Friday, August 7, 2020

Devil’s gold’ di Ijen Indonesia.

‘Devil’s gold’ di Ijen Indonesia. 


Apabila berada di Kawah Ijen saya perhatikan beberapa orang kampong mengendong kepingan belerang (sulphur) dari kawah. 

Belerang atau lebih dikenali sebagai ‘devil’s gold’ digunakan oleh banyak perusahaan untuk membuat anak mancis, racun fungicide, skin oitments dan 1001 pembuatan lain. 

Setiap hari buruh buruh ini akan mendaki Gunung Ijen sejauh 3 km menarik troli, kemudian turun ke kawah Ijen untuk ’mining’ belerang yang melekat dibatu batu keliling kawah diwaktu malam. 

Kebanyakan mereka bekerja tanpa mask yang bersesuaian dan sentiasa menghidu gas sulfur yang juga menyebabkan pedih mata. 
Tanpa henti setiap hari mereka akan membuat dua trip ke Kawah Ijen dan kesemua 150kg sulfur ini disorong dengan troli kebawah gunung untuk dijual pada peraih.  

Satu kilo sulfur dijual dengan harga Rp1000 (30 sen) dan pendapatan harian kebiasaan adalah Rp150k (Rm45). Ramai dari mereka meninggal dunia sebelum umur 50 dari komplikasi penyakit dada kerana menghidu sulfur gas setiap hari selama puluhan tahun. 
Apabila ditanya kenapa bekerja sebagai penambang (pelombong sulfur) kebanyakan akan berkata ianya memberi pendapatan yang lumayan berbanding pekerjaan peladang. 

Saya mendekati seorang penambang sulfur (berbaju hijau dalam gambar) yang sedang berihat sambil menghisap rokok gudang garam.

“Salam Pak. Mana lagi bahaya, asap gudang garam atau asap sulfur” saya kata berseloroh. 

Sambil tersenyum beliau menjawab “asap sulfur putuskan asap rokok”. 

Dari jawapan beliau, rata rata penambang tidak faham berkenaan risiko menghidu gas hydrogen sulphide (apatah lagi asap rokok). 


Saya berasa sangat hiba dan marah melihat mereka memikul sulfur ini dengan membahayakan kesihatan untuk hidup dengan upah yang kecil kerana tiada pilihan dan peluang. 

Hiba kerana kebanyakan mereka akan mati diusia muda dari penyakit kerana menghidu gas sulphur setiap hari. 

Marah kerana Penguasa tidak memperduli kehidupan rakyat yang hidup melarat walaupun negara kaya dengan hasil bumi. 

Apabila banyak mengembara, anda akan bersyukur dilahirkan di Malaysia dengan serba serbi kemudahan dari Kerajaan yang prihatin pada rakyat. 

Video sulphur mining di Ijen. 
https://youtu.be/YUxqKXqX3Ew

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...