Tuesday, June 22, 2010

Che' Siti Wan Kembang dan kegemilangan Sup Gear Box.

Alhamdulillah, setelah lebih 10 tahun dapat lagi saya menjejakkan kaki ke negeri  Cik Siti Wan Kembang. Perjalanan kali ini merupakan bonus kerana ia bertepatan dengan projek yang saya lakukan di sini. Hotel Sutera Prima Inn adalah tempat penginapan kami sepanjang 4 hari 3 malam saya disini. Hotel ini agak lama namun biliknya cukup luas, makananyang disediakan juga pelbagai.
Pasar Siti Khadijah memang matlamat saya ke Kelantan, pasar ini melambangkan identiti Kelantan itu sendiri. Pasar ini merangkumi beberapa bahagian pasar iaitu pasar sayur, pasar basah,pusat jualan baju, pusat jualan barang dapur, pusat makanan  dan ragam orang Kelantan dapat dipelajari disini. Tidak lengkap kiranya jika ke Kelantan tanpa ke Pasar Siti Khadijah ini. Ia bagaikan muzium bagi saya.
Di tingkat bawah adalah tempat menjual makanan asal Kelantan seperti Tapai Beras ( betul-betul manis sehingga labah-labah hinggap ), Keropok Lekor  yang cukup murah dan rasa asli. Pelbagai kuih asli Kelantan seperti Lompat Tikam dan Nasi Kerabu memang unik.
Di tingkat satu terdapat pusat jualan makanan, ia seakan-akan syurga makanan dengan begitu banyak peniaga menjual pelbagai makanan yang sama.
Saksikanlah serba sedikit  gambar-gambar dibawah ini untuk member gambaran terbaik.

Di sebelah pasar asal terdapat sebuah bangunan yang dihubungkan dengan laluan pejalan kaki untuk kemudahan pelanggan-pelanggan. Ia lebih kepada pasar basah menjual sayur-sayuran,ayam mentah dan daging segar. Satu keunikan yang dapat dilihat adalah banyaknya bahagian-bahagian lembu yang tunggu untuk dimasak menjadi Sup Gear Box.
Perjalanan juga diteruskan ke Pantai Cahaya Bulan, pada mulanya memang hasrat dihati untuk bermandi manda,Namun melihatkan keadaan dan setelah mendengar nasihat orang tempatan hasrat dipendamkan. Akhirnya saya sekadar menjamu makanan laut di pantai tersebut.
Harga makanan di Kota Bharu memang masih murah  dan saya puas makan Sup Gear Box.

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...