Wednesday, August 19, 2015

ITINERARY BOSNIA & HERZEGOVINA


Hari pertama:

Dari airport, terus check in hotel berdekatan old town. Berehat seketika kemudian terus berjalan di Old Town. Melihat percampuran seni bina ketika zaman Uthmaniyyah dan Austrian-Hungary. Singgah di salah satu kedai di Old Town untuk menikmati makanan tradisional Bosnia, Cevapi.

Hari Kedua:

Melawat terowong yang digunakan ketika perang Bosnia berlaku. Sebuah terowong yang mempunyai panjang 800 meter yang dikorek dibawah lapangan terbang. Selepas itu melawat beberapa lagi tapak bersejarah seperti Stadium Olimpik dan tapak sukan olimpik yang lain yang berada diatas gunung. Selepas itu terus ke Old Town untuk melawat Latin Bridge dan melihat tempat dibunuhnya Franz Ferdinand yang menyebabkan berlakunya WW1. Kemudian melawat National Library yang hancur ketika perang tetapi telah dibina semula selepas perang.
Kemudian menikmati angin petang di Bosnia Spring.

Hari Ketiga:

Bergerak ke Jajce. Sebuah perkampungan yang terkenal dengan air terjunnya yang cantik dan menawan. Jajce juga merupakan bandar yang penting ketika sebelum zaman Uthmaniyyah dan kekal penting juga ketika zaman Uthmaniyyah. Ianya adalah gabungan alam semula jadi dan sejarah.
Selepas itu terus bergerak ke Bihac dan bermalam disana.

Hari keempat :

Pergi ke National Park Una. Menghabiskan masa melihat waterfalls dan alam semula jadi, kemudian kembali ke Bihac dan bermalam di Bihac.

Hari Kelima:

Kembali ke Sarajevo. Tetapi sebelum itu singgah di Travnik. Makan di restoran Blue River yang mengalir sungai dibawahnya. Kemudian melihat salah satu sekolah yang dibina di zaman Uthmaniyyah dan masih digunakan. Kemudian terus bergerak pulang ke Sarajevo.

Hari Keenam :

Hari untuk shopping dan explore Sarajevo.

Hari Ketujuh :

Selepas breakfast, bergerak ke Mostar. Check in di hotel berdekatan Old Town dan berehat seketika. Pada petangnya pergi ke Old Town dan melihat jambatan yang pernah runtuh kemudian telah dibina semula. Kemudian bersiar siar sekitar Old Town dan Mostar.

Hari Kelapan :

Selepas makan pagi, terus ke Blagaj. Satu tempat dimana dibina sebuah rumah sufi bersebelah dengan air yang keluar dari gunung. Menikmati pemandangan yang sangat indah sambil berjalan jalan didalam rumah sufi. Kemudian bergerak ke Kravice Falls. Satu kawasan yang mempunyai banyak air terjun dan dibenarkan untuk mandi disana. Makan tengahari dan mandi di Kravice Falls kemudian pulang kembali ke hotel untuk rehat dan tidur.

Hari Kesembilan :

Bergerak ke lapangan terbang dan pulang ke Malaysia.

Disediakan oleh,
Ahmad Mursyid Amilin bin Abdul Halim.

Nota:
Ingin menggembara ke Bosnia bersama kami?
Jangan segan silu untuk email atau PM kami.
Tarikh: September - Disember 2015
9 hari 8 malam.
Bayaran : rm 1000 - 3000 ( ground )

Jangan lupa untuk menghubungi kami jika berminat. Kami akan cuba sedaya upaya memberi yang terbaik seperti yang anda mahukan.

Jumpa anda di Negara Indah, Bosnia! smile emoticon


credit to owner FB page : M&M Backpacking

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...