percuma jika anda menetap di hotel transit, sebaliknya anda perlu membayar S$ 13.70 untuk ke kolam renang dan  S$8.90 untuk mandi.
          
           Satu lagi tips jika anda mencari makanan murah disini mungkin anda boleh mencuba ke medan selera atau food court untuk para pekerja. Semasa saya mencubanya dengan isteri kira-kira Oktober lepas ramai juga orang luar yang makan disitu. Lebih murah dan lebih banyak pilihan. Dapatlah saya merasa masakan  Singapura seperti Lontong dengan harga S$2.50.Kedai makanan Islam juga ada 3 atau 4 disitu. Cara ke sana adalah dengan menuju ke parker kereta di terminal 2, ia berhadapan dengan kaunter daftar masuk Penerbangan Malaysia. Sila naik ke tingkat 3 atau jika anda keliru tanyakan kepada pegawai pemberi maklumat dengan bertanyakan letaknya Staff Food Court.

       Jika kalian pertama kali ke Singapura terdapat beberapa cara ke sana dari Johor Bahru:
1.                 
                     1. Menaiki Prebet Sapu di Larkin Sentral dengan  bayaran sebanyak S$20 seorang paling mahal jika ke Changi Airport. S$15 ke tempat lain.
2.       
            2.Menaiki teksi ke Singapura di Kota Raya dengan bayaran RM15 seorang. Perlu cukup 4 orang dan teksi akan berjalan dan semua penumpang akan dihantar ke Rochor Road. Jangan risau perkhidmatan 24 jam.Kemudian naiki MRT ke Changi Airport atau gunakan teksi dengan bayaran bawah S$15.
3.        
           3.Menggunakan bas awam dengan bayaran S$2.10 dari Larkin Sentral menuju ke Woodlands atau ke Rochor Road kemudian menaiki MRT ke Changi Airport.
Walapubagaimanapun saya lebih senang menaiki teksi atau prebet sapu kerana ia lebih mudah jika anda membawa banyak barang. CIQ Johor Bahru adalah sangat besar dan anda perlu berjalan jauh kemudian perlu berebut untuk mendapatkan bas yang digunakan tadi. Langkah penat yang sama di CIQ Woodlands. Namun tidak salah mencuba untuk kali pertama.


Semoga kalian menikmati keindahan Singapura. Ingat ya, undang-undang di Singapura adalah ketat. Jangan membawa masuk gula-gula getah, membuang sampah merata-rata dan jangan vandalism. Disiplin merupakan kekuatan mereka dan jangan terkejut dengan pemeriksaan ketat di pintu masuk.




Penerbangan Vietnam Airline ke Ho Chi Minh City.


 Penerbangan VE852 yang saya naiki dari Suvarnhabumi Airport menuju ke Ho Chi Minh adalah merupakan pengalaman pertama seadanya menggunakan syarikat premium sesebuah negara lain selepas Malaysia Airlines.


Saya membeli tiket di kebanyakkan egensi pelancngan yang menjual tiket dan tour di Kota Bangkok. Saya sedar ia mungkin akan mahal kerana tiket diambil sehari sebelum tempoh penerbangan. Di Sukhumvit Soi 3 saya berjalan-jalan mencari tawaran terbaik. Sesetengah kedai menjual pada harga B$4900 sehingga ke B$5000. Saya agak bertuah kerana dapai mencari yang termurah dengan harga B$4780. Walaupun berbeza beberapa puluh Bath yang jika ditukar, ia hanya sekadar beberapa RM.

Agak teruja menaiki penerbangan yang menggunakan pesawat Airbus 320 dengan 2 kelas ini. Tatacara keselamatan cukup advance dengan menggunakan TV sahaja. Penerbangan ini dijaga oleh 6 pramugari yang  cukup cantik memakai baju kebangsaan yang dipanggil Ao Dai merah sebagai uniform. Mereka tampak manis dengan pakaian kebanggaan mereka dan patut mengekalkannya.




Saya tidak dibenarkan untuk mengambil gambar pramugari bertugas kerana katanya ia adalah undang-undang syarikat dan saya akur. Saya ambil secara sembunyi-sembunyi. Lihatlah beberapa gambar yang saya rakamkan.




Makanan yang dihidangkan pada waktu itu ialah Nasi bersama Ayam Kari yang agak berbeza dengan campuran kacang tanah. Agak sedap juga. Teh dihidangkan berasingan dari apa yang kita lihat di Malaysia Airlines.


Untuk maklumat boleh lawati www.vietnamairlines.com dan dapatkan harga tawaran yang lebih murah.

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...