Monday, January 7, 2019

KETAM KELAPA DI PULAU SELAKAN,SEMPORNA,SABAH

HANYA SABAH DIANUGERAH KETAM KELAPA dan Salah satu tempat adalah di Pulau Selakan Semporna. 

MUNGKIN ramai antara kita yang tidak tahu betapa SABAH, satu-satunya negeri yang mempunyai banyak Ketam Kelapa. Malah ramai juga tidak tahu ketam ini tersangatlah sedap.

Anehnya, Ketam ini hanya naik ke darat untuk memanjat pokok Kelapa dan menjatuhkannya ke bawah sebelum dan mengupas buahnya dengan sepitnya yang kuat. Ketam ini tidak pernah mengupas buah kelapa di atas pokok.

Ketam ini biasanya hidup berhampiran kawasan yang berlubang dan berair tidak jauh dari kawasan yang berpokok kelapa tapi banyak juga spesis yang hampir sama ditemui di sekitar 100 meter di antara laut dan daratan.

Kelapa bukanlah satu-satunya makanannya walaupun ia seperti makanan ruji dan kegemaran utama ketam yang dikenali oleh orang Inggeris sebagai Robber Crab. Digelar demikian kerana sifatnya yang biasanya seperti pencuri memanjat pokok kelapa senyap-senyap di waktu malam semasa tiada aktiviti di sekitarnya.

Ketam ini dikenali di Indonesia sebagai 'Ketam Kenari' dan biasanya ditemui di Pulau Talaud, Sulawesi dan beberapa tempat lain. Di Malaysia secara eksklusif, hanya ada di dua tempat iaitu Pulau Sipadan dan Pulau Kapalai; kedua-duanya di daerah Tawau/Semporna.

Melihat kepada bentuknya, bagi yang tidak tahu, mungkin akan merasa seram dan geli. Tetapi mereka yang sudah merasa tidak, mungkin akan melupakan rasanya kerana memang seperti Ketam, tetapi lebih 'juicy' dan penuh padat dengan daging putih yang tebal.

Dikatakan harganya sekarang sangat mahal. Jika di restoran biasa, ia mungkin sukar ditemui kerana Ketam ini haiwan terlindung. Dikatakan harganya mencecah RM300 sekilo; namun jika anda melancong ke dua pulau berkenaan; begitu mudah akan menemuinya.

Ketam ini tidaklah ganas atau menyerang manusia atau binatang apapun juga walaupun panjangnya boleh mencecah satu meter. Ketam ini lebih mencintai Kelapa dan tidak akan peduli anda walaupun anda berhampirannya.

Makanan lain Ketam ini adalah ketam-ketam kecil, buah pandan, burung-burung kecil termasuk juga kulit kayu yang sudah mati. Ketam ini juga boleh dijadikan PET atau binatang peliharaan kerana penjagaannya yang mudah dan tidak ganas. Malah Ketam ini yang sering menjadi mangsa binatang lain selain manusia seperti makanan babi hutan, burung-burung yang lebih besar seperti helang, biawak dan sebagainya.

Namun manusialah ancaman sebenar. Kepada peminat Ketam. Anda tidak sah selagi belum merasa Ketam Kelapa kerana rasanya yang 'super duper delicious'. Datanglah ke Sabah dn lawatlah Pulau Sipadan dan Kapalai keran Ketam ini banyak dan mudah ditemui. Ada yang mengatakan Ketam ini juga ditemui di beberapa pulau sekitar Pantai Timur yang rimbun dengan pohon Kelapa. Selamat Mencuba!

-jangan komen pasal makan jak 🤣🤣🤣
-Lodge water house di Pulau Selakan tidak membenarkan mana2 pihak untuk menangkap Ketam Kelapa ini.

                 

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...