Friday, December 31, 2010

Jatujak Market memang memenatkan dan syurga barang murah.Part 3.


Menjelang hari-hari terakhir saya risau kerana duit belanja makin menyusut dan rasanya belum puas dengan Bangkok. Namun saya teruskan juga kerana ia adalah cabaran buat saya. Pada keseluruhannya trip saya selama  6 hari 5 malam di sini saya hanya membawa kurang dari RM1500.00 yang saya gunakan untuk perbelanjaan hotel, makan dan liburan saya disini. Agak terbatas bukan tapi begitulah biasanya.








Hari kelima saya terlewat bangun dan ditinggalkan bas untuk lawatan ke Pasar Terapung Damneuk saya menyesal kerana hilanglah bayaran saya sebanyak Bath $890. Jika tidak pasti lawatan saya lebih bermakna dengan keindahan dan keunikkan floating market. Apa nak buat nasi dah jadi bubur. Entah kenapa saya begitu cuai kali ini.

Pagi itu saya bergerak ke Suvarnhabumi Airport untuk melihat jika saya boleh membuat tukaran penerbangan. Sampai sahaja di sana, kaunter masih tutup dan saya terpaksa balik semula ke Bandar Bangkok dan pergi sendiri ke  pejabat Malaysia Airline yang terletak di:
Malaysia Airlines Office.
20th Floor, Ploenchit Tower,
898 Ploenchit Road,
Bangkok, Thailand.

Malangnya sampai sahaja saya di sana, pejabat itu tutup.walaupun pada hari Jumaat 31/12/2010. Rupanya, hari itu adalah cuti umum bagi penduduk disana. Patutlah jalan lengang semacam. Saya menjadi semakin gabra kerana penerbangan saya pada 2/1/2011 melalui Ho Chi Minh dan masa itu tidak cukup untuk saya menggunakan bas. Perjalanan agak jauh iaitu hamper 2 hari dengan berhenti rehat semalaman di Phnom Penh.

Saya tiada pilihan lain melainkan menaiki kapal terbang pada 1hb ke sana, selepas puas mencari dan dengan sedikit bantuan dari abang saya di Malaysia saya mencuba penerbangan Vietnam Airlines. Penerbangan itu memang cukup berbeza dengan keunikkan krew bertugas yang memakai pakaian rasmi Ao Dang sebagai uniform. Maklumat lanjut ada saya ceritakan di salah satu entri di blog ini.

Untuk pengetahuan semua, saya memang begitu meminati bidang penerbangan. Cita-cita dulu hendak menjadi pramugara, tetapi apakan daya tak cukup segak. Hendak mengambil lesen penerbangan, tak termampu pula. Hujung-hujung dapatlah saya bekerja di  syarikat penerbangan Maswings, itupun tidak lama kerana saya terasa seperti terperap di sebuah compartment dan saya ada perniagaan yang perlu diurus.

Sambutan Tahun Baru 2011 saya kali ini berbeza kerana saya menyambutnya seorang diri di sebuah negara asing. Apa yang lebih menyedihkan, saya meninggalkan isteri dan anak-anak di tanah air. Malam itu saya menyambut tahun baru dengan melihat keindahan mainan bunga api dan di tengah-tengah keseronokan muda mudi di sebuah pub. Memang meriah dan terdetik juga, habislah saya jika terdapat ancaman bom. Namun malam itu saya seronok. Saya berjalan kaki pulang ke hotel.













Hari terakhir saya di bumi Bangkok saya menuju ke tempat yang perlu dituju  bagi kaki-kaki membeli belah. Tempat ini bernama Jatujak Market atau Chatuchak Market. Anda boleh ke sini dengan menaiki MRT menuju ke stesen terakhir iaitu MO Chit dan dari situ hanya perlu berjalan kaki ke sana. Tempat ini dibuka setiap hari, namun kebanyakkan kedai dibuka pada hari Sabtu dan Ahad dengan kehadiran lebih 200,000 setiap hari kesana. Meriah bukan?

Kawasan seluas 35 ekar ini menempatkan lebih 5000 buah kedai yang menjual pelbagai barangan seperti barangan kelengkapan rumah, pakaian, handikraf, barang keagamaan, collectibles, sutera, makanan, bunga-bungaan dan juga binatang peliharaan hidup. Anda memang memerlukan sehari suntuk disini.












Disini anda tidak perlu risau kerana terdapat juga kedai yang menjual makanan halal. Saya begitu menikmati bebola daging dan juga ayam dengan cecahan sos cili Thailand yang pelbagai. Makanan laut juga pebagai disini. Perlu diingatkan yang anda tidak dibenarkan merokok di sepanjang masa anda berada disini atau jika berdegil juga anda mungkin disaman dengan bayaran sebanyak B$2000.

Satu bunga ini berharga 30 sen. jom beli jual di Malaysia









Maklum sahaja duit yang dibawa alang-alang. Kalau tidak banyak juga yang dapat dibeli. Sedih juga berjalan dengan duit terhad ni. Saya sempat mendapatkan Bulu Burung Merak  yang sukar didapati dengan harga 12 Bath satu. Murah kerana di temapt saya ia berharga RM16 satu. Jika anda membeli barang seperti ini anda perlu bungkus dengan elok kerana ia tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia dan saya punya hampir dirampas oleh pihak dari Jabatan Kuarantin setibanya di KLIA.











Beberapa helai T shirt juga saya beli disini untuk kegunaan sendiri. Tengoklah gambar yang sempat saya rakamkan disini untuk tatapan bersama.








No comments:

Post a Comment