Monday, April 16, 2012

Kek Lapis Sarawak Siti Payung Terbaik Dari Miri.

Kek Lapis Sarawak Siti Payung Terbaik Dari Miri.
 
Bila ditanya kepada receptionist di tempat penginapan di Mega Hotel, 
 
Dimana mahu membeli Kek Lapis Sarawak? 
Saya dicadangkan supaya pergi ke Siti Payung. Entah apa 
yang menariknya fikir saya, seperti sudah ada kemestian 
pada staf disitu untuk mencadangkan agar saya ke sana. 
 
 
Bell  Boy juga bila ditanya, dicadangkan agar saya ke 
sana. Saya juga dibekalkan dengan katalog kek yang 
telah sedia ditinggalkan di hotel itu. 
 
 
Dari penerangan yang diberikan, kedai Siti Payung yang 
terletak di Miri Waterfront hanyalah sejauh 5 minit 
berjalan kaki. Terletak di belakang bank CIMB sama row 
dengan Maybank yang jelas kelihatan dari lobi Hotel 
Mega.
 
 
Kebetulan hari itu,program habis awal dan saya bercadang 
mahu makan di Muara Restoren yang terkenal dengan Nasi 
Lalapan yang sedap dan marvelous yang juga terletak sama 
bangunan dengan Siti Payung,saya mengambil keputusan 
untuk berjalan kaki ke sana. Untuk pengetahuan,menaiki 
teksi di Sarawak adalah mahal kerana di sini tiada teksi 
LPG seperti mana di semenanjung.
 
 
Pengalaman pertama saya di Siti Payung agak menarik.Di 
sini kehadiran saya disambut dengan mesra oleh pekerja 
Siti Payung dan pelbagai hidangan Kek Lapis Sarawak 
PERCUMA!!!
 
 
Harga yang ditawarkan dengan kualiti bahan menggunakan 
mentega, bagi saya berbaloi.Ia dijual pada harga bermula 
RM18-RM110. Lebih banyak pilihan roll untuk dipilih. 
Perasa yang disediakan juga bukan rasa tipikal biasa. 
Pelbagai rasa seperti durian, honey dew, epal, kopi, 
peppermit dan pelbagai lagi.Pilihan ngetop disini adalah
seperti Roll Masam Manis, Kit Kat, Siti Payung, Kinder 
Bueno, Oreo dll.Pembayaran melalui kad kredit dan kad 
debitjuga ada disediakan tanpa pembelian minimum.
 
 
Apa yang menarik di kedai ini, kita boleh membuat Kek 
Lapis Sarawak menggunakan blok-blok kayu yang disediakan. 
Walaupun kayu tersebut keras dan contoh gambarajah telah 
disediakan, ia bukanlah kerja yang mudah.
 
 
Kita juga boleh melihat proses yang dilakukan.Pandangan 
peribadi saya, ia bukanlah kerja yang senang. Ia agak 
rumit dengan pelbagai corak yang menarik dan unik. 
Patutlah Kek Lapis Sarawak ini mahal harganya, kerana 
bagi saya ia lebih kepada Makanan Berseni atau 
signature product. Walaupun ia ada dibuat di 
semenanjung,feelnya lain.
 
 
Melihat kepada pekerjanya yang lengkap beruniform 
dengan baju ala chefnya dan keramahan mereka,saya pasti 
akankebersihannya juga dititikberatkan. Untuk 
pengetahuan, bagi pengusaha Kek Lapis Sarawak di 
seluruh Sarawak, hanya 7 pengusaha diberikan Anugerah 
Sarawak Best dan Siti Payung adalah pengusaha tunggal 
dari Miri yang mendapatkan anugerah ini. 
 
 
Pensijilan Sarawak Best ini dibeikan pada pengusaha 
yang telah menepati pengeluaran dengan standard yang 
baik, bersih dan hygienic serta penggunaan bahan-bahan 
yang dijamin halal. Isu Golden Churn walaupun mengganggu 
industri Kek Lapis Sarawak, namun bagi mereka ia berjaya 
diatasi.
 
 
Untuk merakan detik memori kedatangan saya ke sini, 
mereka turut menyediakan sudut bagi pelangan melahirkan 
apa-apa pandangan, cadangan, kekurangan malahan kritikan. 
Ia sesuatu yang berbeza dari kunjungan saya sebelum-
sebelum ini.
 
 
Mereka boleh dicari dengan mudah di Facebook dengan 
menaip "Kek Lapis Sarawak Siti Payung". Walaupun baru 
beroperasi 2 tahun pengikut mereka telah menjangkau 4300 
like. Nak lebih mudah taip saja Siti Payung di 
Foursquare smart phone anda untuk mendapatkan map ke 
sana.Mereka juga menyediakan perkhidmatan shuttle bagi 
sesiapa yang nak ke sana, atau lebih mudah call saja 
untuk delivery.  
 
Alamak lebih promote sudah ni. Lain kali datang boleh 
minta diskaun lagi.
 

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...