Friday, December 31, 2010

Medai Medai Bangkok. Land of Smile Part 1.


Sawaddi Kap dan Sawaddi Pi Mai untuk semua, syukur kita bertemu lagi di blog saya.Bertemu sekali lagi dan kali ini tempat tujuan saya adalah Bangkok.  Ketika kalian membaca blog ini saya berada di dalam bilik di kawasan Khaosan Road atau kawasan yang berdekatan dengan Sungai Chao Phraya. Baru terfikir untuk menaip sesuatu supaya tidaklah banyak perlu ditaip jika balik nanti dan juga sementara idea masih banyak.










Semalam merupakan kali pertama saya berada di bumi Bangkok  dan negeri kedua Thailand selepas Phuket yang saya lawati tahun lalu bersama isteri dan anak. Suatu ketika dulu dikenali dengan nama Krung Thep atau City Of Angels. Kota baru ini telah dibuka oleh King Rama 1 pada tahun 1782 sebagai ibu negara Siam yang baru. Kini kota metropolitan ini diduduki oleh lebih 6 juta penduduk dan tidak lekang dengan kedatangan pelancong asing dari serata dunia.


Penerbangan menaiki Penerbangan Malaysia MH782 memang cukup mengujakan, saya bangga dengan produk Malaysia. Penerbangan yang hampir penuh dengan campuran pelancong yang banyak dari negara Eropah, mungkin kerana keadaan disana yang sedang mengalami cuaca sejuk melampau membuatkan mereka ke mari mencari nyamannya suasana tropika yang hangat.


Semasa mahu mendarat dan masih di langit Thailand saya agak terkejut dengan binaan seolah-olah penahan ombak yang banyak dibina di pesisir laut. Mungkin juga persediaan menghadapi taufan atau tsunami kerana negara ini terdedah oleh lautan luas yang penuh dengan misteri.Wallahualam. lebig terkejut semasa ingin mendarat saya dapati dari atas seolah-olah Bangkok sedang mengalami banjir dan saya fikir, habislah perjalanan saya kali ini, namun bila mendarat baru saya tahu penduduknya banyak mengusahakan ternakan kolam.


Menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnhabumi saya kagum dengan seni binaannya yang seolah-olah memanggil. Seni reka ala-ala tertutup menggamit pandangan lensa kamera saya. Lapangan ini merupakan antara lapangan tersibuk di Asia selepas Chap Lep Kok, Tokyo, Changi atau Kuala Lumpur. Di dalamnya keadaan agak berbeza seolah-olah kita di penjara  dan agak sibuk dengan sistem imigrasi yang agak kelam kabut.


Lapangan terbang yang terletak 20KM dari pusat bandar ini dapat dihubungi menggunakan keretapi laju dengan harga B$15. Murah bukan jika mahu dibandingkan dengan KLIA Express yang berharga RM35 sehala yang jaraknya mungkin 3.5 kali ganda. Tukaran buat masa semasa adalah RM10=B$94. Mungkin sesuatu dapat dilakukan pihak kerajaan kita untuk mengurangkan harga tambang tersebut.
Laluan saya berhenti di Makassan dan saya teruskan menaiki subway atau keretapi bawah tanah di Petchaburi menuju ke Stesen Salang Daeng. Perjalanan ke Bangkok tanpa membuat persiapan rapi membawa saya ke hotel pertama di malam pertama iaitu Hotel Cardia Residence di Sala Daeng. Hotel ini sepertinya hotel budget yang agak terpencil, namun kemudahannya cukup dengan sambungan internet di bilik. Jadilah untuk saya yang berjalan seorang dengan harga B$1030 semalam. Ia agak berbeza jika saya berjalan bersama anak dan isteri.


Malam pertama saya berjalan-jalan di Silom  dan Pat Pong selepas penerangan ringkas tentang aktiviti sepanjang lawatan saya bersama kawan-kawan perniagaan lain dan juga selepas berkenalan sesama kami . Kawasan ini memang meriah dengan deretan kedai menjual baju, cenderamata dan juga makanan tepi jalan.
Lebih dalam menulusuri jalan-jalan dan lebih peka saya dengan keadaan sekeliling saya agak cultural shock juga. Disini juga aktiviti pelacuran dan gay/lesbian terlalu bebas dan nampak terbuka dengan banyak sungguh pub,disko dan rumah tumpangan yang mengkhususkan untuk golongan ini. Sekali-sekala Nampak pasangan ‘farang’ dan tempatan bermesra-mesra geli di khalayak ramai. ‘Farang’ bermaksud mat salleh dalam bahasa tempatan.


Di Pat Pong saya begitu teruja, terkejut dan takut dengan terbukanya penerimaan masyarakat terhadap aktiviti tidak sihat. Nampaknya sami Buddha pun tidak dapat berbuat apa. Anda juga kadangkala akan mendapat sapaan manja dari mak ayam atau juga lelaki yang menawarkan khidmat urutan badan ke badan. Tiger show juga amat terbuka di kawasan ini dengan macam-macam skil erotic dari penari-penari perempuan dan para-perempuan. Anda saksikan sendiri dan nilai sendiri, saya tidak mahu dikatakan mengajak kepada keburukan.


Di satu sudut saya melihat seorang ibu muda berbangsa Eropah menangis disisi kereta sorong anaknya. Teresak-esak menangis sambil mengelap airmata, mungkin sang suami sedang menuju ke salah satu tempat hiburan disitu dan hilang arah. Bagi saya cukuplah sekadar melihat dan cepat cepat beredar sebelum hanyut lebih jauh dan ingatlah anak isteri di rumah. Sayangku Juliana, abang tak senakal itu. Don’t worry baby.
Disini jugalah saya kehilangan RM600 yang jika ditukar mungkin sehingga B$5800 kepada mungkin salah seorang mak nyah yang yoyo mengendeng tapi membuat kerja kotornya itu. Hai…nasib badan, tiada rezeki. Mungkin juga balasan tuhan kerana berada di kawasan tersebut. Jawapan klise untuk menyedapkan hati sendiri.


Sesungguhnya jika iman tidak kuat memang tempat ini akan mengecewakan si isteri dan kekasih di tempat sendiri. Bayangkanlah jika…perlu ke saya tulis? Tidak mengapa biarkan ia menjadi satu teka teki buat kalian. Tiada apa dibeli disini melainkan sepasang seluar pendek yang berharga B$170 dan juga cukup mengalas perut dengan “ hawker food “ udang goreng dengan sambal enak yang berharga B$40.


Hari kedua selepas berakhir aktiviti pada pagi hari saya menuju ke kawasan Khaosan Road disebabkan saya telah membuat tempahan bilik di sana. Perjalanan menaiki teksi sebanyak B$200 agak membebankan kerana kita boleh ke sana menaiki BTS dari Stesen  Sala Daeng ke Stesen Surasak dengan harga B$40 kemudian menaiki bot di  situ ke Jeti Phra Arthit, jeti yang bernombor 13 menuju ke utara dengan harga B$14.
Sebelum ke sana, saya tertipu lagi dengan orang yang mengatakan saya perlu ke Tourism Authority of Thailand (TAT) untuk mendapatkan maklumat. Bagaikan telah dirancang dengan hanya B$20 saya menaiki tuk-tuk dan rupanya dibawa ke “travel agency” yang menjual pakej dengan harga 3x ganda lebih tinggi dari harga biasa. Kena lagi, nak buat macam mana kan? Namun tidak mengapa, saya akan terangkan serba sedikit tip yang diberikan oleh orang tempatan nanti.


Disini saya menetap di salah satu rangkaian hotel budget terbesar Thailand iaitu Sawadee Hotel yang mempunyai hampir 20 hotel murah di kawasan-kawasan strategi dengan harga serendah B$280 untuk hostel. Petangnya saya menaiki tuk-tuk sekali lagi, dengan harga murah jika saya bersetuju singgah sebentar ke kedai perhiasan ( ada cerita di sebalik ini dan akan saya ceritakan kemudian di dalam tip ).
Saya dibawa ke Wat Intrawihan, patung Budha berdiri 40 kaki dengan kawasan sekitarnya yang agak tenang. Banyak gambar cantik diambil disini.Mujurlah selepas melawat, pemandu tuk tuk membawa saya balik terus dan berkata perjalanan seterusnya bersambung esok hari. Saya memberi duit upah dengan bayaran sebanyak B$20 sejam perjalanan.


Petang itu juga saya berjalan menuju ke Democracy Monumen, di sini susun atur bunganya sangat cantik tanpa perlukan tanaman kekal. Bendera Thailand besar megah berkibar menandakan pemilihan demokrasi, adil dan telus di bawah penguasaan Raja Bhumibol dan kerajaan semasa. Agak mengujakan bila melihat Mc Donald disitu, namun bila melangkah masuk selera terpadam bila melihat Burger Babi tertulis di papan.
Selepas itu saya kembali ke hotel untuk berehat sebentar dan semasa perjalanan balik saya berjalan di kawasan sibuk  Khaosan Road melihat deretan kedai menjual barang cenderahati dan taburan pub dan disko. Sempat juga saya mendapatkan beberapa barangan cenderamata untuk orang tersayang di tanah air. Chewah..poyo jek ayat kan.


Pada malam harinya saya menaiki bot dari Jeti Phra Arthit ke Jeti Tha Chang. Tujuan saya adalah satu iaitu menuju ke Wat Prakaeo atau The Grand Palace dan mengambil gambar istana ini pada waktu malam. Indah dan cukup mengujakan, lihatlah sendiri keindahannya di bawah ini. Maaf juga kerana teknik saya belum cukup mantap. Saya akan melawat tempat ini esok. Saya akan menyambung blog ini di bahagian kedua nanti.

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...