Friday, December 14, 2018

Solat Jumaat di Dubai.

Kita tanamkan azam untuk dapat berhenti solat di pelbagai masjid dan merakam detik istimewa, gambar cantik dan seni bina menarik setiap masjid yang dilawati.

Semoga dengan niat ini, Allah memberikan kita kelapangan rezeki untuk terus menikmati kebesaran ciptaan dunianya.

Alhamdulillah 14/12/18 saya berkesempatan untuk berhenti solat Jumaat di Sultan Hassan Belshalat Masjid kerana mahu menikmati suasana solat di negara orang terutamanya solat Jumaat.

Azan bermula pada jam 12.16pm, namun khutbah bermula pada jam 12.40. Khutbah yang disampaikan sekejap saja. Umat Islam memenuhi masjid beberapa minit menjelang waktu solat diadakan. Mereka tidak pula melepak lepak di luar namun datang menderu.

Diluar masjid ada disediakan Food Bank yang mana orang ramai boleh sedekah makanan dan diletakkan dalam peti sejuk. Kurma yang disedekahkan untuk jemaah ada disediakan Diluar masjid. 

Senibinanya sungguh cantik walaupun ia hanya masjid kecil. Chandeliers berat bergantung indah dengan pendingin hawa memberi keselesaan kepada pengunjung.


Image may contain: sky, cloud and outdoor Image may contain: indoor
Image may contain: 1 person, indoor Image may contain: indoor
Image may contain: Mohd Hafidz Ras, standingImage may contain: 1 person

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...