Saturday, February 12, 2011

The Mayflower Marriot Executive Apartment Jakarta.



Pada Mei 2009 yang lalu, saya telah berkesempatan untuk mengunjungi Jakarta dan Bandung bersama-sama keluarga, ibu mertua dan juga sepupu saya. Perjalanan kami 6 hari 5 malam disana cukup memberikan pengalaman baru dimana pada setiap malamnya kami menetap di 5 buah hotel yang berbeza.

Pada malam terakhir, saya berkesempatan untuk menetap di Marriot Mayflower  Apartment Jakarta. Hotel ini merupakan satu dari beberapa buah rangkaian hotel jenama Marriot yang terdapat di Jakarta. Penginapan kami disini telah dirancang awal dan tempahan juga telah dibuat awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Apartments in Jakarta in business district
Pemandanga luar hotel
Semasa memasuki ruang hotel ini seperti mana kebanyakkan hotel 5 bintang lain yang saya inapi semasa kedatangan ke Indonesia, melalui pemeriksaan kawalan keselamatan adalah satu kemestian. Saya agak bengang juga dengan keadaan ini bila mana perlu diperiksa sebegitu walaupun muka nampak baik. Ini termasuk dengan semua bagasi kami juga.

Kami bersyukur kerana ia tidak sebegitu di Malaysia, kerana di negara kita hidup aman dan damai. Alhamdulillah. Beberapa bulan selepas kepulangan kami, kami dikejutkan dengan berita pengeboman yang terjadi di JW Marriot. Walaupun ia bukan di hotel yang kami diami, tapi ia masih Marriot. Cukup menggerunkan.

The Mayflower memberikan pilihan 96 buah aparment dari 1-3 buah bilik dengan saiz pelbagai dari 80-193sqm. Bilik-bilik apartment terletak lebih tinggi dari pejabat-pejabat biasa kerana bangunan ini sebenarnya milik Indo Food.

Marriott Executive Apartments Jakarta comfortable bedroom
Gambar dari Marriot.com

Pengalaman dan kemewahan yang disediakan disini betul betul melangkaui pemikiran dengan segala kemudahan yang disediakan. Kami merasakan bagai di rumah sendiri dengan kemudahan pejabat mini,signature kitchen lengkap dengan segala kemudahan masakan dan kutleri, lcd tv dan dvd player, mesin basuh dan pengering.
Kepenatan



Makanan Indonesia memang sedap

Tidak kira sama ada kedatangan kalian sebagai pelancong atau urusan perniagaan, penginapan disini pasti tidak mengecewakan.

Apa yang menarik perhatian saya selain dari biliknya yang best, saya juga menyukai kolam renang yang rasanya memberikan pengalaman baru dengan bentuk dan ketinggiannya. Saksikan beberapa keping gambar yang saya ambil.

Nice indoor pool




Apartment di hotel ini boleh ditempah melalui laman web atau hubungi terus

Jalan Jenderal Sudirman Kav 76-78 · 
Jakarta, 12910 Indonesia


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, kunjungi www.marriot.com dan jadilah ahli tanpa perlu membayar apa-apa di laman itu.

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...