Thursday, March 29, 2012

Banjir Lumpur di Sidiaojo-Bukti Kekuasaan Allah



Surabaya? Apa yang ada?

Itulah antara persoalan isteri bila saya bercadang ke sini.Surabaya tidak setanding dengan kota-kota pariwisata yang lainnya seperti Bali, Bandung, Danau Toba atau Jakarta.  Namun disini telah terjadi satu kejadian yang memberi kesedaran kepada saya tentang kekuasaan Allah. Sebagaimana mudahnya DIA "mencuci" Acheh dengan kejadian Tsunami dan pelbagai lagi kejadian gempa di Indonesia, begitu jugalah dengan mudah dia menutup satu kawasan di daerah Sidiarjo, Surabaya dengan kejadian "Banjir Lumpur". 

Kejadian yang berlaku pada tahun 2006 dan masih aktif sehingga kini telah menenggelamkan 16 buah kampung seluas 25000 hektar yang didalamnya sumber rezeki penduduk kampung dengan aktiviti perkilangan habis ditutupi. Terdapat lebih 25 buah perusahaan yang ditutup kerana banjir lumpur ini telah melebihi jangkaun kawasan yang tinggi serta ketinggiannya telah melebihi 10meter. Lebih kurang enam kali ketinggian manusia normal.
Masyallah, cuma yang kelihatan atap kilang.



Penebat yang dibunakan.


Lihat ketinggian yang telah ditembok


Yang tinggal hanya hujung menara masjid

Kejadian dikatakan berpunca dari aktiviti penggalian gas asli oleh syarikat petroleum Indonesia, Pertamina beberapa tahun sebelum kejadian walaupun pernah dilarang oleh tukang tilik tersohor Indonesia, Mama Lauren yang mengatakan akan berlaku bencana dan akan berlarutan sehingga 30 tahun.
Untuk pengetahuan tukang tilik ini juga pernah meramal akan penceraian Kris Dayanti, kejatuhan Krisdayanti, beberapa kematian tokoh terkenal dan pelbagai lagi tilikan yang tepat. Walaubagaimanapun tilikan bukan budaya kita dan jangan percaya kerana dikhuatiri akan memesongkan iktikaf kita pada Allah.


Tinggalan sekolah



Tinggalan Masjid


Sebahagian lumpur dialirkan ke Sungai Surabaya 



Bersama Uncle Subuh dan wife, rakan liburan yang dijumpa semasa sama flight
Semasa kejadian pancutan setinggi bangunan 5 tingkat dengan suhu mencecah 90C. Tempat pancutan betul-betul berlaku di kawasan lebuhraya dan telah membunuh 11 orang termasuk pekerja penggerudian. Kini pancutan berterusan namun pancutan tidak sekuat dulu.Kesan asap dan bau belerang masih dapat dilihat. Atap bangunan kilang serta hujung menara masjid dapat dilihat. Beberapa buah pam dibina, dimana air sungai akan dicampur dengan lumpur kemudiannya disalurkan semula ke sungai. Lumpur yang mengering tidak dapat dipakai sama ada untuk tujuan pertanian atau lainnya kerana keasidannya dan juga kehadiran belerang.



Penduduk kampung yang terlibat telah dipindah ke kawasan lain dan pampasan turut diberi oleh pihak syarikat dan kerajaan. Kini penduduk mencari makan dengan membawa pelancong serta menerangkan asal kejadian dengan menaiki motor. Bayaran dikenakan 25,000 untuk separuh perjalanan yang sudah memadai. Tak salah jika kita memberi 30,000 atau lebih kerana beza 5,000 itu hanyalah RM2.00. 


Madura- Disebalik Jolokan Bangsa Perkauman



Perjalanan ke Madura kini lebih mudah dengan terbinanya jambatan yang menghubungkan Surabaya dan Madura yang siap pada tahun 2010. Jika sebelumnya, perjalanan perlu menggunakan feri yang memakan masa dan uzur. 




Bersama family angkat.



Pak Supir.






Kita perlu membayar tol sebanyak 30,000 Rp sehala dan perjalanan lebih kurang 45 minit dari bandar Surabaya.

Ikon terkenal bagi daeah Madura adalah Kuda Kepang, sama seperti di Johor. Cenderahati dari kuda kepang turut dijual dengan murah pada harga 25,000Rp untuk yang paling kecil. Cantik juga hiasan dari kuda kepang ini. Selain itu ikon bagi Madura adalah Celoret atau sabit Madura.



















Madura terkenal dengan banyak pantai yang cantik serta pelbagai hasil lautnya yang banyak. Pantai Camplong memang taikan popular unruk anak-anak muda dan keluarga mandi.

Salah satu tempat menarik yang lainnya adalah " Api tak Kunjung Padam ". Nama tempat pun serau seperti sebuah karangan. Disini memang ada beberapa tempat yang apinya hidup dari tanah dan tak pernah padam dan berasal dari gas dalam tanah. 

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...