Saturday, December 15, 2018

Itinerary Backpack India 9 hari RM 1500-1600


Route
KL- Jaipur - Agra - Delhi - Srinagar (Kashmir) - Delhi - Jaipur - KL

Hari 1 (30 Nov 2018)

Flight dari kl pukul 5.00 petang
Sampai Jaipur pukul 9.00 malam (waktu tempatan)
Book ola(teksi ala ala grab) dari airport ke Hotel

Cost
Ola taxi - 200rs/4
Hotel - 1400rs/4

Hari 2 (1 Dec 2018)

Pukul 5 pagi naik Ola pergi Sindhi Camp (Station Bas)
Beli tiket bas dari kaunter ke Agra Fort
Perjalanan lebih kurang 5 ke 6 jam ke Agra

Tiba di Agra pukul 11 pagi
(bas akan berhenti kat tepi jalan je, so kene rajin tanya orang nak g Agra or Taj Mahal kene turun kat mana. Download translator siap2 sbb tak semua orang sana boleh faham English)
Naik auto rickshaw ke Hotel untuk letak bag
(yg ni optional. Kalau rajin angkut beg takpe. Plus kat Taj Mahal, beg tak dibenarkan masuk)

Dari hotel pergi beli tiket bas untuk ke Delhi pula.
(part ni kene hati2. Macam kami haritu, book 2 auto rickshaw n dia akan bawa kami ke hotel, beli tiket bas, Taj Mahal, kedai makan, balik hotel n ke station bas. Kene pandai deal dengan dorang. Kami tahu dah dorang charge mahal tapi masing2 dah penat nak bargain n nak cari2 auto baru so deal je dgn dorg. Pastu, dorg akan bawa kat kedai geng2 dorg contoh nak beli tiket bus sume, dorg akan dapat percent jgak sbb dorg bawak customer kat kdai tu. So kene tahu range harga yang betul. Kalau dia naikkan harga pun kita boleh bargain sampai harga yg kita nak)

Then g Taj Mahal
(make sure jangan bawa beg besar2 k. Beg sandang boleh. Makanan mcm gula getah ke air ke takyah bawak. Kat kaunter dorg ada security check n polis akan bongkar beg n tanya macam2. So elakkan bawa benda yang pelik2)

Habis melawat Taj Mahal, balik hotel ambil beg n auto rickshaw hantar ke tempat naik bas(bukan station bas hahahha)

Again naik bas ke Delhi lebih kurang 3 ke 4 jam
(again kene tanya orang kat mana nak turun. Nak tanya pun cari la yg muda2 n muka boleh percaya. Haha)

Sampai bus stop, naik Ola ke hotel. 
(cari hotel yang dekat dengan Airport) 
Sampai hotel terus zzzzz

Cost
Ola ke Sindhi Camp - 100rs
Bus Jaipur ke Agra - 400rs/sorg
Auto rickshaw Agra - 2000rs/4 
Hotel Agra - 1400rs/4
Tiket Taj Mahal - 1100rs/sorg
Bus ke Delhi - 450rs/sorg
Ola ke Hotel Delhi - 400rs
Hotel area Airport - 1200rs/4

Hari 3 (2 Dec 2018)
Pukul 7 naik Ola ke Airport (kene tahu terminal berapa sebab Airport Delhi ada berapa terminal ntah. Kami flight domestic di Terminal 3)
Naik Vistara Air (very recommended sbb tak pack sangat, ada free lugage 15kg n food provided walaupun 1 jam 30 minit ke flight ke Srinagar)

Sampai di Srinagar Airport
Isi borang (kene tahu tempat nak stay sume) 
Then keluar ke gate untuk cari guide yg dah contact dari Malaysia. Kami ambil agent Yousof. Fb 365 holiday travel. Harga berpatutan, service okay n trusted agent sbb kami baca review ramai giler Malaysian yg guna Yousof.)

Cousin Yousof (Nisar) ambil kami dari Airport untuk ke hotel Royal Batoo

Sampai Hotel, check in, relax dalam 1 jam
Petang tu Nisar bawa kami lunch n melawat sekitar Srinagar. Nishat Garden n ada lagi 1 dah lupa nama dia.

Balik hotel, dinner, rest

Cost
Hotel, Breakfast, Dinner, guide kereta suma dah masuk dalam pakej so just bayar tiket masuk je
Nishat Garden - 20rs
Garden x - 60rs

Hari 4 (3 Dec 2018)

Hari ni melawat Pahalgam. Perjalanan 3 jam lbih naik kereta. 
Kene naik kuda untuk ke spot2 untuk ambik gambar n tengok view. Ada banyak je spot tp 4 pun dah cukup rasanya. Lebih kurang 3jam lbih juga berkuda sambil naik turun bukit sume. So bersedialah.. Haha

Cost
Naik kuda - 1500rs/sorg

Hari 5 (4 Dec 2018)

Hari ni lepas breakfast kami bergerak ke Gulmarg. Perjalanan 3 jam dari Srinagar. Gulmarg ni tempat orang main ski, sledge n view pun cantik.

Sampai Gulmarg kene sewa boot n jacket. Walaupun boot pua chu kang n jacket dia tak cantik, better ambil je kalau taknak baju, sluar n kasut kotor. Pastu sini kene ambik sorg local guide untuk tour Gulmarg. Dorang akan bawak dari tempat sewa boot n jacket sampai la settel sume kat gulmarg n sampai untuk oulan smula boot n jacket.

Naik cable car, then main sledge, makan n trun balik. 
Kat gulmarg ni ada beberapa activiti so pilih la nak main ski, sledge, naik snow ride n lain2 ikut bajet. 
Kami main sledge je sbb tengok org baru belajar main ski tu mcm terseksa je. Haha. Main sledge ni pun dah cukup terseksa jgak sbenarnya. So ikutla diri masing2. 
Lpas hbis ambik2 gambar sume, singgah la makan maggi n minum coffee kat atas tu. Sedap k bile cuaca sejuk n dapat mkn panas2. Hehe. Yg ni kene try.

Selesai semua, turun cable car n guide bawak melawat sekitar Gulmarg. Ada Palace mcm istana hinggap Raja dorg masa dulu, then sempadan India n Pakistan n tempat2 ambik gambar. Yang ni optional sebenarnya, klau nak terus balik hotel pun takpe tp alang2 dah sampai kan, jalan je la tengok tempat orang n yang penting view dia sangat cantik.

Then lunch, balik hotel, dinner, tido

Cost
Local guide - 100rs/sorg
Sewa boot n jacket - 200rs/sorg
Tiket cable car - 740rs/sorg
Sledge - 700rs/sorg
Tour Gulmarg - 300rs/sorg

Hari 6 (5 Dec 2018)

Hari ni lepas breakfast kami melawat Sonamarg. Perjalanan lebih kurang 2 jam. Kat sini ada beberapa aktiviti snow jugak tp okay je klau nak bergambar2. Kat sini kami sewa 1 jeep n dorg bawa kami pusing Sonamarg. Dorg akan berhenti mana2 photo spot yg cantik n tempat2 dalam filem2 hindustan shooting cth bajrangi baijaan. Pastu pergi tengok glacier. Kat Sonamarg ni semua tempat dia cantik. Serius.

Selesai di Sonamarg, kami check in di Houseboat malam ni. 
Sampai dia Houseboat, masyaAllah cuaca dia sejuk giler2. Mlm tu siap keluar news kat India yg suhu paling sejuk kat Srinagar - 3 darjah celcius. Untuk org yg tak tahan sejuk mcm kami mmg waktu nak tido tu berselubung n pakai jacket sume mcm nk g main ski. Tp ada je pemilik houseboat yg kami menginap iaitu Wassim sediakan traditional heater n electric mattress. Cuma still sejuk. Dinner kami mlm tu disediakan oleh wife Wassim. Sedap n kene la jgak dgn tekak melayu kita. Sambil makan tu, Wassim cerita la serba sedikit pergolakan yang berlaku kat Kashmir sume. So ada banyak benda yang buat kita bersyukur as Malaysian sebenarnya. Lpas makan, ada 2 3 org dah penjual dth nk berniaga saffron, pashmina, saree, jewellery n souvenir .. So kami layan je la walaupun penat. Tak sampai hati tengok dorg tunggu sejuk2 kat luar. Kiranya tourist yg dtg ni sumber pendapatan dorg jgak la..
Selesai semua, kami pun tido dlm kesejukkan.. 

Cost

Sewa jeep Sonamarg - 1000rs/4

Hari 7 (6 Dec 2018)

Pagi breakfast di rumah Wassim. Mcm biasa wife dia masak n kami sempat jumpa dgn Alina anak Wassim yg sangat cute.

Lpas breakfast, kami naik shikara n tengok pemandangan Dal Lake yg cantik. N bertambah cantik kalau summer menurut Wassim. Then shikata tu bawa ke Mini Bazaar. Kedai2 yang terapung atas Dal Lake tu. So g beli souvenir sikit2 then naik balik shikara ke houseboat. Ambil beg sume then naik shikara ke jeti.

Then kami request utk ke rumah Yousof sbb view dia sangat cantik. Ingat ke mcm dekat rupanya kene jalan kaki masuk perkampungan dia ajak jauh la jugak.. Tp view kampung dia Subhanallah.. Mmg sangat2 cantik.. Rasa berbaloi la jalan jauh2 tu.

Then Imran hantar kami oergi Airport utk balik Delhi. 
Cerita pasal Aiport ni, sila la dtg awal 4 or 5 ke 6  jam pun takpe. Serius weh. Yg kami kira ada 6 security check. Sebelum masuk airport tu je dah mula dah kene scan beg sume then masuk balik dlm kreta. Pastu nak masuk bangunan airport tu pun kene scan n seal beg. Eh banyak la. Yg last skali dorg bongkar sume beg n setiap benda dia tanya n suruh try. Cth gula2 dorg akan suruh mkn 1 dpn dorg. Pastu minyak angin pun dorg suruh kita sapu sikit kat tngan. Barang2 pun dia tanya utk siapa bagai. Mmg complicated masa nak balik tu. 
Then naik flight ke Delhi. 
Sampai Delhi, book Ola ke Hotel. 
Pasal hotel kat Delhi, kami nak cari area yg dekat dgn railway station. Ada 1 area ni dkat sgt iaitu Pahangarh. ELAK duduk hotel area sini k. Mmg teruk giler tempat ni. ELAKKAN

Cost

Ola ke hotel - 500rs/4
Hotel delhi - 1200/4

Hari 8 (7 Dec 2018)

Pukul 5 pg kami check out hotel utk ke New Delhi Railway Station naik tuktuk. Dekat giler n boleh je jalan kaki tp tak larat sbb bawa beg bagai.

Sampai je railway station,  trus tengok tiket traion kat platform berapa. Trus tunggu kat situ n tanya org train ni ke mana. Then naik je train tu n cari sit. Tiket train ni kami minta tolong kawan kami dari India iaitu Saurav utk belikan tiket online. Tq Saurav. Hehe.

Perjalanan lebih kurang 4 jam camtu. Sampai je Station Jaipur, kami book Ola utk ke hotel. Rehat2 kat hotel then kluar ke Pink City utk makan n ke Hawa Mahal.

Melawat ke Hawa Mahal
Kat Hawa Mahal ni kami tak masuk pun just ambik gambar dari luar je.
Then balik hotel, makan n zzzzz

Cost
Tiket train Delhi ke Jaipur - 3400rs/4
Hotel - 2200rs/4
Ola dari hotel ke Pink City - 100rs/4
Ola balik hotel - 100rs/4

Hari 9 (8 Dec 2018)

Pagi2 lagi kami kluar nak pergi Amber Fort. Naik Ola. Kat sini ada kenangan pahit. Haha. Ktrg book Ola dr hotel ke Amber Fort dalam 287rs. Then nk g Nahargarh Fort tu dlm 1 kawasan. Driver tu offer pergi Amber Fort, Nahargarh Fort, Jaigarh Fort n Jal Mahal sume skali 1000rs. Dgn masalah internet bagai jd kami setuju la dgn driver tu sbb dah penat nak cari Ola lain. Pastu kat Amber Fort tu dah la dia suruh ktrg cepat2 sbb nk kejar masa padahal awal2 tak pulak ckp pasal masa. Sbb nk cpat, kami skip Jaigarh Fort n trus ke Jal Mahal. Dia minta kami 1287rs sbb kira dgn nk g Amber Fort. Naik terus hangin satu badan. Pastu ada balance dia ckp takde duit kecik bagai.. Kami mmg dah maki2 jgak la kat situ n dia pergi takpa rasa bersalah. Mmg sakit hati la hari last tu.
Then dari Jal Mahal kami naik Ola lain balik hotel ambik beg n ke Jaipur International Airport.

Cost
Ola penipu - 1300
Tiket masuk Amber Fort - 500rs/sorg
Tiket masuk Nahargarh Fort - 50rs/sorg
Ola ke Airport - 300rs

Then naik flight pukul 9.30mlm dr Jaipur.

Total cost
Semua skali lebih kurang RM1500 je RM1600 termasuk Hotel, travel agent Kashmir, Entries, Transport n Makan
Kami tukar lebih kurang RM1800 ke rupees 

Tak termasuk
 Flight Airasia KL-Jaipur-KL RM658

Flight Vistara
Delhi-Jaipur-Delhi RM400

Evisa RM351 

Bajet makan kami tak letak kat atas sebab cost makan dia murah je. Kalau order nasi putih 2 je sbb portion besar n cukup utk 4 org. Lauk biasa kami order sup ayam n ayam goreng. Biasanya skali makan tu 800rs ke 1000rs utk 4 orang. Bajrt makan ni termasuk yg dlm total cost yg RM1600 tu. 

Ni bergantung kepada bilangan hari, musim n belum masuk kene tipu ke bagai.

Kalau mid winter, cost mungkin bertambah sbb kebanyakan tempat nk masuk kene sewa kereta lain sbb salji tebal n kereta biasa tak lepas.

Yang penting hati kene cekal, tabah, firm n kene bargain. 
So far itu je la, kalau ada apa2 boleh tanya 😀
Good luck 💪

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...