Thursday, March 29, 2012

Banjir Lumpur di Sidiaojo-Bukti Kekuasaan Allah



Surabaya? Apa yang ada?

Itulah antara persoalan isteri bila saya bercadang ke sini.Surabaya tidak setanding dengan kota-kota pariwisata yang lainnya seperti Bali, Bandung, Danau Toba atau Jakarta.  Namun disini telah terjadi satu kejadian yang memberi kesedaran kepada saya tentang kekuasaan Allah. Sebagaimana mudahnya DIA "mencuci" Acheh dengan kejadian Tsunami dan pelbagai lagi kejadian gempa di Indonesia, begitu jugalah dengan mudah dia menutup satu kawasan di daerah Sidiarjo, Surabaya dengan kejadian "Banjir Lumpur". 

Kejadian yang berlaku pada tahun 2006 dan masih aktif sehingga kini telah menenggelamkan 16 buah kampung seluas 25000 hektar yang didalamnya sumber rezeki penduduk kampung dengan aktiviti perkilangan habis ditutupi. Terdapat lebih 25 buah perusahaan yang ditutup kerana banjir lumpur ini telah melebihi jangkaun kawasan yang tinggi serta ketinggiannya telah melebihi 10meter. Lebih kurang enam kali ketinggian manusia normal.
Masyallah, cuma yang kelihatan atap kilang.



Penebat yang dibunakan.


Lihat ketinggian yang telah ditembok


Yang tinggal hanya hujung menara masjid

Kejadian dikatakan berpunca dari aktiviti penggalian gas asli oleh syarikat petroleum Indonesia, Pertamina beberapa tahun sebelum kejadian walaupun pernah dilarang oleh tukang tilik tersohor Indonesia, Mama Lauren yang mengatakan akan berlaku bencana dan akan berlarutan sehingga 30 tahun.
Untuk pengetahuan tukang tilik ini juga pernah meramal akan penceraian Kris Dayanti, kejatuhan Krisdayanti, beberapa kematian tokoh terkenal dan pelbagai lagi tilikan yang tepat. Walaubagaimanapun tilikan bukan budaya kita dan jangan percaya kerana dikhuatiri akan memesongkan iktikaf kita pada Allah.


Tinggalan sekolah



Tinggalan Masjid


Sebahagian lumpur dialirkan ke Sungai Surabaya 



Bersama Uncle Subuh dan wife, rakan liburan yang dijumpa semasa sama flight
Semasa kejadian pancutan setinggi bangunan 5 tingkat dengan suhu mencecah 90C. Tempat pancutan betul-betul berlaku di kawasan lebuhraya dan telah membunuh 11 orang termasuk pekerja penggerudian. Kini pancutan berterusan namun pancutan tidak sekuat dulu.Kesan asap dan bau belerang masih dapat dilihat. Atap bangunan kilang serta hujung menara masjid dapat dilihat. Beberapa buah pam dibina, dimana air sungai akan dicampur dengan lumpur kemudiannya disalurkan semula ke sungai. Lumpur yang mengering tidak dapat dipakai sama ada untuk tujuan pertanian atau lainnya kerana keasidannya dan juga kehadiran belerang.



Penduduk kampung yang terlibat telah dipindah ke kawasan lain dan pampasan turut diberi oleh pihak syarikat dan kerajaan. Kini penduduk mencari makan dengan membawa pelancong serta menerangkan asal kejadian dengan menaiki motor. Bayaran dikenakan 25,000 untuk separuh perjalanan yang sudah memadai. Tak salah jika kita memberi 30,000 atau lebih kerana beza 5,000 itu hanyalah RM2.00. 


No comments:

Post a Comment