Sunday, January 2, 2011

Singapore Changi Airport dan Segala Macam Kemudahannya.


Changi Airport merupakan lapangan terbang tersibuk di Asia Tenggara. Tahun 2010 sahaja lapangan terbang ini mengendalikan hampir 40 juta penumpang, jumlah yang 2 kali ganda lebih besar daripada lapangan terbang Kuala Lumpur. Lapangan terbang ini terbahagi kepada 3 terminal utama dan satu terminal tambang murah.

Jika anda penumpang yang menaiki Airasia anda akan mendarat dan terbang melalui terminal 1. Bagi Penerbangan Malaysia keberangkatan adalah melalui terminal 2 dan pintu daftar di pintu 6. Terminal tambang murah adalah untuk penerbangan seperti Firefly dan juga Tiger Airways. Namun anda tidak perlu risau jika mahu ke mana-mana terminal ini kerana perkhidmatan tren percuma dan shuttle bus disediakan.
Salah satu kedai menarik yang sering saya kunjungi jika ke Lapangan Terbang ini ialah Bengawan Solo Cake House yang terletak di terminal 1. Kedai ini cukup unik kerana mereka menghidangkan kuih-kuih tradisional yang cukup sedap. Di sini juga mereka menjual kek lapis legit dan juga biskut-biskut dalam bungkusan yang menarik. Harganya juga turut berpatutan.

Disini tiada salahnya jika seseorang mendaftar sehari lebih awal kerana ia digalakkan dan dengan Pas Pelepasan yang diberikan banyak kemudahan dapat digunakan seperti City Centre Hop On, kemudahan hotel transit, kolam renang, internet percuma dan yang paling penting hidangan mata dengan ratusan kedai-kedai menjual pelbagai barang. Anda tidak perlu risau berbelanja kerana anda boleh mendapatkan semula duit cukai perbelanjaan dengan VAT.

Jangan lupa juga untuk mendapatkan sesuatu disini. Saya semestinya tidak melepaskan peluang untuk mengepos poskad seperti mana biasa.
Pada penerbangan saya ke Miri menaiki Penerbangan Malaysia MH 642 ke Miri saya mempunyai banyak masa terluang iaitu lebih 5 jam. Selepas urusan daftar masuk dan membeli apa yang patut saya mengambil keputusan untuk merehatkan badan dengan tidur sebentar di hotel transit. Pada kadar bayaran S$41.20 dengan bilik budget tanpa bilik mandi dapatlah saya tidur nyenyak. Tidur malam saya sebelumnya tidak menentu dan saya perlukannya.

Saya meminta untuk digerakkan pada pukul 12.00PM dan selepas bangun saya ke kolam renang sebentar dan terus mandi untuk penerbangan saya seterusnya. Segar dan hilang terus bau-bauan yang tidak menyenangkan. Perkhidmatan kolam renang dan mandi adalah percuma jika anda menetap di hotel transit, sebaliknya anda perlu membayar S$ 13.70 untuk ke kolam renang dan  S$8.90 untuk mandi.

Satu lagi tips jika anda mencari makanan murah disini mungkin anda boleh mencuba ke medan selera atau food court untuk para pekerja. Semasa saya mencubanya dengan isteri kira-kira Oktober lepas ramai juga orang luar yang makan disitu. Lebih murah dan lebih banyak pilihan. Dapatlah saya merasa masakan  Singapura seperti Lontong dengan harga S$2.50.Kedai makanan Islam juga ada 3 atau 4 disitu. Cara ke sana adalah dengan menuju ke parker kereta di terminal 2, ia berhadapan dengan kaunter daftar masuk Penerbangan Malaysia. Sila naik ke tingkat 3 atau jika anda keliru tanyakan kepada pegawai pemberi maklumat dengan bertanyakan letaknya Staff Food Court.

Jika kalian pertama kali ke Singapura terdapat beberapa cara ke sana dari Johor Bahru:
1.       Menaiki Prebet Sapu di Larkin Sentral dengan  bayaran sebanyak S$20 seorang paling mahal jika ke Changi Airport. S$15 ke tempat lain.

2.       Menaiki teksi ke Singapura di Kota Raya dengan bayaran RM15 seorang. Perlu cukup 4 orang dan teksi akan berjalan dan semua penumpang akan dihantar ke Rochor Road. Jangan risau perkhidmatan 24 jam.Kemudian naiki MRT ke Changi Airport atau gunakan teksi dengan bayaran bawah S$15.
3.       Menggunakan bas awam dengan bayaran S$2.10 dari Larkin Sentral menuju ke Woodlands atau ke Rochor Road kemudian menaiki MRT ke Changi Airport.

Walapubagaimanapun saya lebih senang menaiki teksi atau prebet sapu kerana ia lebih mudah jika anda membawa banyak barang. CIQ Johor Bahru adalah sangat besar dan anda perlu berjalan jauh kemudian perlu berebut untuk mendapatkan bas yang digunakan tadi. Langkah penat yang sama di CIQ Woodlands. Namun tidak salah mencuba untuk kali pertama.
Semoga kalian menikmati keindahan Singapura. Ingat ya, undang-undang di Singapura adalah ketat. Jangan membawa masuk gula-gula getah, membuang sampah merata-rata dan jangan vandalism. Disiplin merupakan kekuatan mereka dan jangan terkejut dengan pemeriksaan ketat di pintu masuk. 

2 comments:

  1. hi there hafiz.

    nk tanya..ada caj imigration x time chop passport keluar changi? if airport kt indonesia fly out kena caj. kalau kena caj bape rm eh?

    ReplyDelete
  2. Hi there,

    Tq for reading my blog. Masa saya pergi dulu takde bayar airport fees atau levi apa2.

    Yg kena byr cuma di indonesia, brunei $15

    ReplyDelete

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...