Wednesday, July 15, 2015

Tips Thailand yang sangat MUDAH.....*

credit dari http://www.eshamzhalim.com

Jom aku kongsikan sedikit tips dan info berdasarkan perjalanan kitaorg setakat ini:
  1. Suhu dalam tren ke Hatyai dan Bangkok pada waktu malam memang sejuk ke tulang. Aku nasihatkan supaya bawa jaket dan pakai stokin di dalam tren. Stokin memang berguna kepada yang pakai selipar atau sandal. Boleh juga bawa sekali sarung tangan, shawl atau snow cap jika perlu.
  2. Bagi yang tak biasa tidur duduk tu, jangan lupa bawa bantal untuk mengelakkan sakit leher. Ada jer jual bantal kecil untuk diletakkan di leher tu.
  3. Bawa makanan seperti roti, biskut atau pun maggi, bolehlah makan kalau lapar atau untuk sarapan pagi nanti. Dalam tren KTMB memang ada cafe tapi bayangkanlah kalau pesan air panas untuk maggi pun dah 50 sen. Bila dah bawa makanan, secara automatiknya mesti akan bawa air sekali kan?…hihihi.. 😀
  4. Dalam tren KTMB ada disediakan surau di gerabak khas dan juga tandas di setiap gerabak.
  5. Ada perkhidmatan menukar wang ke matawang Baht di Stesen Padang Besar dan di dalam tren ke Hatyai. Bukan kedai tapi ada seorang makcik ni (masa trip kitaorg) akan tawarkan perkhidmatan untuk penukaran wang. Agak murah juga kadar tukarannya.
  6. Di Stesen Hatyai ada disediakan perkhidmatan menyimpan beg (luggage), bolehlah simpan backpack dulu sementara ronda-ronda bandar Hatyai. Bayaran simpanan bergantung kepada saiz beg.
  7. Boleh mandi di tandas awam di Stesen Hatyai. Bayaran pun tak mahal serta selesa dan bersih.
  8. Selain daripada kemudahan asas seperti tandas, Stesen Hatyai Junction juga ada menyediakan kemudahan surau.
  9. Di Hatyai memang senang nak cari makanan halal dan tak perlu risau tentang makanan tapi pastikan kedai yang betul. Boleh rujuk entri-entri “Kembara Ke Hatyai-Songkhla Thailand” di atas.
  10. Kalau nak ronda-ronda di sekitar bandar Hatyai, bolehlah guna perkhidmatan tuk-tuk sebab bayarannya murah dan cepat.
  11. Bila dah masuk ke sempadan Thailand, waktu di Thailand adalah 1 jam lewat dari Malaysia. Selaraskan jam jika perlu atau hanya ingat sahaja perbezaan waktu.
  12. Jangan lupa beli Sim Kad Thailand di Hatyai untuk kegunaan telefon bimbit semasa di Thailand. Berguna juga apabila diperlukan nanti. Sim kad murah jer, tak rugi pun kalau beli. Boleh top-up prepaid di mana-mana kedai 7-11. 😀
  13. Jika naik tren No.42 ke Bangkok, tiket bagi kelas kedua adalah termasuk sekali hidangan makanan dan minuman di dalam tren tapi boleh jer sediakan sedikit makanan kalau tiba-tiba perut lapar lagi. Jangan risau, makanan yang diberi di dalam tren ada logo HALAL Thai.
  14. Dalam tren ke Bangkok ada disediakan soket elektrik (Power Point) di sesetengah tempat, bolehlah caj telefon atau pun Power Bank tapi pastikan bawa sekali plug untuk soket Thailand.Ingat!..plug Malaysia dan Thailand berbeza yer.
Tips bonus dari eshamzhalim.com bila mengembara:
Pastikan snap gambar passport menggunakan telefon bimbit terutamanya di mukasurat butiran diridan juga gambar tiket perjalanan (Tren, Bas atau Kapal Terbang) untuk disimpan di dalam telefon. Kalau nak lagi selamat hantar kesemua gambar-gambar tersebut ke email sendiri supaya boleh diakses di mana-manaSekiranya passport atau tiket hilang, sekurang-kurangnya ada bukti untuk ditunjukkan kepada pihak-pihak tertentu apabila diperlukan. Aku selalu gunakan tips ini dan memang amat berguna.

backpacker-trip-thailand-bangkok-lopburi-hatyai-kachanaburi-sunflower-farm-bunga-matahari-visit-thailand-eshamzhalim

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...