Thursday, June 18, 2020

Asal Nama Pontianak

MAKNA SEBENAR “PONTIANAK”

Sejauh mana kebenaran nama Kota Pontianak ini berasal daripada nama hantu?

Sekurang-kurangnya ada 4 versi yang kami fahami sepanjang berada di ibukota provinsi Kalimantan Barat, Indonesia ini.

1. Pohon Ponti anak = Anak pokok yang tinggi

Dahulunya, kawasan ini banyak pokok-pokok yang tinggi walaupun masih kecil (anak). Sebutan “Pohon Ponti” ini dapat dibuktikan melalui kandungan surat yang dihantar Husein bin Abdul Rahman Al-Idrus kepada Syarif Yusuf Al-Qadry.

2. Ponti anak = Buaian anak

Dahulunya, ketika ketua keluarga keluar bekerja (melalui jalan laut), anak-anak di sini akan menantikan kepulangan bapa mereka di Masjid Jami’ sambil bermain buaian. Masjid itu terletak di tepi sungai. 

3. Ponti-an (Kun Tian aaa) = tempat singgah

Kun Tian adalah Bahasa Mandarin yang bermaksud “tempat berhenti”. Kebiasaan masyarakat Tionghoa akan tambah “aaa” atau “loo” di belakang sewaktu bercakap.

Oleh kerana tempat ini memiliki sungai yang luas dan mudah untuk kapal-kapal besar akses ke laut, maka pedagang laut menjadikan lokasi ini sebagai tempat singgahan sementara. 

Di Johor, Malaysia juga ada tempat nama Pontian. Fungsinya juga sama. Sebagai tempat singgahan sementara untuk pedagang laut.

4. Pontianak = Hantu (Mistik)

Diceritakan bahawa ketika Syarif Abdurrahman (Sultan Pertama Pontianak) bersama pasukannya sedang meneroka hutan untuk mencari tempat yang sesuai mendirikan Keraton (Istana). Namun, sepanjang proses itu mereka kerap diganggu dengan suara jeritan dan tangisan.

Syarif Abdurrahman telah melepaskan beberapa das meriam ke arah suara itu. Kesannya, suara itu semakin perlahan dan akhirnya hilang.

Oleh kerana itu, diyakini bahawa suara itu hanyalah dibuat-buat oleh kumpulan perompak (lanun laut) yang bersembunyi di dalam hutan tersebut kerana tidak mahu tempat persembunyian mereka diketahui orang. Jika benar hantu, mana mungkin boleh selesai dengan hanya tembakan meriam!

Di zaman sekarang, menjelang sahaja bulan Ramadhan, masyarakat Pontianak akan bermain meriam yang diperbuat daripada buluh + kabait sebagai mengenang semangat Syarif Abdurrahman yang berjaya mengusir “makhluk” itu.

——————

Demikianlah, masalah yang dianalisis dengan tepat akan mendatangkan kaedah yang tepat juga. Belajar dari Sultan Pertama Pontianak ini. Yang mistik, diuruskan secara mistik. Yang logik, diuruskan secara logik. 

Namun dalam masyarakat kita sebaliknya yang berlaku. Yang mistik, diuruskan secara logik. Yang logik, diuruskan secara mistik. Sebab itulah masalah x pernah selesai.

Tanpa kita sedar, semua ini telah diajar oleh para Nabi & Rasul terdahulu. Inilah antara teknik yang akan dikongsikan nanti di SRH. Klik link di bawah untuk info lanjut.

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...