Saturday, October 24, 2009

Hong Kong & Keriangannya Part 1

 16 Oktober 2008 - 21 Oktober 2008.





Terasa keriangan yang tidak terhingga ketika pesawat Airasia yang membawa kami anak beranak mendarat di Lapangan Terbang Chek Lap Kok Hong Kong. Ini adalah pengalaman bercuti paling jauh yang pernah dilakukan dan apa yang melucukan ialah percutian ini tidak dirancang sama sekali selepas sebulan lebih penat mengharungi bulan puasa. Pada masa ini, dirasakan cara yang paling murah adalah dengan menaiki pesawat Airasia dan betul dengan hanya kira-kira RM1375 dapatlah kami 3 beranak ke negara bekas jajahan China ini. Terima Kasih Airasia kerana menjadikan penerbangan mudah dan murah.

Perjalanan kami menuju ke hotel mengambil masa kira-kira 45 minit dan dengan hanya budget rendah kami menetap di Dorsett Kowloon Hotel. Bagi saya itu yang terbaik buat masa itu kerana membawa keluarga dan anak kecil.Lega rasanya apabila sampai di hotel dan setelah proses check in bilik dituju. Sebaik melangkah masuk, dalam hati kecil berkata " Ya Allah, besar ni jek bilik dia".  Untuk pengetahuan, disebabkan ruang  tanah terhad dan kos sara hidup yang tinggi harga hotel di Hong Kong adalah antara yang termahal di dunia. Walaubagaimanapun kami berpuashati kerana kemudahan yang disediakan bertaraf 4 bintang. Malam ni kami hanya makan rendang yang dimasak khas oleh ibu kerana masih lagi dalam mood hari raya.












Hari kedua masa kami dihabiskan dengan acara berjalan kaki mengenali budaya dan hiruk pikuk Kotaraya Hong Kong. Tidak terasa cepat masa berlalu ketika berada di deretan kedai menjual pakaian.Tapi disebabkan terlalu ramai manusia dan takut hilang,awal-awal lagi saya dah berpesan dengan orang rumah.."Yang,kalau sesat pandai2lah balik hotel sendiri ". Mungkin disebabkan takut hilang,kami bershopping ala kadar saja di situ, menjadi juga skill nak elak orang rumah belanja sakan.


Antara tempat lain yang dilawati hari itu ialah di Taman Burung. Bukan taman sebenarnya, tetapi lebih pada tempat urusniaga burung. Anak saya seronok sakan bila sampai sini, puas bergambar dengan segala macam burung kakaktua dan lain-lain.

My baby enjoy the bird very much.






Pasar Bunga atau Flower Market juga meriah dengan pelbagai bunga-bungaan yang berwarna warni dan cantik. Harganya juga memang menarik. Pelbagai ragam warga kosmopolitan dapat disaksikan disini.

Petangnya kami bergerak menuju The Peak menggunakan bas dan turun menggunakan tram. Bersimpang siur juga perjalanan naik dengan pengalaman ngeri kondominium di kiri dan kanan sepanjang perjalanan. The Peak tidak hanya terkenal dengan Sky Terrace dan Madame Tussauds Wax Museum sahaja tetapi terdapat 2 pusat membeli belah yang agak terkenal jika ingin membeli cenderahati atau sekadar mencuci mata.

Pemandangan di Sky Terrace tidaklah begitu menarik dengan keadaan jerebu kota Hong Kong namun hembusan angin sejuk cukup mendamaikan apatah lagi pemandangan pada waktu malamnya. jika berkesempatan kunjungilah Madame Tussauds Wax Museum yang bukan hanya terdapat disini saja. Dengan bayaran sebanyak HK$ 150/RM68 dapatlah kita berangan bergambar dengan sekian banyak manusia yang berpengaruh dan terkenal seperti Bruce Lee, Tiger Wood, Eddie Murphy dan juga ramai yang lain.



Perjalanan turun menggunakan tram juga merupakan pengalaman baru yang mana pada satu ketika sepertinya kita turun sehingga 90 darjah kecendurangan. Namun ia diselang seli dengan keindahan bangunan di Hong Kong.
Pulang ke hotel dengan menaiki Star Ferry yang cukup menggamit memori. Ah..penat sungguh seharian berjalan dan malamnya tidur kami nyenyak. Esok kami akan ke  Ocean Park pula.

Symphony of Light

Symphony of Light




Openly sold..For fun pleasure.


Hotel:- Dorset Kowloon Hotel. (5 minit berjalan kaki ke MRT terdekat cara paling mudah untuk bergerak di Hong Kong). Harga boleh check di www.wego.com
Untuk 2 malam pertama kami menggunakan khidmat travel agency untuk membuat tempahan bilik kerana belum pasti dengan keadaan di sana. Harga bilik memang mengagumkan dan tidak berbaloi dengan keluasan bilik jika itu yang anda harapkan. Tapi itulah asam garam perjalanan.

No comments:

Post a Comment