Saturday, February 8, 2020

Warna Warni Kehidupan Di Jepun

Warna warni kehidupan di Jepun beserta keindahan semulajadi dan kecanggihan sisi modennya sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Di sini anda perlu bersedia untuk banyak berjalan kaki. Lainlah kalau anda ingin sewa kereta dengan pemandu yang kosnya sangat mahal. 

Orang Jepun rata-rata berjalan laju. Kalau anda baca guidelines, "The hostel is 5 minutes away on foot from the train station," perjalanan 5 minit tu kena darab dengan 3.89 kali ganda dulu sebab tak sama nak catch-up halaju jalan kaki mereka.

Keretapi adalah medium pengangkutan utama di sini. Boleh beli Beli pass keretapi (Japan Rail Pass) atau pass bas. 

Jadual keretapinya efisen dan menepati waktu. Contoh, keretapi mempunyai jadual 07.13am. Next train 07.2am. Seterusnya 07.48am. Bukan 07.00/07.30/08.00am. Setiap keretapi adalah punctual. Anda kena naik sendiri baru feel macamana. 

Makanan halal ada tapi tidak di semua tempat dan agak mahal. Japan is never cheap. Elok bawa sambal ikan atau serunding. Bungkus dalam pek kecil supaya mudah untuk dihabiskan sekali makan dalam perjalanan jauh menaiki keretapi.

Kalau lapar sangat, masuk 7E atau Family Mart (konbini). Untuk mereka yang kali pertama masuk 7E akan rasa 'Alangkah kalau kat Malaysia macam ni'.

Ini adalah ayat very basic Japanese bila masuk store. Nak bagi ayat panjang sayapun tak ingat. Kat kaunter cuba cakap - Sumimasen (Excuse me). Gohan (nasi) - wa- doko desuka? (where is it?). 

Boleh minta cashier panaskan nasi tu dalam microwave. Lepas tu campur dengan pack lauk yang kita bawa. Bolehlah feel macam makan nasi campur kat Malaysia. 

Sumpah my friend, inilah makanan (nasi melekit Jepun) yang paling kenyang, mudah, murah dan mampu untuk wallet backpackers di samping onigiri.

Bahasa Jepun elok juga tahu sepatah dua sebagai menunjukkan budi bahasa kita. Contoh: Selamat pagi -Ohayo Gozaimas, Hello - Kon ni chi wa, Terima kasih - Arigato Gozaimas, Excuse Me – Sumimasen. 

Rakyat Jepun sangat helpful walaupun mereka sendiri tak faham apa yang kita tanya. Bab hospitality memang bagus. Walaupun newbie kat Jepun tak ada masalah. 

Bahasa Nihon sayapun memang berterabur bila kali pertama praktis. Sayapun kadang kadang tak faham apa yang mereka jawab.

Vending machine teramat banyak. Boleh beli apa saja. They are everywhere. Terdapat berjuta vending machine di negara ini. Dari bento kepada sosej, payung kepada surat khabar. Air tu of course la kan. Coklat, telur ayam, sup ikan, ramen, buah oren dan pisang. 

Malah ada juga mesin yang berfungsi mengambil selfie. Japanese are all about conveniences.

Tandas sangat bersih dan canggih. Sampaikan button mana nak tekanpun tak pasti selepas menunaikan hajat. 

Rakyat Jepun obses akan kebersihan dan keselesaan. Selalunya di tepi bidet atau dinding sebelah kanan ada pilihan water pressure, suhu air, cara pancuran pembersihan. Itulah hakikat kemodenan mangkuk tandas di Jepun. When in Japan, do as the Japanese do.

Surau ada. Takde excuse pergi travel tak solat. Di lapangan terbang Jepun memang disediakan surau. Di bandar-bandar besar juga ada masjid dan surau. Malah di kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang solat.

Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang basah, maka kita perlu menghormati adab di tempat orang. Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib. Kalau ada tisu atau kain lap disediakan, lap sikit lantai lepas selesai ambil wuduk.

Makan ramen dengan hirupan bunyi bising dianggap penghargaan kesedapan kepada tukang masak. Kalau kat Malaysia rasa nak tampar muka orang yang makan berbunyi begitu. 

Di kedai makan pula, pelanggan akan makan dengan cepat apabila ada lagi customer yang beratur menunggu di luar sebagai tanda kita menghormati masa orang lain. Only in Japan.

Duit syiling Jepun ada banyak dominasi – 1, 5, 10, 50, 100 dan 500 Yen (design memang cantik). Kecuali jika anda ingin menyimpannya sebagai cenderamata, bolehlah berusaha habiskan sebab balik Malaysia nanti dah tak boleh tukar kat money changer.

Yamin Ismail
Ingin  terus meneroka Jepun

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...