Monday, December 24, 2018

"18+1 Perkara Menarik Tentang MIRI,SARAWAK"

1. Pengguna motosikal di Miri masih dikategorikan sebagai sangat sedikit berbanding bahagian2 lain di Sarawak.

2. Anda akan terjumpa ramai penduduk di sini yang boleh bertutur lebih daripada 1 bahasa. So jangan terkejut jika melihat lelaki berwajah melayu tiba2 bercakap dalam bahasa cina ataupun iban!

3. Jika anda menunggang motosikal di Miri,berhati2lah. Pemandu kereta di sini memandu dengan sangat laju!

4. Komuniti di Miri sangat erat! Jangan sesekali membuat masalah di sini kerana besar kemungkinan kesalahan anda akan di post di Miri Community group di facebook!

5. Nisbah anggaran bagi persepsi penduduk disini berkenaan dengan jauhnya jarak dari satu destinasi ke satu destinasi di sini berbanding dengan penduduk di Kuching adalah dalam kadar 3 nisbah 1 !

6. Penduduk asal Miri dikenali sebagai 'Mereik'. Ini membezakan mereka dengan penduduk luar Miri yang berhijrah ke sini.

7. Sebahagian peratusan ekonomi disini di turut disumbangkan oleh pembeli dari negara jiran iaitu Brunei, yang datang ke sini untuk membeli belah.

8. Golongan muda menjadikan Marina Bay ataupun Esplanade sebagai tempat mereka berkumpul di hujung minggu.

9. Sesetengah barangan siap yang dijual disini agak mahal, walaupun bahan mentah/asas kepada barangan tersebut murah.

10. Kebanyakan rumah penduduk di sini menggunakan gas bawah tanah berbanding penggunaan tong gas. Ianya lebih menjimatkan kos dan mudah.

11. Masalah yang mungkin anda hadapi semasa berada di sini adalah mencari tempat makan.

12. Jika anda memandu di tengah pusat bandaraya Miri, jangan terlepas pandang ke tempat yang anda ingin tuju. Jika terlepas, anda terpaksa berpusing jauh untuk ke tempat itu semula!

13. Wanita di sini ramai yang cantik dan seksi! Ianya realiti yang perlu diterima semua! Malahan pemandu wanita disini memandu dengan sangat cekap!

14. Di Lutong, anda akan melihat masjid dan gereja dibina bersebelahan saja. Begitu juga dengan tanah perkuburan di Krokop. Jauhnya jarak kubur Kristian dan Islam tidak sampai 5 meter pun!

15. Kebanyakan ahli perniagaan disini memilili rumah yang sangat luar biasa besarnya. Biliknya sahaja mungkin bersamaan dengan keluasan rumah teres biasa! 

16. Geografi muka bumi di sini berbukit bukau. Sangat berbahaya memandu ketika hujan.

17. Pasar Saberkas dari dulu lagi menjadi tumpuan utama untuk penduduk di sini membeli makanan untuk dibawa pulang ke rumah.

18. Lelaki dan perempuan Miri majoritinya berkulit putih. Agak jarang kita melihat mereka-mereka yang berkulit hitam.

19. Jenama Kek Lapis Sarawak Siti Payung yang dikenali ramai lahir di Miri dan menjadi kebanggaan warganya. #sitipayung.

P/S Saya tambah satu fakta menarik yang ditulis di page Kamek Miak Sarawak.

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...