Thursday, April 21, 2011

Hotel Longhouse Kuching.

Jika kalian fikir hotel ini adalah rumah panjang, kalian silap. Hotel Longhouse merupakan antara hotel kecil terawal yang terdapat di bandaraya pusak atau Kuching ini. Setelah lebih 40 tahun menjalankan perniagaan yang bertukar tangan ini, tidalk hairanlah jika ia nampak lama. Kemudahan yang disediakan juga hanya bertaraf 2 bintang. Namun perkhidmatan lif membuatkan hotel ini berbeza dari kelas yang sama. Hotel yang terletak di jalan Abell ini penuh semasa Kedatangan kami, tinggal dari 46 bilik yang terdapat disini cuma family room dan standard room. Dengan harga dari RM45 sehingga yang paling mahal RM100 malam itu kami cuma ada bilik berharga RM55 dan RM85. Dengan hanya budget terhad untuk trip kali ini saya tinggal disitu untuk 2 malam. Melangkah masuk ke bilik, saya kagum dengan keluasan biliknya. kami hanya perlu mengambil satu bilik saja sebetulnya sudah memadai untuk menempatkan kami seramai 6 orang. Namun saya dan isteri memerlukan privasi kali itu setelah 14 jam memandu dari Miri. 2 malam kami di situ Dan penginapan kami cukup selesa dengan biliknya yang sudah memadai dan keramahan pekerjanya. Maklumat lanjut mengenai hotel ini, kalian bolehlah menghubungi terus dengan maklumat ini; Lot 182, Jalan Abell, 93100, Kuching. Tel: 082-429333, 232585, 413363 Hp: 0168664717, 0128887428

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...