Monday, December 30, 2019

Penjara Banda Hilir, Melaka

Dipetik dari syahril a.kadir :

PENJARA Banda Hilir, Melaka dah berusia lebih 100 tahun. Dalam ni penuh sejarah penjenayah ganas, perompak, gangster, pembunuh etc.


Pada tahun 2010 ia telah dikosongkan dan dengan belanja RM1.5 juta, ia dijadikan muzium.

Abam tak pernah ke sini kerana seperti orang lain, ia seolah-olah 'tidak menjadi pilihan' pelancong yang dtg ke Melaka.

Petang tadi abam terdetik nak jenguk apa yang ada kat Penjara Banda Hilir ni.

Sampai je abam kat sini, tengok parking dia luas tapi tak ada kereta, dalam hati berkata, confirm tak ramai datang.

Memang betul, melangkah masuk ke dalamnya, adalah dua tiga orang pelawat. Hairan, apa sebabnya. Frust rasanya.

Namun perasaan 'frust' abam terubat bila disapa wadar penjara yang cukup mesra dan murah dengan senyuman.

" Selamat datang encik, tiket masuk RM3 ye encik," kata wadar itu penuh sopan.

Wah RM3 je, mcm tak percaya pulak. Dalam hati abam berkata, mesti takde apa sangat kat penjara ni sebab entrance fee murah benor.

Namun sebaik saja melangkah masuk ke dalamnya, mulut terus berkata- WOW!

Rupanya dalam ini ada 1,001 kisah dan sejarah Jabatan Penjara, bukan kisah Penjara Banda Hilir semata.

Walaupun tak sebesar Penjara Pudu, tapi Penjara Banda Hilir dah bagi gambaran penjara2 lain di Malaysia.

Paling best, kita diberi peluang masuk dalam sel2 penjara, tengok tempat hukuman sebat dijalankan, dapat pegang sendiri rotan2 tu, melawat bilik pengasingan dan bilik akhir.

Kemuncaknya, melawat bilik hukuman gantung!

Pada yang tak pernah tengok macam mana hukuman sebat dijalankan, pihak penjara pasang video dan tunjuk bagaimana ia dijalankan dan saat2 buntot berdarah2 akibat disebat, takde censor punya, phewwww!!!

Juga ditunjuk barang2 yang banduan pernah sumbat dalam bontot mereka atau dalam istilahnya dipanggil 'roket' untuk diseludup dalam penjara.

Gambar bedah siasat mayat banduan yang mati ketika cuba menyeludup dadah dengan menelan bahan tersebut pun ada dalam muzium ini bro!

Pendek kata cukup best dan berbaloi melawat muzium Penjara Banda Hilir.

Muzium ni juga cukup bersih, lantai berkilat2. Penghawa dingin di setiap ceruk, rasa mcm nak tido pun ada kat dalam tu hehehe.

So let say korang datang melancong ke Melaka, pastikan lawatan ke Muzium Penjara Banda Hilir masuk dalam itenary korang.

Abam bukan disponsor Jabatan Penjara untuk ke sini, tetapi abam bangga kerana dapat melihat khazanah negara yang dijaga rapi seperti ini.

Salute!

#jabatanpenjaramalaysia

#muziumpenjara

#penjarabandahilir

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...