Friday, February 6, 2015

KEMBARA JEPUN 5H4M

Alhamdulillah. Trip ke Jepun selama 5 hari 4 malam berjaya dilunaskan. Saya menggunakan Takayama-Hokuriku Area Tourist Pass. Disini, saya ingin berkongsi tip berkaitan penggunaan Takayama-Hokuriku Area Tourist Pass:
1) Pass ini berharga 10500 Yen / MYR326. Tempoh sah 5 hari.
2) Pass ini perlu dibeli sebelum tiba ke Jepun. Beli melalui JTB Malaysia (Outlet paling mudah di Suria KLCC). Bila tiba di Jepun, ia perlu ditukarkan kepada pass sebenar di JR ticket office.
3) Pass ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin melawat di kawasan central Japan. (Melalui pintu masuk Osaka Airport atau Nagoya Airport)
4) Pass ini membenarkan kita menggunakan perkhidmatan JR train diantara Osaka-Kyoto-Kanazawa & Takayama-Nagoya secara unlimited selama 5 hari.Namun harus dingatkan, pass ini tidak cover bagi local train dalam Osaka, Kyoto, mahupun Nagoya city. Anda kena guna route yang sama untuk patah balik. (namun pemandangan dari dalam kereta api sangat indah terutamanya dari Nagoya ke Takayama). Sangat sesuai untuk mereka yang tak rushing dan ingin menikmati keindahan alam.
5) Pass ini juga membenarkan kita menggunakan Nohi bus diantara Kanazawa-Shirakawago-Takayama (laluan ini tiada akses keretapi) secara unlimited selama 5 hari.
6) Pass ini membenarkan kita menggunakan perkhidmatan "booking ticket" sebanyak 4 kali. Nasihat saya, bila tiba Jepun (selepas mendapat pass sebenar) terus buat booking ticket sebab sah2 anda dah ada tempat duduk. Namun, kita masih boleh menaiki JR Train tanpa buat reservation cuma potensi tiket akan habis. Apapun, rancang itinerary anda.
7) Ini merupakan salah satu alternatif daripada menggunakan JR Pass@7 hari yang berharga sekitar 29000 Yen / MYR1000. Anda akan membazir menggunakan JR Pass jika tidak menggunakan JR Pass secara maksimum di semua tempat di Jepun. Kalau nak cover tempat utama di Jepun, JR Pass lagi elok. Tetapi untuk central Japan, pass ini amat berbaloi.
8) Pass ini juga memberi peluang kepada mereka yang hanya merancang untuk bercuti di Osaka (Osaka merupakan tempat popular dalam kalangan pelancong Malaysia). Jadi anda mungkin boleh menggunakan kombinasi Takayama-Hokuriku Tourist Pass + Kansai Pass (untuk Nara-Kobe yg turut menjadi destinasi popular.
9) Jadi selain berpeluang melawat Osaka, anda berpeluang melawat Shirakawago (Top 10 Kampung tercantik dunia), Kanazawa (Kenrokuen Garden merupakan Top 3 taman tasik tercantik di Jepun), Takayama (Pekan yang menenangkan jiwa serta mempunyai Hida Folk Village-bas free melawat sekitar bandar jika menggunakan pass ini) disamping Kyoto yang sudah sedia popular dan Nagoya City.
10) Jadi, amat berbaloi menggunakan pass ini. Sesiapa yg ada soalan, boleh pm saya. Saya akan cuba jawab kerana berpengalaman menggunakan pass ini.
Terima Kasih membaca. Sekadar informasi untuk rakan-rakan

coretan FB Putera Dilema 

1 comment:

  1. Hi,

    Next year insyaAllah says akan ke Japan. Nak tanya untuk pass ni... Sekiranya saya tinggal di Shin-Osaka, boleh digunakan ke pass ni untuk travel ke kyoto and nagoya? Confius dengan kenyataan dari page "This pass does not allow you to travel on the Tokaido Shinkansen between Kyoto - Shin-Osaka station.".

    Terima kasih

    ReplyDelete