Wednesday, December 30, 2020

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh


Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2. 

Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun tetapi amat bijak dalam strategi peperangan. 

Beliau faham bahawa fortress Constantinople bukan mudah untuk di tembusi dengan peralatan peperangan yang ada di zaman itu.

Lapan kali pemimpin Islam sebelum beliau telah gagal menawan kubu terkuat tersebut pada era mereka. 

Baginda mengarahkan seorang Hungarian bernama Orban untuk merekabentuk meriam terbesar di era itu. 

Orban dalam catatan sejarah berjanji kepada Sultan Muhammad,  ‘the stone discharged from my cannon would reduce to dust not only those walls, but even the walls of Babylon.’ 

Meriam tersebut sepanjang 27 kaki, dengan bore 2 1/2 kaki boleh melontar sebiji 500kg peluru batu berbola sejauh 1.6 km. 

Meriam tersebut memerlukan 60 ekor oxen dan 200 tentera untuk menariknya sahaja. (Lihat gambar meriam yang saya ambil di Muzium military Istanbul).

Walaubagaimana pun, meriam tersebut memerlukan 2 jam untuk reload dan hanya boleh menembak 8 rounds sehari sahaja. 

Walaupun sebahagian wall Kubu Constantinople runtuh terkena bedilan, tentera Byzantine sempat membaikpulih pada malam hari. 

Dinding kota Byzantine masih bertahan walaupun dihentam bertalu talu oleh meriam monster Orban tersebut.

Apakah taktik Sultan Muhammad seterusnya walaupun telah sebulan kubu Constantinople dibedil tetapi masih boleh bertahan?

Dari 627 CE sehingga 1453 CE (800 tahun), banyak kempen untuk menawan Constantinople oleh tentera Islam tetapi semua nya gagal, diantaranya:

1. Saidina Ali - 34 Hijrah/655 CE (Gagal);
2. Muawiyah bin Abu Sufian – 84 Hijrah/703 CE (Gagal);
3. Sultan Sulaiman – 98 Hijrah/717 CE (Gagal);
4. Khalifah Harun Al-Rasyid – 165 Hijrah/782 CE (Gagal);
5. Sultan Beyazid - 1391, 1397 dan 1400 CE (Gagal);
6. Sultan Murad II – 1422 CE (Gagal)

Kebanyakan tentera Islam menggempur melalui daratan dan hanya berjaya masuk ke lapisan pertama dinding kubu tetapi tewas di dinding kedua yang lebih kukuh dengan dinanti oleh ramai tentera Byzantine yang sedia menunggu dengan senjata 'greek fire'. 

Semasa saya ke Rhodes Island Greece, saya perhatikan ada dinding kubu dibina sebanyak tiga lapis dan 2 moats (sungai buatan yang dipenuhi air) oleh tentera crusader Knights Hospitaller. 

Sultan Uthmaniah, Suleyman the Magnificent telah menggunakan kebijaksanaan apabila armada tentera laut nya mengepung selama 6 bulan sehingga tentera Knights Hospitaller membuat perjanjian damai, menyerah kubu Rhodes dan berpindah ke pulau Crete dan Malta. 

Sultan Muhammad Al Fateh telah mengkaji kesemua kempen yang gagal dan mencari taktik yang terbaik yang tidak pernah digunakan sebelum ini. 

Beliau tahu bahawa Mesoteichion (middle wall) antara Gate of St Romanus dan Gate of Charisius sepanjang 1.25 km adalah dinding kubu yang paling lemah dan rendah kerana bersambung dengan tebing valley Lycus River yang lebih tinggi (lihat rajah map). 

Begitu juga, dinding di barat Golden Horn juga tidak kuat kerana mempunyai hanya selapis dinding kubu berhadapan laut.

Masalah utama adalah membawa tentera dan kapal perang melepasi rantai gergasi di muara yang juga dijaga oleh armada Byzantine untuk melepasi ke bahagian dalam Golden Horn. 

Pada malam April 22 1453, jurutera Sultan Muhammad telah membina jalan melalui kawasan belakang Galata dan menarik 80 kapal perang (galleys) sejauh 3 km menggunakan greased logs dan windlasses (sejenis pulley untuk menarik kapal) dan meluncurkan semula ke Golden Horn. 

Ada yang mengatakan mereka menggunakan darah binatang sebagai pelincir dan pada pagi 23 April 1453, kesemua 80 kapal perang telah berada di sebelah Golden Horn bersedia untuk membedil dinding kubu dibahagian barat. 

(Semasa di Istanbul saya sempat berjalan dikawasan dimana kapal diangkut di Galata antara Taksim dan Hotel Novotel Istanbul. Agak terpegun kerana kawasan nya berbukit setinggi 150m dari paras laut dan saya tabik kepada para Jurutera Sultan Muhammad yang dapat membina jalan dan menarik (haul) 80 kapal pada satu malam sahaja sejauh 3km). 

Alangkah terperanjatnya tentera Byzantine mendapati 80 kapal tentera Islam berada dihadapan mata mereka pada pagi itu dan terpaksa mengagihkan tentera dari Theodosian walls ke Mesoteichion walls dan bahagian kubu di Golden Horn. 

Ini menyebabkan walls di daratan yang kebal itu tidak dikawal secukupnya. Sultan Muhammad juga telah meletak tong tong besar dan kayu kayu pokok diantara rantai di muara Golden Horn dan kapal perangnya agar armada Byzantine terkandas tidak dapat bergerak. 

Pada 29 May 1453, tiga jam sebelum subuh, serangan dimulakan dengan bedilan serentak dimana 80 kapal armada Islam membedil kubu barat Golden Horn serta canon monster Orban membedil Theodosian walls dan Mesoteichion walls.

(Orban telah membina empat canon monster tetapi satu daripadanya meletup dan telah mengorbankan Orban sendiri). 

Setelah dibedil bertalu talu, Mesoteichion walls telah runtuh (breach) dan 30 orang kontingen pertama tentera Islam telah dapat menegakkan panji Islam di menara tower yang diketuai oleh seorang Komander Janisari, Hassan Ulubate. 

Kesemua 30 tentera tersebut termasuk Hassan telah syahid dihujani anak panah tentera Byzantine dimana 27 anak panah menembusi badan Hassan Ulubate.

Apabila melihat panji panji Islam terpacak di menara, ianya menaikkan semangat tentera-tentera Islam lain dan mereka menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar. 

Tentera elit sultan, Janisarries yang mula membuka laluan untuk tentera lain memasuki kubu Constantinople. 

Inilah kata kata salah seorang tentera Byzantine yang bernama Barbaro yang dicatitkan oleh ahli sejarah barat: 

‘One hour before daybreak the Sultan had his great cannon fired, and the shot landed in the repairs which we had made and knocked them down to the ground. Nothing could be seen for the smoke made by the cannon, and the Turks, under the cover of the smoke, and about 300 of them got inside the barbicans.’ 

Berbagai versi menceritakan bagaimana Maharaja Constantine mati semasa serangan 29 May. 

Ada mengatakan beliau membuka pakaian besinya dan menyerbu kearah tentera Islam dan mati situ dan ada mengatakan beliau menggantung diri apabila melihat tentera Islam pertama memasuki kubu Constantinople. 

Mayat Maharaja Byzantine terakhir Constantine XI Palaiologos tidak ditemui dan dianggap sebagai hero nasional Greece sekarang ini. 

(Greece dan Turkey masih bermusuhan sehingga kini dan peristiwa kekalahan Maharaja Byzantin Constantine XI masih ditangisi oleh rakyat Greece). 

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan tentera Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan). 

Gereja Besar St. Sophia ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. 

Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan Constantinople.

Galipoli campaign pada tahun 1915 adalah satu usaha untuk merampas kembali Constantinople oleh kuasa Great Britain, France, Russia dan sekutu mereka tetapi telah digagalkan oleh Komander Uthmaniah Kemal Ataturk dengan kematian 500,000 tentera kedua-dua belah pihak. 
Akibat penaklukan Constantinople kuasa barat dengan dorongan Pope di Vatican telah membuka jalan laut untuk mengantikan old silk road dan memulakan era kolonialisme 3G (Gold, Glory & Gospel). Negara Islam ditawan sehingga jatuhnya Melaka pada tahun 1511 dan diikuti dengan gugusan nusantara dari Kepulauan jawa hingga ke Cebu dan Mindanao. 

Maka bermulakah era penjajahan oleh kuasa barat walaupun dinamakan ‘age of exploration and discovery’. 

Allahuallam. 

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

Buku #kutuberahak
(Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak). 

Buku hard cover. 

Buku soft cover (bilangan terhad):
Harga RM35 sahaja (tidak termasuk postage). 

• hantaran Semenanjung 
Kos + postage 
(RM35+RM6.50) = RM41.50

• hantaran Sabah/Sarawak
Kos + postage 
(RM35+RM13) = RM48

====================
BAGAIMANA MEMBELI?
====================

1. Secara online dengan courier Ninja Van: 
www.wasap.my/+60192201515/order-buku-Kutuberahak
(Tuan Ihsan Mazlie). 

2. COD di Bangi dan kawasan berdekatan boleh hubungi :
Tuan Hj Hafiz +60 13 985 5154

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
FB: zainuddin omar

Wednesday, December 9, 2020

10 Tempat Famous Yang Tidak Patut Dilawat.

TWELVE OVERRATED DESTINATIONS: Tempat Yang Anda Tidak Perlu Kunjungi. 

Setelah 45 tahun berkembara, saya senaraikan ‘12 top overrated and overhyped destinations’ yang pernah saya lawati. 

Senarainya panjang tetapi saya hanya pilih top 12 sahaja. Ini hanya pandangan saya sahaja dan mungkin anda tidak bersetuju dan mempunyai senarai sendiri. 

1. Mona Lisa di Louvre

Lukisan ini nampak kecil saiz A4 dari jauh kerana anda tidak boleh menghampiri dekat. Orang ramai dan sekuriti ketat menyebabkan anda berada 10m dari Mona Lisa. 

Lagi pun anda sudah tahu rupa Mona Lisa kenapa mahu berebut melihat lukisannya pula? 

Pada saya aktres Sarimah tahun 70’an lebih cantik dari Mona Lisa.

2. Santorini  

Selama seminggu saya berada di Santorini dan menjelajah setiap pelesuk pulau ini. Jalan bandarnya sempit, tiada makanan halal, hotel mahal dan terlalu semak kerana ramai turist terutama dari China. 

Bangunan kotak ikonik bercat putih di Oia tiada yang special selain dibina ditepian curam batu dan anda terpaksa bergasak dengan turist lain untuk mengambil gambar. 

3. Chichen Itza

Untuk melawatnya terpaksa bersusah payah terbang ke Cancun Mexico, dan travel 150km ketempat monumen ini. 

Entrance fee pula Rm150 dan terpaksa beratur dengan 10,000 pelawat lain. 

Apabila monumen ini didepan mata, tidaklah sebesar yang dijangka dan anda terfikir kenapa orang Mayan, 2000 tahun dahulu perlu membina Chichen Itza untuk kaji astronomi, tetapi mengamalkan budaya pembunuhan sacrifice dan akhirnya civilization mereka tidak kemana. 

Sedih melihat waris orang Mayan yang hidup daif sekarang ini di Yacutan Peninsula, Mexico. 

4. Hobbiton NZ

Kenapa anda perlu membayar untuk berdiri dipadang melihat bangunan fake yang dibina untuk filem The Lord of the Rings dan The Hobbit?  

Anda boleh membina rumah hobbit ini dikampong anda, jikalau mahu. 

5. Madame Tussauds wax museum  

Untuk masuk anda perlu queue dan bayar Rm150 untuk melihat patung artis kesayangan anda dimana patung tersebut tidak langsung menyerupai orang yang mereka potretkan. 

Rm150 elok digunakan untuk menjamu selera ‘fish and chips’ di London. 

6. The little Mermaid Denmark. 

Patung batu mermaid ini kecil sahaja dan hanya perlu beberapa saat sahaja untuk melihatnya kerana tiada apa yang menakjubkan. 

Lagi pun patung ini replika dan yang original disimpan mengelakkannya dari vandals. 

Anda tidak perlu ke Denmark untuk melawat little mermaid kerana terdapat satu di Songkla. 

7. Loch Ness  

Misteri Loch Ness monster dihidupkan untuk menggiat industri pelancungan di Scottish Highlands. 

Teknologi moden dengan sistem sonar canggih masih tidak dapat menjumpai monster ini. 

Nampak sangat ianya satu pembohongan besar dan satu scam untuk menarik pelancung. 

Kedai souvenir di Loch Ness yang untung mengaut keuntungan dari jualan souvenier. 

8. CN tower Toronto

Entrance fee mahal Rm150 dan bangunan ini tidak lagi merupakan bangunan tertinggi didunia. 

9. Dubai

Apa ada di Dubai selain skyscrappers, bangunan gelas dan habuk dari padang pasir? 

Semuanya fake seperti Singapura dan anda tidak akan berani keluar dari bangunan aircon kerana suhu 50’C diluar. Lagi pun semuanya mahal di Dubai. 

10. Manneken pis Brussels

Setelah puas berjalan mencari dan menjumpai patung ini, saya tergelak keseorangan kerana rasa bodoh melihat patung kecil budak sedang kencing. 

Brussels adalah bandaraya cantik dan adalah lebih baik anda mencari Belgian coklat yang sedap disini. 

11. Bran Castle Romania

Ini adalah tourist trap dengan harga entrance fee yang mahal dan barangan souvenir mencekik leher. 

Bran Castle bukan lah castle dracula yang sebenar tetapi dari cerita fiction sebuah novel, yang kemudiannya difilem kan. 

Adalah lebih manfaat untuk menjelajah Transylvania region yang cantik dan unspoilt. 

12 Flam railway ride, Norway. 

Saya rasa tertipu dan kecewa menaiki Flam railway ini kerana pemandangan tidaklah secantik seperti diwar-warkan. 

Anda terpaksa tinggal 2 malam di Flam untuk merasai railway ride ini. Sepatutnya 2 malam tersebut elok menjelajah fjords yang awe inspiring. 

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

Buku #kutuberahak
(Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak). 

Buku hard cover -SOLD OUT-

Buku soft cover (bilangan terhad):
Harga RM35 sahaja (tidak termasuk postage). 

• hantaran Semenanjung 
Kos + postage 
(RM35+RM6.50) = RM41.50

• hantaran Sabah/Sarawak
Kos + postage 
(RM35+RM13) = RM48

====================
BAGAIMANA MEMBELI?
====================

1. Secara online dengan courier Ninja Van: 
www.wasap.my/+60192201515/order-buku-Kutuberahak
(Tuan Ihsan Mazlie). 

2. COD di Bangi dan kawasan berdekatan boleh hubungi :
Tuan Hj Hafiz +60 13 985 5154

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
FB: zainuddin omar

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...