Monday, September 28, 2020

Masjid Selat Melaka.


Masjid Selat Melaka ini antara destinasi menarik yang patut dikunjungi jika anda bertandang ke negeri Melaka. Juga dikenali sebagai Masjid Terapung kerana Masjid ini seolah-olah terapung apabila air pasang. Menjadi salah satu tempat kegemaran para jurugambar tidak kira tempatan atau negara luar.

Masjid Selat merupakan masjid yang terbaru dan terkini di Melaka. Ianya dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka yang merupakan selat tersibuk dan terpanjang di dunia. Pulau Melaka ini merupakan pulau buatan manusia. Keindahan dan kecantikan masjid ini memang tidak boleh dinafikan.

Pembinaan Masjid Selat ini menelan belanja hampir RM11 juta, dibina diatas tapak berkeluasan 1.8 hektar. Masjid Selat ini pastinya mempunyai karekter dan senibina yang unik seperti juga masjid-masjid lama tersohor di Melaka. Masjid ini dapat menampung kapisiti lebih kurang 2000 jemaah pada satu-satu masa.

Sunday, September 27, 2020

Hiking di Ysyk-Ata Gorge Kyrgyzstan

Kembara Old Silk Road:
Hiking di Ysyk-Ata Gorge Kyrgyzstan. 

Tersentak saya mendengar subuh azan berkumandang dimasjid bersebelahan hotel pada jam 5:18am. 

Inilah pertama kali saya mendengar azan dari minaret masjid kerana dinegara Stan yang lain di Central Asia, azan menggunakan pembesar suara adalah diharamkan. 

Bila saya jenguk ditingkap, salji masih turun dan semua diluar kelihatan berwarna putih ditutupi salji. Pemandangan pokok disaluti salji sangatlah indah dan mengasyikkan. 

Bukanlah kerja mudah ke masjid dalam suhu -10'C dan berjalan diatas snow lengkap dengan pakaian tebal dan kasut kalis snow. 

Dalam fikiran saya tentunya Allah memberi ganjaran yang lebih kepada mereka kerana kesusahan dimusim winter berbanding kita yang berada dinegara panas. 

Imagin jikalau terbatal wudu’, bagaimana susahnya perlu membuka semua pakaian winter dan mengambil wudu’ dengan air ais? 

Selalulah kita bersyukur dilahirkan dinegara tropikal kerana tak perlu bersusah payah untuk ke masjid. 

Sarapan pagi sangat simple hanya roti dan bubur semolina yang dimasak dengan susu. 

Kami dan berjanji dengan guide untuk hiking dipergunungan sejauh beberapa km berjalan diatas snow. 

Mereka yang pernah hiking ke ABC atau EBC tentu sudah maklum kesusahan berjalan diatas path bersalji kerana keadaan licin. 

Ysyk-Ata yang ketinggian 2000 meter mempunyai sebuah hospital era Soviet yang memberi servis alternative treatment saperti rendaman didalam thermal mineral pool dan mud treatment. 

Terdapat beberapa hiking route antara 3km hingga 15km di Ysyk-Ata Gorge dan guide memang diperlukan apabila hiking dimusim winter. 

Suhu dibawah 0'C dan kabus tebal boleh menyebabkan visibility menjadi 1-2 meter sahaja dan mudah tersesat. 

Kami memilih route yang paling senang dan memang rasa segar bila berjalan dalam udara sejuk yang nyaman. 

Pada tengahari kami checkout dari hotel Ulai Resort dan pulang ke Bishkek sejauh 80km. Pemandangan perkampongan di Kyrgyzstan sangat berbeza dari negara Stan yang lain. 

Saya lihat setiap kampong ada mempunyai sebuah masjid dan rumah mereka semuanya teratur. 

Aktiviti ekonomi orang kampong berkisar dengan peliharaan binatang ternakan saperti kuda, lembu dan kambing biri-biri. Daging dari Kyrgyzstan sangat diminati di Kazakhstan dan Russia kerana ianya organic dan tender. 

Di Bishkek kami ke stesen teksi dan menempah sebuah teksi Toyota Camry dengan harga 5000 KGS ~ USD77 ke Almaty Kazakhstan untuk esok harinya. 

Kemudian kami ke Ala-Too square dan Osh Bazaar sebelum bermalam di Kerben Palace dengan bayaran Rm130 sahaja.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 


***********

Sila LIKE dan FOLLOW
Page Kutuberahak. 
https://www.facebook.com/kutuberahakdotcom

***************
Buku #kutuberahak HARD COVER Limited Edition Collectors item. 
(Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

====================
BAGAIMANA MEMBELI?
====================

BUKU HARD COVER. 
Semenanjung 
Kos + postage 
(RM50+RM6.50) = RM56.50

Sabah/Sarawak
Kos + postage 
(RM50+RM13) = RM63.00

1. Secara online dengan courier Ninja Van: 
www.wasap.my/+60192201515/order-buku-Kutuberahak
(Tuan Muhd. Ihsan Mazlie)

2. COD di Bangi dan kawasan berdekatan boleh hubungi :
Tuan Hj Hafiz +60 13 985 5154

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
FB: zainuddin omar

Friday, September 25, 2020

Trip Rio de Janeiro: Bandar paling mengujakan di Latin Amerika


ZAINUDDIN OMAR

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun. 

Perjalanan ke Rio de Janeiro dari Malaysia sangat lama dan terpaksa transit di Charles de Gaulle Airport Paris dan Schiphol Airport dengan menaiki Air France. Setelah 30 jam perjalanan baru selamat mendarat di Galeão International Airport (GIG), Rio de Janeiro Brasil.

Sebelum ke Rio ramai rakan yang menasihati agar kami berhati hati kerana pada masa itu viral satu video yang menyaksikan bagaimana turis di Rio dirompak ‘in bright daylight’ kerana baru sahaja selesai Olympic Games Rio 2016. Apabila sampai di airport saya terpaksa menukar mata wang Brazilian Real walaupun rate pertukaran harga sembelih kerana airport taxi hanya menerima cash. Lagi pun jam 11 malam sudah tiada lagi perkhidmatan public transport.

Dimana-mana airport di dunia, di situlah banyak scam taxi dan saya lebih gemar membayar kupon taxi di kaunter walaupun harganya mahal sedikit dari terkena scam. Masalahnya ialah bukan semua airport mempunyai sistem yang teratur dan kadangkala terfikir bahawa Airport Authorities sengaja memberi peluang kepada pemandu taxi mereka untuk scam dan overcharged pelancong. Bukan semua negara mempunyai sistem uber/grab atau public transportation canggih dari airport ke bandaraya. Jeddah dan Tehran adalah contoh terbaik.

Di Rio de Janeiro kami tinggal disebuah hotel dalam kawasan Barra de Tijuca, lebih kurang 10 km dari downtown Rio. Barra de Tijuca adalah kawasan baru yang dipenuhi hotel, condo dan shopping complex. Rio de Janeiro adalah bandar pesisiran pantai yang terkenal dengan pantai Ipanema, Copacabana, barra da Tijuca dan Leblon. Ianya juga adalah bandar yang paling kerap dilawati dibawah selatan hemisphere.

Hari pertama saya hanya recce kawasan kawasan downtown Rio terutamanya pantai Ipanema dan Copacabana, untuk merasai ‘vibe’ kotaraya ini. Kelihatan juga seorang dua perempuan arab yang bertudung di tepian pantai. Isteri saya yang bertudung pun tidak dipandang pelik oleh orang sana kerana toleransi tinggi rakyat Brazil terhadap berbagai bagai fahaman disana.
Di pantai ada dikhaskan tempat untuk kaum LGBT yang menarik perhatian saya tetapi saya hanya melihat dari jauh sahaja. Kawasan tersebut dikibarkan dengan bendera bendera rainbow LGBT.

Masalah paling besar di Rio ialah tak ramai penduduk lokal yang boleh berbahasa inggeris, dan saya terpaksa menggunakan google translate untuk terjemah kepada bahasa portugis. Untuk makluman hanya Brasil sahaja yang berbahasa portugis dan lain-lain negara Amerika Selatan semuanya menggunakan spanish. Apabila berada di Rio terasa seperti semua penduduk di bandar tersebut bercuti. Dipantai sentiasa penuh dengan pengunjung dari pagi hingga petang terutamanya orang lokal. Sepanjang kedai di pesisir pantai penuh dengan pengunjung hanya dengan pakaian mandian sahaja. Terdapat aktiviti pantai seperti di Venice/Muscle beach di LA dengan mamat dan minah sado memperagakan badan mereka kepada yang obese. 

Pantai di Rio penuh dengan manusia yang sunbathing setiap hari walaupun temperature hanya 20-22’C sahaja. Pada orang Rio, ‘Life is a beach’ dan mereka berkumpul dipantai untuk berparti setiap hari minggu bersama keluarga. Pantai di Rio juga sangat panjang dan bersih, dengan pasir yang halus dan ramai yang bermain surfing dengan ombak sederhana kuat. Pada saya berbikini adalah pakaian seragam di bandar Rio de Janeiro. 

Rio Carnival adalah pesta paling besar di South America dan diadakan setiap tahun pada bulan Februari. Pada masa itu semua harga hotel naik berkali ganda kerana kedatangan ribuan pelancong dari USA. Di Dalam bas juga kelihatan ramai penumpang berseluar renang dan berbikini tanpa rasa malu. Saya boleh rasakan seperti satu penduduk bandar Rio ini tidak bekerja dan having fun at the beach. 

Beberapa pemerhatian yang dapat saya kumpulkan setelah seminggu meronda di Rio de Janeiro.

1. Penduduk Rio seperti orang Iran sangat baik dan suka membantu tourist walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris.

2. Setiap trip bas berharga R$3.8~ Rm5, dan route bas servis semua kawasan pelancongan. Kita hanya perlu memberitahu kepada dreber bas tempat yang nak dituju.

3. Metro di Rio tidaklah selengkap seperti bandar bandar eropah.

4. Kawasan hotel paling mahal dan selamat adalah di pantai Copacabana, Ipanema dan Barra de Tijuca.

5. Selama berada di Rio saya masih merasa selamat asalkan tidak berjalan waktu malam terutamanya di downtown.

6. Polis ramai kelihatan di tempat tempat tarikan pelancong dengan senjata berat. Jika anda hanya ada sehari di Rio, elok menggunakan bas sightseeing dengan harga Rm100 yang membuat perjalanan loop di sekitar Rio. Anda boleh naik turun bas selama sehari ditempat yang ditetapkan.

7. Orang tempatan menasihatkan agar tidak ke kawasan Favela (slum) kerana tidak selamat dan kejadian tembak menembak berlaku setiap hari di Favela. Orang Rio sendiri tidak berani ke Favela.

8. Pantai paling popular adalah Copacabana dan Ipanema.

9. Rio Carnival adalah pada bulan Februari selama seminggu dan harga hotel dan pengangkutan meningkat tiga kali ganda. Seramai 3 juta pelancong mengunjungi Rio Carnival setiap tahun di Copacabana.

10. Bawa phrase book English-Portuguese untuk menyenangkan perjalanan kerana tidak ramai orang Brazil boleh berbahasa Inggeris.

11. Internet data mahal di Brazil. Misalan nya, Vivo menjual 600MB data dengan harga Rm55.

12. Cuaca pada bulan september dan Oktober (spring) sangat nyaman di lingkungan 18’C-24’C.

13. Shopping murahan adalah di Downtown Rio dan Bara Shopping mall adalah terbesar di Latin Amerika.

Aktiviti riadah memang banyak di tepian pantai

14. Taraf hidup Brasil adalah seperti di Malaysia dan harga barangan adalah serupa seperti di Malaysia.

15. Pusat pelancong yang wajib dilawati adalah di Cristo Redeemer kerana pemandangan Rio yang cantik dari atas bukit (entrance fee Rm100), Sugarloaf Mountain (entrance fee Rm100), Copacabana, Ipanema beach dan stadium Maracana.

16. Makanan halal sangat susah didapati di Rio tetapi ada restoran vegan.

17. Teksi adalah bermeter dan kadarnya adalah seperti di Malaysia.

18. Amaran penyakit Zika memang ada merata di Rio tetapi orang di sini hidup saperti tidak mengendahkan nya. Selama saya di Rio, saya tidak nampak langsung seekor nyamuk pun.

19. Bandar Petropolis hanya 100 km dari Rio dan merupakan pusat peranginan untuk penduduk Rio kerana cuaca yang dingin.

20. Bintang bola sepak Brazil, dulu dan sekarang ramai yang tinggal di Rio dan mereka selalu kelihatan di pantai Copacabana, Ipanema dan Barra de Tijuca.

21. Rio de Janeiro dan São Paulo ada kawasan paling moden dan terkaya di Brazil berbanding kawasan lain.

Semasa berada di Rio tidak ada satu ketika pun saya rasa terancam atau tidak selamat. Ini adalah kerana saya membiasakan diri agar street smart dan sentiasa berada di kawasan ramai polis pelancong terutamanya di tempat tarikan.


Sunday, September 6, 2020

Indonesian in Suriname

Jawa Suriname

Tahukah anda bahawa terdapat lebih 74,000 orang jawa di Suriname. 

Suriname adalah sebuah negara bekas jajahan belanda yang terletak di South America, bersebelahan Guyana dan Brazil serta lautan Atlantik. 

Saya pernah berjumpa dengan ramai orang Suriname semasa kembaraan dan ramai dari mereka sekarang datang ke pulau jawa untuk mencari roots mereka (supir saya sekarang pernah membawa orang jawa suriname melancung disekitar pulau jawa). 

Rakan saya yang membuat perniagaan di Suriname tiada masalah semasa berada di Paramaribo (ibu negara Suriname) kerana terdapat masjid dan masyarakat jawa islam disana. 

Bagaimana orang jawa sebegitu ramai boleh berhijrah ke Suriname sejauh 18,000 km jauhnya dari pulau jawa?  

Semasa menjelajah dipulau jawa sekarang memang saya notis bahawa pulau ini padat dengan manusia. Jalanrayanya sempit dan pinggir jalan penuh dengan rumah tanpa sidetable. Setiap tanah diusahakan tanpa terbiar dan jarang saya berjumpa ruang kosong tanpa tanaman. Semua bukit yang tidak digazet sebagai National Park dibuat terracing untuk tanaman crops. 

Ketika Suharto menjadi Presiden Indonesia selama 32 tahun, program transmigrasi digiatkan dimana penduduk pulau jawa dipindahkan ke pulau pulau berdekatan dengan pemberian tanah percuma untuk mengurangkan kepadatan pulau jawa ini.

Sebenarnya program trasmigrasi telah dimulakan oleh pemerintah belanda pada kurun ke 19 kerana pada zaman itu pulau jawa sudah pun padat. 

Pemerintah belanda khuatir jika kepadatan pulau jawa tidak dikurangkan sudah tentu akan menyebabkan kemelaratan rakyat dan mereka akan memberontak,  selain dari bencana dari letusan gunung berapi yang kerap berlaku. 

Program transmigrasi pertama dimulakan pada tahun 1890 apabila kapal pertama membawa 94 orang ke Suriname untuk bekerja diladang tebu dengan kontrak selama 5 tahun.

Sehingga tahun 1939, 33,000 rakyat jawa sudah berhijrah ke Suriname dimana cuaca nya panas, serupa dengan negara tropik yang lain. 

Walaupun begitu, ada orang jawa yang pulang semula ketempat asal mereka setelah kontrak tamat tetapi majoriti membuat keputusan untuk menetap disana sehingga sekarang dan menjadi rakyat Suriname. 

Orang jawa yang menjadi rakyat Suriname masih boleh berbahasa jawa tetapi mereka sudah tidak boleh berbahasa Indonesia. Kebanyakan mereka berasal dari Jawa Tengah, ada juga dari Jawa Timur dan yang paling sedikit dari Jawa Barat.

Ada siapa ingin kembara ke Suriname? 

Dari rakan rakan yang pernah kesana, nothing much to see there, so it will be last in my bucket list. 

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
kutuberahak.com
FB: zainuddin omar

Thursday, September 3, 2020

Tanzania in 4 WHEEL Drive.


Tanzania ~ 03/09/2020 Aku Masih Kat Sini

Dah 554 hari aku berpowil on the road. Semangat overland aku masih tinggi kelangit. Aku sabar tunggu gate ke Malawi atau Zambia buka. Tapi malang tak ada berita takat ni. Masih menanti, rasa tak selesa pun ada.

Lama jugak aku sangkut kat Tanzania ni. Rasa seronok pun ada. Kat kampung Kigamboni ni, serba serbi kurang sikit. Rata rata jalan tanah merah. Letrik selalu juga putus. Sesekali beli air dalam tong kuning dari mamat kayuh basikal. Kedai runcit size 10 x 10 kaki banyak benar. Ada bayar pakai buku 3 lima. Kedai ada pagar, tak boleh masuk. Harga agak tinggi. Sayur & buah beli ikut biji. Beli kat kedai tepi jalan atau dari Makcik Kiah yang junjung bakul atas kepala dia. Harga era 80 an. Ubi, keledek, jagung, pisang rebus & bakar, capati, cokodok, ugali, kuih ntah apa nama banyak jual. Sedap. 1 hinggit penuh 1 tupperware. Daging ikan ada tapi tak mewah. Harga tinggi sikit. Local kurang makan daging ikan. Bukan tak sedap, kurang mampu. Menu harian lebih ke 'vegetarian'. Dia makan untuk hidup. Hidup untuk kerja. Kerja untuk sesuap nasi. Tak boleh main main. Lepak teh tarik tak ada dalam kamus dia. Yang nyata dia sesama dia mesra. Tak berkira pasal bangsa, pasal ugama atau siapa besar siapa montel. Hidup dia orang aman & damai, warna warni macam baju dia orang pakai. Masjid & gereja tak jauh jarak. Masing masing sembahyang cara sendiri. Walaupun bising, tak ada kacau bilau. Negara dia kurang maju tapi tinggi dengan hal hal kemanusiaan. Hidup dia harmoni. Banyak dia orang sekolahkan aku. 

Kat sini tiap kali mamat polis nampak powil aku dia tahan sebab  nombor plate asing. Dah 21 kali aku kena. Aku kira dah. Ada masa aku buat donno tak henti, mamat tu jerit jerit kat aku. Kali ni tiap kali aku nampak polis, aku henti. Malas aku nak main nyorok nyorok. Ada masa polis jerkah aku kata siapa suruh aku henti. Aku buat muka confuse, sengaja nak bagi dia confuse. Takat ni dah 1 kali aku kena saman. 30 hinggit, dia kata speeding. Bayar je, aku malas nak main ping pong.

Kat sini selain makan tidur, mandi laut, belek powil, drive powil sana sini, aku & bini bergaul dengan local community group. Bini aku dengan program women empowerment dia. Aku pulak dengan program local tourism empowerment. Program suka & rela.

Nissan Tanzania pun minat dengan powil aku. Dia buat program 'Nissan Navara Overland In Africa & Beyond'. Bangga aku. Elok jugak kalau Nissan Malaysia buat benda yang sama kat Tanah Melayu. Boleh juga naikkan imej 'product branding' dia orang sebab model yang dia pasang dah sampai bumi Africa.

Salam Kemerdekaan ke 63 buat semua kat Malaysia.


Tuesday, September 1, 2020

Papua New Guinea - Hidden Charm

Hello and Salam Warga BBM. I'm sharing my experience travelling solo to Papua about a year ago. I spent  2 weeks in the mountains and travelled to Raja Ampat after. This to me is a unique destination to give some ideas for travellers, explorers and BBM members who crave for a true adventure. It is good to keep our dreams alive hoping that we could all travel again when the borders are open

Here's my epic adventure in Papua. Photos and article are solely mine. Enjoy them ❤

PAPUA TOOK MY BREATH AWAY....

This is my tale of the uncharted route. It is the free-spirited me on a quest to recapture my sense of wanderlust. It is to fix cravings for a dose of adventure.

Going through several mishaps at the start of my trip didn't dampen my spirit to keep going. Awful flight delays and my hiking guide went missing in action at the start of the journey was the first few mishaps. I landed in a town where internet access wasn't easily available. My plan to start trekking on Day 1 of arrival went down the drain due to horrendous flight delays. I was overtired after over 24 hours journey and I couldn't get in touch with my guide. So I jumped on the back of a bike at the airport and asked the local Papuan to take me to an affordable hotel. I haven't got anything booked. I decided to find somewhere comfortable for the night. I desperately needed a good rest. Please bare in mind that the price of accommodation is very costly in Papua. A very basic room in a homestay with detached bathroom costs RM250/ night, with basic breakfast. I managed to find a decent accommodation and decided that I'll think about my guide the next morning. Thankfully I heard from him before I fell asleep and arranged to start the trek the next day. 

Travelling to me isn't just about witnessing stunning sunset with sands between my toes but becomes more memorable when experiencing hardship and beauty all at once. 

It its well over 24 hours to Papua. I flew from KL-MAKASSAR-JAYAPURA-WAMENA. I didn't put a night in a hotel during transit as my lay-over were meant to be between 4-6 hours. I didn't have a check-in suitcase either, I'm a light traveller,  regularly travelling with just a rucksack. This gives me a lot of flexibility when travelling and I don't lose time checking- in nor do I need to wait for baggage upon arrival. I slept on airport benches on transit, using my cikgu hammock sometimes and paid for airline lounges to rest between flights. 

The first day was tough. 6 hours trek, long steep ascend, slippery downhill, extremely muddy tracks and very narrow path with 90 degrees vertical drop. The jaw-dropping views and the trail so rugged, so wild made the journey worthwhile. The friendly Papuan who never failed to greet 'Selamat Siang' offering handshakes left me smiling. I offered my biscuits and snacks that to the locals whenever I stopped for breaks and nearly ran out forgetting that I couldn't get anything else on the mountains but rice, potatoes and sweet potato leaves! 

Stopped at a village called Hitugi on the first night. I was totally flat out after 2 nights of having very little sleep. There's only instant noodles available for dinner. I was starving, I ate without any hesitant. 

My room was basic, as expected. It was a chilly night so I slept in my jumper, trousers and zipped up my sleeping bag up to my head! I slept solidly until I heard mountain rats running across the roof!

I only hired my guide for the first 3 days of my hike. I stayed in local villages and decided to ask the locals villagers to take me out on treks for the entire 2 weeks I was there. I had fun trekking the valleys with my new little friends. Children as young as 6 years old took me out of 2-3 hours treks, without any other adult supervision (except me!) We trekked to waterfalls and rivers and through the valleys. I spend my time with them teaching them English. I have the habit of carrying frisbees with me when I travel. They absolutely love throwing frisbee. We sang songs and they even taught me the tribal language. 

I enjoy my evenings in the mountains. The local villagers regularly visit their neighbours and we hang out in 'honai', a circular thatched roof room which is a kitchen, dining area, bedroom and social area Fire the villages. It is warm in honai too. I love spending my evenings having a laugh with them, sharing with stories  about the world outside their valleys, showed them photos on my phone and talk about life. I once struggled to explain to them what a lift is! They thought I climbed up and down the stairs to the 24th floor of my condo! LOL! It breaks my heart listening to their hope and dreams for independence. I cried so hard before I left and I promised them i will be back. 

Papua is totally a wonderful surprise, it certainly is far better than what I dreamt it would be. The beauty of its rolling hills is absolutely breathtaking, the amazing tone of its greenery is so therapeutic, the beautiful scent of its grassland and flowers so refreshing it. It is so wild, rugged and very very beautiful. What which really carves a special place in my heart however is its people. They've welcomed me into their homes, into their family with an open arm. 
Baliem Valley Festival held annually is great opportunity to understand the local tribal culture. Professional photographers from around the world gather in Baliem Valley specifically for this event every year.

Life's hard in Baliem Valley. The locals survive on sweet potatoes, rice and instant noodles (if they have enough money) sago and sweet potato leaves every day, 3 times a day, 7 days a week!  Most children don't go to school. Pigs are Christmas and special occasion treats. No meat or marine produce at all. Barely any nutritious vegetables except what's grown in the valleys. Electricity don't exist. Phones don't work. Water is scarce. Kids as young as 5 years old helped their family carrying fully loaded 20 litre bottles up and down the valley after collecting water from the river. They wash their vegetables, dishes and clothes in the river too. On my days living with the villagers, I went for 'mandi' in the river, I washed my clothes there too and helped the villagers with their daily chores. They kept telling me not to though, but I insisted. They barely have anything but will give everything they have. That alone leave me with teary eyes. Rice is luxury. Sago is their staple food other than sweet potatoes (ubi bakar) I once bought 1kg of rice thinking I could have it for the entire I was in a village but I didn't have the heart to allow veryone else watch me eating rice while they eat sago. So I ended up buying rice due the whole village for a few days I was there. 
I've learned what I went through whilst experiencing the real Papuan life isn't hardship at all. These are the things that's taught me to persevere, strengthen my mind, opens up my heart, smile a little more, keep spreading love and share an endless happiness. It makes me feel so grateful for the life I have. 

If you craved something a true adventure, Papua should be on your bucket list. Just brace yourself for living without basic necessities- no electricity, running water or phone connection! I promise you it's totally worthwhile!

I ended my travels in Raja Ampat. Spent a week there, just enjoying the serenity of its stunning islands. 

Here's a few tips. Travelling to Papua isn't cheap and requires a lot of researches. I spent weeks looking at the geography, history, safety and logistics aspects of it. I didn't use any travel agents. I never do. I carve my own travels. I booked my guide through a homestay. Bare in mind that internet connection is very poor in Wamena. It took me 3 days to book a flight out of Wamena! The internet wasn't reliable at all. Guide and accomodation in Wamena are costly. I think I paid RM200 for a day for my guide (without food or accommodation in the villages) I heard most other travellers paid up to RM500/a day. A guide is highly recommended for your safety. The trek can be tough, crossing rivers up to your knee, steep sections and muddy puddles. Definitely required for female travellers. No signs in the mountains and gps don't work. 

I flew to Jayapura to get medical attention. I had awful infection by some unknown bugs. The steroid cream and tablets I brought didn't work. I had to pay RM250 for a 45mins flight for a RM40 injection! Despite all the mishaps I went through, I had the best the of my life. 

I would return to Papua in a heartbeat!

You may follow my travel tales on Instagram: 
http://Instagram.com/epicadventuress

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...