Thursday, October 8, 2015

MENDAKI GUNUNG RINJANI

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Memandangkan ramai yang PM aku bertanya soalan yang sama tentang trip mendaki Gunung Rinjani, aku dengan murah hatinya menaip panjang menjelaskan liku-liku perjalanan menawan Rinjani bermula daripada sampai di Airport Lombok sampailah habis turun ke kaki gunung.
Sebelum aku kena bash, aku minta maaf kalau post aku panjang berjela. Aku cuma mahu beri segala penjelasan kepada mereka yang berminat ke sana tetapi masih kabur-kabur ayam. Mari mula...
Aku pergi ke Lombok dengan 2 orang kawan. Kami book this trip through Mas Sobah Mahdi, bekas guide Rinjani yang sangat sopan dan baik hati. Di bawah ni details trip yang kami pilih.
Booking: Sobah Mahdi(+6281339735777)
Tempoh Pendakian: 3 hari 2 malam
Kos pendakian: 1.7juta rupiah(~Rm500++)
Laluan: Via Sembalun
Harga yang kami dapat bagi aku murah memandangkan kami hanya bertiga. Tapi aku tak jamin siapa yang bercadang nak book dengan Mas Sobah boleh dapat harga ni. Bergantung dengan nasib kamu. Mungkin dapat lebih mahal dan mungkin juga dapat lebih murah. Kebiasaannya, untuk satu kumpulan, 1 guide dan 2 porters akan siap sedia berkhidmat.

Hari 1.
Kami sampai di Lombok Airport pukul 6.45 malam. Tiada perbezaan masa dengan Malaysia. Supir sudah sedia menunggu dengan kertas nama di tangan beserta senyuman yang lebar. Kami terus bertolak ke tempat penginapan di Senaru(aku lupa nama lodge tu. Nanti aku ingat, aku bagitau) dan sampai lebih kurang 11 malam. Lodge tu sangat selesa. Rumah dua tingkat berkonsepkan tradisional dan digabungkan dengan sedikit dinding simen. Dua bilik yang bersih dan satu bilik mandi yang sederhana besar. Nanti datang sana dan nilai sendiri.
Hari 2.(Hari 1 Pendakian)
Bangun awal pagi dan disediakan sarapan pagi yang jujur cakap, sedap gila, sambil menghirup kopi lombok yang asli. Lepas kemas2 barang, kami bertolak ke Sembalun. Singgah sekejap di rumah Pak Sudir(bukan nama sebenar. Aku lupa) untuk tumpang simpan beg2 yang tak perlu dibawak naik mendaki. Kira2 jam 8 pagi kami sampai di Sembalun. Selepas mendaftar, kami terus memulakan pendakian lebih kurang pukul 9 pagi.
Di awal perjalanan, kami melalui rumah dan kebun sayuran penduduk di sana. Kemudian lalu hutan kecil. Then baru la jumpa laluan savana yang seperti dalam gambar Google. Sebelum tu, perlu tahu ada 3 pos berehat sebelum sampai ke tapak perkhemahan Plawangan Sembalun. Kami singgah di Pos 3 untuk makan tengah hari lebih kurang pukul 12 tgh hari. Makanan dimasak oleh guide dan 2 orang porters tadi. Serius sedap bagi selera kampung macam aku.
Habis makan, perjalanan diteruskan. Laluan selepas itu lebih mencabar kerana perlu mendaki beberapa bukit yang sangat berdebu. Akan wajib hidung menghasilkan tahi yang bersaiz besar. Kami sampai di tapak perkhemahan Plawangan Sembalun lebih kurang 3.30 pm berketinggian lebih kurang 2600m. Di sini khemah didirikan. Minum petang sambil layan sunset dan lepas tu makan malam. Kemudian rehat tidur sedia untuk menyerang puncak Subuh nanti. Ada yang berjaga sebab nak ambil gambar langit berbintang ala2 Milky Way.
Hari 3.(Hari 2 pendakian)
Kami bangun seawal 1.30 pagi untuk makan biskut dan minum kopi sebagai tenaga tambahan untuk mendaki. Pendakian bermula 2 pagi lebih. Pendakian memang mencabar. Angin kencang, tanah kerikil volkanik dan debu kasar antara cabaran yang paling aku tak tahan dan hampir putus asa. Tapi jangan risau. Pendaki-pendaki yang lain akan bagi semangat untuk siapa2 yang nak putus asa. "Sikit lagi". ", "Sudah mahu sampai." antara kata2 manis yang dilemparkan.
Lebih kurang 6.30 pagi kami berjaya sampai di puncak. Pemandangan memang puas hati, memang stunning. Datang sana dan nilai sendiri. Lepas ambil gambar dan berehat, kami bergerak turun. Turun lebih senang dan pantas umpama bermain ice skating. Lari meluncur. Sampai di khemah lebih kurang jam 11 pagi dan kami terlambat. Untuk pakej 3 hari 2 malam, sepatutnya perlu sampai ke khemah sebelum jam 10 pagi barulah sempat untuk turun melalui Senaru dan singgah mandi manda di Danau Segara Anak. Atas masalah teknikal, kami terpaksa turun melalui Sembalun semula, laluan kami naik semalam.
Kami bergerak turun lebih kurang pukul 1 petang dan sampai di Pos 2 untuk berhenti dan bermalam. Long story shorts, kami habiskan masa berborak, mencari line telefon, main api, cari tempat berak dan tidur.
Hari 4. (Hari 3 Pendakian)
Kami bertolak menuju ke kaki gunung seawal jam 7 pagi dan sampai di titik permulaan untuk semua pendaki kira2 pukul 9. Perasaan penat dan sedikit kecewa kerana tidak dapat turun melalui Senaru. Kami berangkat pulang menuju ke rumah tempat menyimpan beg hari itu dan terus menuju ke Air Terjun Sendeng Gila dan Tiu Kelep. Selesai mandi, kami dihantar ke destinasi masing-masing. Aku menuju ke Gilis untuk ke Bali manakala dua kawan aku terus ke Kuta untuk bersiap pulang keesokan harinya. The end.
Tips.
1. Aku nasihatkan ambil pakej 4 hari 3 malam. Jangan ambil 3 hari 2 malam sebab kekurangan masa dan stamina. Tapi pakej 4h3m lebih mahal sedikit berbanding 3h2m. Walaupun dah biasa mendaki gunung di Malaysia, jangan pandang rendah Rinjani. Believe me, ambil pakej 4h3m.
2. Bawa baju sejuk, glove dan paling penting goggle dan mask. 2 benda ni sangat penting. Aku tak bawa goggle dan mask maka bertahi mata dan bertahi hidunglah aku sepanjang perjalanan terutamanya sewaktu naik dan turun puncak. Tongkat tu optional la bagi aku.
3. Semasa naik ke puncak, bawak beg berisi makanan dan minuman macam coklat, energy bar, Redbull, Mineral Water, ubat-ubatan, kamera, passport dan duit sahaja. Segala make up, seluar dalam extra, powerbank, diari, selipar dan barang2 lain tinggalkan di khemah. Porters akan tolong jaga barang2 tu.
4. Hulurlah tips kepada guide dan porters. Mereka kerja angkat barang2 seberat 40-50 kg naik ke atas demi mencari duit menghantar anak masing2 ke sekolah. Tapi kalau dapat guide dan porters kurang baik, terpulanglah nak bagi tips ke tak.
Jumlah kos:
Mendaki: 1.7juta rupiah(~RM500++)
Transport Sembalun ke Senaru: 300k rupiah atau RM90++(Bahagi 3 orang so 100k seorang). Disebabkan kami gagal turun di Senaru seperti yang dijadualkan sebaliknya turun semula di Sembalun, kami terpaksa membayar kos pengangkutan tambahan. Sebab penat dan malas nak argue, kami bayar je.
Yuran masuk Air Terjun Tiu Kelep Sendeng Gila: 15k rupiah(~RM5) seorang.
Guide Air Terjun: 300k rupiah bahagi 3 orang so 100k(~RM31) seorang. Selalunya bayar guide 100k-150k rupiah je tapi kami bagi lebih sebagai tips.
So total lebih kurang kira cincai RM625 la seorang.
Itu je lah aku nak cerita. Harap dapat membantu mereka yang bercadang ke sana. Sepanjang 10 hari di sana, ada kawan local ajar aku cara nak daki Rinjani dengan kos kurang daripada RM150 tapi memang lecehlah. Kalau betul nak tahu, PM je aku. Kalau ada yang nak tanya apa2, boleh PM tapi aku tak janji boleh reply cepat. Kalau aku tak sibuk, aku try reply ASAP. Tapi tanyalah soalan yang belum aku jelaskan. Jangan tanya soalan yang jawapannya obvious aku dah explain berjela-jela.
Paling penting, jagalah kebersihan Rinjani. Kalau nampak ada sampah, kutiplah bawa turun. Selamat menawan Rinjani kawan-kawan!
Pendakian Hari 1.
Ini lodge yang kami bermalam sebelum mendaki. Di sinilah kami sarapan nasi goreng. Kemas, bersih dan makanan pun sedap berkualiti.
Hari 1 Pendakian.
Haa ni lah pick-up lorry yang membawa kami dari Senaru ke tapak permulaan di Sembalun. Kalau nasib baik, dapat naik van air cond tapi mungkin mahal. Perjalanan lebih kurang sejam.
Hari 1 Pendakian.
Kawasan savana kononnya. Tenaga masih full dan bertenaga. Jarak ke tapak perkhemahan tak silap 6-8 km kata guide kami.
Hari Pendakian 1.
Mula berrtemu dengan bukit. Mula mendaki la maksudnya. Cuaca panas so silalah apply sunblock atau pakai topi.


Hari Pendakian 1.
Ada beberapa jambatan akan dilalui sepanjang perjalanan ke tapak perkhemahan. Sewaktu hujan akan ada sungai terbentuk kata guide.
Hari 1 Pendakian.
Aku cuma nak tunjuk benda merah tu. Haa itulah toilet kat tapak perkhemahan di Plawangan Sembalun nanti. Porter akan gali lubang sedalam lebih kurang 30 cm untuk menampung sisa pepejal para pendaki sewaktu berak. Ada juga pendaki yang hardcore pergi ke lereng-lereng bukit untuk berak. Elakkan berak sewaktu angin kencang kerana dikhuatiri dinding tandas tersebut diterbangkan angin. Free show la jawabnya.
Hari 2 Pendakian.
Khemah agak luas. Muat untuk dua orang duduk. Sleeping bag, selimut dan bantal kecil disediakan. Khemah pun windproof.
 
Hari 2 Pendakian.
Inilah puncak Rinjani. Ada 3 papan tanda. So kalau boleh ambil la gambar dengan ketiga-tiga papan tanda tersebut. Di belakang tu lah gunung berapi nya. Gunung Baru namanya. Unik kan? Atas gunung ada gunung. Yang tasik tu adalah Danau Segara Anak. Bagi yang kaki pancing, bawa joran masing2 sebab most locals yang daki Rinjani memang wajib bawa joran sebab nak pancing ikan di tasik tu.

Hari 2 Pendakian.
Mendaki turun. Di belakang tu adalah trail paling azab sepanjang pendakian. Ada yang sampai merangkak. Cubalah nanti.
Hari 3 Pendakian.
Ini kali pertama kami mandi setelah mula mendaki. Air Terjun Tiu Kelep dan Sendeng Gila ni wajib singgah.



PETIKAN DARI FB Nishamovic Tandeko

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...