Wednesday, February 9, 2011

Le Meridien Se Gah Namanya.

Jenama Le Meridien merupakan salah satu jenama diminati dan penginapan disini bagai pucuk dicita ulam mendatang. Pemergian adalah  atas urusan kerja sempena menghantar Kek Lapis Sarawak Siti Payung yang terkenal ke Sutera Harbour Resort & Golf Club.


306 bilik yang luas dengan tatapan dan hiasan rapi ke atas semua bilik tanpa ada kompromi kepada keselesaan semestinya memberi pengalaman baru di sini. Hotel yang terletak betul- betul berhadapan dengan Pasar Kraftangan dan Pasar Ikan Masin serta banyak lagi tarikan lain di Kota Kinabalu membuatkan hotel ini sentiasa penuh dengan kedatangan pelancong yang mementingkan kesenangan dan keselesaan tanpa batasan.





4 buah restoren dan bar pastinya memberi pilihan untuk hidangan menyelerakan bersama rakan perniagaan mahupun rakan-rakan atau keluarga. Circle Restaurant menghidangkan pelbagai pilihan makanan antarabangsa namun masih kasual. Pool Bar yang terletak di kolam renang adalah bersesuaian jika mahukan ketenangan, melayan karenah anak-anak ataupun minum petang sambil menikmati keindahan matahari terbenam.



Le Meridien Kota Kinabalu tidak berkompromi terhadap standard perkhidmatannya. Memberikan khidmat dan kemudahan bertaraf antarabangsa pastinya membuatkan sebarang majlis disini tampak sempurna. Grand Ballroom dan 5 bilik mesyuarat pelbagai saiz sudah pasti juga memenuhi keperluan majlis anda disini.

Kemewahan keselesaan dan perkhidmatan  boleh anda dapatkan jika anda menetap di Le Royal Club Lounge yang terdapat di tingkat 12. Di sini tetamu dihidangkan dengan keselesaan peribadi untuk menikmati pemandangan indah laut. Sarapan pagi, all day refreshment serta canapes dihidangkan  setiap hari. Untuk pengembara perniagaan 2 buah komputer serta bilik mesyuarat turut disediakan untuk kemudahan

Jika anda memerlukan sebarang maklumat mahupun cadangan berkenaan pengangkutan, kereta sewa, khidmat kembara jangan risau. Concierge Desk  yang berpengalaman, mampu bertutur pelbagai bahasa sedia membantu
kalian.



Saksikan beberapa gambar menarik yang sempat dirakam semasa kunjungan saya disini.

Key card adalah satu kemestian..



Untuk mendapat mata ganjaran yang boleh ditebus bagi setiap kunjungan jadilah ahli SPG tanpa sebarang bayaran setelah anda menetap semalam di mana-mana rangkaiannya. Anda akan diberikan satu kad yang menarik setelah permohonan kalian diterima.



Untuk maklumat lanjut terdapat info di bawah untuk dihubungi.

Le Meridien Kota Kinabalu.
Jalan Tun Fuad Stephens,

  • Sinsuran
  • Kota Kinabalu,
  • 88000l
  • Phone: (60) 8832 2222

No comments:

Post a Comment

Kejatuhan Maharaja Byzantine Constantipole di Tangan Al-Fateh

Kejatuhan kubu Constantinople dari kacamata seorang pengembara - Bahagian 2.  Sultan Muhammad Al Fateh walaupun berumor 21 tahun...