Wednesday, December 5, 2018

Trip Solo ke India

Aku nak share sedikit tips pasal trip solo ke India baru-baru ini. Mungkin ada info yg boleh membantu. Sori berterabur penulisan kali ini.

- Currency mereka
  Rs 100 bersamaan RM5.75 (kadar time saya tukar).
Bagi mereka Rs 100 tu ibarat nilai RM10. so apa-apa, korg kena bargain semurah mungkin. Mungkin korg akan terpengaruh bahawa RS200 tu sekitar RM10-11 duit kita jer.so dh cukup murah.mmg betul tapi bak saya kata RS200 ibarat RM20 bagi mereka.besar tu bagi mereka!
Contoh nak bagi faham: 
Air mineral besar negara kita standard RM2.
Negara mereka Rs20. Angka sama (cuma tambah 0) tapi kita dah tahu bila kita convert ke duit kita hanya sekitar RM1.15 jer.
So kalau mereka jual 40/50 rupees contohnya, penipu tu kecuali kat airport.

- Digalakkan guna simkad India. Saya guna Idea.dapat internet 1.4 gb tiap hari. Namun, org ramai cadangkan  Airtel. Cari pejabat Airtel xjumpa time tu. Dengan simkad India, pergerakan kita lebih meluas dan memudahkan urusan.

-  Pengangkutan dalam bandar - guna auto rickshaw. Murah. Kena tawar. Kekadang guna motosikal sebab lagi murah. Olacab pun ada motor. Kekadang harga online lagi murah. Contoh, saya nak pergi Jaipur Airport dari Hawa Mahal. Tanya auto rickshaw tepi jalan ada yg nak minta Rs500 sedangkn book online sekitar Rs150 - 200.
Last-last saya naik motor book via olacab baru Rs100.
** nak book olacab kena ada simkad India. So download apps olacab.

- Mostly restoran kat sana pure 100% vegetarian. kalau korg jenis yakin, blh proceed. Cari fine restaurant.
If tak, cari kedai halal cuma ssetgh tempat susah sikit mcm kt Kalka.
** Kat Simla ada satu kedai Islam kat lower bazaar cuma tersorok. Kari ayam sedap gila.
** kat Jaipur, boleh try nasi biryani Muhammadi Palace. Sedap! 
** Kat Agra, try nasi biryani kat south gate Taj Mahal . Ada stall. Sedap gak. Area situ ada juga Muslim jual mee/nasi/roti inti telur

- Jangan sesekali minum air paip. Aku pun tak galakkan kumur sebarangan esp nk gosok gigi. Mula-mula aku buat tapi gusi/bibir aku mcm sumthing so aku sanggup gosok gigi guna drinking water / mineral. Ini terpulang kpd masing-masing.

- Aku ada download apps Zomato (mcm grabfood). Aku order online & mknn sampai kt hostel. First order ada diskaun.

- bila korg nk pegi hotel (contoh walk dari stesen train), pengusaha auto rickshaw akan follow & tawar sampai hotel. Jgn percaya if mereka kata jauh sdgkn jaraknya 100-200 meter. Seboleh-bolehnya mereka nk kita naik walau dekat ( Ini standard scam kat kebanyakan negara) 

- Senang nk communication kat sana sbb kebanyakan mrk phm & tahu jawab in english.

- Pengalaman aku semasa naik auto rickshaw, driver secara tiba-tiba nak tukar note Rs1000 kpd nilai yg lebih kecil dengan aku. Aku rasa tak sedap hati, so aku geleng je kepala. Mungkin duit palsu. Aku bukan nk judge orang tp berhati-hati lebih baik.

- Pernah bargain naik auto-rickshaw, bila sampai destinasi dia minta lain.aku bising-bising dan terus blah. 

- Pernah jalan kaki seorang diri pukul 4.30 pagi dari hostel ke station keretapi (dlm 1-2 km je).Aku terjumpa org & tanya mana laluan. Dia minta follow dia je. Ntah aku pula yakin jer. Dia tunjukkan jalan shortcut masuk terus ke landasan. Cuak2 juga namun Alhamdulillah ok.

- Nak shopping, bargain kow2. Igt pesan aku Rs100 tu ibarat RM10 kita (walau nilainya RM5.75). So Rs100 sebenarnya kau dh blh dapat souvenir menarik yg sama nilai RM10 di negara kita. Mmg best shopping sini.
Beg sulam sendiri yg besar & Aku anggap sgt cantik boleh dapat Rs200 jer @ RM11.50 jer.

-  Korg blh book online direct kt indian train website (IRCTC). Cuma complicated time nak sign up. Rujuk seat61 website, mereka ada bgtau step nak sign up. Once dh dpt sign up, korg blh akses & beli semua destinasi termasuk toy train. Limit boleh beli 6 kali tiap bulan. 
** Aku naik toy train Kalka - Simla - Kalka (ketinggian 2200 m) . Pemandangan indah nian ala2 swiss. 

- Setakat aku naik semua train yg aku book online, mereka dtg check dgn hanya minta sebutkan nama. Xyah print pun xpe.mereka xcheck pssport.just pastikan korg naik coach,  seat yg betul.

- Kalau korg nak beli kt kaunter, mereka akan bagi tiket yg sah dlm 3 jam. Maksudnya korg kena naik mana2 train yg pergi ke destinasi tersebut dlm tempoh 3 jam. 
Contoh korg beli tiket kat kaunter pukul 7 pagi. So mesti naik mana2 train before 10 pagi.
Jangan naik yg reservation train/coach.  Jgn salah naik class. Macam aku beli kelas ketiga tapi naik sleeper class. Serius aku xtau sbb tiket tu sgt simple. Lagi 5 min nk smpai aku kena denda Rs310. Sakit hati betul padahal dh nk siap2 angkat beg. Apapun silap aku.

- Kesimpulannya, India mmg kotor, tak teratur, serabut tapi aku suka India. Nilai estetikanya amat tinggi. Pandanglah India secara terbuka, korg akan terpesona. So far ramai friendly & aku rasa safe. Namun sentiasa berhati-hati sgt penting.
Itu sahaja. Xigt lagi apa nak tulis.huhu.
India patut dilawati oleh semua kaki pengembara. Banyak benda yg menarik untuk dilihat. India begitu misteri buatku. Aku pasti kembali.



Gambar 1: Roof top dari Sai Palace Hotel.murah stay sini! Superb view


Gambar 2: Simla city (atas pergunungan). Tempat ni bertangga-tangga.


Gambar 3: Golden Temple, Amritsar 


Gambar 4: Hawa Mahal,Jaipur



Gambar 5: Pergunungan di Simla berlatarbelakangkan Banjaran Himalaya (yg ada snow tu)










Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...