Wednesday, February 9, 2011

Gua Niah memang magnificient.

Kunjungan kali ke 3 ke Gua Niah memang sering memberi pengalaman berbeza. Hidangan luas flora dan fauna yang seringkali memberi pandangan berbeza cukup mengujakan. Kali ini saya pergi bersama Mr Jefri, kenalan yang baru terjalin kira-kira setahun lalu sebagai pelanggan kedai lalu menjadi sahabat. Kami mempunyai minat yang sama iaitu melancong dan menulis blog.

Gua Niah terletak kira-kira sejam perjalanan dari Bandaraya Miri menuju ke Bintulu menggunakan Coastal Highway. Perjalanan menggunakan kereta adalah paling sesuai kerana ia leboh cepat atau juga boleh menggunakan bas dengan berhenti di persimpangan Niah kemudiannya menaiki kereta sewa.




Ketika perjalanan, kami agak risau kerana Sarawak  terutamanya Miri dan kawasan sekitar teruk dilanda hujan dan banjir di beberapa kawasan. Perjalanan ditemani hujan lebat sekali sekala redup namun dalam hati tidak putus-putus berharap hujan akan berhenti.

Setelah sampai di perkarangan hujan agak teduh dan kami bersyukur. Terus bayaran sebanyak RM10 dibuat dan perjalanan diteruskan menaiki bot ke seberang sungai dengan bayaran RM1. Perjalanan ke dalam gua adalah cukup senang tanpa perlu bersusah payah, terima kasih atas keprihatinan pihak Sarawak Forestry yang membuat trek simen dan kayu.






Perjalanan pergi memang agak perlahan kerana keasyikkan melihat flora yang pelbagai, berduri, besar dan pelik. Di hadapan lagi kami kagum dengan struktur semulajadi batuan yang unik dan besar. Jalan ke gua tidaklah terlalu memenatkan sementelah ada penjual minuman dan juga barang kraf antara simpang masuk ke gua dan juga ke rumah panjang.





Saksikan serba sedikit gambar-gambar yang dirakam di sana.

Memasuki gua kecil yang dinamakan Trader's Cave sudah cukup membuat kita terfikir dengan kehebatan orang dulu yang menjual barang di dalam gua. Struktur binaan kayu yang tidak menggunakan sebarang paku juga turut menarik. Kawasan gua ini satu ketika dahulu adalah kawasan ditenggelami air dan tidak hairanlah jika melihat ke dinding dan atas gua sepertinya aliran air yang mengalir.







Di hadapan sedikit kalian akan mula memasuki gua utama, kedatangan akan disambut dengan bau tahi burung layang-layang yang memeritkan hidung namun bau itu sudah sebati buat pencari sarang burung layang-layang yang menggunakan buluh dan skill mereka memanjat naik atas gua setinggi lebih 150 kaki. Memang menggerunkan, tapi itu adalah keberanian mereka.


Kubur manusia zaman paleolitik juga turut menyambut kedatangan kami, kawasan ini telah dipagari mungkin kerana ada manusia yang menyangkong mendapatkan nombor ekor disini.Mungkin. Gua ini sungguh luas dan dapat memuatkan beberapa Boieng 747 jika disusun baik menurut info.




Memasuki gua ini juga mengujakan persis kita melihat kembali buku teks sejarah tingkatan 1 dahulu kala zaman persekolahan. Teringat kembali guru subjek sejarah, kami disini cikgu.Terima kasih atas ilmu yang diberi.

Berat rasa hati meninggalkan gua, namun saya yakin ini bukan lawatan terakhir saya ke sini. Kalian tidak perlu risau kerana jika mahu ke Gua Niah kerana perkhidmatan wisata ini turut saya sediakan.

1 comment:

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...