Friday, May 29, 2020

Baju Laut Sabah.


Kehidupan Bajau Laut (Siri 2)

Bajau Laut hidup di sekitar pantai timur Sabah bersempadankan Filipina dan Indonesia. Mereka menghuni kawasan pulau dan tepi pantai sekitar Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Dikatakan asal usul mereka adalah dari Filipina dan telah menetap di pantai Sabah sejak ratusan tahun. Anak-anak mereka lahir dan membesar di sini.

Bajau Laut di Semporna lebih bernasib baik kerana boleh menghuni banyak pulau seperti Mabul, Omadal, Bodgaya, Maiga, Kalapakan dan lain-lain.

Penempatan mereka yang unik menyebabkan mereka sering menjadi tarikan pelancong dan jurugambar dari seluruh dunia.

Mereka bekerja sebagai penangkap ikan dan menjual hasil tangkapan di pekan Semporna atau Lahad Datu. Mereka tidak mengusahakan tanaman atau memelihara haiwan ternak.

Namun kehidupan mereka yang sering berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat menyebabkan mereka tidak mempunyai surat beranak dan kad pengenalan diri. 
Justeru ketiadaan identiti menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan kerana dianggap bukan warganegara.

Untuk mendaftar kelahiran, pengesahan dari hospital mesti diperolehi, atau sekurang-kurangnya dari bidan atau doktor. 

Selain dari kos perjalanan, suku Bajau Laut tidak bersedia mengambil risiko perjalanan untuk ke satu-satu hospital.

Disebabkan itu, ramai Bajau Laut terperangkap dalam kitaran tanpa kewarganegaraan dari generasi ke generasi.

Di pulau Maiga ini, saya dapat melihat aktiviti kehidupan mereka. Apabila tidak turun ke laut, mereka membina perahu dan mengusahakan rumpai laut. 

Purata mereka menghabiskan masa empat hingga lima jam sehari menangkap ikan.

Laut adalah medan kehidupan mereka. Laut juga tempat mereka mencari rezeki.

Saya dibagitau, apabila bayi Bajau Laut dilahirkan, mereka akan mencampakkan bayi berkenaan ke dalam laut dan si bapa akan terjun mengambilnya kembali.
Laut sebati dengan hidup mereka. Anak-anak Bajau laut “pandai” berenang sebelum pandai berjalan.

Sebab itu apabila dewasa mereka menjadi perenang dan pendayung sampan yang cekap. 

Untuk meneruskan kehidupan, perahu dan tombak sangat penting sebagai alat menangkap ikan.

Mereka juga menggunakan kail dan jala tapi jarang. Hasil tangkapan dibawa balik ke rumah dan dimasak untuk makanan anak beranak.

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...